You are on page 1of 3

Definisi Survivalisma Di Dalam Perniagaan

Survivalisma8 berasal dari perkataan Inggeris iaitu survival yang memberi maksud the state of continuing
to live or exist, often despite difficulty or danger. Perkataan lain untuk survival ialah the struggle, battle or
fight for survival9. Daripada frasa yang diterangkan maka dapatlah diertikan bahawa survivalisma
merujuk kepada keupayaan atau keadaan sesuatu untuk terus hidup dan berusaha mencari jalan keluar
daripada kesusahan yang dihadapi. Manakala Mohd Yusoff Abdullah, mendefinisikan survivalisma
sebagai ikhtiar yang dilakukan oleh manusia untuk terus hidup ketika menghadapi sesuatu cabaran.
Menurut beliau lagi ikhtiar hidup adalah merujuk kepada masalah yang harus diatasi melalui usaha yang
mampu dilakukan oleh seseorang.10
Di dalam Islam Allah menyeru hambanya supaya sentiasa berikhtiar dan berjuang untuk terus hidup
walaupun dilanda kesusahan dan ujian serta tidak hanya berserah kepada keadaan tanpa adanya usaha.
Sebagaimana Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:
..dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus
asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir
(SurahYusuf: 87)
Ayat di atas menjelaskan bahawa umat Islam semestinya berjuang dan berusaha untuk terus maju di
dalam apa jua bidang yang diceburinya walaupun di dalam keadaan yang perlu bertahan (survival) ketika
menghadapi kejatuhan, kemerosotan ataupun kerugiaan kerana berputus asa daripada rahmat Allah dan
pertolongannya bukanlah sifat orang-orang yang beriman tetapi merupakan sifat orang-orang kafir. Ole
itu umat Islam dituntut untuk bertabah hati ketika menghadapi kesusahan dalam hidup sambil berusaha
mencari jalan keluar dan akhirnya menaruh sepenuh pengharapan kepada pertolongan Allah SWT yang
Maha luas rahmatnya. Sesungguhnya barangsiapa di antara hambanya yang berusaha untuk mencari jalan
keluar daripada kesusahan yang menimpa nescaya Allah pasti akan memberikan kejayaan dan kemudahan
baginya.11
Manakala survivalisma di dalam konteks perniagaan adalah ketahanan dan keupayaan seorang usahawan
menghadapi saat-saat kritikal di dalam perniagaan yang diceburinya disebabkan oleh kelemahan beberapa
faktor antaranya kelemahan dari aspek kewangan, pengurusan sumber manusia, produk atau
perkhidmatan dan pemasaran serta ketidakupayaan untuk menguruskan perubahan dengan pantas.12
Kelemahan ini akan menjadikan sesuatu perniagaan tidak akan membangun dan kemungkinan besar akan
mengalami kerugian dan juga kegagalan.
Namun begitu kelemahan dan kegagalan usahawan boleh diatasi sekiranya mereka mengetahui dan
mempelajari faktor untuk bertahan (survive) di dalam perniagaan. Menurut Hung, seorang usahawan yang
berjaya akan melalui dua kali saat bertahan (survival) di dalam perniagaannya iaitu survivalisma ketika
hendak membangunkan perniagaan dan survivalisma ketika hendak mengembangkan perniagaan.13
Model survivalisma di dalam perniagaan adalah sebagaimana berikut:

Demografi Usahawan
a) Bangsa
Menurut kajian yang dilakukan oleh Kofi Q Dadzie dan Yougil Cho terhadap usahawan di US,
daripada tiga bangsa US iaitu Black African/ America, Hispanic dan Asia. Bangsa Black African dan
America adalah bangsa yang paling bertahan di dalam perniagaan yang diceburi. 87 Manakala kajian
yang dilakukan oleh Wan Sabri mendapati bangsa China lagi mampu untuk bertahan di dalam
perniagaan yang diceburi berbanding dengan bangsa lain. 88
b) Umur

Menurut Brian, pemilik syarikat yang berusia 35 tahun ke bawah adalah lagi tinggi peratusan untuk
gagal berbanding dengan pemilik syarikat yang berumur 36 tahun ke atas.Ini kerana pemilik syarikat
yang berumur 36 tahun ke atas biasanya telah mempunyai pengalaman kerja samada bekerja sendiri
ataupun dengan majikan.89
d) Taraf pendidikan
Menurut Brian usahawan yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi mempunyai hubungan yang
signikan dengan faktor survivalisma berbanding dengan usahawan yang berpendidikan rendah. 90
Kajian ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Kofi yang terhadap usahawan di US yang
mendapati seramai 43.3 peratus usahawan yang bertahan di dalam perniagaan adalah yang terdiri
daripada usahawan yang berpendidikan tinggi.91
f) Pengalaman di dalam berniaga
Menurut Brian dan Storey, pengalaman usahawan di dalam perniagaan mempunyai hubungan yang
signifikan dengan faktor survivalisma di dalam perniagaan, alasannya ialah mereka yang mempunyai
pengalaman berniaga sudah mengetahui selok belok dunia perniagaan berbanding dengan mereka
yang baru memulakan perniagaan.92
g) Pengalaman di dalam pengurusan perniagaan
Menurut Brian dan Storey, pengalaman di dalam pengurusan perniagaan juga mempunyai hubungan
yang signifikan dengan faktor survivalisma di dalam perniagaan, alasannya ialah mereka yang
mempunyai pengalaman di dalam pengurusan perniagaan mempunyai pengalaman dan mengetahui
cara pengurusan perniagaan.93
ii) Ciri Perniagaan
Selain daripada demografi usahawan, ciri perniagaan yang diusahakan juga mempunyai hubungan
yang signikan dengan faktor survivalisma di dalam dunia perniagaan. Di antara ciri-ciri perniagaan
ialah usia perniagaan, lokasi, bilangan pekerja, produk, pemasaran, keadaan ekonomi dan juga rakan
kongsi.
a) Usia perniagaan
Kajian yang dilakukan oleh David S.Evans terhadap 100 syarikat di UK mendapati lagi lama usia
sesebuah perniagaan lagi kuat perniagaan tersebut dapat bertahan. 94Selain itu kajian yang dilakukan
oleh Grant terhadap usahawan yang melibatkan diri di dalam perniagaan kecil di Washington
mendapati 55.9 peratus usahawan bertahan (survive) di dalam perniagaannya di antara 5 hingga 9
berniaga.95 Manakala kajian yang dilakukan oleh Kofi Q mendapati tempoh yang paling sesuai untuk
menganggap sesebuah syarikat itu melepasi tahap survival ialah syarikat itu mestilah beroperasi
melebihi lima tahun.96
b) Lokasi
Kajian yang dibuat oleh Grant D.Forsyth terhadap peratusan perniagaan yang bertahan samada di
bandar ataupun di luar bandar di Washington. Daripada kajian yang dilakukan oleh beliau peratusan
perniagaan yang terus survive di antara 5 hingga 9 tahun adalah sebanyak 55.9 peratus bagi
perniagaan di bandar dan 46.6 peratus bagi perniagaan yang berada di luar bandar 97 Hasil kajian yang
dikemukakan oleh Grant D. Forsyth bertentangan dengan kajian yang dilakukan oleh Terry F. Fuss
and Xiannuan Lin yang mendapati hanya 52 peratus yang masih lagi bertahan di dalam perniagaan
mereka di pendalaman Arkansas berbanding 90 peratus jumlah perniagaan yang bertahan di
pendalaman Maine. Menurut mereka peratusan untuk bertahan di dalam perniagaan yang diceburi
adalah berbeza mengikut kawasan. Perniagaan yang bermula di kawasan pendalaman lagi banyak
bertahan berbanding dengan kawasan bandar.98
c) Jenis Perniagaan
Manakala Paul And Alan Hughes telah membuat kajian ke atas 1276 syarikat yang di UK dari tahun
1975-1985. Daripada jumlah tersebut hanya 1076 syarikat yang berjaya bertahan di dalam
perniagaannya. Perniagaan berbentuk Kejuruteraan, peruncitan dan juga pakaian adalah jenis

perniagaan yang mampu bertahan di UK. Hasil kajian juga membuktikan Perniagaan kecil lagi cepat
untuk berkembang berbanding dengan syarikat besar.99 Kajian ini disokong oleh oleh Grant
D.Forsyth yang mendapati perniagaan yang berbentuk borong dan peruncitan adalah paling tinggi
untuk survive berbanding dengan perniagaan-perniagaan lain. 100 Menurut kajian yang dilakukan oleh
Terry F. Fuss and Xiannuan Lin pertanian adalah perniagaan yang paling bertahan di kawasan
pendalaman, manakala perkhidmatan adalah perniagaan yang paling bertahan di kawasan bandar. 101
Menurut Brian Head syarikat yang tidak mempunyai modal yang banyak dan melakukan perniagaan
secara kecil-kecilan adalah yang paling tinggi untuk bertahan tetapi perniagaan tersebut paling sukar
untuk berkembang. Ini adalah perniagaan kecil-kecilan paling senang untuk ditiru oleh pesaing
berbanding perniagaan jenis perkhidmatan yang hanya orang yang pakar di dalam bidang tersebut
sahaja yang boleh melakukannya.102
d) Bilangan pekerjaan
Menurut Brian perniagaan yang mempunyai pekerja lebih bertahan daripada perniagaan yang kurang
atau tidak mempunyai pekerja iaitu sebanyak 70 peratus. 103 Kajian Brian bercanggah dengan kajian
Kofi yang mendapati bilangan pekerja tidak mempunyai hubungan yang signikan dengan faktor
survivalisma usahawan, ini kerana kajian yang dilakukan oleh beliau mendapati sekiranya perniagaan
yang diusahakan melibatkan ramai golongan profesional dan juga tenaga mahir, perniagaan tersebut
akan lebih bertahan berbanding dengan usahawan yang mempunyai pekerja yang kurang mahir. 104
e) Keadaan ekonomi
Storey, Brian, Timothy dan Wood mendapati keadaan ekonomi mempunyai
hubungan yang signikan dengan faktor survivalisma di dalam perniagaan. Kajian
mereka disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Kofi Q yang mendapati untuk
bertahan di dalam perniagaan sesebuah syarikat mestilah bertahan lebih
daripada sepuluh tahun. Selepas sepuluh tahun barulah perniagaan tersebut
dianggap telah melalui zaman survivalisma di dalam perniagaannya. Menurut
beliau lagi setiap 10 tahun akan berlaku kemelesetan ekonomi dan di

You might also like