You are on page 1of 46

Teknik Menjawab Soalan SPM

2015

Pendidikan Moral SPM Kod 1225


Kertas 1: Ujian bertulis

Bahagian A: Soalan Struktur


Bahagian B: Soalan Esei
Kertas 2: Kerja Kursus
2

Bahagian A: Soalan Struktur


Soalan Tanya Nilai

Soalan Tanya Maksud Nilai


Soalan Tanya Nilai dan Huraian
Soalan Tanya Nilai dan Huraian serta Huraian

Lanjutan
Soalan Tanya Fakta
Soalan Tanya Fakta dan Huraian
Soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
3

Soalan Tanya Nilai


Contoh soalan:

Apakah nilai [1 markah]


Nyatakan dua nilai [2 markah]
Contoh jawapan:
Amanah
Kepercayaan kepada Tuhan

Soalan Tanya Maksud Nilai


Contoh soalan:
Jelaskan maksud nilai [2/3/? markah]
Berikan definisi bagi nilai [2/3/? markah]
Contoh jawapan:
Sikap bertanggungjawab yang boleh
menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang
lain
5

Soalan Tanya Nilai dan Huraian


Contoh soalan:
Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh
murid-murid agar tidak terlibat dalam ponteng
sekolah. [4 markah]
Format jawapan: NH
Ayat N: Watak + Nilai
Ayat H: Bagaimana? / Mengapa? (Bukan

sekadar menggunakan definisi atau kata kunci)


NH (2 markah) dan NH (2 markah)

Soalan Tanya Nilai dan Huraian


Apakah teknik untuk menulis huraian lanjutan?
Tanya soalan bagaimana pada nilai yang anda guna.
Katakan guna nilai harga diri:

Bagaimanakah murid-murid harus mengamalkan


nilai harga diri agar tidak terlibat dlm ponteng sekolah?
Fikir kk tetapi jangan hanya guna kk.
Jawapannya:
Contohnya, murid-murid harus menjaga nama baik
diri dan keluarganya dengan tidak terlibat dalam
gejala ponteng sekolah
7

Soalan Tanya Nilai dan Huraian


Selain soalan bagaimana
Tanya soalan mengapa pada nilai yang anda guna.
Katakan guna nilai mematuhi peraturan dan undang-

undang:
Mengapakah murid-murid harus mematuhi
peraturan dan undang-undang?
Fikir kk tetapi jangan hanya guna kk.
Jawapannya:
Hal ini demikian kerana perbuatan ponteng
melanggar peraturan sekolah.
8

Soalan Tanya Nilai dan Huraian


Contoh jawapan:
i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga

diri(Ayat Nilai). Contohnya, mereka harus menjaga


nama baik diri dan keluarga dengan tidak terlibat
dalam gejala ponteng sekolah. (Huraian
Bagaimana?)
ii) Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi
peraturan dan undang-undang(Ayat Nilai). Hal ini
demikian kerana perbuatan ponteng melanggar

peraturan sekolah. (Huraian Mengapa?)


9

Soalan Tanya Nilai dan Huraian


Kalau tulis jawapan guna definisi/kk, boleh tak?
i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga

diri(Ayat Nilai). Mereka harus ada keupayaan dan


keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga
maruah diri dalam kehidupan dengan tidak terlibat
dlm ponteng sekolah. (def) 1 MARKAH SAHAJA!
ii) Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi
peraturan dan undang-undang(Ayat Nilai). Mereka
harus menerima peraturan dengan tidak terlibat
dlm ponteng sekolah. (kk) 1 MARKAH SAHAJA!
Nilai = kata kunci / definisi = 1 markah
10

Soalan Tanya Nilai dan Huraian


Sekiranya calon masih ingin guna definisi/kk,

dinasihatkan tambah 1 ayat huraian:


i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga
diri(Ayat Nilai). Mereka harus ada keupayaan dan
keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga
maruah diri dalam kehidupan (def). Contohnya,
mereka harus menjaga nama baik diri dan
keluarga dengan tidak terlibat dalam gejala
ponteng sekolah(Ayat Huraian Bagaimana?).

11

Soalan Tanya Nilai dan Huraian


Sekiranya calon masih ingin guna definisi/kk,

dinasihatkan tambah 1 ayat huraian:


ii. Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi
peraturan dan undang-undang. Mereka harus
menerima peraturan (kk) dengan tidak terlibat
dalam ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana
perbuatan ponteng melanggar peraturan sekolah
(Ayat Huraian Mengapa?).
Perhatian: tidak terlibat dlm ponteng sekolah
dipetik dari situasi soalan tidak dianggap sebagai
huraian.
12

Soalan Tanya Nilai dan Huraian


Terdapat jawapan di buku rujukan mencantumkan

definisi/kk dengan ayat huraian dan menjadi 1


ayat:
i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga
diri(Ayat Nilai). Mereka harus ada keupayaan dan
keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga
maruah diri dalam kehidupan dengan menjaga
nama baik diri dan keluarga supaya tidak terlibat
dalam gejala ponteng sekolah (Ayat Huraian
Bagaimana?). JAWAPAN BEGINI PUN BOLEH
13

Soalan Tanya Nilai dan Huraian


Terdapat jawapan di buku rujukan mencantumkan

definisi/kk dengan ayat huraian dan menjadi 1


ayat:
ii. Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi
peraturan dan undang-undang. Mereka harus
menerima peraturan (kk) kerana perbuatan
ponteng melanggar peraturan sekolah (Ayat
Huraian Mengapa?). JAWAPAN BEGINI PUN
BOLEH

14

Soalan Tanya Nilai dan Huraian serta


Huraian Lanjutan
Contoh soalan:

Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh


murid-murid agar menjauhi gejala ponteng sekolah. [6
markah]
Format jawapan: NHBagaimana? HMengapa?
Ayat N: Watak + Nilai
Ayat H: Bagaimana? (Bukan sekadar menggunakan
definisi atau kata kunci)
Ayat H: Mengapa? (Bukan sekadar menggunakan
definisi atau kata kunci)

NHH (3 markah) dan NHH (3 markah)


15

Soalan Tanya Nilai dan Huraian serta


Huraian Lanjutan
i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga

diri(Ayat Nilai). Contohnya, mereka harus menjaga


nama baik diri dan keluarga dengan tidak terlibat
dalam gejala ponteng sekolah (Ayat Huraian
Bagaimana?). Hal ini demikian kerana mereka
akan dipandang serong oleh masyarakat (Ayat
Huraian Mengapa?).
(Perhatian: perkataan Contohnya mahu tulis / tak
mahu tulis pun boleh.)
16

Soalan Tanya Nilai dan Huraian serta


Huraian Lanjutan
ii. Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi

peraturan dan undang-undang. Contohnya,


mereka harus akur kepada peraturan sekolah
dengan menjauhi gejala ponteng sekolah(Ayat
Huraian Bagaimana?). Hal ini demikian kerana
mereka akan dikenakan tindakan demerit jika
ditangkap oleh pihak sekolah(Ayat Huraian
Mengapa?).
(Perhatian: perkataan Contohnya mahu tulis / tak
mahu tulis pun boleh.)
17

Soalan Tanya Fakta

Contoh soalan:
Berikan tiga cara [3 markah]
Nyatakan dua kesan [2 markah]
Senaraikan tiga kebaikan [3 markah]
Cadangkan dua usaha [2 markah]
Tujuan: Menilai KBKK
Menguji kandungan akademik Ting 4 & Ting 5
Jangan tulis amalan nilai sebagai jawapan
Perlu tulis ayat fakta
18

Soalan Tanya Fakta


Contoh soalan:

Berikan 3 cara yang boleh dilakukan oleh


pemandu kereta agar dapat mengelakkan
kemalangan di jalan raya. [3 markah]
Jawapan:
i) Pastikan tidak mengantuk semasa memandu.
ii) Pastikan kereta dalam keadaan baik.
iii)Mematuhi segala peraturan lalulintas.
19

Soalan Tanya Fakta serta Huraian


Contoh soalan:
Huraikan tiga cara [6 markah]
Terangkan dua kesan [4 markah]
Jelaskan tiga kebaikan [6 markah]
Cadangkan dua usaha [4 markah]

Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi

perlu diikuti dengan huraian


Fakta + Huraian
Cara untuk menulis ayat huraian:
Tanya soalan Bagaimana?
Tanya soalan Mengapa?

20

Soalan Tanya Fakta serta Huraian


Contoh soalan:

Terangkan 3 cara yang boleh dilakukan oleh


pemandu kereta agar dapat mengelakkan
kemalangan di jalan raya. [6 markah]
Jawapan:
i) Pastikan tidak mengantuk semasa memandu.
(Soalan: Bagaimana tidak mengantuk?)
Contohnya, mendapat tidur yang mencukupi
sebelum memandu.
21

Soalan Tanya Fakta serta Huraian


ii) Pastikan kereta dalam keadaan baik.

(Soalan: Bagaimana pasti kereta dalam


keadaan baik?) Servis kereta lebih kerap.
iii)Mematuhi segala peraturan lalulintas.

(Soalan: Bagaimana mematuhi peraturan


lalulintas?) Jangan memandu ketika mabuk.

22

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Contoh soalan:

Pada pendapat anda, apakah yang akan


berlaku jika pihak berkuasa tidak [2 markah]
(i) __________________________________
(ii) __________________________________
Soalan tidak menyatakan bilangan jawapan
Lihat peruntukan markah dan bilangan ruang
jawapan (Roman i, ii)
Tuliskan jawapan seperti tulis ayat fakta,
bukannya amalan nilai
23

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Contoh soalan:

Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku


jika pihak berkuasa tidak [4 markah]
(i) ___________________________________
(ii) ___________________________________
Soalan tidak menyatakan bilangan jawapan
Lihat peruntukan markah dan bilangan ruang
jawapan (Roman i, ii)
Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi
perlu diikuti dgn ayat contoh / huraian lanjutan
Fakta + Contoh / Huraian Lanjutan
24

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Contoh soalan:

Bagaimanakah anda menghargai? Terangkan


dua jawapan anda. [4 markah]
______________________________________
______________________________________
______________________________________
Lihat peruntukan markah dan bilangan jawapan
yang diperlukan
Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi
perlu diikuti dengan contoh / huraian lanjutan
Fakta + Contoh

25

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Contoh soalan:

Adakah anda bersetuju.? Kemukakan alasan


anda. [2 markah]
_____________________________________
_____________________________________
Lihat peruntukan markah dan bilangan
jawapan yang diperlukan
Berikan respon (1 markah)
Tuliskan alasan/fakta yg menyokong respon
mengikut baki markah
26

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Contoh soalan:

Adakah anda bersetuju.? Kemukakan alasan


anda dengan terperinci. [3 markah]
_____________________________________
_____________________________________
Lihat peruntukan markah dan bilangan
jawapan yang diperlukan
Berikan respon (1 markah)
Tuliskan alasan/fakta yg menyokong respon
mengikut baki markah
Alasan perlu dihuraikan. Huraian diambil kira.

27

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Contoh soalan:

Apakah perasaan anda.? Berikan dua alasan


anda. [3 markah]
_______________________________________
_______________________________________
Lihat peruntukan markah dan bilangan jawapan
yang diperlukan
Berikan respon (1 markah)
Tuliskan alasan/fakta yg menyokong respon
mengikut baki markah
Dua alasan perlu berasingan. Huraian tidak
diambil kira.

28

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Contoh soalan:

Bolehkah peristiwa tersebut dielakkan? Berikan


hujah anda secara terperinci berdasarkan nilainilai murni. [4 markah]
_______________________________________
_______________________________________
Lihat peruntukan markah dan bilangan jawapan
yang diperlukan
Berikan respon (1 markah)
Tuliskan hujah yg menyokong respon mengikut
baki markah
Nilai diwajibkan, Huraian lanjutan diperlukan.
NHH (3 markah)

29

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Contoh soalan:

Apakah rumusan yang boleh dibuat melalui


ketiga-tiga gambarajah di atas? [1 markah]
_______________________________________
_______________________________________
Format jawapan untuk menulis rumusan ialah
WTK dalam SATU ayat: Watak + Tindakan + Kesan
Contoh jawapan:
Rakyat (Watak) harus menyokong Kempen
Membaca (Tindakan) supaya dapat melahirkan
masyarakat yang berilmu. (Kesan).

30

Rumusan: Soalan Struktur


Aspek penyoalan

Markah Jawaban yg perlu


diberi
ditulis

Terangkan maksud nilai

1/2/3 ?

Definisi sahaja

Nyatakan 1 nilai

N sahaja

Berikan 2 nilai

N1 & N2

Terangkan 2 nilai

N1,H1,N2,H2 ATAU
N1,P1,H1,N2,P2,H2

Huraikan 2 nilai

Senaraikan 2 kesan

F1,F2

Cadangkan 2 cara

F1,H1,F2,H2

KBAT

???

???
31

Soalan Struktur: Setiap Soalan Dibenarkan


Tambah 1 Jawaban
Aspek penyoalan

Mark Jawaban yg perlu


ah
ditulis

Jawaban
tambahan

Terangkan maksud
nilai

1/2/3? Definisi

+ Definisi

Nyatakan 1 nilai

N1

+ N2

Berikan 2 nilai

N1 & N2

+ N3

Terangkan 2 nilai

N1,H1,N2,H2 ATAU + N3,H3 ATAU


N1,P1,H1,N2,P2,H2 + N3,P3,H3

Terangkan 2 nilai

Senaraikan 2 kesan... 2

F1,F2

+ F3

Cadangkan 2 cara

F1,H1,F2,H2

+ F3,H3

KBAT

???

???

???+1
32

Bahagian B: Soalan Esei


Contoh soalan bertanyakan nilai:

Terangkan dua nilai [10 markah]


b) Huraikan tiga nilai [10 markah]
c) Wajarkah? Beri hujah anda berdasarkan nilainilai [10 markah]
Contoh soalan yg tidak bertanyakan nilai:
a) Terangkan lima cara [10 markah]
b) Mengapakah? Huraikan alasan anda. [10
markah]
c) Setujukan anda? Huraikan tiga alasan [10
markah]
33
a)

Soalan Esei (Kalau Tulis Format


NPCPC, Berapa markah?)
Nilai = kata kunci / definisi = 1 markah
Ayat N: watak + nilai (1 markah)
Ayat P: watak + kata kunci 1 + isu / situasi soalan

(N = KK)
Ayat C: contoh / huraian lanjutan (1 markah)
Ayat P: watak + kata kunci 2 + isu / situasi soalan
(N = KK)
Ayat C: contoh / huraian lanjutan (1 markah)
34

Pemarkahan Bagi Esei (KBAT)


Soalan Bertanyakan
Nilai
3N+7H
2N+8H
1N+9H

Soalan Tidak
Bertanyakan Nilai
3N+7H
2N+8H
1N+9H
10 H

Jumlah
markah
10 m
10 m
10 m
10 m

Nilai: maksimum 3 Markah


Huraian: maksimum 7 Markah
*Dengan andaian jawapan bagi soalan tersebut mempunyai 3
nilai dan ke atas.
**Fakta/Contoh/Huraian/Huraian Lanjutan semuanya dianggap
H

35

Kalau bukan format NPCPC,


Format ???
Ada 2 jenis format untuk dipilih:
Boleh tulis Nilai (N) kemudian disokong dengan Contoh
(C) dan/atau Huraian Lanjutan (H)
Boleh tulis Fakta (F) kemudian disokong dengan Contoh

(C) dan/atau Huraian Lanjutan (H)


Bagi soalan yg bertanyakan nilai, jawapan calon perlu
ada sekurang-kurangnya SATU amalan Nilai (N)
kemudian disokong dengan Contoh (C) dan/atau
Huraian Lanjutan (H)
Bagi soalan yang tidak bertanyakan nilai, jawapan
calon ada/tiada amalan nilai pun boleh
36

Format NCH (Guna Nilai)


Mula dengan ayat Nilai, kemudian disokong

dengan C dan/atau H.
Untuk menulis Contoh (C) atau Huraian (H) bagi
setiap Nilai (N) yang anda guna, tanya soalan
Bagaimana atau Mengapa pada nilai tersebut.
Jawapan yang anda dapat sebenarnya adalah
Contoh (C) / Huraian lanjutan (H).
Katakan N1: Kerajinan
C1: bagaimana? Contohnya.
H1: mengapa? Hal ini demikian kerana.
Hal ini demikian supaya.
37

Format FCH (Tanpa Guna Nilai)


Mula dengan ayat Fakta, kemudian disokong

dengan C dan/atau H.
Untuk menulis Contoh (C) atau Huraian (H) bagi
setiap Fakta (F) yang anda guna, tanya soalan
Bagaimana atau Mengapa pada Fakta tersebut.
Jawapan yang anda dapat sebenarnya adalah
Contoh (C) / Huraian lanjutan (H).
Katakan F1: bijak memilih kawan
C1: bagaimana? Contohnya.
H1: mengapa? Hal ini demikian kerana.
Hal ini demikian supaya.
38

Soalan Esei (KBAT) Tanpa Guna


Nilai
Contoh soalan:
Terangkan lima cara [10 markah]
Setiap cara diikuti dengan 1 contoh/huraian
1 cara + 1 contoh/huraian = 2 markah
Oleh itu, tulis 5 cara + 5 contoh/huraian = 10
markah
Nasihat saya: 5 cara + 5 contoh + 5 huraian
Jika ketandusan cara, boleh guna amalan nilai
sebagai ganti cara
Bilangan huraian tidak terhad
39

Soalan Esei (KBAT) Tanpa Guna


Nilai
Contoh soalan:

Setujukan anda? Huraikan tiga alasan [10 markah]


Beri respon = 1 markah
1 alasan + 1 contoh + 1 huraian = 3 markah
Oleh itu, tulis 3 alasan + 3 contoh + 3 huraian = 9
markah
Nasihat saya: 5 alasan + 5 contoh + 5 huraian
Jika ketandusan alasan, boleh guna amalan nilai
sebagai ganti alasan
Bilangan jawapan tidak terhad
40

Cara Menulis Esei (KBAT) Gabungan


NCH & FCH
Nilai yang perlu diamalkan ialah rasional.
Mereka harus menyedari kesan buruk ponteng
sekolah. Hal ini demikian kerana pelajaran mereka
akan terabai disebabkan oleh pengaruh rakan. Nilai
yang perlu diamalkan ialah bertanggungjawab.
Mereka harus memainkan peranan sebagai murid
sekolah agar tidak terlibat dalam gejala ponteng
sekolah. Hal ini demikian supaya mereka
mempunyai masa depan yang cerah. Nilai yang
perlu diamalkan ialah mematuhi peraturan dan
undang-undang. Mereka harus akur pada peraturan
41

Cara Menulis Esei (KBAT)


Gabungan NCH & FCH (Bersambung)
sekolah. Hal ini demikian supaya mereka tidak dikenakan
tindakan demerit kerana telibat dalam ponteng sekolah.
Murid-murid harus menjaga imej diri dengan tidak
terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Mereka tidak
harus mencemarkan nama baik diri. Hal ini demikian
supaya mereka tidak dipandang serong oleh masyarakat.
Mereka harus menjauhi perbuatan ponteng dengan rajin
datang ke sekolah. Mereka harus hadir ke sekolah setiap
hari persekolahan. Hal ini demikian kerana mereka dapat
menimba ilmu yang berguna di sekolah.
42

Cara Lain Menulis Esei (KBAT) Gabungan NCH &


FCH: Nilai dikumpulkan dlm perenggan 1, yg saki
baki dlm perenggan ke-2
Nilai-nilai yang perlu diamalkan ialah rasional,
bertanggungjawab dan mematuhi peraturan dan
undang-undang.
Mereka harus memainkan peranan sebagai murid
sekolah agar tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah.
Hal ini demikian supaya mereka mempunyai masa depan
yang cerah. Mereka harus akur pada peraturan sekolah.
Hal ini demikian supaya mereka tidak dikenakan tindakan
demerit kerana terlibat dalam ponteng sekolah. Mereka
harus menyedari kesan buruk ponteng sekolah. Hal ini
43

Cara Lain Menulis Esei (KBAT) Gabungan NCH &


FCH: Nilai dikumpulkan dlm perenggan 1, yg saki
baki dlm perenggan ke-2 (bersambung)
demikian kerana pelajaran mereka akan terabai. Muridmurid harus menjaga imej diri dengan tidak terlibat
dalam gejala ponteng sekolah. Mereka tidak harus
mencemarkan nama baik diri. Hal ini demikian supaya
mereka tidak dipandang serong oleh masyarakat. Mereka
harus menjauhi perbuatan ponteng dengan rajin datang
ke sekolah. Mereka harus hadir ke sekolah setiap hari
persekolahan. Hal ini demikian kerana mereka dapat
menimba ilmu yang berguna di sekolah.
44

Pengagihan Masa Yang Betul


Bahagian Peruntukan Masa
A
(Struktur)
B
(Esei)

8 soalan x 10 minit untuk


setiap soalan

2 soalan x 20 minit untuk


setiap soalan
1 soalan tambahan x 20 minit
Semak jawapan
Jumlah

Jumlah
Masa
80 minit

40 minit
20 minit
10 minit
150 minit
45

terima kasih
kerana sudi mendengar.

46

You might also like