You are on page 1of 1

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Cikgu Amir ketawa melihat hadiah yang diterima oleh Cikgu Izyan. Cikgu Izyan
tidak menghiraukan lalu mengambil sepucuk surat yang terjatuh di atas bingkai gambar.
Eh, tadi Cikgu Amir ketawa! Kenapa Cikgu Izyan menangis pula? Cikgu Arifin
kehairanan lalu mencapai surat yang dibaca Cikgu Izyan. Cikgu Arifin yang selesai
membaca surat itu merenungi hadiah yang terletak bersebelahan dengan sehelai tudung
sutera. Oh, inilah hadiah yang paling murni! Hadiah yang ikhlas dan jujur. Lebih baik
daripada hadiah yang mahal-mahal tu jika untuk bermuka-muka.
Cikgu Halimah juga turut terharu apabila membaca surat itu. Cikgu Izyan,
kata Guru Besar. Terimalah hadiah yang ikhlas dan jujur daripada murid cikgu tu. Saya
rasa kita patut membantunya.
Khairul murid yang baik, cikgu. Saya pernah melawat rumahnya. Dia memang
miskin, tetapi ibunya sangat bertanggungjawab. Pakaian sekolahnya sentiasa bersih.
Ayahnya pula kurang sihat. Khairul tu, faham pula dengan keadaan hidupnya. Sepulang
dari sekolah, dia ke kebun yang sekangkang kera di belakang rumah.
Oh, kalau begitu dia patut mendapat bantuan dari sekolah kita! kata Cikgu
Halimah. Saya ingin jadikan dia anak angkat saya, cikgu. Cikgu Halimah merenung
Cikgu Izyan sambil tersenyum. Hm, memang baik begitu! Sempena Hari Guru pada
tahun ini sepatutnya ada sesuatu kebaikan yang kita lakukan, syor Cikgu Halimah.
Insya-Allah, cikgu. Kami juga akan menuruti jejak Cikgu Izyan, ujar Cikgu Arifin.
Cikgu Izyan, maafkan saya kerana menyinggung perasaan cikgu tadi, kata Cikgu Amir.
Cikgu Izyan tersenyum sambil memandang terung dan kacang panjang yang
diterimanya.
Hari itu, Cikgu Izyan pulang dengan suatu tekad. Beliau akan membantu
persekolahan Khairul.
36
Apakah hadiah yang diberikan oleh Khairul kepada Cikgu Izyan?
A
Bingkai gambar
B
Tudung sutera
C
Kad ucapan
D
Terung dan kacang panjang
37

Mengapakah Cikgu Izyan menangis?


A
Khairul menjadi anak angkat Cikgu Halimah
B
Terharu menerima hadiah daripada Khairul
C
Tersinggung dengan sikap Cikgu Arifin
D
Gembira akan keprihatinan Guru Besar terhadap muridnya

38

Khairul dan keluarganya menampung hidup dengan


A
bantuan daripada Guru Besar dan pihak sekolah
B
bantuan daripada keluarga angkatnya
C
pendapatan ibunya sebagai pencuci pakaian
D
hasil bercucuk tanam

39

Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan di atas


A
Ayah Khairul sedang sakit
B
Cikgu Izyan pernah melawat rumah Khairul
C
Guru Besar mengambil Khairul sebagai anak angkatnya
D
Cikgu Amir memohon maaf daripada Cikgu Izyan

40

Maksud frasa suatu tekad dalam petikan ialah


A
bercita-cita
B
hanya satu keazaman
C
berhasrat tinggi
D
senang hati