You are on page 1of 3

Bahan Bantu Belajar Untuk Mengatasi Masalah Pengamatan

5.

SINOPSIS
Tajuk ini akan mendedahkan pelajar tentang bahan bantu belajar dalam pengajaran dan
pembelajaran. Fokus tajuk ini akan membantu anda mengenal pasti jenis-jenis bahan dan
ciri-ciri bahan bantu belajar yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah pengamatan.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini anda akan dapat:
1. mengetahui kategori dan jenis bahan bantu belajar yang sesuai digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid pemulihan
2. mengetahui ciri-ciri bahan yang sesuai untuk dalam pengajaran dan
pembelajaran kepada murid-murid pemulihan

5.0

Pengenalan

Bahan bantu belajar amat penting untuk membantu murid menguasai sesuatu
pelajaran atau kemahiran yang disampaikan oleh guru. Bahan bantu belajar
dapat menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid, murid sesama
murid dalam kontek pemahaman dan penguasaan sesuatu pembelajaran. Muridmurid akan menggunakan semua pancainderanya ketika berinteraksi dengan
bahan bantu belajar yang disediakan oleh guru. Apa yang penting ialah bahan
bantu belajar harus memenuhi keperluan murid dengan mengambil kira
kesesuaiannya berdasarkan keupayaan murid. Guru perlu juga memikirkan
kesesuaian bahan bantu belajar dari pelbagai aspek seperti jenis, ciri, dan juga
penggunaannya

agar

membantu

pembelajaran dengan berkesan.

5.2 Jenis-jenis Bahan Bantu Belajar

21

guru

dan

murid

menjalankan

aktiviti

Bahan bantu belajar ada berbagai jenis. Pemilihan kesesuaian bahan yang
digunakan bergantung kepada keperluan murid yang berdasarkan kepada
keupayaan seseorang murid. Disamping itu aspek-aspek seperti masa, tempat,
ruang, dan kaedah cara penggunaan juga perlu diambil kira.
Bahan bantu belajar ada pelbagai jenis dan dapat boleh dibahagikan kepada
beberapa kumpulan seperti berikut:
a. Bahan konkrit atau maujud tiga dimensi ( bahan sebenar, model, replica)
b. Bahan semi konkrit atau dua dimensi (gambar, carta, paparan gambar
melalui OHP, video, CD dan lain-lain sumber)
c. Bahan pendengaran ( apa sahaja sumber bahan yang boleh bersuara atau
berbunyi)
d. Bahan pendengaran dan penglihatan ( apa sahaja sumber yang boleh dilihat
dan didengar secara serentak dalam suatu masa yang sama)
e. Perkakasan multimedia (perisian computer)
5.3

Kategori Bahan
-

5.4

Bahan sekitar
Bahan dalam pasaran
Bahan buatan sendiri

Kriteria Menyediakan Bahan Bantu Belajar


Bahan bantu belajar yang digunakan itu seharusnya mengambil kira tujuan,
objektif atau matlamat, kaedah atau teknik pengajaran dan

penggunaannya

yang mengambil kira keupayaan murid. Sekiranya penyediaannya tidak


mengambil kira tujuan, objektif atau matlamat penggunaannya; maka usaha
menyediakannya adalah sia-sia sahaja. Oleh yang demikian perkara-perkara
berikut perlu diberi perhatian.

5.5

Bahan bantu belajar perlulah sesuai dan isi kandungannya tepat dengan

aktiviti yang pengajaran dijalankan.


Bahan bantu belajar harus mengandungi idea sendiri tanpa sebarang tiruan
Boleh bantu guru dan murid menguasai pelajaran
Menarik dan berkesan
Penyediaannya berpatutan
Keadaannya sesuai dan mudah dibawa, dioperasikan, dan digunakan
Aspek keselamatan

Penggunaan
-

Alat bantu mengajar seperti carta harus digantung semasa dan selepas
digunakan. Sebelum digunakan guru perlulah merancang bagaimana
penggunaannya dan kesesuaiannya dengan murid dan aktiviti penajaran

22

Sebelum murid menggunakan bahan bantu belajar, guru perlu member

arahan dan menunjuk cara menggunakannya


Gunakan bahan bantu belajar yang perlu sahaja yang berkaitan dengan

pengajaran atau aktiviti semasa


Murid perlu mendapat bimbingan dan penjelasan mengenai apa yang ada

pada bahan bantu belajar


Dijaga dengan baik
Bahan bantu belajar perlu diguna dengan fungsinya sebagai pembantu dalam
pengajaran dan pembelajaran dan tidak boleh menggantikan peranan guru
.
Aktiviti 1

Cuba fikirkan bahan bantu belajar yang boleh dibina dengan


berdasarkan setiap kategori bahan yang dinyatakan di atas

Latihan 1
Nyatakan aspek-aspek yang perlu diambil kira untuk membina
bahan bantu belajar bagi membantu murid yang mengalami
masalah pengamatan visual.
Latihan 2
Senaraikan bahan bantu belajar berkaitan pengamatan visual,
pengamatan pendengaran, dan pengamatan sensori motor.
Jelaskan fungsi dan tujuan pemilihan bahan bantu belajar tersebut.

Syabas dan Tahniah! Anda telah mengikuti semua tajuk dalam


modul ini dengan tekun dan sabar. Semoga berjaya.

23

You might also like