You are on page 1of 1

KOTA KINABALU: Charity Book Run & Ride 2016 merupakan salah satu daripada

tanggungjawab social yang bertujuan menggalakan mahasiswa dan masyarakat


setempat terutamanya golongan belia melibatkan diri dalam budaya sihat. Selainitu
ia juga berperanan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta di
amping membudayakan masyarakat aktif bersukan.
Penganjur Charity Book Run & Ride 2016 menyasarkan sekurang-kurangnya
200 orang peserta untuk turut serta dalam Charity Book Run & Ride 2016 yang akan
diadakan pada 26 Mac 2016. Program Charity Book Run & Ride 2016 ini adalah
kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Janatan Bendahari,
Perpustakaan, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaran, Pusat Sukan, dan
Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sabah.
Pelari dan perserta berbasikal perlu melalui cabaran menaiki kawasan berbukit yang
terdapat dikampus Universiti Malaysia Sabah dengan jarak 7 km bagi larian dan 12
km berbasikal. Penganjur mempelawa orang ramai untuk turut mengambil bahagian
tidak kira pelajar mahu pun masyarakat luar.
Pengurusi penganjur Charity Book Run & Ride 2016 Zawawi Tiyunin berkata,
program amal yang dibuat ini ilah kali pertama dianjurkan atas kerjasama jabatanjabatan di Universiti Malaysia Sabah. Menurut
beliau lagi acara larian dan
berbasikal ini akan bermula dan berakhir di Dewan Canselor Universiti Malaysia
Sabah, dan bagi mereka yang berminat untuk menyertai, bayaran penyertaan boleh
dibuat melalui kaunter pembayaran di Perpustakaan Univerisiti Malaysia Sabah.
Peserta yang membawa buku untuk disumbangkan kepda pihak penganjur akan
diberikan potongan yiran penyertaan yang istimewa.
Buku-buku yang disumbangkan akan disalurkan kepada pihak yang
memerlukan sperti sekolah-sekolah dan perpustakaan diseluruh Sabah. Sehubungan
dengan itu orang ramai amat dialu-alukan menyertai program ini di mana bukan
saja untuk berekreasi malah berkongsi ilmu dan bahan bacaan serta rujukan.
Semua peserta larian dan berbasikal akan diberikan sijil penyertaan dan
hanya 20 peserta larian dan berbasikal terwawal yang layak untuk mendapat medal
perseorangan.
Pelepasan pserta dari Dewan Canselor Univerisit Malaysia Sabah dijangka
akan disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof. Datuk Dr.
Mohd Hrun Abdullah.
Oleh: Alfonso Robert