You are on page 1of 10

Bincangkan fenomena pemusatan ruangan aktiviti industri di negara sedang membangun

Pengenalan

Sejak akhir 1970-an, aktiviti perindustrian dunia cenderung untuk bertumpu ke negara
Asia Pasifik. Taburan aktiviti perindustrian di negara-negara Asia termasuklah Malaysia
kebanyakannya bertumpu di kawasan bandar utama yang lebih maju berbanding kawasan
sekitarnya (Katiman Rostam,2010). Hal ini menyebabkan wujudnya ketakseimbangan
taburan serta kemajuan antara kawasan-kawasan di Malaysia khususnya dalam bidang
perindustrian. Kesan daripada ketidakseimbangan ini, amat jelas bahawa berlakunya
fenomena pemusatan ruangan aktiviti di kawasan-kawasan tertentu.
Namun demikian, fenomena pemusatan ini berlaku berdasarkan sebab-sebab tertentu
yang mana ia dikaitkan dengan keadaan serta kelebihan sesuatu kawasan tumpuan. Tekanan
pasaran ekonomi global pada alaf ini telah menyebabkan wilayah metropolitan terus menjadi
pilihan para pelabur, khususnya pelabur asing yang sememangnya mendominasi dalam
jumlah pelaburan negara. Tambahan pula kemasukan mereka dialu-alukan oleh pemerintah
negara kita. Menurut Mittelman (1999), globalisasi adalah suatu trend perkembangan
ekonomi yang hanya melibatkan sebahagian daripada kawasan dalam skala global mahupun
nasional. Oleh itu, tidak hairanlah proses globalisasi ini dikatakan sebahagian daripada ejen
pemusatan sesuatu aktiviti industri.
Di Malaysia, antara kawasan yang berkembang pesat sebagai pusat perindustrian ialah
Shah Alam , Selangor. Pemusatan yang berlaku di Shah Alam adalah disebabkan pemangkinpemangkin tertentu yang dilihat mampu menjana serta memperkembangkan lagi aktiviti
industri di kawasan tersebut. Selain itu, pemusatan yang berlaku ini turut memberi
kepentingan kepada sesuatu kawasan serta penduduk di sekitarnya.

FAKTOR PEMUSATAN
Peranan pelabur asing
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, berlakunya sesuatu pemusatan aktiviti
industri di suatu kawasan adalah disebabkan beberapa perkara yang bertindak sebagai
sokongan. Kawasan yang difokuskan di sini adalah Shah Alam yang merupakan kawasan
yang berkembang pesat dengan sektor perindustrian serta pembuatan sama ada perindustrian
berat mahupun yang lebih menjurus kepada pengeluaran produk. Oleh sebab kawasan ini
turut termasuk dalam Wilayah Metropolitan Lanjutan iaitu wilayah Klang-Langat, kawasan
ini cenderung untuk menerima pembangunan ekonomi dan juga pembangunan manusia.
Status kawasan ini yang merupakan kawasan yang telah meningkat maju telah meningkatkan
trend kemasukan pelabur asing ke kawasan tersebut (Katiman Rostam,2010).Para pelabur
kebanyakannya cenderung ke kawasan yang telah sedia maju kerana mereka boleh
menjimatkan kos pengeluaran yang merangkumi kos pengangkutan, bahan mentah dan
sebagainya.
Hal ini demikian kerana, terdapatnya pelbagai jenis firma di kawasan tersebut yang
boleh membekalkan pelbagai kemudahan seperti bahan mentah dan perkhidmatan misalnya
perbankan, penghantaran dan lain-lain bentuk perkhidmatan. Oleh itu, secara tidak langsung
firma perindustrian ini akan dapat menikmati ekonomi bidangan sama ada ekonomi bidangan
dalaman mahupun luaran yang mana kedua-duanya mampu mengurangkan kos purata
pengeluaran firma. Kesannya, keuntungan firma akan cenderung meningkat dan dapat
mengatasi kos pengeluaran.

Kelebihan mendapatkan bekalan buruh


Berdasarkan status Shah Alam yang merupakan sebahagian daripada Wilayah
Metropolitan Lanjutan (WML) yang mana wilayah ini merangkumi Klang Langat, kawasan
ini mempunyai daya saing yang sangat tinggi berbanding dengan kawasan lain lebih-lebih
lagi kawasan di bahagian pantai timur. Kelebihan daya saing yang dimaksudkan ini
termasuklah daripada segi penyediaan infrastruktur dan infostruktur, milieu keinstitusian,
struktur ekonomi, governans dan juga sumber manusia di bandar berkenaan (Webster dan
Muller,2000). Menurut (Hasnah Ali,1991), berdasarkan analisis Teori Weber mengenai teori
letakkan industri yang kandungannya terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu letakan bagi
kos pengangkutan paling rendah, tarikan faktor tenaga buruh dan tarikan faktor penumpuan.
Faktor tenaga buruh merupakan faktor utama dalam proses pengeluaran barang walaupun
sudah terdapat pelbagai mesin serta alat berteknologi tinggi. Kawasan Shah Alam merupakan
kawasan perindustrian yang mempunyai peluang pekerjaan yang cukup tinggi. Oleh sebab
itu, kawasan ini menjadi tumpuan pekerja yang mempunyai pelbagai tingkat kemahiran sama
ada yang berkemahiran tinggi, sederhana mahupun rendah. Kesannya, banyak firma yang
berbentuk industri memilih untuk menempatkan kilang di kawasan ini kerana pihak firma
berupaya untuk memilih seberapa ramai buruh yang mempunyai kelayakan yang pelbagai
mengikut keperluan pengeluaran mereka. Keadaan ini juga wujud daripada kebaikan
bandingan yang terdapat di Shah Alam yang maju dari segi kemahiran dan pengalaman
tenaga buruh pada pelbagai peringkat. Tambahan pula, pencapaian dalam bidang pendidikan
di Pantai Barat yang rata-rata adalah lebih tinggi berbanding negeri yang kurang maju.
Perkara ini turut disokong oleh kewujudan pelbagai pusat pengajian tinggi awam serta
swasta yang berada di sekitar ataupun berhampiran dengan Shah Alam contohnya seperti
Universiti Teknologi Mara, Universiti Industri Selangor, Universiti Multimedia dan
sebagainya. Pusat-pusat pengajian ini membekalkan tenaga kerja yang berkemahiran serta
3

sering berlaku kerjasama antara pihak firma dan universiti semasa pelajar menjalani praktikal
dan secara tidak langsung, firma dapat mengenal pasti tenaga buruh yang bersesuaian dengan
kehendak mereka (Alice Lam,****).

Kewujudan pelbagai fungsi metropolitan moden


Kemudahan yang pelbagai di sesuatu kawasan menyebabkan kawasan tersebut akan
mengalami proses pembangunan yang lebih pantas dalam apa jua sektor khususnya
perindustrian dan pembuatan.
Kepelbagaian kemudahan juga menjadikan sesuatu kawasan seperti Shah Alam lebih
moden berbanding dengan kawasan yang terdapat di negeri-negeri lain. Antara kemudahan
serta fungsi metropolitan moden yang terdapat di sini adalah agensi perkhidmatan
pengkomputeran, agensi penghantaran kargo udara dan laut, agensi pengiklanan, hartanah,
broker saham dan sebagainya ( Katiman Rostam,2010). Kemudahan-kemudahan ini amat
penting dalam proses pengeluaran ekonomi moden seperti pembuatan dalam era globalisasi
yang mana membolehkan barangan di eksport ke negara luar serta memperkenalkannya
kepada pelanggan di luar negara di mana ia membolehkan semua pergerakan barangan,
modal, maklumat dan buruh berlaku secara bebas merentasi sempadan negara. Bukan itu
sahaja, kedudukan Shah Alam yang boleh dikatakan hampir dengan Klang juga memberi
kelebihan dari segi akses kepada kawasan pelabuhan Klang yang bertaraf dunia dan
berpengaruh. Begitu juga dengan kemudahan lapangan terbang serta jalan raya yang baik dan
sesuai sebagai laluan aktiviti industri.
Penawaran khidmat yang menyokong proses pengeluaran aktiviti ekonomi moden
juga semakin banyak tertumpu di kawasan Shah Alam dan penumpuan perkhidmatan ini terus

meningkat dari masa ke semasa. Selain itu, terdapat juga fungsi seperti telekomunikasi,
walaupun bilangannya tidak banyak tetapi nilai output kasarnya cukup tinggi. Hal ini
menunjukkan bahawa perkhidmatan telekomunikasi ini berskala besar dan mampu
mengendalikan perkhidmatan yang bersifat global sesuai dengan keperluan ekonomi semasa
kini. Lantaran penumpuan perkhidmatan pengeluar ini, Shah Alam memberi tarikan yang
kuat kepada para pelabur, khususnya pelaburan asing langsung ( Katiman Rostam,2006).

Kemudahan untuk mendapatkan sumber


Selain itu, kawasan ini juga hampir dengan sumber serta bahan-bahan yang diimport
dan bahan mentah tempatan yang dikeluarkan oleh firma lain yang rata-ratanya berada di
lokasi yang sama. Contohnya kawasan perindustriannya yang mempunyai pelbagai jenis
industri yang berkaitan antara satu sama lain seperti industri kereta seperti Kilang Proton
yang berada di kawasan perindustrian HICOM, Batu Tiga Shah Alam yang mana kawasan
sekitarnya akan terdapat industri berkaitan seperti kilang tayar, kilang cat dan sebagainya.
Pengelompokan industri yang berlaku ini akan memudahkan perjalanan industri
secara berantai dan secara tidak langsung akan menjimatkan kos pengangkutan, pentadbiran
dan sebagainya (Hamzaid bin Yahya,2006). Kes seperti inilah yang dipanggil ekonomi
bidangan luaran yang mana firma mendapat faedah apabila menjalankan pengeluaran secara
besar-besaran di dalam ekonomi yang berkelompok. Kemudahan untuk mendapatkan bahan
mentah di kawasan ini yang disebabkan oleh peranan firma di sekitarnya akan membolehkan
firma atau kilang beroperasi dengan baik. Kos urus niaga terutamanya bagi interaksi ruang
juga turut berubah menjadi lebih rendah (Hanink M. Dean,1997).

Oleh itu, tidak hairanlah Shah Alam menjadi tumpuan pelabur serta pengusaha untuk
menjalankan perniagaan serta menjalankan kegiatan industri moden di kawasan ini.

Akses kepada pasaran


Menurut James O. Wheeler(1986), pemusatan sesuatu industri biasanya berlaku di
kawasan berhampiran dengan pengguna serta pemborong kepada barangan yang dikeluarkan.
Menurut beliau lagi, semua ini bertujuan untuk mengelakkan kos pengangkutan yang terlalu
tinggi semasa proses pembuatan berlaku selain untuk menghapuskan kos bagi mengangkut
barang-barang mentah. Oleh hal yang demikian, keuntungan dapat dimaksimumkan dan
kerugian dapat diminimumkan.
Kawasan bandar raya Shah Alam merupakan salah satu kawasan yang menjadi
tumpuan kepada kebanyakan golongan yang bekerja serta yang menyambung pelajaran. Oleh
yang demikian, bilangan penduduk di kawasan ini pastinya meningkat saban tahun. Pada
tahun 2009, penduduk Shah Alam mencecah 617,149 orang dan jumlah ini sentiasa
meningkat saban tahun kerana menjadi tumpuan para belia mencari pekerjaan. Berdasarkan
jumlah penduduk yang melebihi setengah juta orang ini, tidak sukar untuk firma yang
beroperasi di sekitarnya memasarkan produk keluaran mereka.
Selain itu, status Shah Alam sebagai bandar raya juga menujukkan bahawa kawasan
ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti pusat-pusat perniagaan misalnya pusat membelibelah dan juga pelbagai premis peruncitan. Contohnya Plaza Alam Sentral, SACC Mall dan
Shah Alam Mall. Semua masih lagi belum dikira dengan syarikat hypermarket antarabangsa
yang lain seperti Tesco, Carefour, Giant dan Tesco Extra. Kebanyakannya berpusat di
Seksyen 14, Seksyen 13 dan Seksyen 9. Jadi, dengan adanya semua premis ini, maka firma

mempunyai lebih banyak akses pasaran untuk tujuan memasarkan produk keluaran mereka di
samping lokasi

pasaran tersebut berada dalam kawasan yang sama dengan kawasan

pengeluaran produk. Tambahan pula taraf hidup masyarakat di kawasan yang maju seperti
Shah Alam semakin meningkat kerana rata-rata penduduknya sama ada penduduk asal
ataupun migran mempunyai pendapatan tetap, jadi tiada masalah bagi mereka untuk
berbelanja dan bertindak sebagai salah satu penggerak kepada pasaran ekonomi.

Dasar kerajaan
Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan ekonomi negara
serta turut bertanggungjawab dalam memastikan kemasukan pelabur asing ke dalam negara
bagi memantapkan lagi ekonomi negara. Pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai dasar
ekonomi dan hasilnya telah memberi kesan kepada perkembangan ekonomi di sesuatu
kawasan.
Kerajaan telah menyediakan tapak industri bagi menggalakkan firma-firma tempatan
atau firma asing menjalankan pelbagai kegiatan perindustrian di kawasan yang telah
disediakan. Kawasan yang disediakan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti
bekalan air, kemudahan pengangkutan seperti jalan raya, perhubungan, bekalan elektrik dan
sebagainya. Tapak yang diwujudkan ini bertujuan untuk menggalakkan pihak pengusaha
bertumpu di kawasan tersebut. Selain itu, pelbagai pinjaman modal kepada pengusaha turut
disediakan bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan, lebih-lebih lagi di kawasan
yang telah disediakan. Antaranya contoh agensi yang memberi bantuan modal ini adalah
Bank Perdagangan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Zon perdagangan bebas cukai juga turut diwujudkan bagi menggalakkan kedatangan
para pelabur dan kemasukan industri berteknologi tinggi dari negara-negara maju kerana
kemasukan mereka memberikan impak yang cukup positif kepada Malaysia. Kilang-kilang
pembuatan di kawasan ini juga diberikan beberapa keistimewaan seperti insentif cukai,
kemudahan kredit, memberikan kadar sewa tapak yang murah serta pengecualian cukai bagi
kegiatan eksport dan import barangan.
Selain daripada itu, pihak kerajaan turut menyediakan khidmat bimbingan dan nasihat
kepada pengusaha serta bakal pengusaha dalam merencana rancangan ekonomi mereka.
Misalnya pihak Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) yang turut memberi
maklumat dan khidmat nasihat kepada pengusaha tempatan. Bukan itu sahaja, bantuan dari
segi kewangan turut diberikan bagi yang memerlukan bantuan suntikan modal iaitu melalui
Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDF) dan HICOM untuk memajukan industri
berat, misalnya dalam pembuatan kereta.

Kesimpulan
Kesimpulannya, pemusatan kegiatan perindustrian berlaku disebabkan oleh pelbagai
faktor yang mampu untuk memberi kebaikan kepada para pengusaha sama ada pengusaha
dalam negara mahupun dari luar negara. Faktor seperti kemudahan tenaga buruh, akses
pasaran, kemudahan mendapatkan sumber alam dan sebagainya dilihat mampu untuk
mengurangkan kos pengeluaran produk. Kesannya, pihak pengeluar mampu untuk mencapai
keuntungan yang tinggi dengan kos yang lebih rendah sekiranya menjalankan kegiatan
industri secara berkelompok.
Tambahan pula, kawasan yang sedia maju seperti Shah Alam pastinya menjadi
tumpuan kerana di situ terdapatnya pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan serta
mempunyai struktur ekonomi yang sangat kondusif lebih-lebih lagi dari segi kos tapak, upah
buruh yang kompetitif serta kemudahan yang bersifat keinstitusian yang boleh memudahkan
lagi proses pengeluaran produk (Katiman Rostam,2010). Oleh sebab itulah, terdapat pelbagai
industri yang bertapak di sekitar Shah Alam misalnya Industri Pembuatan Barangan Plastik,
Industri Pembuatan Kereta, sarung tangan dan sebagainya.
Di samping itu, pemusatan industri ini turut memberi pelbagai kepentingan ke atas
sesuatu kawasan. Antara yang dapat disenaraikan adalah, pemusatan industri akan
menggalakkan perkembangan perkhidmatan pengeluar seperti perbankan, insurans dan
pembrokeran, penyelidikan, penghantaran dan pengkomputeran yang sangat diperlukan
dalam sektor ekonomi moden pada masa kini.

Bibliografi

Hasnah Ali, (1991). Ekonomi wilayah, teori dan amalan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hanink M,D (1997). Principles and applications of economic geography. USA.
John Wiley and Son, Inc.
Katiman Rostam, (2010). Isu-isu alam sekitar manusia di Malaysia. Tanjung Malim,Perak
: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mittelman,J.(ed).1996.Globalization:critical reflections.Boulder &London:Lynne Reiner
Publishers
Webster,D. & Muller,L.(2000).Urban competitive assessment in the developing countries
urban regions :The road forward.Paper prepared for urban group. INFUD.
Washington D.C. : World Bank
Wheeler O,J, (1986). Economic geography. USA. Malloy Lithographic, Inc.

http://www.oocities.org/sarinaz2/perindustrian.htm. Dicapai pada 7/3/2011


http://geografi-geografi.blogspot.com/2010/11/aglomerasi-dan-relokasi-industri-faktor.html.
Dicapai pada 7/3/2011
http://www.pkfz.com/. Dicapai pada 7/3/2011

10

You might also like