You are on page 1of 13

LAPORAN TAHUNAN

PUSAT SUMBER
SK AYER KEROH
LEBUH AYER KEROH, 75450 AYER KEROH
MELAKA

DISEDIAKAN OLEH,
ATIFAH BINTI TUMIN
PENYELARAS PERPUSTAKAAN

PSS KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU

LAPORAN TAHUNAN
PUSAT SUMBER SK AYER KEROH
1.0 PENDAHULUAN
Seiring dengan kecemerlangan akademik yang menjadi teras Visi dan Misi
SK AYER KEROH, kecemerlangan dalam bidang kurikulum amat diutamakan. Pusat
Sumber SK AYER KEROH yang menjadi nadi ilmu juga berperanan sebagai
penggerak kecemerlangan warga SK AYER KEROH.Pusat Sumber beroperasi
sebagai perpustakaan dan bilik tutorial.
Dengan bantuan dan sokongan semua pihak, Pusat Sumber SK AYER KEORH
telah berjaya melaksanakan beberapa aktiviti dan program sebagaimana yang telah
dirangka di dalam perancangan tahunan.
Semoga dengan perancangan yang tersusun dan perlaksanaan yang jitu,
seluruh warga SK AYER KEROH khususnya murid, akan beroleh manfaat dan
impak positif dalam merealisasikan PSS sekolah kita sebagai wadah dan tempat
memperolehi ilmu dan informasi yang berguna untuk memenuhi wadah sebagai
sebuah sekolah impian khususnya di negeri Melaka.
2.0 VISI, MISI DAN MOTTO

VISI
Menjadikan PSS sebagai penggerak ke arah pencapaian kualiti
pengajran dan pembelajaran yang efektif
MISI PSS
Meningkatkan kemudahan fizikal PSS serta penggunaan
media pendidikan yang maksimum bagi meningkatkan mutu pendidikan
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
MOTTO PSS
PUSAT SUMBER SEKOLAH KE ARAH KECEMERLANGAN
BUDAYA ILMU

3.0 MATLAMAT PSS


PSS KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU

Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.


Membentuk profesion perguruan yang dinamis, berilmu, kreatif, dan
berketrampilan berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan
agama.
Membentuk golongan murid yang berilmu minat membaca serta dinamis,
kreatif dan berdisiplin untuk pembangunan nusa dan bangsa

4.0 OBJEKTIF PSS

Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta prestasi


pencapaian akademik.
Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan
pengajran dan pembelajran.
Menggalakkan tabiat membaca menerusi program NILAM dan Program
membaca yang seumpamanya melalui penggunaan bahan di pusat
sumber.
Membantu guru dan murid dalam menggunakan pelbagai teknologi
pendidikan yang terkini.
Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk keperluan
warga sekolah.
Melatih warga sekolah menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat,
membuat rujukan serta menggunakan hardware dan software.
Mewujudkan budaya membaca, budaya ilmu dan pendidikan sepanjang
hayat.

5.0 STATISTIK
PSS KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU

1. Pusat Sumber SK AYER KEROH berada di bawah pengurusan akademik


yang dipengerusikan oleh Penolong Kanan Akademik En. Bobby Wee Teck
Seng.
2. Pusat Sumber SK AYER KEROH diuruskan oleh Pn Atifah bt. Tumin selaku
Penyelaras Perpustakaan lantikan sekolah bermula Januari 2014.
3. Terdapat beberapa orang guru pusat sumber yang membantu menyelaras
bilik-bilik /program PSS iaitu:
a) Penyelaras PSS

Puan Norzilah bt. Marjan

b) Penyelaras Program Nilam

Puan Rahayu Ramlan


Puan Salamah Mohamad

c) Penyelaras Perpustakaan

Pn. Atifah Tumin

d) Penyelaras Media/Siaraya

En. Abd Kadir Emok

e) Penyelaras Bahan Bantu Mengajar

Pn Hidayati Salleh

f) Penyelaras ICT

Pn. Norhaffizah Abd Rahman

g) Penyelaras Makmal Sains

Pn. Rohana Ismail

h) Penyelaras Makmal Kemahiran


Hidup

Pn. Marina Mohammad Kasiran

i) Sudut Panitia

Semua Ketua Panitia

j) Penyelaras Skim Pinjaman Buku


Teks

Pn Siti Rashidah

k) Pembantu Tadbir Data &


Perpustakaan

Pn Safura Mahpal

l) Pembantu Teknik Komputer


m) Pengawas PSS

4. Waktu Operasi :
Perpustakaan dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat setiap minggu.

PSS KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU

Waktu pengoperasian ialah dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang setiap hari
persekolahan.
5. Perpustakaan boleh memuatkan 45 orang dengan selesa pada satu-satu
masa, manakala bilik tayang boleh memuatkan 40 orang.
6. Setiap murid dan guru dibenarkan meminjam 2 buah buku dalam satu-satu
masa dalam tempoh 3 hari.
7. Denda kelewatan satu hari bagi sebuah buku ialah RM0.20
8. Buku-buku berpelekat merah hanya boleh dipinjam selama 1 jam tetapi boleh
disambung sekiranya tiada tempahan.
9. Buku-buku rujukan, jurnal, majalah, risalah dan surat khabar hanya boleh
dirujuk di perpustakaan.
10. Terdapat 12 buah rak buku kayu yang masih boleh digunakan di
perpustakaan .

PSS KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU

6.0 AKTIVITI PSS SEPANJANG TAHUN


Pusat Sumber

telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang telah

dirangka sejak awal tahun. Berikut adalah aktiviti dan program yang telah dijalankan.
Bulan
Januari

Senarai Aktiviti Yang Dijalankan


a) Promosi PSS murid Tahun 1 Minggu Transisi
b) Mesyuarat Pengawas PSS
c) Mesyuarat JK Induk
d) Gotong royong membersih dan menceriakan perpustakaan
e) Kemaskini Carta Organisasi Induk PSS dan AJK Kerja PSS
f) Perjumpaan Ahli Kelab PSS Kali Pertama
g) Kemaskini rekod NILAM
h) Penyediaan senarai nama pelajar mengikut kelas
i) Bengkel Pengawas PSS
j) Perlantikan Pengawas PSS, Penyerahan Watikah Perlantikan
Pengawas PSS

Februari

a) Persiapan Awal Sebelum Taklimat NILAM Untuk Guru dan


Majlis Perlancaran NILAM
b) Mesyuarat AJK kerja PSS dan agihan kerja bagi guru-guru
PSS.
c) Mesyuarat AJK NILAM
d) Carta Organisasi AJK Induk PSS dan AJK Kerja PSS di
pamerkan di bilik-bilik Khas : Bilik Media, Koridor BBM
dan Perpustakaan
e) Keceriaan Perpustakaan .

Mac

a) Membina sistem fail PSS


b) Kemas kini sistem automasi.

April

a) Kemaskini iQ-PSS dan i-NILAM secara online


b) Mesyuarat JK Induk

Mei

a)

Gotong royong menceriakan perpustakaan

b)

Kemaskini sistem automasi.

c)

Sambutan Hari Guru 16 Mei 2014

d)

Mesyuarat JK Kerja

e)

Melengkapkan dan mendaftarkan pusat sumber smkkbsr dalam


iQPSS dan i-NILAM

PSS KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU

Jun

a) Kemaskini system automasi


b) Memasukkan data nilam

Julai

a) Analisis data rekod bacaan NILAM

Ogos

a) Mesyuarat JK Kerja

September

a) Pelancaran Bulan Membaca dan Bulan Kemerdekaan

Oktober

b) Pertandingan Nyanyian lagu patriotik


a) Semakan laporan NILAM

November

b)
a) Semakan Stok Perpustakaan
b) Mesyuarat JK Induk
c) Jamuan PSS
d) Kem Membaca 1 Malaysia
e) Projek Sekolahku Kenanganku
f) Menutup dan menyemak Akaun PSS.
g) Menyediakan Laporan Tahunan PSS.
h) Penyediaan Buku-buku Rekod PSS untuk sesi
persekolahan 2015

Disember

a) Persiapan perpustakaan untuk sesi persekolahan pertama


2015

7.0 ANALISIS SWOT


Kekuatan (Strengtness)
1.
Kemudahan bahan yang sentiasa bertambah
2.
Kunjungan murid semakin bertambah
3.
Peruntukan kewangan yang mencukupi
4.
Sokongan yang baik daripada pihak pentadbir dan warga sekolah

PSS KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU

5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Keadaan fizikal yang ceria


Aktiviti PSS semakin bertambah
Penggunaan guru dan murid di PSS semakin meningkat
Program Nilam mula dilaksanakan
Aktiviti PSS melibatkan murid dan guru semakin bertambah
Lokasi yang strategik
Semua pengawas PSS memakai pakaian seragan pemgawas PSS

Kelemahan (weakness)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Program Bacaan Nilam tidak mengikut panduan pelaksanaan


Kelemahan pembantu tadbir perpustakaan dalam membantu tugas
penyelaras perpustakaan
Pengawas tidak hadir bertugas
Koleksi bahan tidak mencukupi bagi murid dan guru
Kehilangan buku dan majalah (pengambilan tanpa mengikut prosedur)
Kursus lewat diberikan kepada penyelaras perpustakaan
Vandalism di kalangan pelajar
Banyak koleksi bahan buku lama
Peratus murid meminjam buku adalah sangat kurang
Peratus kunjungan murid ke perpustakaan pada waktu rehat adalah
sangat rendah.

Peluang (oputurnities)
1.
Kerjasama dan bimbingan daripada guru besar dan guru pentadbiran
untuk pengurusan perpustakaan
2.
Rujukan PSS cemerlang melalui internet
3.
Sokongan guru besar untuk menaik taraf PSS ke arah yang lebih baik
4.
Diberi kepercayaan oleh pentadbir untuk menguruskan PSS
5.
Khidmat bantuan daripada PKG
Ancaman (Threats)
1.
Kehilangan bahan/buku
2.
Peminjaman tidak mengikut prosedur yang ditetapkan
3.
Murid yang mengoyak alas meja dan merosakkan bahan di PSS
4.
Kerosakan buku
5.
Penggunaan bilik-bilik PSS dengan tidak mengikut prosedur yang betul.

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PSS


1. Mengadakan bengkel untuk pengawas pusat sumber supaya dapat
melaksanakan tugas dengan lebih efisien.

PSS KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU

2. Menambah ruangan khas lebih banyak dan menarik seperti sudut pelajar
cemerlang, sudut sejarah dan sudut warisan serta mewujudkan galeri sekolah
3. Menaik taraf bahagian hadapan Bilik BOSS sebagai sudut membaca.
4. Memperbaiki aircond sedia di bilik tayang.
5. Menambah bahan-bahan media seperti buku ,majalah dan media elektronik
yang lain.
6. Mewujudkan koleksi CD/VCD untuk kegunaan murid dan guru.Setiap
CD/DVD yang diperolehi oleh sekolah disalin satu salinan untuk simpanan
perpustakaan.
7. Melaksanakan program NILAM dengan lebih baik
8. Meneruskan aktiviti minggu pusat sumber.
9. Menukar kerusi
perpustakaan

/meja

perpustakaan

dengan

kerusi/meja

standard

10. Memproses semula bahan-bahan ke dalam sistem automasi baru.


11. Memperkasa Unit ABM dan BBM
12. Meningkatkan keceriaan bilik-bilik PSS luar dan dalam.
13. Pembantu tadbir operasi perpustakaan dapat bertugas dengan dedikasi dan
rajin tanpa arahan penyelaras perpustakaan.

10.0 PENUTUP
Setiap tahun Pusat Sumber SK AYER KEROH sentiasa mengalami
perubahan yang positif dari segi bilangan buku ,peralatan ,perabot,
kepelbagaian aktiviti dan sebagainya. Ianya bertujuan untuk menjadikan
Pusat Sumber sebagai pusat informasi yang terunggul di daerah Ayer Keroh
bagi memudahkan warga SK AYER KEROH untuk menggunakannya dan
mengaplikasikannya dalam pembelajaran .
PSS KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU

Disediakan oleh,
.............................................
(ATIFAH BINTI TUMIN)
Penyelaras Perpustakaan

Disemak oleh ,
....................................
(EN. BOBBY WEE TECK SENG)
Pengerusi J/kuasa kerja PSS
Guru Pentadbiran Akademik
Disahkan oleh,
........................
(PUAN RAHIMAH BINTI ABD. RASID )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh
Melaka.

LAMPIRAN
PSS KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU

LAPORAN AKTIVITI
NADI ILMU AMALAN
MEMBACA
( NILAM )
& i-nilam

PSS KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU

LAMPIRAN
LAPORAN PENARAFAN
PUSAT SUMBER
SEKOLAH
IQPSS 2014

PSS KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU

LAMPIRAN
GAMBAR AKTIVITI PSS
SESI 2014

PSS KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU

You might also like