You are on page 1of 30

COBRA BERBISA DI JENALIK

SEJARAH BATALION KESEMBILAN REJIMEN RENJER DIRAJA

1. Batalion Ke-9 Rejimen Renjer Diraja pada asalnya dikenali sebagai

Batalion Infantri Ke 14 Askar Wataniah (14 RAW) atau Malaysian Territorial Army (14 MTA) yang ditubuhkan pada 1 April 1971 di Tawau, Sabah. Keanggotaan

pasukan dari 14 MTA pada ketika itu kebanyakannya terdiri daripada anggota- anggota tempatan dari pasukan Pertahanan Tempatan Sabah atau “Local Defence Corps” (LDC). Batalion ini ditubuhkan atas hasrat Kerajaan Negeri Sabah pada masa itu yang menginginkan sebuah pasukan tentera yang terdiri daripada anak-anak watan Negeri Sabah yang mempunyai pelbagai bilang kaum dan suku. "Nucleus" anggota pasukan ini asalnya terdiri daripada anggota kerahan yang diambil dari setiap daerah di Negeri Sabah dan juga anggota tetap mahupun anggota kerahan dari Semenanjung Malaysia.

dari setiap daerah di Negeri Sabah dan juga anggota tetap mahupun anggota kerahan dari Semenanjung Malaysia.

Kem Taiping

1

2.

Pada masa itu, Kerajaan Negeri Sabah adalah di bawah pentadbiran Ketua

Menteri Tun Datu Mustaffa bin Datu Harun yang pada dasarnya telah memberi kesanggupan untuk memberi bantuan kewangan bagi penyediaan kelengkapan dan pentadbiran pasukan ini. Walaubagaimanapun, tindakan ini tidak dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan kerana ini secara automatik akan menjadikannya sebuah pasukan tentera yang khasnya berkhidmat untuk Negeri Sabah sahaja. Oleh sebab itu Kerajaan Persekutuan telah mencadangkan supaya ditubuhkan pasukan tentera Wataniah yang terdiri daripada anak-anak tempatan Negeri Sabah dan perjawatan mahupun pentadbirannya adalah sama seperti yang terdapat di dalam Pasukan Batalion Infantri yang lain. Kuasa penubuhan telah diluluskan oleh kerajaan melalui surat KP/TD/ATOR/4669 bertarikh 13 Mac 1971 dengan nombor perjawatan FED (M) 3036/5/69 (AW). Pegawai Memerintah yang pertama bagi batalion ini adalah Lt Kol Ismail bin Ghows KMN,PGB,ADK, BSK.

ini adalah Lt Kol Ismail bin Ghows KMN,PGB,ADK, BSK. Kem Kukusan, Sabah 3. Tanggal 1 Mac

Kem Kukusan, Sabah

3. Tanggal 1 Mac 1979 Batalion Infantri Ke 14 Askar Wataniah telah

dianugerahkan dengan gelaran yang baru iaitu Batalion Ke-9 Rejimen Renjer sempena sambutan Hari Tentera Darat dalam satu perbarisan ulung di Kem Batu Uban, Pulau Pinang. Hari penubuhan Batalion ini telah disambut pada 1 Mac

2

setiap tahun. Semua anggota kerahan Askar Wataniah yang mahu menjadi anggota tetap telah diserapkan sebagai anggota Batalion Ke-9 Rejimen Renjer dan bagi anggota yang enggan diserap serta yang telah lanjut usianya telah dihantar ke pasukan Askar Wataniah yang lain. Bagi mereka yang berhasrat untuk berhenti dibenarkan berbuat demikian. Kekurangan anggota pasukan ini telah dipenuhi dengan panggilan anggota dari Rejimen Renjer yang lain. Pegawai Memerintah pasukan semasa penganugerahan ini dibuat adalah Lt Kol Harchand Singh KMN, ADK, PPT, KPK.

PERIHAL PENUBUHAN ASAL PLATUN COBRA

4. Platun COBRA ditubuhkan pada bulan Disember 1990 di Kem Kukusan,

Tawau, Sabah. Keanggotaan platun ini adalah terdiri daripada anggota-anggota yang baru menamatkan latihan asas Rekrut dan seterusnya diserapkan ke pasukan, anggota ini mempunyai nombor tentera yang berpangkal 1080. Platun ini ditubuhkan atas inisiatif Pegawai Memerintah ketika itu iaitu mendiang Lt Kol Thavakumar al V.N Ganesan yang berkehendakkan satu platun elit dalam pasukan selain daripada Platun UCIS yang sedia wujud pada masa itu. Sebagai permulaan, platun ini telah diberi latihan intensif didalam pelbagai bidang kepakaran seperti Semboyan, 81mm Mortar, Jerangkap Samar/Letupan, Ikhtiar Hidup, perubatan dan memandu di samping latihan fizikal dan mental secara intensif selama lebih kurang setahun. Masa yang agak lama terpaksa diambil kerana platun ini juga terlibat di dalam pelbagai jenis latihan dan beberapa aktiviti lain yang diadakan oleh pasukan.

3

5.

Pada peringkat awal penubuhannya, anggota platun telah ditempatkan di

sebuah tempat yang dikenali sebagai ‘Survival Village’ selama tempoh dua bulan untuk latihan praktikal pangkalan CIW. Pada peringkat ini, platun ini telah diajar dengan pelajaran dan latihan ikhtiar hidup dan taktik-taktik yang diwajibkan bagi tiap-tiap anggota Platun UCIS. Ketua Platun yang pertama platun ini ketika ditubuhkan pada masa itu ialah Lt M Ali bin Sudir manakala Platun Sarjan yang pertama ialah Sjn Halim bin Erwin. Pada tahun 1993, Platun UCIS pasukan telah dibubarkan dan peranannya telah diambil alih oleh Platun COBRA sehingga kini.

4

PERISTIWA DI GRIK

6. Daerah Grik mengandungi 3 buah Mukim dengan keluasan 1993 batu

persegi. Mukim yang terdapat di dalam daerah ini ialah Mukim Grik, Mukim Kerunai dan Mukim Kenering. Pada amnya kawasannya adalah bertanah tinggi dan berbukit bukau serta mempunyai hasil hutan yang kaya. Lebih 80 % daripada kawasan ini masih lagi dilitupi oleh hutan belantara. Pekan Grik terletak di dalam Mukim Grik. Pasukan Batalion 304 Infantri (AW) terletak lebih kurang 1.5 km dari Pekan Grik.

7. Pada 2 Julai 2000 lebih kurang jam 0200 suasana di Pos 2 Lebuh Raya

Timur Barat (LRTB) diselubungi suasana yang amat tenang. Jelas kelihatan pengawal sedang menjalankan tugas masing-masing berpandukan kepada tugas dan arahan yang telah dinyatakan di dalam jadual tugas harian. Bagi anggota yang sedang bertugas ia merupakan satu tugas yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab manakala bagi anggota yang tidak bertugas pula ia adalah masa untuk berehat sebelum untuk meneruskan tugas apabila gilirannya tiba. Dalam suasana tenang dan damai itu tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki beruniform tentera menaiki 3 buah kenderaan pacuan 4 roda ‘Pajero’ tentera. Kumpulan itu telah dicabar oleh pengawal, namun kumpulan itu memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai dari KEMENTAH yang ingin membuat pemeriksaan mengejut. Salah seorang pegawai yang berpangkat Lt Kol telah mengarahkan Ketua Pengawal mengejutkan semua anggota yang sedang tidur. Seramai 14 anggota yang diketuai oleh 196668 Sjn Wahab bin Awang Kechik telah diberi hukuman ‘forward roll’ dan ‘side roll’ beberapa kali diatas dasar tidak menjalankan tugas dengan betul.

8. Kumpulan yang membuat pemeriksaan mengejut itu terdiri daripada

seorang berpangkat Lt Kol, 2 Mejar, 3 Kapten, 2 Leftenan dan 6 anggota lain-lain pangkat (LLP) dari Kor RAMD, KRD, RGK, KPTD dan RSD. Kesemuanya berpakaian celoreng lengkap. Bertindak atas alasan kurang cekap melaksanakan

5

tugas, kumpulan itu telah bertindak mengambil senjata sebagai barang bukti untuk dimaklumkan kepada Pegawai Memerintah. Senjata dan peralatan yang telah diambil adalah terdiri daripada sebuah ‘radio set’ jenis PRM 4021 B, 17 laras senjata jenis M 16, sebanyak 6,300 butir peluru jenis 5.56 mm, 14 kelopak M 16 dan sebanyak 4 ‘pouches’. Setelah mengambilnya ketua kumpulan yang berpangkat Lt Kol bernama 'Wahid' telah memaklumkan kepada Sjn Wahab bahawa beliau akan memberitahu kejadian ini kepada Pegawai Memerintah lalu terus meninggalkan Pos 2 dengan menggunakan 3 buah ‘Pajero’ tentera.

9. Setelah meninggalkan Pos 2, kumpulan itu telah terus berlalu menuju ke

Kem Grik yang menempatkan Batalion Infantri 304 (AW). Setibanya di hadapan Balai Pengawal pasukan tersebut, pada lebih kurang jam 0415 mereka telah menghampiri pintu pagar kem. Salah seorang pegawai dari kumpulan tersebut telah turun dari kenderaan dan mengarahkan pengawal pintu besar yang mana pada ketika itu dikawal oleh 6038869 Pbt Rozi bin Noli untuk membuka pintu pagar atas alasan untuk membuat pemeriksaan mengejut. Setelah pintu pagar dibuka, ketiga-tiga ‘Pajero’ tentera terus masuk ke dalam kem dan membuat satu pusingan menghala keluar kem. Pajero tentera pertama telah berhenti di Balai

Pengawal, Pajero tentera kedua berhenti di hadapan Pejabat Pegawai Memerintah manakala Pajero yang ketiga berhenti di kawasan Stor Senjata.

10. Disini mereka sekali lagi telah menggertak anggota pengawal yang sedang

bertugas untuk membuka tempat simpanan peluru sambil memarahi anggota- anggota pengawal tersebut dengan kata-kata 'terhegeh-hegeh' dan bersikap sambil lewa di dalam menjalankan tugas. Pada masa yang sama beberapa orang pegawai dari kumpulan tersebut yang berpangkat Kapten dan Leftenan ditempatkan di hadapan tempat simpanan peluru. Pintu pertama dan kedua tempat simpanan peluru telah dibuka dengan menggunakan kunci yang diambil dari Balai Pengawal manakala pintu ketiga telah dipotong dengan menggunakan pemotong besi yang dibawa sendiri oleh anggota kumpulan tersebut. Setelah pintu dibuka, mereka telah mengambil peluru sebanyak 700 butir jenis 7.62 mm

6

‘link belt’, 4 butir Flare Para’, 36 butir ‘Flare Tripwire’, 60 butir bom 40 mm, 9,095 butir peluru jenis 5.56 mm, 1,750 butir peluru jenis 9 mm dan 105 butir dan peluru jenis 7.62 mm ‘tracer’ sebanyak 105 butir.

11. Di kawasan Balai Pengawal pula mereka telah merampas senjata sebanyak 9 laras senjata jenis M 16, 6 buah kelopak M 16, “pouches’ serta ‘braces’ sebanyak 6 pasang, 6 bilah benet dan sejumlah 80 butir peluru jenis 5.56 mm. Di Stor Senjata Kompeni Markas pula mereka telah mengambil sebanyak 97 laras senjata M 16, 2 laras senjata Styer, 4 laras GPMG, 6 laras LMG HK IIAI, 5 laras M 203, 4 laras tambahan GPMG, 26 bilah benet M 16, 182 kelopak M 16, 4 set peralatan mencuci, 5 tripod GPMG dan 3 laras tambahan LMG HK IIAI. Manakala di Kompeni Charlie sebanyak 2 tripod GPMG diambil dan Kompeni Echo sebanyak 4 laras tambahan GPMG.

7

12.

Ketua kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Lt Kol Wahid

memaklumkan kepada anggota di Balai Pengawal tersebut bahawa beliau akan kembali semula pada jam 0630 untuk membuat ‘layout’ semua senjata di Padang Kawad dan mengarahkan Penjaga Stor Senjata Kompeni Markas untuk memaklumkan perkara tersebut kepada Pegawai Memerintah. Kemudian kesemua kenderaan Pajero tentera keluar dari Kem Grik pada jam lebih kurang

0430.

13.

Pada jam 0500, Sarjan Bertugas Pasukan telah memaklumkan kejadian

tersebut kepada Penolong Pegawai Memerintah dan seterusnya memaklumkan kepada Pegawai Memerintah. Setelah diberi penjelasan mengenai perkara tersebut, Pegawai Memerintah terus bergegas ke kem dan telah mengambil tindakan untuk mengisytiharkan Pelan Kilat dan mempertingkatkan kawalan di semua Pos dan juga termasuk rondaan keselamatan. Perkara ini terus dimaklumkan kepada Panglima 2 Briged dan Panglima 2 Divisyen. Pada 3 Julai lebih kurang jam 1100, Panglima 2 Divisyen telah tiba di Kem Grik untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan seterusnya melancarkan operasi keatas kumpulan tersebut. Setelah disiasat, beberapa andaian telah dibuat mengenai kejadian tersebut dimana perompak terbabit berkemungkinan terdiri dari kumpulan yang mempunyai niat jahat untuk menggunakan senjata-senjata tersebut bagi tujuan merompak atau mungkin menjualkannya kepada kumpulan- kumpulan tertentu. Beberapa kemungkinan lain yang berkaitan juga telah diandaikan bersangkutan dengan rompakan tersebut.

8

ATURGERAK 9 RRD

14. Pada 021745H Jul 2000, Perintah Amaran telah diterima dari Markas

Atasan yang mengarahkan Pegawai Memerintah 9 RRD bersama dengan 2 Kompeni Repal untuk bergerak serta-merta ke Kem Grik. Pada jam 2100, 2 Kompeni telah bergerak dan dituruti lagi oleh satu batalion telah diarahkan untuk bergerak ke Grik. Kumpulan terakhir bergerak menuju ke Grik pada 030100H Jul

2000. Semua anggota batalion berada di Kem Grik pada 030300H Jul 2000 dan

seterusnya telah bergerak untuk bermalam di Kem Kuala Rui. Pegawai Memerintah telah menerima arahan supaya batalion diaturgerakkan dan beliau seterusnya menyampaikan perintahnya di Kem Kuala Rui. Platun COBRA yang berkekuatan seramai 14 anggota telah diletakkan dibawah perintah Markas 2 Bgd. Secara amnya, rancangan operasi yang telah dilancarkan menggerakkan sebanyak lima (05) batalion untuk mengawasi kawasan-kawasan yang disyaki dan mungkin dilalui oleh perompak ini. Bagi Pasukan 9 RRD arahan telah diterima supaya diaturgerakkan untuk mengawasi kawasan Lebuh Raya Timur Barat dari kawasan Kuala Rui ke Banding.

Anggota Platun COBRA yang terlibat didalam Ops Khas 304
Anggota Platun COBRA yang terlibat didalam Ops Khas 304

15. Pada keesokan pagi, lebih kurang jam 0730, Pegawai Memerintah telah

2 Bgd.

mengarahkan Platun COBRA untuk melapor ke Markas Taktikal

Memandangkan Platun COBRA pada masa ini

tidak mempunyai Ketua Platun

9

kerana masih bercuti. Pegawai Memerintah telah melantik Sjn Ukoon ak Pungkok untuk menjadi Ketua Platun berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini memegang jawatan Ketua Seksyen Platun COBRA.

PERISIKAN

ini memegang jawatan Ketua Seksyen Platun COBRA. PERISIKAN Penyampaian Perintah oleh Panglima 2 Bgd. 16. Setibanya

Penyampaian Perintah oleh Panglima 2 Bgd.

16. Setibanya di Mk 2 Bgd, Panglima 2 Bgd telah menyampaikan taklimat

kepada Ketua Platun COBRA untuk diaturgerakan. Pada masa yang sama laporan Perisikan telah diterima dan diantara maklumat-maklumat dan perkembangan yang diterima adalah seperti berikut:

10

a. Seorang anggota dari unit 2 Skuadron Semboyan DiRaja yang

sedang bercuti hujung minggu di kawasan Kemajuan Tanah Ngor, Sauk terdengar bunyi tembakan semburan di udara pada 3 Julai 2000 jam 1400 petang. Beliau telah melaporkan kejadian tersebut kepada Ketua Staf 2 Bgd setelah balik melapor ke pasukan setelah diarah berbuat demikian selepas kejadian (rompakan senjata).

b. Orang-orang tempatan kawasan Kemajuan Tanah Ngor

mengesahkan mendengar bunyi tembakan semburan tersebut dan juga telah melaporkan seorang anggota berpakaian 'Komando' memakai selipar

telah keluar membeli ayam di kampung Sauk.

c. Pada 2 Julai 2000 jam 2000 di kawasan Kampung Jenalik Hulu

didapati 4 anggota tentera menaiki Pajero berhenti di sebuah kedai makan

untuk membeli makanan. Mereka bersenjatakan sepucuk M 203 dan sepucuk M 16.

d. Pada 2 Jul 2000 penduduk kampung di Jenalik Hulu telah

mendengar bunyi tembakan semburan pendek mulai jam 1400 sehingga jam 1900.

e. Pada 03 Jul 2000 jam 0800, satu maklumat diterima daripada Pihak

Polis menyatakan seorang berbangsa Cina di Kampung Jenalik telah memaklumkan bahawa beliau telah tidak dibenarkan memasuki kebun kerana tentera sedang membuat latihan di kawasan tersebut.

f. Pada 3 Jul 2000 jam 0920, maklumat diterima daripada Kapt

Suzana (Risik 5) bahawa anggota beliau yang sedang bercuti di Kampung

Tengah Sauk melaporkan mendengar bunyi tembakan ‘burst’.

g. Seorang bekas anggota Bn 304 Inf (AW), Kpl Rahim telah

terserempak dengan pangkalan perompak di kawasan Kemajuan Tanah Ngor pada pagi 3 Jul 2000. Beliau telah melaporkan kepada Polis dan Ejutan Bn 304 Inf (AW). Ekoran itu, Kol Masood bin Zainal Abidin telah

11

berjumpa sendiri dengan anggota berkenaan dan mengesahkan kedudukan pangkalan tersebut.

h. Pada 031700H Jul 2000 kumpulan perompak telah menghubungi Bn

304 Inf (AW) melalui radio set yang dirompak dan memaklumkan tuntutan mereka dan juga meminta Pegawai Memerintah Bn 304 Inf (AW) untuk menghubungi kumpulan perompak ini semula melalui radio set pada jam

2300.

i.

Pada 3 Jul 2000, pihak Cawangan Khas Perak telah memaklumkan

terdapat 2 anggota mereka yang membuat ‘surveillance’ di kawasan Kemajuan Tanah Ngor didapati tidak balik ke Balai Polis Sauk semenjak 0900 pagi.

PENJEJAKAN KUMPULAN PEROMPAK

17. Maklumat terakhir yang diterima hasil tinjauan akhir pada 031650H Jul

2000 oleh Tim Pengawas Tentera bersama penduduk tempatan telah dapat mengenal pasti kehadiran dan kedudukan sebenar kumpulan perompak di GR 259504. serentak dengan itu, Platun COBRA diaturgerakkan untuk mengepung kedudukan perompak yang telah dikenal pasti bersama-sama pasukan/kumpulan pengepung yang lain.

OPERASI KHAS 304

12

YAB Menteri Pertahanan bersama PTD berbincang dengan PMTD Setelah mengenal pasti kedudukan kumpulan perompak di

YAB Menteri Pertahanan bersama PTD berbincang dengan PMTD

Setelah mengenal pasti kedudukan kumpulan perompak

di sekitar Kawasan Kemajuan Tanah Ngor, Panglima 2 Div telah mengeluarkan

perintah Operasi Khas 304. Rancangan 2 Div adalah melaksanakan Operasi dengan kerjasama polis untuk menawan perompak dan merampas semula senjata dan peralatan dalam 4 fasa seperti berikut:

18. Rancangan Div.

Mengepung atau ‘inner cordon’ oleh pihak 21 KDO

bersama dengan Platun COBRA yang telah sedia ditempatkan berhampiran dengan kedudukan perompak dan pihak 2 RAMD bertindak sebagai ‘outer cordon’ di jarak lebih kurang 1800 meter dari kedudukan

a. Fasa Pertama.

perompak.

b. Fasa Kedua.

perompak agar mereka semua menyerah diri.

Cubaan mengadakan rundingan dengan pihak

c. Fasa Ketiga. Sekiranya perompak berkenaan enggan menyerah diri,

pasukan keselamatan akan bertindak menyerang kubu perompak dan seterusnya merampas kembali senjata dan peralatan yang telah dirompak.

13

d.

Fasa Keempat.

'Recovery' dan meneruskan usaha gerakan

mencari saki baki dan atur semula selepas fasa tiga dilaksanakan.

MISI KHAS

19. Pada 3 Julai 2000, lebih kurang jam 1530 Platun COBRA telah digerakkan

ke Sekolah Kebangsaan Jenalik. Kumpulan ini tiba pada jam 1630 dan seterusnya ditugaskan untuk memasang isyarat pendaratan helikopter di Sekolah Azlan Shah untuk menunggu ketibaan kumpulan 'cordon' yang diterbangkan khas

iaitu skuadron dari pasukan elit Tentera Darat, 21 KDO. Setelah melaksanakan tugas tersebut, pada malamnya Perintah Gerakan telah disampaikan oleh Panglima 2 Bgd kepada kumpulan Platun COBRA dan Skuadron 21 KDO “Yangkee”. Pelaksanaan tugas secara terperinci kumpulan pengepung telah dipecahkan kepada 6 kumpulan, 5 kumpulan dari 21 KDO manakala 1 kumpulan dari Platun COBRA.

14

Permulaan perjalanan ke tempat kepungan 20. Pada waktu malam pergerakan Platun COBRA telah dibantu dengan

Permulaan perjalanan ke tempat kepungan

20. Pada waktu malam pergerakan Platun COBRA telah dibantu dengan

penggunaan alat canggih iaitu “Night Vision Gogle” (NVG) untuk diaturgerakkan ke tempat yang dikenal pasti kedudukan kumpulan perompak. Platun COBRA ketika ini diketuai oleh Kapt Raja Ahmad Shah bin Dato’ Haji Raja Brima Sulong dari pasukan Batalion Infantri 304 (AW) dan Platun Sarjan adalah Sjn Ukoon ak Pungkok manakala selebihnya ialah LKpl Pagok ak Bishop, LKpl Stephen ak Along, LKpl Grunsin ak Banyah, LKpl Basir bin Ismail dan LKpl Nordin bin Ingang selaku Ketua Seksyen dan Penolong Ketua Seksyen serta diikuti seramai 9 orang anggota berpangkat Renjer.

15

Mengambil perlindungan setelah ditembak secara rambang.

Mengambil perlindungan setelah ditembak secara rambang 21. Semasa dalam perjalanan, kebanyakannya anggota Platun COBRA

Mengambil perlindungan setelah ditembak secara rambang

21. Semasa dalam perjalanan, kebanyakannya anggota Platun COBRA merasakan operasi yang sedang dijalankan ini merupakan operasi yang telah biasa dilalui oleh anggota tentera namun terdapat segelintir daripada anggota tersebut yang merasa gementar kerana apa yang pasti kedudukan musuh telah diketahui dan pihak musuh juga mempunyai senjata dan peluru hidup yang mencukupi untuk mempertahankan diri mereka dan ini menyebabkan situasi ini sungguh menggerunkan bagi anggota-anggota Platun COBRA ini. Ditambahkan lagi dengan penggunaan senjata jenis General Purpose Machine Gun (GPMG) yang cukup untuk merebahkan apa sahaja yang membujur lalu melintang patah dan pelancar grened M 203 oleh pihak musuh.

16

Semak-samun yang perlu dilalui ke tempat kepungan 22. Pergerakan dimulai dengan penuh berhati-hati dan perlahan

Semak-samun yang perlu dilalui ke tempat kepungan

22. Pergerakan dimulai dengan penuh berhati-hati dan perlahan dalam keadaan waktu malam yang gelap namun misi tetap perlu dibereskan juga agar segala perancangan yang dibuat berjalan dengan lancar. Semasa di dalam perjalanan memasuki kawasan kepungan, tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan dan letupan. Kesemua anggota mengambil perlindungan. Tembakan dan letupan tersebut datang dari arah kedudukan perompak. Sebanyak 2 kali tembakan itu telah dikenal pasti datangnya dari senjata jenis M 203. Ketua Platun mengarahkan semua Ketua Seksyen untuk memeriksa kesemua anggota. Tiada kecederaan yang telah dilaporkan. Ketua Platun telah mengarahkan agar perjalanan dihentikan buat sementara waktu sehingga hari cerah bagi membolehkan tinjauan rapat dilaksanakan.

17

23. Pada 4 Julai 2000, jam 0700 Platun COBRA terus merapati kawasan yang disyaki, Ketua

23. Pada 4 Julai 2000, jam 0700 Platun COBRA terus merapati kawasan yang

disyaki, Ketua Platun dan Sarjan Platun telah mengatur kedudukan anggota- anggota agar pengintipan dan tinjauan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pergerakan menuju dan mengepung kawasan tersebut dimulakan secara berhati-hati dan amat teliti agar kehadiran tidak dapat dihidu. Namun lebih kurang setengah jam kemudian ketika dalam usaha operasi meneruskan pengepungan dibuat, kumpulan perompak telah melepaskan tembakan yang bertubi-tubi dan kali ini senjata GPMG, M 203 dan senjata M 16 telah digunakan untuk menembak kedudukan Platun Cobra. Walaupun dihujani peluru namun tiada tembakan balas dilakukan sehingga kumpulan perompak tersebut menghalakan tembakan ke arah jalanraya utama selepas 10 minit. Semua anggota mengambil perlindungan dan membiarkan masa meredakan tembakan menggila yang dilakukan oleh kumpulan perompak tersebut.

18

24. Selepas benar-benar pasti keadaan telah reda dan tiada tanda-tanda yang perompak akan menembak semula

24. Selepas benar-benar pasti keadaan telah reda dan tiada tanda-tanda yang

perompak akan menembak semula barulah Ketua Platun COBRA memberi arahan dengan menggunakan bahasa isyarat agar beliau dan Platun Sarjan merapati kehadapan untuk meninjau kedudukan agar kepungan akan bersambungan dengan 21 KDO. Tanpa melengahkan masa lagi Sjn Ukoon ak Pungkok telah mengarahkan anak buahnya melaksanakan tugas yang diperintahkan itu.

anak buahnya melaksanakan tugas yang diperintahkan itu. Tempat Pl COBRA bermalam sebelum bergerak esok pagi. 19

Tempat Pl COBRA bermalam sebelum bergerak esok pagi.

19

25. Lebih kurang jam 0745, malang tidak berbau, sememangnya nasib tidak dapat menyebelahi. Satu das

25. Lebih kurang jam 0745, malang tidak berbau, sememangnya nasib tidak

dapat menyebelahi. Satu das tembakan telah kedengaran dari arah kumpulan perompak itu menuju kearah Ketua Platun dan Platun Sarjan COBRA. Tiba-tiba Sjn Ukoon merasai sesuatu yang tidak kena berlaku ke atas dirinya. Beliau merasai tangan sebelah kirinya terasa panas dan kebas dan beliau juga mendapati baju celoreng kirinya dibasahi dengan darah. Barulah beliau menyedari bahawa dirinya telah ditembak namun beliau tetap tabahkan hati untuk meneruskan perjuangan yang belum berakhir ini. Selepas ditembak, langkah perlindungan telah diambil dengan pantas dan mujur tembakan seterusnya tidak mengena dan hanya melintasinya. Beliau terpaksa merapati badan ke tanah dan berundur ke belakang untuk menghilangkan diri daripada kawasan lunyai tembakan.

26. Sepantas peluru juga Kapt Raja Ahmad memberi bantuan tembak balas

kearah perompak bagi membolehkan Sjn Ukoon mengambil perlindungan. Kapt Raja Ahmad telah menghampiri Sjn Ukoon dan telah dimaklumkan akan kecederaannya, Ketua Platun telah mengarahkan beliau berundur. Selepas berundur lebih kurang 10 meter, LKpl Stephen telah datang untuk memberi

rawatan awal dan seterusnya mengiringi Sjn Ukoon keluar ke jalanraya.

20

27.

Kini suasana sudah bertukar, keadaan reda telah menjadi tegang. Ramai

daripada anggota Platun COBRA telah menunjukkan reaksi yang berbeza. Anggota muda merasa gementar kerana inilah kali pertama mengalami perkara begini dan tambahan pula dengan bunyi tembakan yang menyinga dari kawasan perompak tersebut. Perasaan gentar mulai timbul apabila mendapat berita tentang kecederaan ke atas Sjn Ukoon. Perasaan bimbang mula menghantui diri masing-masing malahan pada masa yang sama perasaan terkenangkan keluarga dan keselamatan diri sendiri mula bermain dikotak pemikiran masing-masing. Nyawa kini dalam pertaruhan hidup atau mati. Namun semangat perlu dikentalkan semula, pertarungan bersenjata perlu diteruskan manakala perasaan marah terus membakar semangat menyebabkan Platun COBRA tidak berundur walau seinci pun. Semangat SIAN BANI MANANG telah meresapi tubuh anggota Platun

COBRA. Mereka tetap bertapak dan melaksanakan misi khas yang perlu diselesaikan tanpa gagal.

21

Sjn Ukoon yang tercedera kena tembak di lengan kanan. 28. Setibanya Sjn Ukoon di jalanraya

Sjn Ukoon yang tercedera kena tembak di lengan kanan.

28. Setibanya Sjn Ukoon di jalanraya utama GRIK KUALA KANGSAR

berhadapan BUKIT JENALIK, Panglima 2 Bgd telah menunggu untuk bertemu dengannya. Panglima 2 Bgd telah memberi nasihat dan kata-kata perangsang kepada beliau agar jangan berputus asa kerana beliau telah melaksanakan tugas dengan baik di samping maklumat yang terperinci telah dapat diperolehi oleh Panglima 2 Bgd. Maklumat lengkap telah diterima. Kelibat anggota perompak dapat dilihat bergerak di kawasan sekitar BUKIT JENALIK. Perancangan seterusnya diperlukan bagi menumpaskan perompak yang telah mengejut harimau yang sedang tidur. Setibanya ambulan, Sjn Ukoon telah dibawa ke

Sekolah Sauk seterusnya ke Hospital Kuala Kangsar untuk mendapat rawatan yang rapi. Setelah semuanya selesai beliau telah dibawa ke Hospital Taiping.

29. Jelas kesibukan aktiviti di BUKIT JENALIK telah memberi gambaran yang

agak tegang namun agen-agen perisikan tetap terus berusaha untuk

22

mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat. Kedudukan sebenar lebih tepat telah diketahui apabila seorang penduduk tempatan yang hendak ke dusun duriannya telah dihalang oleh kumpulan perompak terbabit. Hasil daripada maklumat tersebut 2 orang anggota detektif Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bergegas ke kawasan kejadian tetapi telah ditangkap dan dijadikan tebusan.

ke kawasan kejadian tetapi telah ditangkap dan dijadikan tebusan. Sjn Ukoon yang tercedera bersama Panglima 2

Sjn Ukoon yang tercedera bersama Panglima 2 Bgd.

23

30.

Berbalik semula kepada Platun COBRA, setelah LKpl Stephen membawa

Sjn Ukoon keluar untuk mendapat rawatan, beliau telah kembali ke kawasan operasinya. Sebagai pengganti kepada Sjn Ukoon, Ketua Platun telah melantik Lkpl Basir bagi memangku jawatan itu. Dengan penuh semangat yang membara beliau yakin akan dapat melaksanakan tugas yang mencabar dalam misi khas ini dengan baik. Operasi diteruskan, Platun COBRA dan 21 KDO telah menyusup masuk untuk mendekati kedudukan pertahanan kumpulan perompak sebagai ‘inner cordon’.

31. Pada awal pagi 5 Jul 2000 jam lebih kurang 0700, perompak memulakan

tembakan ke arah Platun COBRA dari tempat persembunyian. Platun COBRA telah membalas tembakan ke arah mereka bagi memaklumkan kepada kumpulan tersebut secara tidak langsung bahawa kedudukan mereka sudahpun dikepung, hanya takdir yang akan menentukan segalanya. Walaupun amaran telah diberi namun kumpulan perompak terbabit jelas masih tidak mempedulikannya malahan tembakan dan letupan masih dilakukan diselang-selikan sehingga kali terakhir pada malam hari. Platun COBRA terus menapak dan tidak bergerak seinci pun walaupun pada masa tersebut bermacam perkara dan andaian bermain di setiap pemikiran anggota Platun COBRA. Pengepungan diteruskan, semangat waja dipertingkatkan dan Platun COBRA terus merapati kawasan persembunyian sehinggalah pada 6 Jul 2000 lebih kurang jam 1700 apabila anggota platun telah diarahkan keluar kerana misi khas telah tamat. Masing-masing menarik nafas lega dan merasakan tanggungjawab dan amanah kepada agama, bangsa dan tanahair telah dilaksanakan dengan baik demi kepentingan rakyat dan negara.

24

MENYERAH DIRI

32. Semasa di dalam operasi pengepungan dilaksanakan, berbagai usaha

telah dilaksanakan bagi mempengaruhi kumpulan perompak supaya menyerah diri. Semasa fasa kedua dimulakan, Ketua Kumpulan tersebut telah dikenal pasti, abang kepada ketua kumpulan tersebut telah dihantar ke tempat persembunyian. En Rahim bin Mohd Ghazali (abang ketua kumpulan) telah menyampaikan mesej pasukan keselamatan agar menyerah diri namun tiada petanda atau persetujuan yang kumpulan ini akan menyerah diri. Pada 6 Jul 2000 jam 0120 anggota

keluarga kumpulan perompak termasuk dua wanita serta dua kanak-kanan dibawa ke markas operasi di Sekolah Agama Kampung Ngor kira-kira 1 km dari Sekolah Kebangsaan Jenalik Hulu. Seorang daripada wanita itu adalah isteri kepada ketua kumpulan tersebut. Pujuk rayu diteruskan tetapi tidak menunjukkan sebarang hasil. Usaha diteruskan lagi di mana pada jam 0140 anggota keluarga kumpulan perompak menaiki kereta perisai “Condor” bersama pegawai kanan tentera. Kumpulan pemujuk membabitkan dua kereta perisai memasuki kawasan berhampiran kumpulan perompak. Kenderaan itu berhenti di sebuah kawasan untuk membolehkan mesej disampaikan melalui pembesar suara hingga ke puncak bukit. Pada jam 0215, suara wanita yang dipercayai isteri salah seorang anggota kumpulan itu kedengaran menangis. Pujukan wanita itu berterusan selama 20 minit. Sepanjang tempoh itu, kedengaran suara kanak-kanak dan sesekali perantara pihak tentera dan polis mengambil alih tugas memujuk perompak . Pada jam 0315 sesi memujuk berakhir. Perantara menyampaikan

25

Lakonan semula menunjukkan keadaan di tempat sebenar, dimana Lt Jen Dato' Seri Zaini telah bergelut dengan Mohd Amin.

mesej terakhir serta memberi ucapan salam sebelum menamatkan sesi itu. Pada

jam 0335, kereta perisai dibawa keluar dari kawasan perompak. Pemujukan

menampakkan hasil, pada jam 0530, dua anggota kumpulan itu yang bertugas

sebagai tukang masak menyerah diri.

33. Usaha tetap diteruskan, pada 6 Jul jam 1130, anggota keluarga perompak

tersebut terus membuat rayuan. Pada jam 1400 perompak telah sedia untuk

menyerah diri. Ketua Platun bersama anggota Platun Cobra telah menyelinap

masuk ke kubu Ketua Penjenayah iaitu Mohd Amin bin Ghazali dan beliau sedia

berunding syarat penyerahan beramai-ramai kumpulan tersebut. Namun demikian

syarat penyerahan hanya boleh dipersetujui oleh Panglima-Panglima yang berada

di Markas Operasi di Sekolah Kebangsaan Bukit Jenalik. Pada jam 1430 Ketua

Platun Cobra Kapt Raja Ahmad Shah telah dapat menyakinkan Mohd Amin untuk

menyerahkan sebuah Pajero, 5 laras M16, 2 ahli yang cedera dan 2 ahli yang

lain ke Markas Operasi sebagai permulaan. Setelah proses penyerahan dibuat

dan diserahkan kepada pihak PDRM, rundingan penyerahan Mohd Amin telah

disampaikan kepada PMTD. Pada jam 1520, Panglima Medan Tentera Darat Lt

Jen Dato’ Seri Zaini Mohd Said dengan kumpulan penyerang CRT 11 RGK telah

masuk ke kubu perompak dalam usaha untuk memujuk ketua kumpulan tersebut

Amin Ghazali untuk menyerah diri. Semasa proses perbincangan dan penyerahan

tersebut dijalankan, Mohd Amin telah mengacukan senjata kepada PMTD tetapi

beliau sempat menangkis laras senjata tersebut menyebabkan Amin tertembak

rakannya sendiri. Dengan pantas seperti ular COBRA pada masa itu semua

anggota Platun COBRA sempat memberikan perlindungan kepada Panglima

Medan Tentera Darat. Pada jam 1645, semua 27 orang termasuk 15 anggota

kumpulan yang terbabit merompak senjata dibawa ke Balai Polis Kati dengan

menaiki van dan trak polis kecuali Amin yang dibawa menaiki kereta peronda

polis.

26

BUKIT JENALIK KEMBALI TENANG

34. Setelah operasi tamat, masyarakat sekeliling berasa lega dan ribuan

ucapan terima kasih diucapkan kepada pasukan keselamatan. Namun demikian

luka ke atas pasukan keselamatan tetap dirasai kerana telah kehilangan 2 nyawa

menyebabkan keluarga mereka menderita sepanjang hayat. Walaupun demikian

dengan sifat keprihatinan Kerajaan Malaysia, pasukan keselamatan memastikan

nasib balu dan keluarga mereka akan sentiasa terbela. Jasa-jasa Platun Cobra

tidak dilupakan begitu sahaja terutamanya 1040311 Sjn Ukoon ak Pungkok.

Selain daripada mendapat perhatian dan liputan yang meluas daripada media-

media cetak dan elektronik, kejadian di Sauk amnya dan kemalangan yang telah

menimpa Sjn Ukoon khasnya turut mendapat perhatian daripada Pemerintah-

Pemerintah Tertinggi TD. Selain daripada Panglima 2 Bgd Brig Jen Yazam bin

Mohmood, Panglima Tentera Darat Jen Dato’ Seri Md Hashim bin Hussien turut

membuat kunjungan rasmi ke atas keluarga Sjn Ukoon pada 21 Jul 2000 yang

lepas.

27

PTD sempat melihat luka kesan tembakan pada bahagian bahu Sjn Ukoon.

35. Semasa kunjungan tersebut PTD turut menyampaikan sumbangan dan cenderahati di rumah Sjn Ukoon dan

35. Semasa kunjungan tersebut PTD turut menyampaikan sumbangan dan

cenderahati di rumah Sjn Ukoon dan semasa majlis jamuan ringan diadakan di perkarangan RKAT Guide Walk 9 RRD. Anggota Platun Cobra dan Sjn Ukoon mengambil kesempatan untuk bergambar dengan PTD sebagai tanda kenangan. Selain mendapat perhatian daripada Pemerintah Kanan TD, Sjn Ukoon turut menerima kunjungan Persatuan Bekas Perajurit Malaysia. Diatas jasa beliau, Sjn Ukoon juga telah dianugerahakan pingat BAT pada bulan September 2000. Satu majlis penyampaian sijil juga diadakan di peringkat pasukan bagi mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Sjn Ukoon dan anggota Platun Cobra diatas penglibatan mereka di dalam Ops Khas 304. Ini merupakan satu

tradisi dalam ATM bagi mengenang jasa mereka yang telah berjuang untuk menebus maruah agama, bangsa dan negara.

36. Yang jelas terbukti adalah Platun COBRA masih unggul dan berbisa.

28

PTD menyampaikan cenderahati kepada Sjn Ukoon sambil diperhatikan oleh Pegawai Memerintah 9 RRD. PTD serta

PTD menyampaikan cenderahati kepada Sjn Ukoon sambil diperhatikan oleh Pegawai Memerintah 9 RRD.

Sjn Ukoon sambil diperhatikan oleh Pegawai Memerintah 9 RRD. PTD serta Datin Seri sempat bergambar bersama

PTD serta Datin Seri sempat bergambar bersama keluarga Sjn Ukoon

29

Anggota Pl COBRA yang terlibat didalam Ops Khas 304 mengabadikan gambar kenangan bersama dengan PTD

Anggota Pl COBRA yang terlibat didalam Ops Khas 304 mengabadikan gambar kenangan bersama dengan PTD dan Panglima 2 Bgd.

Duduk dari kiri: LKpl Sofee, LKpl Grunsin, LKpl Morris, LKpl Otto, Rjr Normino, LKpl Mat Zain, LKpl Mohan, LKpl Pagok dan LKpl Shamsuri.

Berdiri dari kiri: LKpl Nordin, LKpl Stephen, Lt Kol Stephen (CO 9 RRD), Kol Roslan Abd Rashid (Pengarah Infantri), Sjn Ukoon, Jen Dato' Seri Hashim (PTD), Brig Jen Yazam (Panglima 2 Bgd), Kpl Basir dan LKpl Peter.

Syabas dan Tahniah !

‘Sian Bani Manang”

30