Topik

2

Permintaan
dan
Penawaran

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menerangkan hukum permintaan dan penawaran;

2.

Melakarkan keluk permintaan dan penawaran;

3.

Menerangkan keluk permintaan dan penawaran;

4.

Mengaplikasikan empat penentu permintaan dan penawaran; dan

5.

Membandingkan peralihan keluk permintaan dan penawaran dan
pergerakan di sepanjang keluk permintaan dan penawaran.

PENGENALAN

Dalam Topik 1, anda telah mempelajari tentang ekonomi pasaran bebas. Di
dalam ekonomi pasaran bebas, tiada sebarang badan pusat yang
bertanggungjawab untuk membuat keputusan berkenaan pengeluaran dan
penggunaan. Sebaliknya, setiap individu bebas untuk mendapatkan barangan
yang memaksimumkan kepuasannya dan pengeluar bebas menjual barangan
yang dapat memaksimumkan keuntungan mereka. Sistem pasaran yang
kompleks akan mengawalselia keputusan kedua-dua pihak untuk menentukan
keseimbangan pasaran.
Konsep permintaan dan penawaran adalah konsep asas dalam ekonomi pasaran.
Sistem harga akan menentukan bagaimana sumber, barangan dan perkhidmatan
diagihkan. Pengagihan dilakukan berdasarkan kepada kehendak dan
kesanggupan untuk membayar. Sesiapa yang ada kehendak dan sanggup untuk
membayar akan memperoleh apa yang diingini.

TOPIK 2

PERMINTAAN DAN PENAWARAN 

29

Dalam topik ini, kita akan membincangkan operasi sistem pasaran melalui
konsep permintaan dan penawaran. Kita juga akan cuba untuk memahami faktor
yang mempengaruhi pasaran.

2.1

PERMINTAAN

Dalam analisis ekonomi, konsep permintaan digunakan untuk menghurai,
menganalisa dan meramalkan gelagat pembeli di pasaran.
Permintaan boleh didefinisikan sebagai jumlah barangan yang diperlukan
dan boleh dibeli oleh pengguna pada tahap harga yang berbeza pada satusatu masa.

Permintaan boleh diterangkan dengan menggunakan jadual dan keluk yang
menunjukkan kuantiti barangan yang diperlukan dan yang boleh dibeli oleh
pengguna pada satu-satu masa dan pada harga yang berbeza. Pada masa yang
sama, pemboleh ubah yang lain dianggap sebagai kekal dan tidak berubah
(sesetengah penulis menggunakan terma ceteris paribus untuk menghuraikan
keadaan di mana pemboleh ubah lain tidak berubah).
Dua fakta penting yang perlu anda fahami mengenai definisi di atas adalah
hubungan antara kuantiti permintaan dengan:
(a)

Harga; dan

(b)

Pembolehubah yang berkaitan.

Permintaan tidak hanya merujuk kepada kuantiti tetapi juga kepada hubungan
antara kuantiti diminta dan harga. Oleh itu, permintaan boleh diterangkan
dalam bentuk jadual dan keluk yang menghubungkan kuantiti dengan harga.
Untuk mengukur perubahan dalam kuantiti diminta, kita andaikan bahawa
pemboleh ubah lain yang mempengaruhi permintaan tidak berubah apabila
harga berubah. Antara pemboleh ubah yang lain adalah pendapatan, citarasa
pengguna, harga barangan lain yang berkaitan dan ramalan pengguna tentang
apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Apabila harga meningkat.1: Keluk Permintaan Keluk permintaan dengan kecerunan yang negatif menunjukkan bahawa terdapat hubungan songsang antara kuantiti diminta dengan harga. Terdapat dua penerangan untuk hukum permintaan iaitu: (a) Kesan penggantian. Kesan penggantian berlaku apabila perubahan harga menyebabkan pengguna menggantikan barangan yang terhad dengan barangan yang lain pada harga yang lebih rendah tetapi yang masih lagi menghasilkan tahap utiliti yang sama. 2. dan (b) Hukum utiliti sut berkurangan. . kuantiti diminta akan menurun dan apabila harga jatuh. Hubungan antara harga dan kuantiti diminta digambarkan melalui Jadual 2.1. kuantiti diminta akan naik. Hubungan songsang ini dikenali sebagai hukum permintaan.1 Hukum Permintaan Rajah 2. Jadual permintaan dan keluk permintaan pula diilustrasikan pada Rajah 2.1.1 Bagaimanakah harga sesuatu barangan atau perkhidmatan ditentukan di pasaran? Kenapa sesetengah barangan mempunyai harga yang berbeza pada masa yang berbeza? Bincangkan di dalam kelas. Hukum utiliti sut berkurangan pula menerangkan hubungan negatif ini dengan menggunakan konsep utiliti dan kepuasan.30  TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN AKTIVITI 2.1.

Peralihan dari titik A ke .1 Bagaimanakah harga sesuatu barangan memberi kesan kepada kuantiti yang diminta? 2. manakala penurunan permintaan menyebabkan keluk permintaan bergerak ke kiri. Manakala pergerakan dari titik A ke titik C menunjukkan penurunan kuantiti diminta.1. pembeli akan mengubah kuantiti barangan yang mereka sanggup beli.2(a) menunjukkan konsep perubahan kuantiti diminta. (c) Perubahan permintaan merujuk kepada peralihan keluk permintaan disebabkan oleh perubahan pemboleh ubah yang lain (seperti harga barangan lain. Pergerakan dari titik A ke titik B menunjukkan peningkatan kuantiti diminta.TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  31 Jadual 2. (a) Keluk permintaan menggambarkan hubungan antara harga dan kuantiti pada satu-satu masa sahaja. kuantiti diminta. (b) Pergerakan di sepanjang keluk permintaan menunjukkan perubahan kuantiti diminta yang disebabkan oleh perubahan dalam harga barangan itu sendiri.2(b) pula menunjukkan perubahan permintaan. Pergerakan ini berkait dengan hukum permintaan. Walaubagaimanapun. Apabila harga berubah. ia tidak dapat menunjukkan hubungan untuk jangka masa yang lebih panjang disebabkan oleh perubahan lain penentu permintaan.2 Permintaan dan Kuantiti Diminta Kita perlu memahami perbezaan antara terma berikut: permintaan.1: Jadual Permintaan Harga (RM) Kuantiti diminta (Unit) 1 60 2 50 3 40 4 30 5 20 6 10 SEMAK KENDIRI 2. jangkaan dan citarasa pengguna).Pergerakan keluk permintaan ke kanan menunjukkan peningkatan permintaan. peralihan keluk permintaan dan pergerakan di sepanjang keluk permintaan. Rajah 2. dengan andaian faktor lain tidak berubah. Rajah 2.

1.3 Penentu Permintaan Setelah kita memahami perbezaan antara perubahan permintaan dan perubahan kuantiti diminta. kita akan lihat pula dengan lebih mendalam apakah faktor yang mempengaruhi permintaan (penentu permintaan). Terdapat dua jenis barangan berkaitan. Rajah 2. (a) Harga Barangan Berkaitan Perubahan harga barangan berkaitan akan menyebabkan keluk permintaan beralih.3: Dua jenis barangan berkaitan . Rajah 2. barangan pengganti dan barangan penggenap.32  TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN titik B menunjukkan peningkatan permintaan dan peralihan dari titik A ke titik C menunjukkan penurunan permintaan.2: Perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan 2.

Harga marjerin (Y) yang meningkat dari P1 ke P2 akan mendorong pengguna untuk mengurangkan penggunaan marjerin dan menggantikannya dengan mentega (X). Rajah 2. Andaikan barangan Y merupakan pengganti kepada barangan X. A adalah titik asal dan B adalah titik baru selepas perubahan harga berlaku. Apabila harga Y meningkat. Sebaliknya akan berlaku apabila harga Y jatuh. manakala kuantiti X yang diminta meningkat. Rajah 2. Di sini.TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  33 Barangan pengganti adalah barangan yang boleh digunakan sebagai pengganti kepada barangan yang sedang digunakan. Dalam kedua-dua diagram.4 menunjukkan keadaan ini. Akibatnya. pengguna akan kurang membeli Y dan menggantikannya dengan barangan X. Contoh barangan pengganti adalah mentega dan marjerin atau daging dan ikan.4: Perubahan harga barangan pengganti . permintaan mentega telah meningkat disebabkan oleh peningkatan harga marjerin. kita dapati bahawa walaupun harga mentega tidak berubah. kuantiti Y yang diminta menurun.

Peningkatan harga Z akan menyebabkan kuantiti diminta bagi kedua-dua barangan Z dan X jatuh. perubahan harga gula tidak akan memberi kesan kepada permintaan terhadap kereta kerana kereta dan gula tidak mempunyai sebarang hubungan. Sebagai contoh. Rajah 2. Keadaan ini digambarkan oleh Rajah 2.34  TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN Barangan penggenap adalah barangan yang perlu digunakan bersama untuk mendatangkan sebarang kepuasan. Contohnya.5: Perubahan harga barangan penggenap Apabila penggunaan sesuatu barangan tidak memberi kesan kepada penggunaan barangan yang lain. pengguna akan mengurangkan permintaan untuk kereta (X) walaupun harga kereta tidak berubah. Sebaliknya akan berlaku sekiranya harga Z jatuh. . Contoh barangan penggenap adalah kereta dan minyak atau pen dan dakwat. andaikan harga minyak (Z) naik dari P1 ke P2. Ini akan menyebabkan kuantiti minyak yang diminta berkurangan. kedua-dua barangan tersebut dikatakan sebagai tidak berkaitan.5. Andaikan sekarang barangan Z adalah penggenap bagi barangan X. Akibat daripada kenaikan harga minyak.

Apabila citarasa pengguna terhadap sesuatu barangan meningkat. Kadangkadang. Oleh itu.6: Hubungan antara pendapatan dan permintaan dan jenis barangan Walaupun kebiasaannya pendapatan akan menentukan jenis barangan. Barangan keperluan pula adalah barangan yang permintaannya tidak bergantung kepada harga seperti gula. garam atau beras biasa.TOPIK 2 (b) PERMINTAAN DAN PENAWARAN  35 Pendapatan Kebiasaannya. Pada masa dahulu. dengan perubahan masa dan iklan yang berkesan di media massa. Namun. . agak sukar untuk penduduk Malaysia untuk hanya makan ayam goreng tanpa nasi. Rajah 2. Sebagai contoh. mereka akan meningkatkan penggunaan barangan tersebut. permintaan akan meningkat dan sebaliknya. Ini berlaku khususnya untuk barangan bawahan. kita boleh juga mengkategorikan barangan secara umum. peningkatan pendapatan akan menyebabkan permintaan untuk sesetengah barangan jatuh. Manakala barangan berjenama antarabangsa seperti kereta sport ataupun pakaian berjenama dianggap sebagai barangan mewah. Namun. Oleh itu. bawahan. kita boleh lihat yang penduduk Malaysia semakin menggemari makanan segera seperti KFC atau McDonaldÊs. keluk permintaan barangan tersebut akan beralih ke kanan. Sebagai contoh. Apabila pendapatan meningkat. hubungan ini hanya terpakai untuk barangan normal. beras hancur dianggap sebagai barangan bawahan. hubungan antara permintaan dan pendapatan boleh menjadi petunjuk kepada jenis sesuatu barangan sama ada ia barangan keperluan. kesemuanya telah mengubah citarasa penduduk Malaysia terhadap makanan segera. normal atau mewah. pendapatan berhubung secara positif dengan permintaan. (c) Citarasa pengguna Pengguna memiliki citarasa yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

Sebagai contoh. . Dalam contoh ini. Seperti yang kita ketahui. orang ramai mungkin akan menggantikan marjerin dengan mentega kerana marjerin dianggap oleh sesetengah pengguna sebagai barangan bawahan. keluk permintaan mentega telah beralih ke kanan. sekiranya harga marjerin naik. pengguna mungkin dapat meramal yang harga akan meningkat semasa musim perayaan. permintaan untuk mentega akan turun (atau naik). TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN Untuk memahami dengan lebih baik apa yang telah kita bincangkan di atas. Sekiranya harga dijangka akan meningkat. sekiranya pendapatan meningkat. permintaan semasa akan turut meningkat. Marjerin adalah pengganti kepada mentega.7 di bawah menunjukkan peralihan keluk permintaan mentega disebabkan oleh beberapa faktor. mentega telah dapat diterima oleh kebanyakan penduduk negara ini terutamanya untuk dimakan bersama roti atau sebagai salah satu bahan untuk membuat kek. Roti pula boleh dianggap sebagai pelengkap kepada mentega. mari kita gunakan contoh permintaan untuk mentega. Maka. sekiranya harga roti naik (atau turun). Sebaliknya. Oleh itu. mentega bukanlah makanan tradisional negara kita tetapi melalui pendedahan masyarakat terhadap makanan luar negara. kita akan lihat apa yang akan menyebabkan permintaan mentega meningkat dan seterusnya menyebabkan keluk permintaan untuk mentega bergerak ke kanan. permintaan semasa akan turun jika harga dan pendapatan dijangka akan jatuh pada masa hadapan. Justeru. Begitu juga dengan pendapatan. permintaan untuk mentega akan jatuh.36  (d) Jangkaan terhadap perubahan harga dan pendapatan pada masa hadapan Pengguna mungkin dapat menjangka perubahan harga dan pendapatan yang akan berlaku pada masa hadapan. Rajah 2. disebabkan oleh perubahan citarasa ini.

bincangkan bagaimana faktor berikut mempengaruhi permintaan kopi: (a) Citarasa. (c) Pendapatan. Bentangkan jawapan anda semasa kelas tutorial.2 Untuk meningkatkan kefahaman anda tentang permintaan. (b) Harga barangan berkaitan (barangan pengganti dan barangan penggenap).7: Peralihan keluk permintaan mentega AKTIVITI 2.TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  Rajah 2. 37 . (d) Jangkaan perubahan harga dan pendapatan pada masa hadapan.

Jadual 2. Oleh itu. Kita boleh memperoleh jadual atau keluk permintaan pasaran dengan mencampurkan kuantiti diminta oleh setiap individu pada setiap tahap harga.38 TOPIK 2  2.1. Jadual 2.4 PERMINTAAN DAN PENAWARAN Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran Pasaran terdiri daripada sekumpulan individu. Andaikan terdapat hanya dua orang pengguna di pasaran.2 dan rajah 2. Oleh itu. jadual atau keluk permintaan pasaran adalah hasil campur semua jadual dan keluk permintaan individu yang ada di dalam pasaran tersebut.2: Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran Kuantiti diminta (Unit) Pengguna 1 Pengguna 2 Permintaan Pasaran (unit) 1 30 60 90 2 25 50 75 3 20 40 60 4 15 30 45 5 10 20 30 6 5 10 15 Harga (RM) .8 menggambarkan bagaimana kita boleh mendapatkan jadual dan keluk permintaan pasaran daripada jadual dan keluk permintaan individu. kuantiti diminta oleh Pengguna 1 adalah 25 unit manakala kuantiti diminta oleh Pengguna 2 adalah 50 unit. Hubungan antara harga dan kuantiti di pasaran dipengaruhi oleh pemboleh ubah atau penentu yang sama seperti yang mempengaruhi permintaan individu. Pada harga RM2 seunit. kuantiti diminta di pasaran ini pada harga RM2 seunit adalah 75 unit dan seterusnya untuk tahap harga yang lain.

kita telah melihat bagaimana gelagat pengguna di pasaran. pasaran bukan hanya terdiri daripada pengguna sahaja.2 PENAWARAN Apakah yang dimaksudkan dengan penawaran? Dalam teori permintaan. Permintaan adalah jumlah barangan atau komoditi yang mampu dimiliki dan dibeli dengan relahati pada harga tertentu oleh pengguna. Dalam analisis ekonomi. gelagat penjual di pasaran dianalisis dan diramal dengan menggunakan konsep penawaran.TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  39 Rajah 2. 2. Seterusnya. 2. ia juga melibatkan penjual dan pengeluar. .1 Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH (S).8: Permintaan individu dan permintaan pasaran LATIHAN 2. 1. kita akan lihat gelagat penjual di pasaran. Keluk permintaan akan beralih ke kanan jika semua penentu permintaan kecuali harga barangan itu sendiri kekal tidak berubah. Walau bagaimanapun.

Ia menunjukkan kuantiti ditawarkan oleh penjual atau pengeluar pada tahap harga yang berbeza.3. Semasa kita mengukur perubahan kuantiti yang ditawarkan. Rajah 2. faktor lain yang boleh mempengaruhi jumlah barangan yang sanggup ditawar oleh penjual dianggap sebagai tidak berubah (andaian ceteris paribus).3 Anda mungkin pernah mendengar ungkapan „Jika tiada permintaan. . Hubungan positif antara harga dan penawaran ini dikenali sebagai hukum penawaran. Rajah 2. harga barangan lain.40  TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN Penawaran boleh didefinisikan sebagai jadual atau keluk yang menghubungkan kuantiti barangan yang akan dijual pada satu-satu masa pada tahap harga berbeza dengan mengandaikan faktor lain tidak berubah.9 menunjukkan keluk penawaran bercerun positif. Jadual 2. Oleh itu. Faktor ini yang juga dipanggil sebagai penentu penawaran terdiri daripada harga input atau faktor pengeluaran. maka tiadalah penawaran.‰ Adakan anda bersetuju bahawa penawaran sangat berkait rapat dengan permintaan? Sekiranya harga turun.3 adalah contoh jadual penawaran.2. Sebaliknya akan berlaku jika harga jualan anda jatuh.1 Hukum Penawaran Jika anda adalah seorang penjual atau pengeluar sesuatu barangan. anda mungkin akan memperoleh keuntungan yang tinggi jika harga jualan anda naik.9 pula adalah contoh keluk penawaran yang dilakarkan berdasarkan kepada Jadual 2. apakah yang akan berlaku kepada jumlah permintaan? Adakah anda bersetuju yang permintaan akan naik jika harga jatuh? Bagaimana pula dengan penawaran? Adakah penawaran juga akan naik jika harga jatuh? 2. teknologi dan jangkaan masa hadapan pembekal/penjual. AKTIVITI 2. kuantiti barangan yang anda jual akan naik sekiranya harga naik dan ianya akan jatuh jika harga jatuh.

3: Jadual Penawaran Barangan X Harga (RM) Kuantiti ditawarkan (Unit) 1 10 2 20 3 30 4 40 5 50 6 60 Rajah 2. Teori ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi dalam Topik 8.9: Keluk penawaran barangan X Terdapat tiga sebab yang menerangkan hubungan positif antara penawaran dan harga: (a) Peningkatan pengeluaran akan membawa kepada peningkatan kos disebabkan oleh masalah pulangan berkurangan. (b) Peningkatan harga akan menyebabkan keuntungan meningkat. Ini seterusnya akan mendorong firma untuk meningkatkan pengeluarannya. . ia akan menarik lebih ramai pengeluar untuk memasuki pasaran tersebut yang seterusnya akan meningkatkan jumlah penawaran. dan (c) Jika harga kekal pada tahap yang tinggi untuk jangka masa yang lama. Konsep ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam Topik 5.TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  41 Jadual 2.

10(a) menggambarkan perubahan kuantiti ditawarkan yang berlaku disebabkan oleh perubahan harga barangan itu sendiri. Perubahan kuantiti ditawarkan berlaku apabila terdapat perubahan harga barangan itu sendiri. manakala perubahan penawaran digambarkan dengan peralihan keluk permintaan ke kiri atau ke kanan. Manakala apabila harga jatuh. kuantiti ditawarkan akan naik dan sebaliknya. Perhatikan bagaimana kedua-dua . Penentu penawaran terdiri daripada kos pengeluaran. penawaran dan kuantiti ditawarkan adalah dua konsep yang berbeza. kuantiti ditawarkan akan naik dari titik A ke titik B.2.42  2. Jika harga naik. perubahan permintaan merujuk kepada peralihan keluk penawaran yang disebabkan oleh perubahan penentu penawaran.10: Pergerakan di sepanjang keluk dan peralihan keluk permintaan Rajah 2. Rajah 2. Harga barangan mempengaruhi secara positif kuantiti ditawarkan. jangkaan penjual dan harga barangan lain. Sebaliknya. Perubahan dalam kuantiti ditawarkan yang berlaku disebabkan oleh perubahan harga ditunjukkan oleh pergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama.2 TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN Penawaran dan Kuantiti Ditawarkan Sama seperti yang telah dibincangkan sebelum ini di teori permintaan. kuantiti ditawarkan akan jatuh dari titik A ke titik C. Apabila harga naik. Perubahan kuantiti ditawarkan merujuk kepada pergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama.

Contohnya.2. pengeluar akan beralih ke barangan tersebut dan mengurangkan pengeluaran barangan yang satu lagi. pengeluar akan mengurangkan pengeluaran tepung pulut untuk menggantikannya dengan tepung beras bagi meningkatkan keuntungannya. Sebagai contoh. kos pengeluaran.10(b) pula menunjukkan perubahan permintaan yang berlaku disebabkan oleh perubahan penentu penawaran seperti harga barangan lain.TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  43 pergerakan ini berlaku di atas keluk yang sama. Sebaliknya. Ini dikenali sebagai perubahan kuantiti ditawarkan. Sekiranya keuntungan atau harga barangan pengganti dalam penawaran meningkat. Perhatikan di sini yang naik dan keluk penawaran beralih ke kanan (S0 perubahan penawaran bukan disebabkan oleh perubahan harga. jika harga tepung beras naik. dan (ii) Penggenap dalam penawaran. tetapi oleh penentu penawaran yang lain. (a) Harga Barangan Lain Penawaran boleh dipengaruhi oleh harga barangan berkaitan dalam proses pengeluaran. Rajah 2. penurunan kos penawaran akan menyebabkan penawaran di pasaran S1). Terdapat dua jenis hubungan yang wujud semasa proses pengeluaran: (i) Pengganti dalam penawaran. Sebagai contoh. Contohnya. Pengganti dalam penawaran merujuk kepada barangan yang boleh dihasilkan untuk menggantikan pengeluaran barangan yang lain tanpa perlu melakukan sebarang perubahan yang besar ke atas proses pengeluaran. beberapa produk lain seperti gas dan minyak diesel juga akan dihasilkan. 2. Jika harga . Pergerakan atau peralihan keluk penawaran ini dikenali sebagai perubahan penawaran. kenaikan kos pengeluaran akan menyebabkan penawaran berkurangan dan ini akan menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri dari titik A pada keluk S0 ke titik C pada keluk S2.3 Penentu Penawaran Seterusnya kita akan membincangkan penentu penawaran dengan lebih lanjut. pengeluaran tepung beras dan tepung pulut boleh dilakukan dengan menggunakan mesin dan peralatan yang sama. jangkaan harga masa hadapan dan jumlah pengeluar. Penggenap dalam penawaran pula merujuk kepada barangan yang dihasilkan bersama-sama semasa proses pengeluaran. dalam proses pengeluaran minyak petrol daripada minyak mentah.

Rajah 2. peningkatan penawaran minyak petrol yang terhasil juga akan menyebabkan peningkatan penawaran minyak diesel dan gas. perubahan teknologi. penurunan harga faktor pengeluaran akan menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan disebabkan oleh peningkatan penawaran.44  TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN minyak petrol naik. Penemuan teknologi baru yang dapat mengurangkan kos pengeluaran juga akan menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan.11). Sebaliknya. pengeluar akan menggunakan kombinasi input atau faktor pengeluaran. Apabila pengeluar perlu membayar cukai. kos pengeluaran akan meningkat dan ini akan menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri. (b) Perubahan Kos Pengeluaran Kos pengeluaran boleh berubah disebabkan oleh beberapa faktor seperti perubahan harga faktor pengeluaran. Harga faktor pengeluaran ditentukan oleh pasaran faktor pengeluaran.11: Faktor yang membawa kepada perubahan kos pengeluaran Semasa proses pengeluaran. Keadaan ini akan mendorong pengeluar untuk meningkatkan pengeluaran walaupun tiada sebarang kenaikan pada harga barangan itu sendiri. jika harga faktor pengeluaran jatuh. Perubahan harga faktor pengeluaran akan mempengaruhi kos pengeluaran. Oleh itu. kos pengeluarannya akan berkurangan dan keluk penawaran akan beralih ke kanan. . pungutan cukai dan pemberian subsidi oleh kerajaan (sila lihat Rajah 2. kos pengeluaran juga akan jatuh. Perubahan dasar kerajaan berkaitan dengan cukai dan subsidi juga akan mempengaruhi keluk penawaran. apabila pengeluar mendapat bantuan subsidi. Justeru.

Menurut beliau.‰ kata Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang menyokong cadangan penghapusan cukai jalan untuk semua jenis kenderaan. di mana jualan kereta terus meningkat walaupun harga minyak meningkat secara mendadak. Pada pendapat anda. Sekiranya harga dijangka akan jatuh. terutamanya semasa kenaikan harga minyak. Beliau juga berkata. Nasimudin ditemubual selepas menghadiri upacara pembukaan bilik pameran Kia Motors milik Perstimas Sdn Bhd oleh Timbalan Menteri Kewangan. Kumpulan Naza yang beroperasi sejak tahun 1975. Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  45 (c) Jangkaan harga Sekiranya pengeluar menjangka harga barangan yang dikeluarkannya akan meningkat pada masa hadapan. kenaikan harga minyak di Malaysia tidak seteruk negara lain di Eropah. terlibat dalam perniagaan import dan jualan kereta yang memerlukan AP. apakah yang perlu kerajaan lakukan untuk mengatasi masalah kenaikan harga petrol? .4 Kenaikan harga tidak akan mempengaruhi pembelian kereta KLANG: Minat untuk membeli kereta di Malaysia tidak akan berkurangan walaupun harga petrol dan diesel meningkat. nyatakan pendapat anda tentang kesan kenaikan harga petrol kepada penawaran kereta dan barangan lain. Jepun dan Korea. Datuk Dr Ng Yen Yen di sini semalam. „Ianya satu perkara yang baik kerana ia akan mengurangkan beban. Sumber: Harian Metro Online (2005) Berdasarkan keratan akhbar di atas. cadangan untuk mengurang atau menghentikan cukai jalan akan memudahkan penjualan kereta di negara ini. menurut pakar automotif. Sebaliknya akan berlaku apabila bilangan pengeluar berkurangan. pengeluaran akan jatuh dan keluk penawaran akan beralih ke kiri. beliau akan meningkatkan penawaran dan keluk penawaran akan beralih ke kanan. AKTIVITI 2. (d) Bilangan pengeluar Keluk penawaran akan bergerak ke kanan apabila bilangan pengeluar bertambah.

Andaikan hanya terdapat dua penjual di pasaran.4 dan Rajah 2.2. kuantiti ditawarkan pada RM1 adalah 15 unit. penawaran pasaran diperoleh dengan mencampurkan kuantiti yang ditawarkan oleh semua penjual pada setiap tahap harga.4 PERMINTAAN DAN PENAWARAN Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran Sama seperti permintaan pasaran. Oleh itu. Jadual 2.12: Penawaran individu dan penawaran pasaran .46 TOPIK 2  2. Begitu juga untuk harga yang seterusnya. Penjual 1 akan menawarkan 10 unit manakala Penjual 2.4: Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran Kuantiti Ditawarkan (Unit) Penjual 1 Penjual 2 Penawaran Pasaran (Unit) 1 10 5 15 2 20 10 30 3 30 15 45 4 40 20 60 5 50 25 75 Harga (RM) Rajah 2.12 menunjukkan bagaimana keluk penawaran pasaran diperoleh. lima unit. Pada harga RM1 seunit. Jadual 2.

Permintaan ditentukan oleh harga barangan itu sendiri. Manakala perubahan permintaan yang disebabkan oleh perubahan faktor lain selain harga barangan tersebut akan membawa kepada peralihan keluk permintaan. pendapatan. Ć Perubahan kuantiti diminta yang disebabkan perubahan harga barangannya sendiri akan membawa kepada pergerakan di sepanjang keluk permintaan. Ć Hubungan negatif antara kuantiti diminta dan harga dikenali sebagai Hukum Permintaan. Ć Permintaan adalah kuantiti yang diminta dan yang mampu dibayar oleh pengguna pada tahap harga yang berbeza. harga barangan berkaitan. citarasa dan jangkaan masa hadapan. .TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  47 Ć Berikut adalah peta konsep yang boleh membantu anda untuk menggambarkan isi kandungan yang dibincangkan di dalam topik ini.

Ć Hubungan positif antara kuantiti ditawarkan dan harga dikenali sebagai hukum penawaran. Ć Perubahan penawaran yang disebabkan oleh perubahan faktor lain selain harga barangan tersebut akan membawa kepada peralihan keluk penawaran. Ć Perubahan kuantiti ditawarkan yang disebabkan perubahan harga barangannya sendiri ditunjukkan oleh pergerakan disepanjang keluk penawaran. Penawaran ditentukan oleh harga barangan itu sendiri. Ć Permintaan pasaran adalah hasil campur kesemua permintaan individu manakala penawaran pasaran adalah hasil campur kesemua penawaran individu. manakala penurunan permintaan akan mengalihkannya ke kiri. Barangan pengganti Keluk permintaan Barangan penggenap Penawaran Hukum penawaran Penentu penawaran Hukum permintaan Penentu permintaan Keluk penawaran Permintaan . manakala penurunan penawaran akan mengalihkannya ke kiri. Ć Penawaran adalah kuantiti yang sanggup dijual oleh penjual pada tahap harga yang berbeza. harga barangan yang berkaitan. Ć Peningkatan penawaran akan mengalihkan keluk permintaan ke kanan. kos pengeluaran dan jangkaan masa hadapan.48  TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN Ć Peningkatan permintaan akan mengalihkan keluk permintaan ke kanan.