You are on page 1of 7

Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK)

Pengenalan
Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) telah bermula sejak tahun 1963 dengan
nama Program / Kelas Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Ia diletakkan di bawah Cawangan
Pembangunan Keluarga (CPK) sehingga tahun 1996. Selepas tahun 1996 program ini
diletakkan di bawah Cawangan Pembangunan Manusia. Ia dijalankan secara non-formal
yang bertujuan untuk meningkatkan mutu hidup keluarga ke arah mewujudkan masyarakat
yang berkualiti
Kurikulum Pendidikan Kesejahteraan Keluarga terdiri daripada empat (4) bidang utama
iaitu :1.

Kekeluargaan

2.

Kesihatan

3.

Pengurusan Sumber
Antara kemahiran yang diajar:
Pertukangan labu tanah
Anyaman pandan dan mengkuang
Sulaman
Kaitan
Gubahan Bunga
Jahitan Kreatif
Kraf Rotan

4.

Kesedaran Sivik

Matlamat
Matlamat utama Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga adalah untuk memberi
pendedahan dan bimbingan kepada masyarakat luar Bandar agar dapat meningkatkan taraf
hidup keluarga yang lebih cemerlang

Objektif
1.

Memberi pendedahan tentang peranan wanita dalam mengukuhkan institusi


keluarga, masyarakat seterusnya membangunkan Negara dalam bidang sosial, ekonomi
dan siasah berteraskan kehendak agama

2.

Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan sumber keluarga bagi


menambahkan pendapatan keluarga

3.

Mengenalpasti dan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk


kesejahteraan keluarga

Perkhidmatan
Pada masa ini, PKK menawarkan program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui Kaedah
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) kepada Pemaju Masyarakat KEMAS khususnya
yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) daripada SKM Tahap
1, Tahap 2 dan Tahap 3 bagi bidang:
1.

Gubahan Bunga

2.

Jahitan Kreatif (Manik)

Pelaksanaan Kelas PKK


1.
2.

3.

Kelas beroperasi selama 5 hari semingg


Dikendalikan oleh Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga yang
terlatih
Pelaksanaan kelas adalah mengikut waktu biasa dan waktu anjal

4.

Jadual pengajaran dan pembelajaran disediakan oleh Pemaju Masyarakat mengikut


panduan kurikulum dan jadual yang ditetapkan

5.

Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) dilaksanakan di bangunan awam


seperti di Pusat Kegiatan Masyarakat, Balairaya, Surau dan Dewan Orang Ramai serta
bangunan KEMAS sendiri

Pendidikan Literasi Fungsian (PLF)

Pengenalan
Pada tahun 1961, Bahagian Kemajuan Masyarakat telah menubuhkan Kelas Dewasa di
kawasan pinggir bandar dan luar bandar yang bertujuan untuk membasmi buta huruf di
Semenanjung Malaysia. Menjelang 1970,kegiatan ini telah memberi tumpuan khusus di
Sabah dan Sarawak yang mempunyai kadar buta huruf yang tinggi. Lanjutan daripada Kelas
Dewasa ini, Rancangan Pedoman Tugasan diwujudkan dengan matlamat yang sama untuk
membasmi buta huruf melalui konsep 3M (membaca, menulis dan mengira).
Pada masa ini, Pendidikan Literasi Fungsian merupakan lanjutan daripada Rancangan
Pedoman Tugasan. Ia merupakan satu aktiviti pendidikan non-formal yang memberi peluang
kepada orang dewasa, belia-beliawanis dan remaja yang tercicir daripada pendidikan formal
mendapatkan bimbingan asas 3M.

Kelas Dewasa
Penubuhan Kelas Dewasa melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 Fokus utamanya
"PEMBASMIAN BUTA HURUF"

Program Hari Kenal Huruf


Sedunia

Bersama kumpulan sasar


Kelas Dewasa

Sambutan Kempen Bulan


Bahasa Kebangsaan

Penyampaian Sijil Pelajar


Dewasa di Lahad Datu,
Sabah

Penyelia bersama pelajar


Kelas Dewasa

Data Kelas Literasi Fungsian Tahun 2009 Hingga 2013


TAHUN

KELAS

PEMAJU MASYARAKAT

2009

279

2010

PESERTA
LELAKI

PEREMPUAN

JUMLAH

107

1247

9390

10637

304

107

490

3941

4431

2011

304

107

514

4070

4584

2012

280

95

409

4278

4687

2013

182

103

263

2835

3098

JUMLAH

2923

24514

27437

Kelas PLF
1.

Kawasan - Pinggir bandar dan luar bandar, Sabah dan Sarawak

2.

Guru - Pemaju Masyarakat KEMAS

3.

Tempoh belajar - 1-3 tahun (3 jam sehari 2 kali seminggu)

4.

Pembelajaran - 3M dan bimbingan peningkatan ekonomi keluarga

5.

Objektif :
i.

Membasmi buta huruf di kalangan orang dewasa iaitu belia/beliawanis yang


berumur 15 tahun ke atas

ii.

Memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang boleh diamalkan secara


berterusan dalam kehidupan harian

iii.

Menghidupkan semangat perpaduan dan cintakan Bangsa, Agama dan


Negara. Memberi bimbingan dan galakan supaya masyarakat dapat hidup berdikari

Skop Pembelajaran
Skop pembelajaran bagi kelas PLF ialah memberi kemahiran 3M iaitu menulis, membaca
dan mengira yang merangkumi aspek:
1.

Kekeluargaan

2.

Kesihatan

3.

Ekonomi/Tambah Pendapatan

4.

Kesedaran Sivik

5.

(dan bimbingan peningkatan kualiti hidup untuk diamalkan dalam kehidupan


seharian)

Latihan Keusahawanan
Pengenalan
Pendidikan Kemahiran dahulu disebut Kelas Latih Kerja (1971) adalah satu aktiviti
pendidikan non-formal. Aktiviti ini bertujuan memberi kemahiran dalam pelbagai jurusan

secara non-formal khususnya kepada masyarakat luar bandar untuk meningkatkan kualiti
hidup dan memupuk budaya niaga.
Antara kemahiran yang diajar adalah seperti :
1.

Kraftangan buluh/tanduk

2.

Pertukangan labu tanah

3.

Anyaman pandan dan mengkuang

4.

Tenunan

5.

Jahitan

6.

Sulaman

7.

Tekat

8.

Kaitan

9.

Masakan

Objektif
1.

Memberi bimbingan dan kemahiran asas untuk membolehkan peserta-peserta


memperluaskan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan mereka dalam jurusan
tertentu

2.

Menggalakkan masyarakat berdikari dengan memanfaatkan kemahiran yang


diperolehi untuk keluarga sendiri di samping menjimatkan perbelanjaan.

3.

Memberi peluang kepada peserta-peserta mendapat pekerjaan di bengkel-bengkel


dan kilang-kilang.

4.

Menggalakkan peserta-peserta menjalankan perniagaan dengan menggunakan


kemahiran yang telah diperolehi untuk membuka bengkel-bengkel jahitan, kraftangan
dan lain-lain secara perseorangan atau berkumpulan bagi tujuan menambahkan
pendapatan mereka.
Jawatankuasa

1.

Membantu menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk peserta dan penduduk


setempat.

2.

Membuat promosi bersama-sama Pemaju Masyarakat dalam menarik lebih ramai


peserta ke kelas PK
Masyarakat

Pemaju Masyarakat
1.

2.

Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran adalah terdiri dari kalangan mereka yang
mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 dan tahap 2 yang berkaitan.

Penglibatan Masyarakat
1.

Setiap kumpulan dikehendaki membentuk ahli jawatankuasa seramai 5 atau 7 orang


yang terpilih dari kalangan masyarakat tempatan.

2.

Mesyuarat Jawatankuasa kumpulan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua


bulan sekali di mana Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran menjadi setiausaha
manakala pengerusinya dipilih dari kalangan masyarakat.
Pelaksana Aktiviti

Konsep
1.

Menyediakan latihan kemahiran dalam satu-satu jurusan kemahiran supaya


masyarakat dapat menggunakan kemahiran tersebut untuk berdikari disamping
memupuk budaya niaga.

2.

Bengkel merupakan satu tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti Pendidikan


Kemahiran secara teori dan amali dan terdapat tempat telah sedia ada alat-alat
mengajar yang cukup dan perjalanannya merupakan "separacommercial".

Pelaksanaan
1.

Pendidikan Kemahiran dijalankan dengan memberi bimbingan teori dan amali.

2.

Bilangan peserta dalam bengkel ialah 15 orang sekurang-kurangnya

3.

Tempat aktiviti dijalankan ditentukan oleh masyarakat seperti di Balairaya, Dewan


Orang ramai atau Bengkel Khas.

4.

Disamping memberi bimbingan, peserta yang mahir digalakkan menjalankan


perniagaan.

5.

Peralatan bengkel seperti perabut dan mesin jahit disediakan olah KEMAS

Aktiviti-aktiviti mengikut jurusan ini dijalankan berasaskan kepada pembelajaran :


1.

Teras

2.

Keusahawanan

3.

Ko-kurikulum

4.

Pembangunan Insan

5.

Kesihatan

6.

Kekeluargaan

7.

Kesedaran Sivik

8.

Kerohanian