You are on page 1of 3

PERSPEKTIF ISLAM DAN ILMUAN ISLAM KONTEMPORARI

TERHADAP GENETIK MODIFIKASI


Allah adalah pencipta teragung dan Dia berkuasa menciptakan apa juga yang
dikehendakiNya. Antara ciptaanNya yang terunggul adalah penciptaan manusia. Allah telah
menciptakan langit dan bumi dan apa yang diantaranya adalah untuk kemaslahatan manusia.
Sehubungan dengan itu, Allah telah melantik manusia untuk menjadi khalifah yang
bermaksud wakil Allah. Antara tanggungjawab khalifah adalah untuk memakmurkan bumi
mengikut acuan Allah. Maka Allah telah memberikan panduan unggul iaitu wahyu dan
sunnah.
Pada zaman ini, kehidupan manusia telah menjadi lebih baik jika dibandingkan sejak 1000
tahun yang lalu hasil daripada perkembangan sains dan teknologi. Namun begitu, wujud
pelbagai isu berkaitan dengan perkembangan tersebut. Isu tersebut adalah Genetic
Modification Organism(GMO) atau Modifikasi Genetik Organisme. Menurut Jeffry M.
Smith, Pengarah Eksekutif kepada Institut Responsible Change, GMO adalah hasil daripada
proses makmal apabila gen DNA daripada salah satu spesis diekstrak dan dimasukkan ke
dalam gen tumbuhan atau binatang yang tidak berkaitan secara tidak semula jadi. Gen anjing
dimanipulasikan dengan memasukkan virus supaya antibodi anjing tersebut menjadi lebih
kuat adalah salah satu contoh GMO. Islam menentang apa jua bentuk kezaliman dan
mencegah umatnya memakan atau menggunakan yang memberi mudarat kepada mereka. Al
Quran Karim merakamkan hal ini dengan menegaskan umat manusia untuk memakan yang
halal lagi baik atau tayyib dalam bahasa arab.
Di dalam quran, ada ayat yang melarang manusia untuk mengubah ciptaan Allah. Namun
begitu, ianya dibenarkan jika dilakukan demi kemaslahatan umat manusia. Oleh hal yang
demikian, majority ulama berpendapat GMO adalah dibenarkan. Antaranya ialah:
1. Islamic Jurisprudence Council (IJC) memberi kenyataan bahawa tanaman makanan
yang diterbitkan hasil daripada GMO adalah halal. Ia hanya menjadi haram apabila
proses GMO mengandungi bahan yang diharamkan dalam Islam seperti DNA babi.
2. Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) bersetuju dengan Islamic
Jurisprudence Council (IJC). IFANCA adalah organisasi yang bertanggungjawab
untuk mengeluarkan sijil halal untuk warga Eropah. Sijil IFANCA diiktiraf oleh

Majelis Ulama Indonesia (M.U.I.), Majlis Ugama Islam Singapura (M.U.I.S.),


Muslim World League, Saudi Arabia, Kerajaan Malaysia.
3. Fakulti Tamadun Islam, dalam bukunya Sains, Islam dan Teknologi menyatakan
bioteknologi adalah dibenarkan oleh Islam dengan syarat ianya memberikan
manafaat. GMO juga merupakan intipati bioteknologi. Penulis buku juga memberikan
penjelasan dengan memberi contoh iaitu semaian benih merupakan punca dan yang
menjadikan punca berkesan adalah dengan izin Allah. Hal ini berkait dengan GMO
makanan

http://www.cagreens.org/platform/gmos-cloning
https://www.geneticliteracyproject.org/2013/11/26/debating-genetically-modified-food-anislamic-perspective/
http://gmo-journal.com/2009/07/28/gm-foods-the-islamic-perspective/
http://www.agbioworld.org/biotech-info/religion/halal.html
http://www.nongmoproject.org/learn-more/
http://seedsofdeception.com/what-is-gmo/
http://seedsofdeception.com/about-jeffrey/
Ramli Awang, Nurazmallail Marni, Sayed Mahussain Sayed Ahmad Al-Idrus, Nasrul Hisyam
Nor Muhammad, Abdul Hafiz Abdullah. 2016. Sains, Teknologi dan Manusia. Penerbit:
Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia

You might also like