You are on page 1of 32

(AJ21003)

EMPAYAR UTHMANIYYAH DAN ASIA BARAT


MODEN HINGGA PERANG DUNIA KEDUA
NAMA PENSYARAH: EN. MOHD SHAUKHI MD. RADZI
AHLI KUMPULAN:
1. RUDY BIN JOHNNY
2. AG MOHD RIDHWAN BIN DAUD

SOALAN 2
SIRI PERANG SALIB: FAKTOR, KESAN
DAN KERELEVENAN PERANG SALIB
TERHADAP SITUASI KONFLIK DI
RANTAU ASIA BARAT MASA KINI.

PENGENALAN

Perang salib berlaku dalam beberapa siri peperangan yang


berlanjutan selama dua abad lamanya. Bermula dengan
perang salib I sehingga perang salib IX iaitu dari tahun
1095 sehingga 1291. Perang salib ini tercetus antara umat
Kristian di Eropah dan Umat Islam. Perang Salib ini juga
merupakan konflik terbesar antara umat Islam yang tengah
berkuasa di sebahagian Eropah, Afrika Utara dan Asia,
melawan Kristian yang baru bangkit dan berusaha merebut
kota Jerusalem.
Perang salib adalah penyerangan dari ketaksuban Kristian
yang diperintahkan oleh Paus bagi tujuan untuk merebut
kota Jerussalem dari tangan kaum Islam. Selain itu, perang
ini yang disebabkan oleh beberapa faktor lain iaitu faktor
agama, politik, sosial-ekonomi. Peristiwa ini merosakkan
hubungan antara dunia Timur dan dunia Barat khususnya
antara agama Islam dan Kristian. Di Ambang yang tercetus
selama dua abad lamanya telah mengorbankan banyak
nyawa mahupun harta dan budaya. Selain itu, masih
banyak lagi kesan dari perang salib ini yang akan

FAKTOR-FAKTOR TERCETUSNYA
PERANG SALIB
Faktor Agama
Pemerintahan Bani Saljuk yang wilayah kekuasaannya meliputi
Jerusalem mengetatkan peraturan ziarah bagi orang Kristian ke
Bait al-Maqdis. Lalu lintas ziarah mereka terbantut. Kemerdekaan
mereka untuk berziarah menjadi hilang. Oleh kerana itu, mereka
bergerak untuk merebut kembali kebebasan mereka dan
menguasai Jerusalem yang dianggap sebagai holy land dari
kekuasaan umat Islam.
Di samping itu, Perang Salib merupakan ekspedisi yang
menakjubkan sebagai akibat tidak langsung dari proses
kebangkitan semangat keagamaan yang melanda Eropah pada
abad X-XI M. Dengan demikian, Perang Salib merupakan salah satu
usaha membela kepercayaan Kristian, meski tidak dijumpai dalam
kitab suci mereka (Bible / Injil) suatu perintah sebagai justifikasi
dan legitimasi pelaksanaan Perang Salib.

Pada abad pertengahan, gereja mempunyai peranan dan


pengaruh yang besar terhadap masyarakat di Eropah. Pihak
gereja menyatakan bahawa siapa saja yang melanggar
peraturan yang ditetapkan oleh gereja, maka akan mendapat
hukuman. Pada hal masyarakat pada waktu itu banyak yang
berbuat kesalahan dan mengerjakan perbuatan yang dilarang
oleh gereja. Untuk mensucikan diri dan bertaubat dari
kesalahan tersebut, manusia harus banyak berbuat baik dan
berbakti menurut ajaran agama (Kristian), dengan berziarah
ke Bait al-Maqdis di Jerussalem, berpuasa dan mengerjakan
kebaikan lain. Mereka yakin bahawa apabila berziarah ke
tanah suci saja mendapat pahala yang besar dan dapat
menebus dosa, maka sudah tentu melepaskan dan
memerdekakan Jerussalem dari kekuasaan Islam, adalah jauh
lebih besar pahalanya
Ketika idealisme keagamaan mula tercetus, para pemimpin
politik Kristian berfikir keuntungan yang dapat diambil dari
konsep mengenai Perang Salib, dan untuk memperoleh
kembali keleluasaannya berziarah ke tanah suci Jerussalem.
Pada tahun 1095 M, Pope Urban II berseru kepada umat
Kristian di Eropah supaya melakukan perang suci. Seruan

Faktor Politik
Menurut Philip K. Hitti, konflik Timur-Barat merupakan
konflik yang terpanjang dalam sejarah. Antara Timur dan
Barat telah beberapa kali terjadi kenalan-konfrontatif,
misalnya ketika terjadi perang antara Trujah dan Parsi pada
zaman purba. Konflik tersebut berlangsung hingga zaman
pertengahan dalam bentuk konflik dua peradaban Besar,
bahkan hingga zaman moden ini iaitu konflik antara Barat
dan Timur yang oleh sebahagaian pemerhati dipandang
sebagai perwakilan dari konflik Islam-Kristian.
Memasuki abad pertengahan, ketika umat Kristian melihat
wilayah mereka terancam oleh pengembangan Islam,
bahkan Constantinople terancam dari serangan Bani Saljuk,
sebab wilayah di sekitar Asia kecil telah dikuasai oleh
mereka. Dalam keadaan seperti ini empayar Byzantine
menyatukan sokongan segenap umat Kristian di daratan
Eropah untuk mempertahankan empayarnya.

Di samping itu, peristiwa kekalahan pasukan Armanus,


Raja Rom, dari pasukan Bani Saljuk di bahawa pimpinan
Alp Arselan (355-465 H / 1063-1072 M) yang
mengakibatkan Manzikart jatuh ke tangan kaum
muslimin (464 H / 1071 M), menjadi suatu trauma politik
yang harus segera dibalas. Dalam pada itu, muncul citacita di kalangan Kristian Eropah untuk mendirikan
kerajaan al-Masih di seluruh wilayah Timur dan
menjadikan Timur sebagai zon Kristian.
Di sisi lain, tradisi mengembara dan bakat ketenteraan
suku Teutonia yang telah mengubah arah sejarah
Eropah sejak pemusnahan gereja Sepulchre (gereja
tempat di kuburnya Isa) yang dilakukan oleh Khalifah alHakim dari Fathimiyah (386-411 H / 996-1020 M) pada
tahun 1009 . Jadi, dalam hal ini tampak adanya dendam
politik dari pihak Kristian-Eropah terhadap Islam.

Faktor Sosial - Ekonomi


Para peniaga besar yang berada di bandar Venezia, Genoa, dan Pisa,
bercita-cita untuk menguasai sejumlah kota-kota dagang di sepanjang
pantai timur dan selatan Laut Tengah untuk memperluaskan rangkaian
perdagangan mereka. Untuk itu, mereka rela menanggung sebahagian
dana peperangan dengan maksud menjadikan kawasan tersebut
sebagai pusat perdagangan, apabila pihak Kristian Eropah memperoleh
kemenangan. Hal itu dimungkinkan kerana jalur Eropah akan
bersambung dengan laluan perdagangan di Timur melalui jalur
strategik tersebut. Demikian pula para pengembara dari kesatria
Kristian, merasa puas dengan harta rampasan atau ufti dari negeri
taklukan.
Susun lapis sosial masyrakat Eropah masyarakat terbahagi ke dalam
tiga kelas, iaitu kaum gereja, bangsawan dan rakyat jelata serta hamba.
Rakyat jelata dan hamba ini merupakan kumpulan majoriti. Kehidupan
mereka sangat hina dan tertindas. Oleh kerana itu seruan kerahan oleh
pihak gereja untuk mengambil bahagian dalam perang suci dengan
serta merta akan mendapat kebebasan dan kesejahteraan yang lebih
baik disambut secara spontan, dan jaminan spiritual bahawa
memerangi musuh adalah suatu hal yang terhormat dan mulia, mereka
diampuni dosa-dosanya sehingga apabila mati dalam peperangan
adalah 'pahlawan agama, dan secara langsung masuk syurga.

KESAN PERANG SALIB


KESAN PERANG SALIB KEPADA UMAT ISLAM
1. Proses Asimilasi Dengan Masyarakat Tempatan
2. Ekonomi
3. Perpaduan dan Penyatuan Umat Islam (Politik)
4. Lahirnya Tokoh-tokoh Islam
. KESAN PERANG SALIB TERHADAP BARAT
1. Mendapat Maklumat Tentang Negara Islam
2. Perdagangan
3. Perkembangan Ilmu Pengetahuan
4. Kesan Sosial dan Politik
5. Kesan Ekonomi
6. Bidang Agama
7. Pengetahuan Geografi

KESAN PERANG SALIB KEPADA UMAT ISLAM


Proses Asimilasi Dengan Masyarakat Tempatan
Orang-orang Eropah yang menetap di koloni-koloni itu
tidak begitu menyumbang kepada cara kehidupan
masyarakat Islam. Kesan-kesan sosial adalah tidak
mendalam. Dari segi kebudayaan dan tahap
pencapaian intelektual, mereka masih wujud dalam
keadaan mundur berbanding dengan orang tempatan.
Sebaliknya, orang-orang Latin lebih tertarik kepada
cara kehidupan masyarakat Islam seperti aspek-aspek
pakaian, makanan dan perumahan. Proses asimilasi
tidak berlaku secara meluas kecuali segolongan kecil
yang berkahwin dengan orang-orang Muslim dan
melahirkan segolongan yang dikenali poulains atau
orang kacukan.

KESAN PERANG SALIB KEPADA UMAT ISLAM


Ekonomi
Dari segi kesan ekonomi peperangan Salib
mempergiatkan perdagangan di Syria.
Pelabuhan-pelabuhan seperti Tyre, Acre,
Askalon dan Gaza menjadi pusat kegiatan
komersial dimana golongan saudagar Muslim
berdagang dengan pedagang-pedagang
Venice, Genoa, Pisa. Pada hal itu, diketahui
bahawa penglibatan Venice dalam Perang Salib
terdorong oleh motif hendak monopolikan
perdagangan Syria, Mesir, Constantinople dan
Laut Hitam.

KESAN PERANG SALIB KEPADA UMAT ISLAM


Perpaduan dan Penyatuan Umat Islam (Politik)
Di peringkat permulaan Perang Salib, negara-negara Islam di Syria
dan Asia Kecil tidak bersatu; pada waktu itu terdapat kerajaankerajaan kecil yang diperintah oleh Atabeg. Keadaan ini berlaku
sewaktu pemerintahan Abbasiyah di Baghdad mengalami zaman
keruntuhannya. Pada akhir abad ke-11M kerajaan Fatimiyyah di Mesir
juga sedang mengalami keruntuhan. Pada waktu itulah tentera Salib
datang menyerang dan berjaya menawan Baitul Maqdis. Mereka
seterusnya mendirikan wilayah-wilayah kecil di sekitar Syria dan
utara Iraq bagi menggantikan pemerintahan Islam. Kejayaan mereka
disebabkan perpecahan yang berlaku antara negara-negara Islam
iaitu Mesir, Iraq dan Syria.
Maruah umat Islam dapat dikembalikan dengan kemunculan tokohtokoh seperti Imad al-Din Zanki, Nur al-Din Mahmud dan setelah itu
Salahuddin al-Ayyubi. Salahuddin bukah sahaja dapat mendirikan
sebuah kerajaan baru Islam yang kuat di Mesir, iaitu kerajaan
Ayyubiyah, tetapi juga berjaya merampas semula Baitul Maqdis
daripada tangan tentera Kristian berikutan kemenangan tenteranya
di Hittin

Dengan kemunculan kerajaan Mamluk (Mamalik)di Mesir telah


menyelamatkan umat Islam daripada diancam tentera Mongol
selepas memenangi dalam perang di Ain Jalut. Pada masa yang sama
kerajaan Mamluk berjaya menyingkir tentera Salib dari bumi orang
Islam. Ini bererti dengan adanya cabaran tentera Salib menyebabkan
umat Islam cepat sedar dan segera bersatu. Kesan politik yang positif
daripada Perang Salib juga dapat dilihat dari sudut melemahkan
kerajaan Byzantine. Kerajaan Byzantine merupakan benteng
pertahanan yang kukuh bagi tentera Kristian sejak berabad-abad
lamanya.
Kerajaan Byzantine berakhir pada abad ke-15 M. Kesan Tamadun di
Barat Sejarah telah membuktikan bahawa Eropah Barat pada zaman
pertengahan hingga abad ke-11 M masih dalam kemunduran. Pada
masa yang sama orang-orang Islam di timur dan Sepanyol hidup
dalam keadaan makmur dan bertamadun. Dengan tercetusnya
Perang Salib menyebabkan keadaan di Eropah Barat berubah dan
menjadi lebih makmur dan maju. Antara sebab-sebab berlakunya
kesedaran dan kemakmuran di Eropah Barat pada abad ke-12 adalah
kerana tercetusnya Perang Salib. Pada peringkat awal peperangan
Salib, dunia Islam wujud dalam keadaan perpecahan dengan
munculnya beberapa buah kerajaan kecil Islam. Kerajaan Abbasiyah
yang dikuasai oleh Turki tidak berkemampuan menentang tentera

KESAN PERANG SALIB KEPADA UMAT ISLAM


Lahirnya Tokoh-tokoh Islam
Antara pemimpin yang berjaya membendung dan
menghapuskan musuh-musuh mereka ialah Zanki,
Nur al-Din, Saladin, dan Baybars. Pada 1143 Zanji
merampas balik kawasan Edessa. Nur al-Din,
anaknya, menakluki Damancus dan menduduki
seluruh Syria kecuali Antioch, Salah al-Din
menakluki Jerusalem pada 1187 TM dan berjaya
menyatukan dunia Islam dari Sungai Nil hingga
Sungai Tigris. Baybars pemerintah kerajaan
Mamluk menghapuskan kuasa dan pengaruh
tentera Salib di Syria pada tahun 1250 TM.

KESAN PERANG SALIB TERHADAP


BARAT
Mendapat Maklumat Tentang Negara Islam
Mereka telah bertukar-tukar hadiah dan pemberian bagi menjalin
hubungan diplomatik menerusi perwakilan masing-masing. Atau
menerusi kunjungan orang-orang beragama Kristian ke Baitul Maqdis
bagi mengerjakan ibadat; mereka tidak dibenarkan bergerak secara
bebas di negara-negara Islam.
Mereka bergerak bebas di kawasan perairan di sebelah timur. Pada
masa ini jugalah mereka berpeluang menyaksikan kedudukan
masyarakat dan rumah-rumah orang Islam dengan dekat. Setelah itu
ilmu dan pengalaman yang diperoleh itu dibawa diceritakan kepada
rakan-rakan mereka yang kembali ke Eropah. Dengan cara Ini
pengetahuan mereka tentang orang Islam menjadi semakin nyata
dan jelas. Pengetahuan ini telah membuka jalan kepada mereka
untuk menjajah negara-negara Islam, bermula dari Sepanyol, setelah
itu Asia Barat, dan akhirnya ke sebelah timur hingga ke Nusantara.

KESAN PERANG SALIB TERHADAP


BARAT
Perdagangan
Para pedagang Eropah telah mengadakan aktiviti perdagangan antara negaranegara Islam di timur dengan negara Eropah di barat. Mereka telah mendirikan
pusat-pusat perdagangan tetap di beberapa kawasan seperti Acre (Akka), Saida
(Sidon), Ladhikiyah, dan lain-lain. Dari pusat-pusat perdagangan ini mereka
mengeksport barangan dari timur dan dibawa ke Eropah. Barangan tersebut
seperti kain tenunan daripada kapas, kain sutera, pinggan mangkuk, batu-batu
permata dan biji-bijian yang diimport dari India dan Sri Lanka. Barangan seperti
gading, permaidani, ubat-ubatan, rempah, bau-bauan diimport dari Asia Barat.
Barang-barang tersebut dibawa melalui pelabuhan Damsyik setelah itu dibawa
ke pelabuhan-pelabuhan di selatan Syria dan dari sana terus dibawa ke Eropah.
Pada mulanya aktiviti perdagangan banyak tertumpu ke kawasan Syria oleh
sebab penguasaan tentera Salib di situ. Tetapi menjelang abad ke 13M, oleh
sebab serangan tentera Mongol ke atas wilayah itu menyebabkan aktiviti
perdagangan beralih ke kawasan Laut Merah, iaitu di Dimyat dan Iskandariah di
Mesir. Pemerintahan Mamluk Mesir sangat mengalu-alukan penyertaan para
pedagang luar kerana ia boleh memberikan keuntungan yang besar kepada
kerajaan Mesir. Dengan terjalinnya hubungan perdagangan dengan negaranegara Eropah ini menyebabkan kerajaan Mamluk menjadi makmur dan kaya
raya.

KESAN PERANG SALIB TERHADAP


BARAT
Perkembangan Ilmu Pengetahuan
Sepertimana biasa perkembangan ilmu pengetahuan memerlukan keadaan
dan suasana tenang dan aman. Oleh sebab keadaan di Syria dan Mesir
dalam tempoh Perang Salib dari abad ke-11M hingga ke-13M sentiasa
dalam keadaan peperangan maka tidaklah berlaku perkembangan ilmu
pengetahuan secara meluas di situ. Akan tetapi keadaannya berbeza di
Sepanyol dan Sicily. Ketika Syria dan Mesir diserang oleh tentera Salib, di
Sepanyol (Andalus) dan Sicily berlaku kegiatan ilmiah seperti penulisan
dan terjemahan. Namun begitu, masih terdapat juga hubungan intelektual
antara orang Kristian dengan Islam di negeri Syria.
Di samping itu, mereka turut terpengaruh dengan cara hidup orang Islam
seperti jenis makanan. Beberapa jenis tumbuhan dan tanaman yang
terdapat di kawasan Laut Mediterranean seperti padi, limau, tembikai,
bawang putih dan tebu telah dibawa dan ditanam di Eropah. Begitu juga
barang-barang perubatan seperti akar kayu, rempah, gam yang diimport
dari negeri-negeri timur dibawa ke Barat. Mereka tertarik juga dengan
kolam-kolam air yang dibina di Syria. Akhirnya mereka membawa pulang
idea pembinaan kolam renang dan cara-cara menggunakannya

KESAN PERANG SALIB TERHADAP


BARAT
Kesan Sosial dan Politik
Perang Salib juga telah mengubah masyarakat Eropah daripada dikongkong oleh
gereja kepada kelahiran golongan feudal dan saudagar. Golongan feudal berusaha
meluaskan kawasan tanah dan wilayah kekuasaan mereka. Golongan saudagar pula
berlumba-lumba mencari barang-barang perdagangan dan pasaran serta membuat
berbagai-bagai urusan dan perjanjian perdagangan dengan negara-negara luar
termasuk negara-negara Islam. Kedua-dua golongan di atas sentiasa mencari
peluang dan kepentingan diri mereka sendiri. Hal ini sudah tentu boleh
melemahkan tentera Salib. Pada waktu itu juga pengaruh gereja mula merosot.
Institusi gereja dan ajaran agama Kristian sering dicabar. Sebelum Perang Salib
berlaku, masyarakat Eropah Barat telah dikongkong oleh golongan feudal yang
maha tuan-tuan tanah telah berkuasa danbermaharajalela ke atas kaum tani.
Mereka dipaksa mengerjakan tanah pertanian untuk kepentingan tuan-tuan tanah
yang terdiri daripada kaum pemerintah dan bangsawan. Akan tetapi setelah
berlakunya Perang Salib menyebabkan sistem feudalisme itu tergugat kerana
setiap rakyat Eropah tidak kira kaya atau miskin terpaksa menyertai peperangan.
Pihak tuan-tuan tanah tidak berupaya menyekat para petani daripada menyertai
peperangan demi mempertahankan maruah gereja dan agama Kristian. Oleh itu
pemilik-pemilik ladang menghadapi masalah kekurangan pekerja.

Keadaan ini secara beransur-ansur telah melenyapkan sistem


feudalisme di Eropah. Sistem feudalisme juga melibatkan politik
dan pentadbiran. Dengan adanya sistem ini secara tidak langiung
melemahkan sistem pemerintahan pusat kerana setiap pembesar
wilayah yang sekaligus menjadi ketua golongan feudal mempunyai
kuasa dan tentera sendiri. Mereka ini bebas menentukan raja yang
hendak dipilih. Ertinya raja yang dipilih itu pula boleh dilucutkan
bila-bila masa sahaja oleh golongan feudal. Dengan tercetusnya
Perang Salib keadaan ini telah bertukar dengan kuasa raja dan
kerajaan pusat menjadi lebih berkuasa. Malah golongan feudal
dipaksa memberi sumbangan bagi mempertahankan maruah
agama dan bangsa. Ramai dikalangan mereka telah tampil ke
hadapan untuk rnemberikan sumbangan harta benda, wang dan
juga tenaga. Jika sebelum ini tentangan mereka ditujukan pada
raja, tetapi dalam Perang Salib tentangan itu dihalakan pada orang
Islam. Malah ada di kalangan mereka terpaksa berhutang dan
bergadai bagi membiayai Perang Salib. Keadaan ini sudah tentu
boleh melemahkan pengaruh golongan feudal. Di samping itu,
timbul pula persaingan di kalangan raja-raja di Eropah.

KESAN PERANG SALIB TERHADAP


BARAT
Kesan Ekonomi
Selain kesan sosial dan politik terdapat juga kesan ekonomi ke atas
masyarakat Eropah akibat Perang Salib. Bagi mengendalikan peperangan
ini memerlukan tenaga dan wang yang banyak. Untuk mendapatkan wang
tersebut ramai antara mereka terpaksa menjual dan menggadai harta.
Peluang ini telah diambil ke-sempatan oleh orang-orang Yahudi untuk
membeli harta benda tersebut. Kaum Yahudi merupakan kaum yang paling
aktif dalam bidang ekonomi di Eropah. Hasil pembelian harta benda
tersebut mereka menjadi kaya-raya. Kesempatan ini juga digunakan oleh
mereka bagi menambah kekayaan dengan cara memberi pinjaman dan
mengenakan bunga yang tinggi. Justeru itu mereka dibenci oleh puak
Kristian, lantas mereka diseksa pada masa Perang Salib. Kesan Perang
Salib juga menyebabkan munculnya sistem cukai dalam bentuk barn bagi
menggantikan sistem lama yangdiamalkan oleh golongan feudal. Louis VII
orang yang mula-mula memperkenalkan sistem cukai baru ini. Tujuannya
bagi mengumpulkan wang sebanyak mungkin bagi menanggung beban
peperangan dalam serangan tentera Salib Peringkat Kedua.

Kesan Perang Salib dan hubungan antara Barat dan Timur juga
telah me-makmurkan beberapa kota atau bandar di Eropah
seperti Venice, Barcelona, Marseilles, Narobonne dan lain-lain.
Sektor pertanian pula telah beralih ke sektor perdagangan
dengan kemunculan tokoh-tokoh perniagaan. Dengan kemajuan
yang dicapai oleh pusat-pusat perniagaan di bandar-bandar
pantai selatan Eropah telah menjadi ikutan oleh bandar-bandar
lain di Eropah. Setiap bandar itu menjadi sebuah unit politik dan
ekonomi yang bebas. Kesan Perang Salib ini juga telah membawa
kepada perkembangan pembinaan jalan perdagangan,
pembinaan jalan raya, pasar membeli-belah serta penggunaan
lebih banyak kapal dan pengangkutan laut sama ada bagi tujuan
perdagangan atau lainnya. Justeru itu memerlukan lebih banyak
syarikat perkapalan bagi mengendalikan pelayaran antara
negara-negara Eropah dengan negara-negara di sebelah timur.

KESAN PERANG SALIB TERHADAP


BARAT
Bidang Agama
Golongan Paus merupakan penaja Perang Salib dan mereka telah
terlibat dalam peperangan itu dari awal sehingga akhir. Kemunculan
Paus bukan sahaja untuk membela agama Kristian tetapi juga
bertujuan memperluaskan kuasa gereja dan kepentingan mereka
sendiri. Hal ini tidak disenangi oleh pihak istana yang diwakili oleh
Maharaja Byzantine. Justeru itu telah menimbulkan perebutan kuasa
dan pengaruh antara golongan Paus yang mewakili golongan agama
dengan keluarga istana yang mewakili golongan politik dan
pemerintah. Atau dengan kata lain, persaingan kuasa antara golongan
agama dengan golongan sekular. Pihak gereja telah menggunakan
segala pengaruhnya untuk mendapatkan sokongan orang ramai. Bagi
menjayakan perang suci ini sudah tentu memerlukan pengorbanan
harta benda dan tenaga. Antara cara yang digunakan oleh gereja
untuk mendapatkan wang yang banyak adalah dengan mengeluarkan
arahan supaya setiap orang memberikan sumbangan.

Pada akhir abad ke-12 M pihak gereja telah mencipta suatu undang-undang baru, iaitu
sesiapa yang tidak mampu pergi berperang mereka boleh. membayar wang dengan
kadar yang telah ditentukan. Sesiapa yang berbuat demikian akan diampunkan dosanya
dan taramya samalah seperti orang yang pergi berperang. Bagi tujuan ini pihak gereja
telah menyediakan sejenis borang yang dinamakan 'Borang Pengampunan'
(Indulgences, Arab: Sukuk al-Ghufran). Borang-borang ini dijual pada orang ramai.
Justeru itu pihak gereja berjaya mengumpulkan wang yang banyak. Keadaan ini sudah
tentu menggugat pengaruh istana. Oleh sebab itulah, maka zaman Perang Salib dikenali
sebagai 'Zaman persaingan antara Paus dengan Maharaja'.
Kesan lain daripada peperangan ini adalah pada permulaan abad ke-13 M, pihak gereja
telah mengubah sikap dan cara menyebarkan agama Kristian daripada cara berperang
kepada cara lemah lembut (diplomasi) dengan menghantar golongan mubaiigh Kristian
ke negara-negara Islam. Perubahan ini berlaku disebabkan mereka menyedari bahawa
langkah awal yang menggunakan kekerasan dan kekuatan tentera tidak mendatangkan
hasil yang diharapkan, malah kerugian nyawa dan harta benda yang banyak yang
terpaksa ditanggung oleh mereka di sepanjang Perang Salib. Bagi tujuan ini pada tahun
1219 M pihak gereja Eropah Barat telah menghantar Pope St. Francis of Assisi ke Mesir
untuk menghadap Sultan al-Malik al-Kamil bagi tujuan menjelaskan kedudukan ajaran
agama Kristian. Setelah itu diikuti oleh beberapa orang lagi paderi ke Mesir dengan
harapan supaya rakyat Mesir menerima ajaran Kristian. Louis IX dari Perancis turut
menyebarkan agama Kristian di kalangan tentera Mongol dengan menghantar paderinya
bernama William of Rudruquis. Pada tahun 1253 M, Louis IX telah mengarahkan
penubuhan sebuah persatuan mubaligh Kristian.
Bagi mengendalikan gerakan mubaligh Kristian yang lebih berkesan memerlukan
pemahaman tentang banyak bahasa yang digunakan oleh golongan sasaran. Oleh itu
pada tahun 1311 M mereka telah mendirikan enam buah institut bahasa untuk mengajar
bahasa-bahasa timur di Eropah.

KESAN PERANG SALIB TERHADAP


BARAT
Pengetahuan Geograf
Sebelum berlakunya Perang Salib mereka tidak begitu mengenali
keadaan kedudukan geografi negeri-negeri Asia Kecil termasuklah
Syria dan Mesir. Akan tetapi dalam tempoh Perang Salib banyak buku
tentang geografi telah ditulis dan mendedah-kan kedudukan geografi
negeri Syria, Mesir dan Iraq yang menjadi sasaran utama mereka,
serta menunjukkan jalan-jalan yang boleh dilalui antara Baitul Maqdis
dengan negeri-negeri Eropah Barat. Apabila sasaran tentera Salib
menjadi semakin luas maka lebih banyak pula negeri yang diketahui
mereka bukan sahaja dari segi lokasi tetapi juga bentuk muka bumi,
gunung-ganang, sungai, cuaca, pemakanan dan sebagainya. Apabila
kegiatan ekonomi clan perdagangan berubah dan bertambah luas di
kawasan Laut Mediterranean dalam tempoh Perang Salib maka kajian
tentang keadaan Laut Mediterranean itu pula dibuat serta peta
tentangnya dilukis dengan terperinci bagi memudahkan urusan
pelayaran.

Hal ini dilaksanakan pada akhir abad ke-13 M. Daripada kegiatan


mubaligh Kristian yang bermula pada abad ke-13 M telah membuka
mata orang Eropah untuk datang ke negeri-negeri sebelah timur.
Misalnya, paderi-paderi dihantar oleh Raja Louis IX kepada kaum dan
Raja Mongol telah menyaksikan negeri-negeri yang dikuasai oleh
tentera Mongol di Asia Tengah. Berdasarkan maklumat yang diperoleh
pada tahun 1271 M, Marco Polo telah memulakan pelayarannya ke
benua Asia melalui Mawsil, Baghdad dan Khurasan hinggalah ke istana
Raja Mongol. Dari sana beliau meneruskan pelayarannya ke negerinegeri sebelah timur sehingga ke India, Burma dan China. Dalam
perjalanan pulang beliau melalui Sumatera, India dan Pars (Parsi) dan
sampai di negerinya Venice pada tahun 1295 M. Dalam tempoh
pelayarannya beliau telah mencatatkan segala yang disaksikannya
dan kemudiannya dibukukan. Walaupun Marco Polo dan rakanrakannya terdiri daripada ahli perniagaan dan bukan ahli agama,
tetapi aktiviti perniagaan dan rancangan memperluaskan aktiviti
tersebut merupakan salah satu sasaran penting gerakan tentera Salib.
Dalam pada itu mereka dapat meneruskan gerakan mubaligh Kristian.

KERELEVANAN PERANG
SALIB TERHADAP SITUASI
KONFLIK DI RANTAU ASIA
BARAT MASA KINI

Kesan daripada Perang salib ini turut membawa


kepada wujudnya sentimen-sentimen keagamaan
yang kuat terhadap umat kristian mahupun umat
Islam. Dengan adanya motif ini, maka membawa
pengaruh besar terhadap hubungan antara
penganut agama Islam dan Kristian dalam waktu
yang panjang (Al-Ghozali, 1987:59). Melihat dari
beberapa gambaran yang ada maka dapat
disimpulkan bahawa, walaupun Perang Salib sudah
berakhir namun pada hakikatnya belum berakhir,
hal ini kerana adanya perkembanganperkembangan selanjutnya, yang walaupun tidak
dalam bentuk yang lain, yang sekaligus merupakan
suatu hubungan yang sukar untuk dipisahkan.

Antara hubungan Perang Salib dengan


gerakan-gerakan yang dimaksudkan ialah:
Hubungan Perang Salib dengan Orientalisme
Orientalisme lahir akibat Perang Salib atau ketika dimulainya pergeseran
politik dan agama antara Islam dan Kristen Barat di Palestina.
Argumentasi mereka mengatakan bahwa permusuhan politik berkecamuk
berawal pada masa pemerintahan Salahuddin dan Nuruddin Zhang dan
berlanjut pada anaknya yaitu Al-Adil, sebagai akibat kekalahan beruntun
yang dilimpahkan pasukan Islam ke pasukan Salib, semua itu memaksa
orang-orang Barat membalas kekalahan. Bertitik tolak dari keterangan
diatas, maka dapat digambarkan bahwa Orientalis (pengetahuan orang
Barat tentang agama, kebudayaan, peradaban, sastra dan bahasa Timur)
sudah lama berkembang di Barat. Hal ini disebabkan karena perhatian
orang-orang Barat terhadap Islam atau soal keTimuran sudah sejak
Perang Salib. Kemudian mengenai kegiatan-kegiatan Orientalisme dalam
studinya terhadap Dunia Timur atau Islam, sebenarnya telah didorong
oleh beberapa motivasi, yaitu; motivasi religius, motivasi imperial,
motivasi politis, dan motivasi ilmiyah.

Antara hubungan Perang Salib dengan


gerakan-gerakan yang dimaksudkan
ialah:
Hubungan Perang Salib dengan Kolonialisme
Kolonialisme Eropa merupakan tantangan politis dan religius, dan
gerakan ini telah menyingkirkan kaum muslimin memerintah di
Dunia Islam yang telah berlangsung sejak jaman Nabi Muhammad.
Bagi banyak orang di Barat, dugaan mengenai kemenangan Kristen
didasarkan pada sejarah yang diromantisiskan untuk merayakan
kepahlawanan pejuang Salib dan kecenderungan untuk
menginterpretasikan sejarah kekuasaan Amerika selama dua abad
lebih, masing-masing agama melihat satu sama lain sebagai
militan agar berbaris dan fanatik. Dengan demikian kolonialisme
adalah merupakan suatu kelanjutan dari Perang Salib, dimana
gerakan-gerakan tersebut sudah merupakan warisan dari kejadian
Perang Salib, dalam artian masih mempunyai hubungan yang sulit
untuk dipisahkan karena Perang Salib itu sendiri merupakan
jembatan bagi kolonialisme untuk menjajah Dunia Islam.

Antara hubungan Perang Salib dengan


gerakan-gerakan yang dimaksudkan
ialah:
Hubungan Perang Salib dengan Kristenisasi
Jika dicermati, semangat salibisme ini sebenarnya
telah ada sebelum terjadinya Perang Salib yang
berkepanjangan. Semangat untuk menyiarkan
agama Kristen diantara bangsa-bangsa yang belum
mengenalnya dipandang sebagai satu kewajiban
bagi umat Kristiani. Memang tidak bisa dipungkiri
bahwa keberhasilan dalam menjalankan misi
memang tidak lepas dari Perang Salib, karena
Perang Salib merupakann awal bangsa Barat dalam
menjalankan misinnya.

Terdapat pelbagai pandangan daripada sarjana mengenai tentang kerelevanan


perang salib terhadap konflik semasa Asia Barat kini. Ada pendapat yang
menyatakan bahawa perang salib adalah kesinambungan dan sebaliknya. Sarjana
yang beranggapan ianya berkesinambungan adalah disebabkan terdapatnya
beberapa persamaan yang berlaku di Rantau Asia Barat kini dengan perang salib
yang berlaku ketika dahulu. Bagi berpendapat yang sebaliknya, mereka ini
menganggap perang yang berlaku tidak bersandarkan agama.
Perang Salib yang berlangsung lebih kurang dua abad membawa akibat yang
sangat relevan bagi perjalanan sejarah Dunia terutamanya terhadap situasi
konflik di rantau asia barat masa kini. Antara kerelevanannya ialah Perang Salib
telah menjadi penghubung bagi bangsa Eropah untuk mengenali Dunia Islam
secara lebih dekat, sehingga menyebabkan kontak hubungan antara Barat dan
Timur semakin dekat dan rapat. Selain daripada itu, kemajuan ilmu pengetahuan
dan tata-kehidupan masyarakat Timur yang maju menjadi daya pendorong
kepada pertumbuhan intelektual bangsa Barat terutamanya Eropah sehingga hal
tersebut mempunyai impak yang sangat besar dalam melahirkan era Renaissance
di Eropah. Selain itu, seperti yang kita ketahui bangsa Barat sebelum tercetusnya
Perang Salib tidak mengenal kemajuan pemikiran bangsa Timur, maka melalui
Perang Salib itu, ia membawa kepada kegiatan penyelidikan. Bangsa Eropah juga
mula mengenal seni dan pengetahuan penting serta berbagai penemuan telah
diperkenalkan di Timur seperti kincir angin, kompas (pelayaran), dan lain-lain.
Akhir sekali, bangsa Barat dapat mengenali sistem industri Timur yang telah maju
pada ketika itu sehingga menyebabkan apabila mereka kembali ke Eropah mereka
lantas menjalankan sistem pemasaran barang-barang hasil produk Timur (Ali,
1997:211).

Perang Salib yang pada awalnya hanya


merupakan suatu reaksi dari Kristian Eropah
Barat, namun lama-kelamaan timbul suatu
keinginan untuk menguasai Dunia Islam.
Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya
cita-cita dari penganut agama Kristian
Eropah ini untuk mendirikan kerajaankerajaan mereka di seluruh daerah Timur.
Untuk merealisasikan cita-cita diatas, maka
jalan satu-satunya yang ditempuh iaitu
menyapu bersih umat Islam dengan citacita yang telah dicanangkan tersebut.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, jelaslah terdapat banyak faktor yang telah mencetuskan siri
Perang Salib berlaku suatu ketika dahulu. Faktor agama memainkan peranan
penting selain beberapa lagi faktor lain seperti faktor politik dan faktor
ekonomi-sosial. Akibatnya pelbagai kesan telah berlaku selepas tercetusnya
siri Perang Salib ini kepada umat Islam dan kepada Barat itu sendiri. Perang
Salib adalah perang yang dimulakan dan dilakukan oleh orang-orang Kristian
terhadap orang Islam yang berlangsung sebanyak lapan periode yang
bermula sejak tahun 1095 sampai dengan 1244 M. Perang Salib terjadi
berlatar belakangkan dengan pelbagai faktor, antara lain adalah disebabkan
adanya konflik lama antara Timur dengan Barat, dalam hal ini berkaitan
hubungan antara orang Islam dengan penganut Kristian. Kedatangan orang
Kristen di Jerusalem yang semakin ghairah dan kadang-kadang mendapat
rintangan dari penduduk tempatan telah menyebabkan semangat perang
internal agama yang pada mulanya menjadi misi dan vidi Perang Salib telah
berubah menjadi semangat perang antara agama. Dalam hal ini semangat
perang orang Kristian disalurkan untuk memerangi orang Islam. Perang Salib
telah mendorong orang Eropah Barat untuk melakukan renaissance di
Eropah, lantas selanjutnya membangunkan dunia Eropah Barat sesuai
dengan apa yang mereka lihat dan pelajari di dunia Islam. Eropah Barat
sebenarnya banyak berhutang budi pada dunia Islam dalam hal peradaban
dan ilmu pengetahuan.

You might also like