You are on page 1of 25

HBIS3403

PENGAJIAN JAWI DAN KHAT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS 3403_V2
PENGAJIAN JAWI DAN KHAT
SEMESTER SEPTEMBER 2015

NO.MATRIKULASI

:

NO.KAD PENGENALAN

:

NO.TELEFON

:

E-MEL

:

PUSAT PEMBELAJARAN

: PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH
UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA,
KUCHING

1

HBIS3403
PENGAJIAN JAWI DAN KHAT

PENDAHULUAN
Tulisan jawi merupakan salah satu pengaruh Islam yang meresap ke alam
Melayu serta sudah lama wujud di Nusantara. Terdahulu, tulisan jawi juga
dikenali sebagai tulisan Melayu huruf Arab. Tulisan ini sampai ke alam
Melayu bersama- sama dengan kedatangan agama Islam, yang dibawa
oleh para pedagang Islam pada ketika itu.
Kehadiran Islam ke Alam Melayu pada abad-abad lampau sekaligus
membawa bersamanya abjad tulisan Arab, iaitu yang menjadi induk
kepada tulisan Jawi Melayu dan abjadnya. Tulisan Jawi adalah salah satu
daripada warisan bangsa Melayu yang bersejarah kerana kehadirannya ke
rantau ini menjadi titik tolak pemisahan dari zaman gelap jahiliyah yang
menyelubungi bangsa Melayu ke zaman terang-benderang, sama ada dari
segi agama mahu pun kebudayaan.
Justeru, bagi orang Melayu mempelajari Tulisan Jawi bukan suatu
yang sukar, kerana ia bukanlah baru dalam masyarakat Melayu, bahkan
orang Melayu sejak dari kecil lagi telah mengenali tulisan ini melalui
pengajian al-Qur'an berbanding dengan tulisan Rumi yang dibawa oleh
penjajah Barat pada abad ke-15 Masihi.

Walau bagaimanapun, tulisan

Rumi mempunyai nilai ekonominya yang tinggi kerana telah menjadi
tulisan yang digunakan oleh pemerintah sehingga menyebabkan ia
mengatasi tulisan Jawi.
Jika kita lihat pada masa sekarang, tulisan Jawi seakan dilupakan
dan hanya segelintir sahaja yang dapat membaca dan menulis Jawi
dengan baik.

Oleh itu, banyak inisiatif telah dilaksanakan bagi

memartabatkan kembali tulisan Jawi ini seperti penulisan surat khabar,
penulisan bahan ilmiah, pendidikan Jawi di sekolah dan banyak lagi.

2

Kemudian. perkataan Jawi adalah diadaptasikan oleh Bahasa Melayu daripada tulisan Arab. penggunaan tulisan Jawi masih digunakan kerana ianya amat berkait rapat dengan agama Islam. Banjar. orang Melayu menyelaraskan perkataan-perkataan Arab tersebut agar sesuai digunakan dalam Bahasa Melayu. Berdasarkan catatan Sejarah Melayu (Hashim Hj Musa. Tulisan Jawi (‫)توليسججن جججاوي‬. Manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Mandailing. Sunda. Berdasarkan sejarah Bahasa Melayu (Kang Yong Seock. Patani. juga dipanggil Yawi di Pattani. 2005). Filipina dan negeri-negeri lain (Mohd Alwee Yusoff. Pada masa dahulu hingga kini. Aceh. tulisan Jawi bermaksud tulisan yang menggunakan huruf Jawi. perkataan “Jawah” atau “Jawi” merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara malah merangkumi seluruh rumpun bangsa Melayu. Bugis. 1990) perkataan “Jawi” (‫ )جاوي‬berasal daripada bahasa Arab “Jawah”.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT PENGENALAN TULISAN JAWI Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Lombok. Kemudiannya dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan agar kegunaan tulisan ini menjadi mantap sebagai medium asas komunikasi bertulis seperti yang kita fahami sekarang ini. Berdasarkan kata adjektif dalam Bahasa Arab. Minangkabau. 1999). Jawa. Kemunculan sistem Tulisan Jawi banyak berhubungkait dengan 3 . Campa.

1996). Singapura. Tulisan jawi di Indonesia terkenal dengan nama “tulisan Melayu Huruf Arab” atau “tulisan Melayu Arab”. Dari segi penggunaannya.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT kedatangan agama Islam ke Nusantara. istilah Jawi digunakan juga untuk ungkapan-ungkapan seperti bahasa Jawi. Sehingga kini orangorang Vietnam menamakan orang di Kepulauan Nusantara sebagai orang Jawa (Amat Juhari Moain. 1969). dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Sebenarnya tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan mengandungi huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei. Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi. SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI Tulisan Jawi adalah antara tulisan yang terawal ditemui di Nusantara. Thailand Selatan dan Brunei Darussalam dan Sri Lanka (bagi rumpun Melayu). Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif. Selain itu. tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi. Manakala para ulama dari Asia Tenggara sering meletakkan nama al-Jawi sebagai gelaran. masuk Jawi dan bangsa Jawi. pada hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada suku bangsa berlainan seperti Syeikh Abdul Rauf alFansuri al-Jawi. Istilah “tulisan Jawi” hanya dikenali di Malaysia. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman kerajaan Islam Pasai sekitar kurun ke 13 M (Syed Muhammad Naquib al-Attas. Syeikh Daud alFatani al-Jawi dan lain-lain (Ismail Hussein. Pattani di Thailand. Kelantan di Malaysia dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia. misalnya Sulu di Filipina. Penemuan Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 1303 Masihi membuktikan tulisan 4 . 1981). maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan.

Berdasarkan catatan Sejarah Melayu (Hashim Hj Musa. Antara kesan penyebaran dakwah Islamiah ialah penggunaan hurufhuruf Arab sebagai medium untuk berkomunikasi di Tanah Melayu (Hamdan Abd Rahman. 32 kilometer dari muara Sungai Terengganu. Sebuah batu bersurat dijumpai pada tahun 1899 Masihi di Sungai Teresat. Kemudiannya dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan agar kegunaan tulisan ini menjadi mantap sebagai medium asas komunikasi bertulis seperti yang kita fahami sekarang ini. Pada batu itu terpahat huruf Arab-Melayu dianggap tulisan Jawi tertua di Asia Tenggara. tulisan Jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu. orang Melayu menyelaraskan perkataan-perkataan Arab tersebut agar sesuai digunakan dalam Bahasa Melayu. 1997).HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT jawi telah sampai ke Negara kita (Tanah Melayu) lebih awal berbanding tulisan rumi yang hanya ditemui sekitar abad ke 19. kira-kira. Pada abad ke sebelas hingga ke empat belas. Kemunculan tulisan Jawi membuka lembaran baru dalam sejarah Melayu. Batu bersurat itu bertarikh Jumaat. dan wang dinar di Kelantan pada 1181 Masihi (Hasyim Musa. Begitu juga penemuan batu nisan yang bertulis angka dalam bahasa Arab di Kedah pada 651 Masihi. Orang Melayu yang celik huruf pada waktu itu merupakan golongan yang celik Jawi. tulisan jawi digunakan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara (Mohd Alwee Yusoff. 4 Rejab 702 Hijrah 5 . 1995). Pada mulanya. 2005). peniaga Arab juga menyebarkan dakwah Islam. Selain menjalankan aktiviti perniagaan. Kemudian. 1999) perkataan Jawi adalah diadaptasikan oleh Bahasa Melayu daripada tulisan Arab. Perkembangan tulisan Jawi di Nusantara adalah seiring dengan penyebaran agama Islam yang menjadi pegangan orang Melayu (Hashim Hj Musa. Tulisan yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah huruf-huruf Arab atau sekarang ini dikenali dengan nama tulisan Jawi.1999).

Menurut Amat Juhari Moain (1996). beberapa abjad dalam bahasa Parsi telah diubah suai dan diterapkann menjadikan bilangan huruf Jawi sebanyak 33 kesemuanya. 28 daripadanya adalah huruf Arab dan 5 lagi dari bahasa Parsi. Perkara inilah dapat dirumuskan bahawa penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. ‫ ݘ‬dan ‫( ڠڽ‬Muhd. Antara huruf yang baru yang ditambah ialah ‫ ڬڬ‬. Tulisan jawi. Pengumuman itu dimulakan dengan perisytiharan supaya semua raja dan orang besar yakin dan berpegang teguh pada agama Islam dan ajaran Rasulullah SAW.‫ ڤ‬. sekurangkurangnya di Terengganu. Pada mulanya aksara Jawi diambil sepenuhnya dari aksara Arab. Oleh itu. Tulisan Kawi. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan sebagai alat persuratan. 2006:14). di dinding dalam masjid. Bukhari Lubis. 6 .HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT bersamaan dengan 22 Februari 1303 Masihi. bahkan turut berfungsi sebagai alat kepada penyebaran ilmu agama. Penemuan ini bermakna. Skrip baru yang berasaskan kepada skrip Arab telah dicipta dan dinamakan sebagai tulisan Jawi. Bahkan untuk kesenian juga tulisan ini digunakan. bertulis pengumuman sepuluh fasal Intipati batu bersurat itu “syarat undang-undang”.‫ ڠڠ‬. timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut Tulisan Rencong. 1996). sebelum tahun 1303 Masihi. dan Tulisan Rumi (Hashim Hj Musa. Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dari India. tulisan Jawi telah digunakan oleh orang Melayu dalam berbagai-bagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Peranan yang dimainkan oleh tulisan Jawi amat besar. terutamanya untuk mempelajari agama Islam. iaitu pada seni khat bagi menghiasi mihrab. batu nisan dan seumpamanya. sudah ada orang yang mengetahui atau boleh membaca tulisan Jawi. Namun untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat pada ketika itu. Tulisan Pallava.

Jenis ini yang paling banyak terdapat sama ada dalam bentuk manuskrip (bertulisan tangan) atau cap batu.G Shellaber (1925) untuk menulis buku Evolution of Malay Spelling. Ini banyak terdapat di berbagai-bagai tempat bekas iv. 1913. Wilkinson dan Winstedt dengan terbitan Kamus Jawi Melayu-Inggeris (1901. surat khabar Jawi Peranakan dan majalah al- x. Catatan-catatan pemilikan dan perdagangan terutama di pelabuhan dan kapal-kapal perdagangan. 1939) yang masih menggunakan versi ejaan jawi tua. Imam. Tulisan ini terdapat pada batu hidup yang ditemui di iii. 7 . Pada mata wang ini diukir nama raja Melayu yang memerintah dengan menggunakan tulisan jawi seperti nama Sultan Muzaffar Shah. Surat kiriman antara raja. Hasil catatan tersebut jelas menunjukkan bahawa Tulisan jawi pada waktu itu digunakan dengan meluas dalam urusan-urusan penting sehingga dianggap satu tulisan yang hebat di kepulauan Tanah Melayu dan Nusantara. Contohnya prasasti Terengganu yang ii. Piagam dan teks pemasyhuran. Negeri Sembilan. terutama wang emas dan perak. Pangkalan Kempas.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT Dalam Sejarah Melayu (Hashim Musa. ix. Surat-surat perjanjian antara raja dan negara di Alam Melayu. Batu hidup. Contohnya seperti tulisan pada teks ciri yang dibacakan ketika melantik seseorang itu menjadi pembesar. Melayu dengan raja Portugal atau raja Inggeris atau raja-raja lain. lain-lain. 1996) dicatatkan bahawa tulisan jawi telah digunakan untuk perkara berikut: i. R.1903. Penggunaan yang meluas itu telah menarik perhatian penulis-penulis tempatan dan luar negeri seperti W. vii.kerajaan Islam pada zaman silam. Batu Nisan. Hulu Terengganu. Kuala Berang. Mansur Shah dan v. Ini banyak dibuat bukan sahaja antara raja Melayu tetapi juga dengan raja-raja di tempat lain seperti raja vi. Majalah Bustan Arifin. Prasasti atau batu bersurat. Surat khabar dan majalah seperti surat khabar Alamat Lankapuri. Mata wang.J. viii. telah ditemui di Sungai Teresat. berdirinya kerajaan. Kitab dan buku.

HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT Sehingga kini penyelarasan Tulisan jawi dibuat dari masa ke semasa oleh tokoh tersohor jawi iaitu Ahmad bin Mathlob atau lebih dikenali sebagai Pak Mathlob. pentadbiran dan politik. surat-surat yang berkaitan dengan pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Yang Tidak Bersekutu dan teks-teks Pentadbiran Inggeris di Sarawak. 8 . majalah-majalah. peranan tulisan Jawi semakin bertambah. termasuk juga surat-surat perjanjian dengan negara-negara luar. Oleh itu. la digunakan dalam penulisan buku-buku ataupun kitab-kitab. di mana ia digunakan pula oleh penerbit akhbar-akhbar. risalah-risalah dan juga prasasti. majalah-majalah yang diterbitkan. termasuk teks-teks undang-undang tubuh kerajaankerajaan negeri hingga kepada teks-teks 'Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu' pada 2 Ogos 1957. perjanjian-perjanjian dan pemasyhuran rasmi kerajaan juga adalah dalam tulisan Jawi. Bahasa Melayu telah menghasilkan tidak kurang daripada 10. komunikasi. PERANAN TULISAN JAWI Sejak kewujudan alat cetakan. Jumlah itu belum termasuk 200 naskhah Melayu di Sri Lanka. dan penulis buku-buku dan risalah-risalah dalam bahasa Melayu. tulisan Jawi digunakan secara menyeluruh bagi menulis kitab-kitab agama. akhbar-akhbar. sejak tahun 1869 Masihi lagi telah menerbitkan sebuah akhbar Melayu (Jawi) iaitu Alamat Langkapuri. Sumbangan beliau dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi sangat besar memandangkan kerajaan Malaysia kini semakin giat mencari satu alternatif untuk memulihkan Tulisan jawi sejak daripada peringkat sekolah rendah. Seterusnya. Pada zaman ini. tulisan Jawi yang menggunakan abjad Arab terbukti kemampuannya menjadi media ilmiah. karya-karya sastera. malah warta-warta kerajaan. Contohnya di Sri Lanka. peradaban. perutusan-perutusan. buku-buku. sejak ia mula digunakan sehingga abad ke 20 Masihi.000 naskhah manuskrip Jawi.

HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT KEPENTINGAN TULISAN JAWI KEPADA UMAT ISLAM Tulisan Jawi merupakan simbolik bagi masayarakat Melayu dan yang beragama Islam khasnya. Tulisan jawi melicinkan minda Melayu kerana ia ditulis dan dibaca dengan cepat dan berkesan 3. 1. Namun begitu. Bagi masyarakat Islam. Berikut merupakan beberapa kepentingan tulisan Jawi kepada umat Islam : Tulisan Jawi Sebagai Medium Asas Pengajaran Pendidikan Islam Tulisan Jawi merupakan abjad-abjad yang telah diubah suai dari hurufhuruf Arab. tulisan Jawi adalah salah satu daripadanya. keistimewaan tulisan Jawi membuatkan ia mampu menarik pengikut dan penggemar dalam kalangan masyarakat bukan Islam. kepentingan tulisan Jawi dilatari dengan kewajipan mempelajari ilmu agama yang dituntut ke atas setiap penganutnya. Kebanyakan huruf-huruf yang diubah adalah mengikut 9 . Tulisan jawi memperkaya intelektual Melayu melalui pengungkapan bacaan dan tulisan bahan-bahan bacaan berhubung tamadun Islam. 2. Namun dasawarsa ini. Jika kita hendak melihat apa istimewanya masyarakat Melayu. tulisan Jawi sedikit demi sedikit semakin dilupakan kerana tulisan rumi banyak digunakan dari segi penulisan buku-buku dan sebagainya. Tulisan jawi mempunyai keindahan khat yang paling tinggi. Menurut (Zin Mahmud 2006) penggunaan tulisan Jawi ini wajar dipertahankan atas tiga sebab iaitu.

akhlak dan jawi agar ianya lebih berkesan dan dapat dihayati serta diamalkan dalam kehidupan. tulisan Jawi telah dijadikan sebagai medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini. pemindahan budaya lama disimpan. Tidak ketinggalan kajian-kajian turut dijalankan untuk melihat tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran. 2010:1). Antara huruf-huruf yang diubah suai seperti huruf Ga ( ‫)ڬڬ‬ dan Cha ( ‫)چ‬. terutama 10 . 2007). terdapat dan pengetahuan dari negara Islam. ibadah. bidang aqidah. dan ditulis dalam tulisan Jawi. Salah satu dari model yang terkandung dalam kurikulum j-QAF ialah Model Pemulihan Jawi yang memberi penekanan untuk memberi pemulihan terhadap murid yang tercicir dalam Jawi (Hj Maimun Aqsha Lubis. Malah. Matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca Jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam (Nik Rosila Nik Yaacob. Mengatasi Masalah Penguasaan Dalam Pembacaan Teks Jawi Dikalangan Pelajar Sekolah Kelemahan penguasaan Jawi dalam kalangan murid bukan lagi perkara baru malahan banyak kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti punca berlakunya keadaan tersebut. terutamanya dalam pembelajaran al-Qur'an. Oleh itu. Sirah Nabawi. Kaedah yang ditekankan bagi melaksanakan P&P Model Pemulihan Jawi ini adalah untuk memperkasakan pelajar dalam bidang tilawah al-Qur’an. Pengenalan Program j-QAF dengan satu model khusus untuk pemulihan jawi telah mula dilaksanakan pada tahun 2005.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT kesusaian lidah orang Melayu bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menguasai Cabang-cabang Ilmu Dalam Bidang Pendidikan Islam Banyak khazanah intelektual masyarakat didokumentasikan.

ilmu agama. kitab. hadis. serta estetika bahasa yang penting kepada pembinaan kekuatan bangsa Melayu. Tulisan itu turut menjadi medium yang menjalin keintiman hubungan dan siratulrahim 11 . wacana pemikiran dan kesusasteraan. dan klasik. mempunyai kaitan yang penting Tulisan Jawi dengan literasi agama dan kehidupan beragama dalam masyarakat Melayu. jati diri budaya. menarik. dan ketelitian seseorang. Tulisan Jawi turut mempunyai nilai estetika yang tinggi. Menjadi Lambang Kesenian dan Identiti Umat Islam Tulisan Jawi mempunyai sistem ejaan dan tulisan yang paling mudah.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT negara Arab. ringkas. Banyak juga kitab-kitab lama yang ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi. kecekapan. Tulisan ini dapat dilentur dan digayakan mengikut kemahiran. sunah. Nadi Bagi Masyarakat Melayu Yang Sinonim Dengan Agama Islam Kepupusan tulisan Jawi sebagai pengantar intelektual dan tradisi keilmuan masyarakat Melayu mempunyai kesan yang amat besar dalam proses pembinaan jati diri bangsa Melayu dan pengukuhan sosiobudaya bangsa itu di negara ini. Kelemahan generasi muda dalam tulisan Jawi menyebabkan literasi agama dalam kalangan generasi itu merosot. ilmu sains. Tulisan Jawi merupakan khazanah intelektual. seperti kesusasteraan. tetapi kebanyakannya ditulis dengan menggunakan sistem ejaan jawi lama. Rujukan utama bagi mengukuhkan akidah masyarakat Islam berasaskan al-Quran. dan tepat. dan sebagainya yang ditulis dalam tulisan Jawi atau bahasa Arab. yang diterjemahkan ke dalam tulisan Jawi yang mempelopori kemajuan dan inovasi budaya masyarakat Asia dan Asia Tenggara. dan ilmu matematik. Banyak golongan muda Melayu tidak dapat membaca dan memahami kandungan al-Quran dan tidak dapat menggarap pengetahuan agama Islam dengan baik kerana kebanyakan mereka buta jawi. ilmu astronomi. unik.

malah kekuatan simbolisme terhadap perkembangan budaya dan bahasa Melayu. Biar pun hikayat . khususnya generasi tua dahulu. telah memberikan sumbangan yang besar dan banyak kepada perubahan dan kemajuan bangsa Melayu. Oleh itu. 12 . tulisan Jawi diketepikan dan tidak lagi menjadi pengantar dalam pengajaran dan pemelajaran di sekolah. tulisan Jawi telah memainkan peranan yang amat penting dalam mendukung perjuangan kemelayuan dan keislaman. Secara beransur-ansur. Hasil Kesusteraan Melayu Semakin Berkembang Melalui tulisan Jawi. Walau bagaimanapun. Penguasaan tulisan Jawi menjadikan seseorang mempunyai asas untuk mengetahui bacaan al-Quran.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT ummah dan sebagai genre bahasa yang mempunyai kaitan yang amat unggul dan penting kepada jati diri dan unsur Islam yang mendasari kekuatan dan kekukuhan jati diri Melayu.Raja Pasai. dari segi sejarah penakatan dan perjuangan Melayu. hasil kesusasteraan Melayu turut berkembang dengan pesatnya. Namun. Hikayat Iskandar Zulkarnia.hikayat ini tidak diketahui siapa pengarangnya. Tulisan itu bukan sahaja mempunyai kekuatan dari segi jati diri kebangsaannya. Hikayat Raja . melalui tulisan Jawi. Sejak berabad lamanya. Tulisan Jawi. Hikayat Banjar. P endidikan Melayu berkembang dan dapat disampaikan kepada orang Melayu. apabila banyak hikayat lama dikarang dan disebar luaskan melalui tulisan Jawi seperti Hikayat Hang Tuah. jika kita menguasai bacaan al- Quran insyAllah penguasaan tulisan jawi kita juga baik. tulisan itu semakin pupus apabila mula dipinggirkan daripada sistem pendidikan negara yang mengutamakan tulisan Rumi. hasil sastera ini terus berkembang melalui tulisan Jawi. Kehadiran tulisan Jawi pada suatu masa dahulu dilihat antaranya sebagai medan pengenalan kepada masyarakat Melayu terhadap hurufhuruf Arab yang menjadi huruf-huruf yang digunakan al-Quran.

KELEMAHAN PENGUASAAN JAWI OLEH PELAJAR. Hal ini terbukti apabila akhbar . 1990).akhbar Melayu seperti Utusan Melayu dan Utusan Zaman menggunakan tulisan Jawi ketika awal penerbitannya. Matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca Jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam (Kementerian Pendidikan Malaysia). 13 . MASALAH DAN PUNCA KECICIRAN. Malah tidak ketinggalan juga majalah Mastika yang turut menggunakan tulisan Jawi dalam penerbitannya dan mendapat tempat istimewa dalam kalangan masyarakat Melayu ketika itu. kesusasteraan mahu pun aspek kebahasaan.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT Tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi telah menjadi wadah kepada masyarakat Melayu dalam mengembangkan ilmu pengetahuan mencakupi bidang kesenian. Tulisan Jawi merupakan medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini terutama dalam pembelajaran al-Qur'an (Kang Kyoung Seouk.

Isahak Haron dan Hassan Basri (1994) berpendapat. pasti terdapat masalah dan punca yang menyebabkan pelajar tidak mahir dan tidak dapat menguasai Pelajaran Jawi. Oleh itu. 14 . : a) Murid tidak minat dan menganggap Pelajaran Jawi sukar bagi mereka. Mata Pelajaran Jawi merupakan salah satu bidang dalam Pendidikan Islam pada peringkat sekolah rendah. Hal ini kerana semua bidang ini dipelajari dalam tulisan Jawi.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT Berdasarkan kajian dan laporan yang dijalankan. mengeja perkataan-perkataan dalam tulisan Jawi. Jika pelajar tidak dapat menguasai bidang ini sukar bagi mereka untuk menguasai bidang-bidang Pendidikan Islam yang lain seperti Al-Quran. kelemahan pelajar-pelajar sekolah menengah dalam menguasai kemahiran Jawi mempunyai kaitan langsung dengan keupayaan mereka pada peringkat sekolah rendah. Melalui pernyataan di atas. Antara kajian dan laporan yang dijalankan adalah menulis penyambungan huruf Jawi. 1992). Berikut merupakan masalah dan punca pelajar lemah dalam penguasaan tulisan Jawi. Ulum Syariah dan Adab dan Akhlak Islamiah. Kebanyakan laporan dan kajian dalam bidang Pendidikan Islam ini berkaitan dengan Pelajaran Jawi. menguasai kemahiran membaca Pelajar-pelajar yang tidak dapat dan menulis Jawi akan semakin ketinggalan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam apabila alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi (Muhammad Endut. penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis dan membaca Jawi adalah lemah (Awang Mohamad Amin. membaca suku kata tertutup bagi pelajar tahun 1 dan banyak lagi. 1989). tidak penting dan tidak dinilai dalam peperiksaan. 95 peratus pelajar mempunyai sikap negatif terhadap tulisan Jawi seperti susah dipelajari. Kajian daripada Mustapha Yazid (1991) mendapati.

Terdapat juga pelajar yang sering meminta guru untuk menulis dalam rumi untuk mereka jika ada latihan yang diberikan untuk mereka. masalah yang berlaku mungkin atas sebab guru tidak menggunakan pendekatan yang sesuai dan menarik dalam mengajar Jawi kepada pelajar. Sepertimana yang kita ketahui. Ada pelajar yang aktif. objektif dan pendekatan yang telah dirancang hendaklah sesuai dengan tahap pelajar mereka masing-masing. bidang pelajaran Jawi hendaklah menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat murid-murid. setiap pelajar mempunyai kecenderungan yang berbezabeza. pelajar tidak akan dapat memahami subjek Pendidikan Islam ini. b) Pendekatan yang digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kurang menarik perhatian pelajar. Dalam kajian yang dijalankan oleh Sabariah (2013). jika mereka tidak dapat menguasai asas Jawi seperti membaca dan menulis Jawi. mudah dan tidak membebankan pelajar. dan ada juga pelajar yang pasif. Sebagai guru.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT Tambahan lagi buku teks yang disediakan adalah dalam tulisan Jawi. tidak pandai menulis Jawi malah ada yang mengatakan diri mereka malas. susah dan sebagainya. 15 . malu untuk bertanya dan seumpamanya. Pendekatan tersebut hendaklah lebih berkesan dan sesuai dengan tahap kemampuan murid-murid bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Jawi serta dapat menarik minat mereka terus belajar sehingga mampu membaca dan menulis Jawi. Janganlah mengambil langkah yang mudah dengan meletakkan semua pelajar itu mempunyai tahap penguasaan yang sama. cepat menangkap yang diajar. Namun. Bahan-bahan yang guru gunakan juga mestilah dalam Jawi bagi membiasakan murid dengan tulisan Jawi. Seterusnya. Kebanyakan alasan yang diberikan oleh pelajar adalah mengatakan tidak pandai membaca Jawi.

guru hendaklah membina bahan yang menarik 16 . Alat bantu mengajar yang menarik dapat membantu guru dalam mencapai objektif yang dimahukannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sistem ejaan JAwi sering mengalami perubahan sejak zaman kemasukan tulisan ini ke tanah Melayu. matlamat proses pengajaran dan pembelajaran ialah membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati. kesedaran dan arif terhadap pergerakan. Mungkin disebabkan pertukaran-pertukaran sistem ejaan Jawi ini mengelirukan guru untuk mendidik pelajar ejaan yang betul khas guruguru yang telah bertahun lamanya mengajar di sekolah. Pedoman Ejaan Jawi dan banyak lagi. Sehubungan itu. Masalah seterusnya.Sistem Ejaan Jawi sekarang telah menggunakan edisi Kamus Jawi Baharu yang diterbitkan oleh Pusat Dewan Bahasa dan Pustaka. Sistem Ejaan JAwi Zaaba.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT c) Ilmu guru dalam sistem ejaan Jawi kurang. Kurangnya atau tidak menggunakan bahan bantu ini mungkin menjadi salah satu punca dan masalah ynag menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai dengan cepat tulisan Jawi. Oleh itu. guru sendiri kurang ilmu dalam sistem ejaan Jawi. Menurut Russel di dalam kajian Hajjah H (2008). bentuk. bunyi. d) Pengunaan alat bantu mengajar kurang digunakan. Ini. tekstur dan irama yang boleh meningkatkan peningkatan daya estetika. Banyak sistem ejaan Jawi yang telah digunakan seperti ejaan Klasik Lama. guru hendaklah disediakan dengan program atau kursus yang sesuai mengenai sistem ejaan Jawi ini agar guru lebih mahir akan ejaan Jawi.

Bagi saya. guru merupakan peranan yang penting bagi mendidik dan mengusahakan sedaya yang boleh bagi memastikan semua pelajar dapat menguasai pelajaran Jawi ini dengan baik. kaedah ini seharusnya diinovasikan atau diselit dengan kaedah yang lain agar pengajaran dan pembelajaran menarik dan dapat mencapai objektif pembelajaran yang optimum. memancing ikan dan banyak lagi. f) Masa yang diperuntukkan untuk Pelajaran Jawi sangat singakat. Kaedah ini menyebabkan murid kurang aktif dalam sesi pengajaran. Kaedah lain seperti sumbangsaran. Guru hanya memberi penerangan dan murid mendengar. e) Guru masih menggunakan kaedah “Chalk & Talk” Kaedah “Chalk & Talk” merupakan kaedah pengajaran tradisional iaitu guru brcakap dan murid hanya mendengar. Program yang pemulihan Jawi j-Qaf sangat membantu pelajar Jawi dalam memulihkan pelajar yang tahap penguasaannya lemah dalam Jawi. Contohnya.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT bagi memberi stimulasi atau ransangan yang baik kepada murid agar mereka dapat memupuk minat terhadap tulisan Jawi. Justeru. aktiviti permainan yang melibatkan semua pelajar seperti mencari pasangan bagi tajuk suku kata. koperatif dan lain-lain dapat memberikan susasana pembelajaran yang berlainan kepada pelajar dan sekaligus dapat memupuk minat yang tinggi terhadap tulisan Jawi. masa ini agak singkat bagi guru untuk mengajar Jawi dan sukar untuk guru memastikan semua murid dapat menguasai Jawi dengan cepat. simulasi. Banyak modul-modul yang menarik dalam Program Pemulihan Jawi jQaf ini. Pada zaman zbad ke-20 ini. 17 . Masa yang diperuntukkan untuk pelajaran Jawi hanyalah satu masa sahaja iaitu 30 minit seminggu bagi sekolah rendah.

ujian diagnostik sehingga tahun 6. guru akan memilih pelajar-pelajar yang mendapat markah yang rendah dan 18 .HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT Masa yang diperuntukkan agak minimum bagi guru yang hendak melakukan aktiviti-aktibiti seperti permainan serta memberi latihan kepada murid. selepas memberi latihan. Pada mulanya. dijalankan kepada murid tahun 2 Setelah menyemak keputusan ujian tersebut. a) Menjalankan Program Kecemerlangan Jawi Program Kem Kecermelangan Jawi merupakan sebahagian daripada program j-Qaf yang perlu dilaksanakan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. guru dan murid hendaklah membincangkan jawapan mereka agar murid dapat mengenal pasti apa masalah mereka disamping guru dapat mengetahui tahap penguasaan murid bagi tajuk yang diajar di dalam kelas. Program ini memberi fokus kepada penguasaan membaca dan menulis Jawi yang dijalankan dalam menggunakan modul-modul yang telah disediakan oleh pihak kementerian. Salah satu tujuan pelaksanaannya adalah untuk meningkatkan penguasaan tulisan jawi dalam kalangan murid sekolah rendah. Sebaiknya. CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH Bagi meningkat tahap penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar di sekolah berikut merupakan cadangan-cadangan yang sesuai yang boleh digunakan.

guru hendaklah memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik di dalam kelas dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang sesuai serta penggunaan alat bantu mengajar. Guru akan mengikut dan menjalankan program ini mengikut modul yang diberikan kepada mereka. Murid-murid juga akan merasakan suasana yang berbeza ketika program ini dijalankan kerana banyak aktiviti disediakan. Mungkin melalui bengkel-bengkel bahan bantu ini boleh menjana idea guru dalam membina bahan disamping mempelajari cara menggunakan bahan bantu mengajar yang menggunakan ICT ini. guru dapat memberi lebih perhatian kepada pelajarpelajar yang lemah berbanding sewaktu kelas yang biasa. Melalui kem ini. Kem kecemerlangan Jawi ini lebih fokus pelajar-pelajar lemah dalam penguasaan Jawi tidak kira dari segi bacaan atau menulis Jawi. Program ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Pembacaan dan Penulisan. kreatif dan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan penguasaan Jawi mereka. b) Mengadakan bengkel bahan bantu mengajar untuk guruguru yang mengajar Jawi Dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan Jawi murid-murid. guru-guru dari sekolah-sekolah yang berlainan dapat berkongsi pendapat mereka terhadap masalah dan sekaligus dapat membincangakan bagaimana cara hendak menyelesaikannya dengan membina bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan Ict dalam mengajar Jawi juga sangat digalakkan.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT mereka ini akan mengikut program kem ini. c) Mengadakan Program Ejaan Jawi dalam minggu Pendidikan Islam di sekolah. Dengan mengadakan bengkel bahan bantu mengajar ini. 19 .

Melalui minggu ini guru ataupun pihak Panitia Pendidikan Islam boleh merancang satu hari untuk aktiviti Jawi. Sebagai guru. d) Mengadakan Ujian Diagnostik Jawi setiap bulan. Hal ini boleh membantu guru dalam mengenalpasti tajuk-tajuk yang belum dapat dikuasai oleh murid dan guru boleh mengambil tindakan selanjutnya bagi menangani masalah tersebut. 20 . Selain itu guru boleh membuat aktiviti pagi kepada murid dengan memanggil beberapa orang murid mengeja beberapa perkataan Jawi dengan betul dan memberi ganjaran kepada mereka. Para pelajar juga dapat merasai keseronokan dan peluang untuk bermain sambil belajar. guru boleh menyediakan sendiri ujian diagnostik ini pada setiap bulan atau semester untuk memastikan penguasaan murid mengenai tajuk-tajuk yang telah diajar dalam pelajaran Jawi. Melalui aktiviti ini. Hal ini boleh memberikan cabaran bagi yang tidak dapat menjawab untuk belajar lebih sungguh-sungguh lagi. membina perkataan berdasarkan huruf-huruf diberikan dan banyak lagi. mencari perkataan tersembunyi.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT Setiap sekolah pastinya mempunyai minggu Pendidikan Islam di sekolah. Di samping itu juga guru boleh mengenalpasti murid-murid yang mahir dan yang lemah dalam Pelajaran Jawi dan membantu guru untuk menyediakan aktiviti atau lembaran kerja yang berbeza bagi meningkatkan tahap penguasaan Jawi mereka dengan baik. e) Memberi ganjaran kepada para pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam Pelajaran Jawi. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti “Spelling Wee” iaitu mengeja perkataanperkataan Jawi. ianya boleh memupuk minat pelajar dalam pelajaran Jawi khususnya. Ujian Diagnostik merupakan ujian bagi menentukan tahap penguasaan yang dicapai bagi setiap pelajar.

Begitu juga dengan penggunaan papan notis khas untuk Jawi agar murid dappat mengenali Jawi dengan lebih dekat lagi.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT Pada hari terakhir persekolahan. Bagi bahan bacaan Jawi pula. majlis anugerah pelajar akan dijalankan bagi memberi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Cadangan saya. f) Memperbanyakkan buku aktiviti dan bahan bacaan Jawi di perpustakaan. guru sendiri hendaklah menyediakan ganjaran yang positif kepada para pelajar atas kesungguhan mereka untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang ini. Abjad-abjad Jawi boleh dilekatkan di kawasan sekolah atau di dalam kelas agar murid 21 . Contohnya papan-papan tanda di sekolah yang ditulis Jawi agar murid dapat membacanya. g) Penggunann Tulisan Jawi di persekitaran sekolah Penggunaan tulisan Jawi dipersekitaran sekolah boleh membantu dalam meningkatkan murid dalam pelajaran Jawi dimana ia dapat membiasakan murid dengan tulisan Jawi. Hal ini kerana pelajaran Jawi ini perlu banyak kepada latihan. Pelajaran Jawi seharusnya menjadi salah satu subjek yang boleh memberi peluang kepada pelajar yang keputusannya yang cemerlang untuk mendapat penghargaan. Jika tidak dapat. ianya hendaklah cuba diperbanyakkan di perpustakaan bagi memberi peluang murid membaca buku-buku cerita yang ditulis dalam tulisa Jawi. cemerlang akan merasa tercabar dan Para pelajar yang tidak bersunguh-sungguh dalam mendapat cemerlang dalam pelajaran Jawi. Pihak sekolah atau guru hendaklah berusaha untuk menyediakan bahan bacaan JAwi disamping buku aktiviti yang sesuai untuk pelajar mempelajari Jawi.

Di harap penulisan ilmiah ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita mengenai pentingnya tulisan JAwi ini kepada masyarakat 22 . Bukan sahaja tulisan jawi. Tulisan Jawi juga harus mampu bergerak seiringan dengan tulisan perdana lain dan boleh bergerak sendirian segagah dulu. kegemilangan tulisan Jawi perlu dikembalikan semula memandangkan tulisan Jawi antara tulisan dunia yang masih bertahan dan kekal hingga ke hari ini.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT mudah membacanya. penggunaan tulisan Jawi ini perlu dipergiatkan usahanya terutama peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan tempatan dalam merealisasikan impian negara bagi menghidupkan semula kegemilangan tulisan jawi yang pernah mencapai puncak kemasyhurannya satu ketika dahulu. pihak media juga memainkan peranan yang penting dengan mengeluarkan artikel atau berita mengenai tulisan Jawi agar masyarakat tidak akan lupa tentang tulisan Jawi ini. Oleh itu Kementerian Pendidikan mempunyai peranan yang besar dalam memartabatkan semula tulisan Jawi ini. KESIMPULAN Bahasa melambangkan bangsa (Rashid 2004). Impian ini tidak terlaksana jika hanya dilakukan hanya sebelah pihak sahaja. tak lekang dek panas”. tulisan khat juga boleh diukir di dindingdinding sekolah atau di surau sekolah khusunya. Bukan sahaja murid. Bukan itu sahaja. Justeru itu. bangsa Melayu memang sering dikaitkan dengan Jawi suatu masa dahulu (Hashim Haji Musa dan Adi Yasran Abdul Aziz 2009). Usaha hendaklah dimulakan daripada awal iaitu di peringkat sekolah sehingga ke peringkat tinggi. guru-guru disekolah boleh membaca sambil mempelajarinya sekali. Hal ini sekaligus memperkenalkan seni tulisan khat kepada warga sekolah. Oleh yang demikian. malah semua pihak perlu berganding bahu tidak apa jua lapisan masyarakat agar tulisan Jawi ini bak kata pepatah Melayu “tak lapuk dek hujan.

S. (2008). Perancangan Bahasa: Sejarah Aksara Jawi.Jurnal ASWARA 4 (1):159-176. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ismail Ibrahim. Pemerkasaan kembali tulisan jawi. Kuala Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Nik Safiah Karim. 1991. 23 .Bhd. RUJUKAN Buku Amat Juhari Moain. Azman. Semoga tulisan Jawi ini boleh menjadi salah satu tulisan yang disegani di Nusantara ini bukan sahaja di Arab. Azhar Hj. Onn. Pengajian Agama Islam dan j-Qaf : Metodologi dan Pedagogi Pendidikan Islam. Masyarakat Melayu. et al. Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan Dalam Bahasa Melayu. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. M. Hashim Musa (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Turki yang terkenal dengan seni khatnya. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Jurnal / Artikel Hashim Haji Musa. Ucapan dasar. Farid M. Mad Aros.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT yang berbangsa Melayu dan yang beragama Islam khususnya. 2009. 2004. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bhd. In Konvensyen Tulisan Jawi. Hashim Haji Musa. Kuala Lumpur: Bahagian Kang Kyoung Seouk Hal Ehwal Islam. dan Adi Yasran Abdul Aziz. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. 1996. Jabatan Perdana Menteri (1990).

2 April. Latihan ilmiah. Artikel 2010. 2. Sabariah Bahrun (2011) Perkembangan Tulisan Jawi di Malaysia. Mustapha Yazid (1991). Laporan Kajian / Latihan Ilmiah Hj Maimun Aqsha Lubis. Pelaksanaan Model Pemulihan Jawi Jqaf Di Sekolah Rendah Daerah Akademi Pengajian Islam. Universiti Mulawarman. Penguasaan Jawi di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah di Negeri Kelantan : Satu Kajian Khusus di Daerah Kota Bharu. Melestarikan tulisan jawi.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT Mohamad Sofee Razak. dikembalikan. Prosiding konferensi Antarabangsa Borneo. Rohayu Ismail. Mohd. Tuaran. Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 22:161 172. 19 November 2008. Universiti Malaya. Aplikasi Teknik Permainan dan Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Modul Pemulihan Jawi di Bilik Darjah. Sabah. Kerjasama UKM-IAN. Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya Dalam Masyarakat Islam di Malaysia. Kegemilangan ulisan Jawi perlu daripada Berita Harian bertarikh 02 Januari 2010. Sabariah Sulaiman & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2008. Sabariah binti Bahrun (2013). Indonesia. 2007. Program Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur Laman URL 24 . Berita Harian. Alwee Yusoff. Kertas Kerja Persidangan di Institut Agama Islam Negeri Medan Sumatera Utara Indonesia. Kuala Lumpur Nik Rosila Nik Yaacob. 2010.

com/2009/11/artikel- anda.html .blogspot. Tulisan Jawi Sebagai Media Persuratan Melayu dan Islam. Dalam khas-tulisan-jawi-dan http://mybabah. 2009.HBIS3403 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT Abdul Hayie Abdul Syukur. 25 .