You are on page 1of 19

BAHASA MELAYU

910/1
BAHASA MELAYU
MODEN

PASCAMERDEKA
(Akta-Akta Pelaksanaan
Disediakan oleh,
Bahasa
Melayu)
Yillson Yanggun

Pengenalan
Perkembangan bahasa Melayu pada zaman
pramerdeka agak berbeza dari zaman
pascamerdeka. Perkara ini disebabkan
selepas kemerdekaan, Malaysia telah
mempunyai dasar bahasa. Menerusi dasar
ini, maka kedudukan dan peranan bahasa
Melayu telah berubah.

Akta-Akta Berkaitan
Pelaksanaan Bahasa Melayu

Dasar bahasa telah berubah selepas Malaysia


mencapai kemerdekaan. Menurut Hassan Ahmad
(1997), perubahan ini melibatkan empat aspek.
o Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan

bagi seluruh rakyat Malaysia.


o Bahasa Melayu menggantikan bahasa Inggeris dan dengan
ini bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi tunggal negara.
o Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama dalam
sistem penddikan.
o Bahasa Inggeris wajib diajarkan di sekolah, iaitu sebagai
bahasa kedua.

Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa


kebangsaan dan bahasa rasmi terkandung dalam Fasal
152 Perlembagaan (1957), Akta Bahasa Kebangsaan
tahun 1963/67 dan Akta Pendidikan 1996. Di
samping itu, Akta DBP 1959 (Pindaan 1995) turut
menjelaskan kedudukan bahasa Melayu di Malaysia.
Kesemua akta ini digubal oleh kerajaan Malaysia
bagi memantapkan kedudukan dan penguasaan
bahasa Melayu dalam kalangan rakat Malaysia. Oeh
itu, bahagian yang berikutnya memuatkan akta-akta
yang berkaitan dengan bahasa Melayu.

Akta Pelaksanaan Bahasa


Melayu
Perkara 152
Perlembagaan
Malaysia

Akta Bahasa
Kebangsaan
1963/67

Akta Dewan
Bahasa dan
Pustaka 1959

Akta
Pendidikan
1996

Perkara 152 Perlembagaan

Dasar Bahasa Kebangsaan telah termaktub dalam


Perlembagaan Persekutuan 1957, di bawah perkara 152.
PERKARA 152 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apaapa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh
Parlimen:
Dengan syarat bahawa:
(a) Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau dihalang daripada
menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau
daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain.
(b) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan
meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam
Persekutuan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa


kebangsaan menjadi simbol identiti
masyarakat dan negara bangsa
Malaysia kerana bahasa Melayu
digunakan oleh semua individu yang
menjadi warganegaranya,khususnya
dalam urusan rasmi negara.

Berdasarkan kepada Perkara 152 ini,


bahasa Melayu telah diberikan taraf
istimewa berbanding dengan bahasa lain
di Malaysia. Dengan termaktubnya
perkara ini dalam Perlembagaan , maka
bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai
bahasa kebangsaan, iaitu bahasa
perpaduan bagi seluruh rakyat Malaysia
yang terdiri daripada rakyat berbilang
bangsa.

Di samping itu, pelaksanaan dasar


bahasa ini penting bagi mewujudkan
persefahaman dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Dasar bahasa
seperti ini dapat mengelakkan timbulnya
salah faham semasainteraksi antara kaum
kerana semua kaum menggunakan bahasa
yang sama.

Akta Dewan Bahasa


dan Pustaka 1959

(Pindaan
1995)
Dasar bahasa
kebangsaan ini
turut disokong
oleh Seksyen 5 Akta Dewan Bahasa dan
Pustaka 1959 (Disemak 1978) [Akta 213] dan
diperluas melalui Akta Dewan Bahasa dan
Pustaka (Pindaan dan Perluasan) 1995 [Akta
A930].
Tujuan akta ini adalah untuk memperkukuh
dan memperkaya bahasa kebangsaan. Yang
berikut merupakan Seksyen 5 Akta Dewan
Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan)
1995.

Menerusi akta ini, maka DBP sebagai


sebuah institusi yang diberi autonomi
telah menyusun pelbagai program bagi
membina dan mengembangkan bahasa
dan sastera Melayu. Selain itu, DBP juga
banyak menerbitkan buku, khususnya
buku sekolah dan buku ilmiah dalam
bahasa kebangsaan.

AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA


1959 (PINDAAN 1995)
Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua
bidang termasuk sains dan teknologi.
Untuk memperkembangkan bakat sastera, khusunya dalam bahasa
kebangsaan,
Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam pencetakan
atau penerbitan buku, majalah, risalah dan lain-lain bentuk kesusteraan
dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa lain.
Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang
sesuai dalam bahasa kebangsaan.
Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan
digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undangundang yang sedang berkuat-kuasa

Akta Bahasa Kebangsaan


1963/67

Kedudukan bahasa Melayu sebagai


bahasa rasmi secara khusus diwartakan
dalam Akta Kebangsaan 1963/67.
Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan
1963/1967 mengehendaki bahasa
kebangsaan digunakan untuk maksud
rasmi.

Yang berikut diperturunkan Seksyen 2 Akta Bahasa


Kebangsaan 1963/1967 (2006).

AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67


1 Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi:
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini dan
tertakluk kepada perlindungan-perlindungan yang terkandung
dalam perkara 152(1) Perlembagaan berhubung dengan manamana bahasa lain dan bahasa mana-mana kaum lain di Malaysia
Malaysia bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud
rasmi.

Akta ini menunjukkan bahawa semua urusan rasmi


kerajaan sama ada urusan tersebut dilaksanakan
secaralisan atau tulisan, perlu menggunakan bahasa
kebangsaan. Bahasa yang digunakan ialah bahasa
yang sopan, baik, dan betul nahunya.
Akta ini juga secara langsung menuntut agar bahasa
Melayu dipelihara, dibina, diperkembangkan,
dipupuk, dan dibudayakan dalam semua situasi rasmi.
Hal ini menunjukkan keseriusan pihak kerajaan untuk
memartabatkan bahasa Meayu sebagai bahasa
kebangsaaan.

Akta Pendidikan
1996

Bermula pada tahun 1956, kerajaan berusaha untuk


mendaulatkan bahasa Melayu menerusi sistem pendidikan
negara. Usaha ini dilaksanakan menerusi Jawatnakusa
Pelajaran Razak 1956.
Jawatankuasa ini menetapkan bahawa Dasar Pendidikan
Kebangsaan adalah berteraskan penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Usaha
Jawatanuasa tersebut yang dikenali sebagai Penyata
Razak diperkukuh lagi oleh Jawatankuasa Penyemakan
Pelajaran Abdul Rahman Talib 1960 (yang dikenali
sebagai Penyata Rahman Talib). Usaha yang dilakukan in
telah dijadikan sebagai asas penggubalan Akta Pelajaran
1961.

Selepas 35 tahun, diluluskan pula Akta Pendidikan 1996. Seksyen 17


dalam akta ini masih mempertahankan kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara.
Berikut merupakan Seksyen 17, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

AKTA PENDIDIKAN 1996


17 Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
(1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar
utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhka di
bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang
dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.
(2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan
adalah selan daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa
kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di
institusi pendidikan itu.

Akta ini pada umumnya masih mempertahankan


kedudukan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun,
perkataan kecuali dalam akta ini memberikan
implikasi kepada bahasa Melayu kerana sekolah
jenis kebangsaan boleh menggunakanbahasa
ibunda mereka sebagai bahasa pengantar
pendidikan.
Di samping itu, institusi pendidikan yang tidak
boleh menggunakan bahasa Melayu boleh terus
menggunakan bahasa lain sebagai bahasa
pengantar.

Sekian dan Terima


Kasih

You might also like