http://ipq.uum.edu.

my

EDISI 2014 Bil. 1, Isu 1

Buletin Kualiti
FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

IPQ BERJAYA ANJUR SEMINAR PENGURUSAN
KUALITI ISLAM (I-QAM)

[KUMPULAN INOVATIF &
KREATIF]

MS ISO

AKREDITASI

[MANUAL PROSEDUR
KERJA & FAIL MEJA]

[PELAN STRATEGIK
PENGAJIAN TINGGI
NEGARA]

[SISTEM PENARAFAN
INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI MALAYSIA]

KIK

MPK & FM

PSPTN

SETARA

Taklimat
Swaakreditasi

9001 : 2008

5S
[AMALAN KUALITI &
INOVASI]

RANKING

Bengkel
SETARA

IPQ
UUM

Bengkel
CAPs

SIDANG REDAKSI
PENAUNG
Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM)

“Quality begins on the inside...then works its way out”. [Bob Moawad]

kandungan
3

Kata Aluan Pengarah IPQ

4

Institut Pengurusan Kualiti (IPQ)

5

MS ISO 9001:2008

7

Amalan Kualiti dan Inovasi (5S)

9

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

12

Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail
Meja (FM)

13

Ranking

15

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
(PSPTN)

17

Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi
Malaysia (SETARA)

2

19

Jaminan Kualiti

21

Jalinan Kerjasama Strategik

23

Projek Khas (e-Management)

24

Seminar

26

IPQ Klik

PENASIHAT
Prof. Dr. Hassan Bin Ali
Timb. Naib Canselor (Akademik/Antarabangsa)
KETUA EDITOR
Prof. Madya Dr. Haim Hilman Bin Abdullah
Pengarah Institut Pengurusan Kualiti (IPQ)
EDITOR PENGURUSAN
Zairi Afandi Bin Ishak
Budiman Syuwari Bin Budiman Sobri
Nor Faizah Binti Ahmad @ Mohammed Razikin
Siti Fatimah Binti Saadun
Zahirah Binti Abd Rashid
EDITOR
Dr. Che Azlan Bin Taib
Dr. Mazni Binti Omar
Dr. Ariffin Bin Abdul Mutalib
Dr. Noor Afza Binti Amran
Dr. Noor Hasmini Binti Abd Ghani
PEMBERITA
Imran Bin Ismail
Siti Hajar Binti Mat Isa
Siti Khairunnisa Binti Mohd Nor
Misnadi Binti Mohd Mustaffa
Norzalida Binti Abdul Aziz
Nurhadayah Binti Abdul Rahim
Nursyidah Binti Abd Wahab
Nurul Asyiqin Binti Muhamad Zaini
JURUFOTO
Hairil Azuin Bin Md Akil
Shahrin Azly Bin Muhamad Yusuf
PENERBIT
Institut Pengurusan Kualiti (IPQ)
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tel
: (04) - 928 4651
Fax
: (04) - 928 4660
FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

“How good something is should never be determined by its cost, designer, origin, or its perceived value by others”. [Ashly Lorenzana]

kata aluan
pengarah ipq

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Buletin Kualiti ini berjaya disiapkan.
Buletin ini tidak akan dapat dihasilkan tanpa kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua staf
IPQ.
Institut Pengajian Tinggi (IPT) atau universiti tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran persaingan di
dalam negara dan peringkat global. Selain kualiti akademik, penyelidikan dan penerbitan, universiti turut
perlu memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam semua aspek kerana ia akan memberi impak kepada
pembelajaran dan kepuasan pelajar semasa menuntut pengajian di universiti.
Pada masa kini, IPT menghadapi cabaran baru yang sangat kompetitif seperti globalisasi dan kesan
teknologi, kekurangan peruntukan kewangan, mobiliti pelajar dan tenaga akademik, evolusi dalam
pembelajaran dan pengajaran serta penggunaan teknologi yang maksima.
Membina budaya kualiti dalam sesebuah organisasi memerlukan disiplin yang berterusan daripada
ahli-ahli organisasi. Berbekalkan kesedaran dan aspirasi nyata untuk membawa kecemerlangan
pengurusan ke hadapan, hampir semua IPT berusaha untuk menubuhkan pusat atau unit kualiti di IPT
masing-masing.
Objektif IPQ adalah untuk menjadikan buletin ini sebagai wadah bagi menyampaikan berita dan maklumat
mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh IPQ khususnya perkara-perkara yang berkaitan pengurusan
kualiti, jaminan kualiti, penarafan serta ranking universiti di peringkat kebangsaan, Asia mahupun dunia.
Diharap agar buletin ini akan menjadi rujukan utama warga kampus dalam memahami segala aspek
mengenai kualiti, penarafan dan ranking. Sehubungan dengan itu, IPQ berusaha dengan terus komited
untuk memastikan buletin ini benar-benar berfungsi dan berkualiti.
Akhir kata, IPQ amat mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan mahupun kritikan membina dalam
merealisasikan hasrat Naib Canselor untuk menjadikan Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai universiti
pengurusan terkemuka yang sentiasa memberikan perkhidmatan berkualiti dan terbaik.
PROF MADYA DR. HAIM HILMAN BIN ABDULLAH
Pengarah, Institut Pengurusan Kualiti

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

3

“Coach said, the quality of a man's life is in direct proportion to his commitment to excellence, regardless of his chosen field of endeavor". [Sherman Alexie]

INSTITUT
PENGURUSAN KUALITI

objektif ipq

visi ipq

Menjadi peneraju dalam bidang pengurusan
kualiti, akreditasi dan penarafan.

misi ipq

Memastikan amalan kualiti berterusan dalam
kalangan warga universiti dan luar melalui
perkhidmatan, latihan perundingan, penyelidikan
dan penerbitan dalam bidang pengurusan kualiti.
Memastikan komitmen berterusan warga universiti
dalam merealisasikan agenda akreditasi dan
penarafan.

piagam pelanggan

Institut Pengurusan Kualiti komited dalam
memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan
dan
berkualiti
ke
arah
penambahbaikan
berterusan bagi memenuhi keperluan dan
kepuasan pemegang taruh. Memastikan tadbir
urus dalam aspek amalan kualiti, akreditasi dan
penarafan universiti bersifat kontemporari dan
berdaya saing.

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

4


Menawarkan
perkhidmatan
latihan
dan
perundingan serta pendidikan berterusan dalam
bidang pengurusan kualiti, akreditasi dan
penarafan.
Menjadi pusat rujukan dalam aspek pengurusan
kualiti, akreditasi dan penarafan.
Menjadi pusat perkembangan dan pembangunan
dalam pendidikan pengurusan kualiti, akreditasi
dan penarafan.
Menjalankan penyelidikan, perundingan dan
penerbitan hasil penemuan dalam bidang
pengurusan kualiti, akreditasi dan penarafan.
Menjadikan IPQ sebuah jabatan yang Relevant,
Refered & Respected dalam bidang pengurusan
kualiti, akreditasi dan penarafan.

sejarah penubuhan ipq
1991: Penubuhan
Pusat Pengurusan
Kualiti
(PPQ).
1993: Pusat Pengurusan Kualiti dinaik taraf
kepada Institut Pengurusan Kualiti (IPQ).
2008: Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) diletakkan
di bawah QPAI dan dikenali sebagai Pusat
Pengurusan Kualiti (PPQ).
2011: Pusat Pengurusan Kualiti (PPQ) telah
ditukar semula kepada Institut Pengurusan
Kualiti (IPQ) dan digunakan sehingga ke
hari ini.

MS Iso 9001:2008
UUM & ms iso 9001:2008
UUM telah mendapat pensijilan MS ISO 9002:1994 daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 13
Disember 2001 merangkumi skop peruntukan pengajian tinggi, penyelidikan, perundingan dan penerbitan.

To assess the quality of thoughts of people, don't listen to their words, but watch their actions”. [Amit Kalantri]

Pada tahun 2003, UUM telah berjaya melaksanakan proses peralihan sistem dari MS ISO 9002:1994
kepada MS ISO 9001:2000. Hasil dari pengauditan pihak SIRIM pada 7 hingga 9 Disember 2009, UUM
sekali lagi berjaya memperoleh MS ISO 9001:2008 pada 11 Februari 2010.
Bagi mengekalkan pensijilan, pihak SIRIM QAS telah menjalankan Audit Pensijilan semula ke atas UUM
pada 18 hingga 20 November 2013. Hasil daripada audit tersebut, pihak SIRIM telah memberi pensijilan
semula MS ISO 9001:2008 kepada pihak UUM berkuatkuasa pada 3 April 2014 sehingga 12 Disember
2016.

ISO bermaksud International Organization for Standardization dan bukannya International ataupun bukan
sebuah organisasi kerajaan mahupun Pertubuhan Eropah ataupun Amerika Syarikat (IQCS
CERTIFICATION, 2003).
Peranan dan keperluan pengurusan atasan dalam ISO 9000 adalah menyediakan hala tuju organisasi
yang jelas, komunikasi yang berkesan, mengadakan mesyuarat pengurusan secara berkala, menyemak
sumber, membentuk polisi dan objektif kualiti selaras dengan fokus dan komitmen organisasi.
Piawaian siri ISO 9000:2000 telah diperkembangkan daripada piawaian jaminan kualiti kepada piawaian
pengurusan kualiti yang begitu signifikan dengan jurang antara keperluan-keperluan Sistem Pengurusan
Kualiti (QMS) dan model Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM).
MS ISO 9000 merupakan standard bertulis yang menetap atau menyenaraikan keperluan asas yang perlu
ada dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) sesebuah agensi. Standard SPK MS ISO 9000 memerlukan
agensi-agensi kerajaan bagi mengenal pasti kehendak pelanggan, merancang dan mengawal proses yang
perlu dilaksanakan.
Hal ini bertujuan untuk memenuhi kehendak pelanggan, menyediakan latihan yang sesuai dan secukupnya
bagi anggota yang terlibat dalam SPK. Organisasi perlu menjalankan proses audit ataupun pengauditan
bagi memastikan keberkesanan proses-proses dalam SPK dalam mencapai matlamatnya.
Standard MS ISO 9000 juga merupakan blueprint bagi melaksanakan inovasi dalam tindakan
penambahbaikan dan peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan agensi berkenaan.
Antara perkara yang perlu diberi penekanan dalam MS ISO 9001:2008 adalah:
 Pengwujudan Pengukuran, Penganalisisan dan Penambahbaikan;
 Kepuasan Hati Pelanggan;
 Audit Dalam;
 Pemantauan dan Pengukuran Proses;
 Pemantauan dan Pengukuran Produk Atau Perkhidmatan;
 Kawalan Ke Atas Produk Atau Perkhidmatan Yang Tidak Memenuhi Keperluan Yang Ditetapkan;
 Analisis Data;
 Penambahbaikan Yang Berterusan;
 Tindakan Pembetulan;
 Tindakan Pencegahan.
FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

5

“To be of good quality, you have to excuse yourself from the presence of shallow and callow minded individuals”. [Michael Bassey Johnson]

MS Iso 9001:2008
IPQ BERJAYA LAHIRKAN SERAMAI 26 KETUA JURUAUDIT
PROFESSIONAL MS ISO 9001:2008

Selasa, 2 Sept. 2014 - Majlis Penyampaian Sijil Lead Auditor dan Penghargaan Juruaudit MS ISO
9001:2008 telah berjaya dianjurkan oleh IPQ di EDC-UUM. Penerima sijil adalah para juruaudit universiti
seramai 26 orang yang telah lulus dalam peperiksaan Ketua Juruaudit/Lead Assessor MS ISO 9001:2008
yang diadakan pada 5 Jun 2014 lalu dengan jayanya.
Kejayaan ini lebih manis lagi kerana sijil tersebut dikeluarkan oleh IRCA (International Register of
Certificated Auditors) QMS 2008 iaitu badan professional ISO yang berpangkalan di United Kingdom.
Dalam ucapan perasmian majlis tersebut, Pengarah IPQ Prof. Madya Dr. Haim Hilman Bin Abdullah telah
mengupas halatuju agenda kualiti UUM. Beliau menekankan bahawa para juruaudit adalah nadi utama
dalam memastikan kelangsungan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh UUM kepada setiap pihak
berkepentingan terutama sekali pelajar, warga kerja dan kerajaan.

UUM JALANI AUDIT PEMANTAUAN
MS ISO 9001:2008
Rabu, 19 Nov. 2014 - Satu pasukan panel audit dari
SIRIM QAS International Sdn. Bhd telah menjalankan
Audit Pemantauan bagi pensijilan MS ISO 9001:2008
terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM) selama dua
hari bermula 17 hingga 18 November.
Pengauditan dijalankan ke atas proses pengajaran dan
pembelajaran serta penyelidikan dan pembangunan di
beberapa buah pusat pengajian dan jabatan.
Antara pusat pengajian dan jabatan yang terlibat
dengan pengauditan ini ialah Pusat Pengajian
Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar
(STHEM) UUM COLGIS; Pusat Pengajian Pengurusan
Perniagaan (SBM) UUM COB; Pusat Pengurusan
Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) dan Jabatan Pendaftar.
Objektif utama audit pemantauan ini adalah untuk menentukan pematuhan berterusan sistem pengurusan
kualiti pelanggan kepada standard ISO 9001:2008.
Naib Canselor UUM, Prof. Dato' Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang mempengerusikan Mesyuarat
Pembukaan pengauditan SIRIM-Audit Surveillance MS ISO 9001: 2008 di Bilik Mesyuarat Lembaga
Pengarah Universiti (LPU) berkata, pemeriksaan audit ini adalah penting bagi memastikan UUM terus
dapat menggunakan sijil ISO tanpa sebarang masalah.
FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

6

“Quality is never an accident. It is always the result of intelligent effort. There must be the will to produce a superior thing”. [John Ruskin]

AMALAN KUALITI DAN INOVASI
(5S)

Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan
penumpuan kepada lima langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S’ yang
bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik.
Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke merupakan perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi
5S di mana dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa
Amal.
Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980-an dan telah
dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Perkhidmatan Awam
mengamalkan Amalan 5S, malah ada dalam kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi
pensijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (JPA, 2010).
Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja,
amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan berasaskan Standard
MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan
Persekitaran Kerja.

IPQ KOMITED LAKSANA 5S

Khamis, 11 Sept. 2014 - Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah mengadakan Majlis Pelancaran
Kempen Go Green bertempat di foyer IPQ, paras 2.
Pengarah IPQ, Prof. Madya Dr. Haim Hilman Abdullah berkata objektif program berkenaan adalah
untuk menghijaukan persekitaran pejabat agar lebih kondusif dan selesa. “Pelancaran kempen ini
diharapkan dapat mewujudkan kesedaran di kalangan staf berhubung pemuliharaan alam sekitar
dengan mewujudkan persekitaran dan masyarakat yang sihat.
Selain itu, program Go Green ini juga turut melibatkan semua staf IPQ yang turut bersama-sama
bergotong-royong menanam pokok di dalam pasu. Aktiviti seperti ini dapat meningkatkan
semangat kerja berpasukan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga IPQ.

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

7

AMALAN KUALITI INOVASI
(5S)
PERSEDIAAN TERAKHIR MANUAL AMALAN
PERSEKITARAN BERKUALITI 5S UUM
Rabu, 5 Nov. 2014 - Institut Pengurusan Kualiti

“The quality of what you do determines the quality of your life”. [Steven Redhead ]

(IPQ) telah mengadakan perbincangan draf akhir
manual Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE)
UUM bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif IPQ.
Perbincangan selama 3 jam ini dihadiri oleh Ahli
Jawatankuasa

5S

Universiti

dan

telah

dipengerusikan oleh Pengarah IPQ iaitu Prof.
Madya Dr. Haim Hilman Abdullah.
Perbincangan draf akhir ini lebih fokus kepada

pemilihan logo untuk diguna

pakai

dalam

Manual 5S UUM. Bagi tujuan tersebut, IPQ telah
membuat pertandingan mencipta logo dari 7
hingga 30 September 2014. Sebanyak 54
penyertaan yang terdiri daripada kalangan staf
dan pelajar telah diterima. Proses pemilihan logo
ini telah diketuai oleh Timbalan Pengarah IPQ
iaitu Dr. Che Azlan Taib. Pemilihan logo ini
berdasarkan kepada 3

pusingan.

Pusingan

pertama dan kedua adalah penyisihan. Manakala
pusingan ketiga adalah pemilihan logo yang
terbaik.
Kriteria-kriteria yang ditetapkan bagi pemilihan
yang bersesuaian adalah (berdasarkan syarat
pertandingan) dan memenuhi 5 kriteria tambahan
iaitu ilustrasi, gubahan/ komposisi/ olahan,

warna, kemasan dan 3R (Reuse, Reproduce
dan Recycle).

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

8

Konsep KIK mula diperkenal kepada syarikatsyarikat di negara Jepun yang dikenali sebagai
Quality Control Circle (QCC) pada awal tahun
1980-an. Ia diterjemahkan kepada Kumpulan
Meningkat Mutu Kerja (KMK) dan diperkenalkan
di Malaysia pada 16 Ogos 1982 oleh
Perkhidmatan Awam Malaysia dan dilancarkan
pada 14 Mac 1983.

Manakala definisi kreatif pula ialah kebolehan
atau keupayaan untuk mencipta atau mewujudkan
atau menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam
bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia dapat
menjana idea baru yang unik dan menarik. Idea
yang didapati tidak terkongkong kepada
kebiasaan dan dapat melihat dari perspektif yang
luas serta mampu merealisasikan idea baru.

Pada 1 November 2009, KMK telah ditukar
kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif bagi
memastikan projek-projek yang dihasilkan
memberi penekanan kepada nilai inovasi dan
kreativiti.

Tujuan KIK adalah untuk membina modal insan
dalam perkhidmatan awam yang berketerampilan
tinggi bagi merealisasikan aspirasi kerajaan untuk
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
agensi-agensi kerajaan.

Inovasi merupakan salah satu kaedah untuk
menghasilkan produk atau perkhidmatan yang
lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian
atau penambahbaikan berdasarkan idea yang
kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek
kerja. Ianya juga perlu ada nilai tambah yang
dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti pada
organisasi.

Dalam menyampaikan perkhidmatan, KIK juga
mempunyai prinsip asas yang mengiktiraf pekerja
sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi
dan menyediakan forum.

“Personal discipline is a most powerful character quality and one worthy of dedicating your life to nurturing”. [Elizabeth George]

kumpulan inovatif dan kreatif
(kik)

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

9

kumpulan inovatif & kreatif (kik)

“Colour does not add a pleasant quality to design – it reinforces it”. [Pierre Bonnard ]

BENGKEL LEAN I

Bengkel ini diadakan pada 21-23 Januari 2014 di Kuantan, Pahang. Seramai 37 orang peserta dari
pelbagai Pusat Tanggungjawab telah didedahkan dengan Sistem Pengurusan Lean tersebut yang
dikenali sebagai Value Stream Mapping (VSM). Sistem Pengurusan Lean ini mampu menambah
baik mutu atau kualiti penyampai dan perkhidmatan organisasi yang mengamalkannya. Secara
khususnya, Sistem Pengurusan Lean ini memberi tumpuan kepada aspek pengurusan pembaziran
serta memperbaiki prosedur cara kerja seharian.

BENGKEL LEAN II

Rabu, 26 Mac 2014 - Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah menganjurkan Bengkel Sistem
Pengurusan Lean di Hotel Bustani, Jitra. Seramai 73 orang peserta yang terdiri daripada 36 Pusat
Tanggungjawab telah menghadiri bengkel ini.
Bengkel ini adalah kesinambungan kepada Bengkel Transformasi Organisasi Melalui Pengurusan
Lean dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Kuantan,
Pahang pada 21 hingga 23 Januari yang lalu.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Haim Hilman Abdullah, Pengarah IPQ. Dalam
ucapan perasmian tersebut, beliau menyeru semua agar berusaha menjadi agen perubahan budaya
kerja semasa kepada budaya kerja berprestasi tinggi.

Beliau menegaskan perubahan tersebut amat perlu dalam memastikan kelangsungan Pelan
Transformasi UUM yang ditunjangi visi iaitu “Menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka”. Beliau juga
menekankan bahawa masa depan UUM terletak di atas bahu dan komitmen warganya.

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

10

kumpulan inovatif & kreatif (kik)
IPQ JOHAN KIK UUM

“Quality has to be caused, not controlled”. [Phil Crosby]

Rabu, 26 Feb. 2014 - Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah berjaya menganjurkan Mini Konvensyen
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE). Sebanyak 14 Pusat
Tanggungjawab telah menyertai mini konvensyen ini di mana 7 Pusat Tanggungjawab menyertai KIK dan
7 Pusat Tanggungjawab menyertai 5S/QE untuk mini konvensyen kali ini.
Tujuan utama mini konvensyen ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada warga UUM
mengembangkan idea inovatiff dan kreatif sejajar dasar kerajaan yang mahukan sistem penyampaian
semua universiti awam cekap dan berkesan.
Bagi kategori KIK, johan ialah kumpulan KARISMA dari Institut Pengurusan Kualiti, naib johan kumpulan
KOK HOLISTIK TEAM dari Pusat Kokurikulum dan tempat ketiga kumpulan PPA-COB dari Pejabat
Pembangunan Pelajar dan Alumni COB.

IPQ & Pusat Ko-Kurikulum WAKILI UUM
KE PERTANDINGAN KIK ANTARA IPTA

Selasa, 8 April 2014 - Seramai 25 orang staf UUM iaitu 13 orang dari IPQ, 10 orang Pusat Ko-Kurikulum
dan 2 orang staf UUM COB telah berlepas ke Sarawak untuk menyertai Konvensyen KIK ke-10 peringkat
IPTA yang diadakan pada 8 hingga 10 April 2014 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Sebanyak 36 pasukan bertanding iaitu mewakili 15 IPTA. Sebanyak 22 kumpulan bertanding bagi kategori
Pengurusan dan 14 kumpulan bagi kategori Teknikal. Pada Konvensyen KIK peringkat IPTA ke-10 kali ini
UNIMAS telah memperkenalkan format baru iaitu meningkatkan jumlah maksimum penyertaan dari dua
projek kepada empat projek bagi setiap IPTA.
Untuk pertandingan kali ini UUM diwakili oleh kumpulan KARISMA dari IPQ dan KoK Holistik dari Pusat
Ko-Kurikulum. Tajuk projek KIK kumpulan KARISMA ialah ‘Pengurusan Audit Amalan Persekitaran
Berkualiti (5S/QE) Yang Panjang’ dan ‘Kelemahan Sistem Pemarkahan Pelajar Kokurikulum' bagi
Kumpulan KoK Holistik.
FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

11

A person who cares about what he sees and does is a person who’s bound to have some characteristic of quality”. [Robert M. Pirsig]

MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK)
& FAIL MEJA (FM)
MPK adalah sebuah dokumen rujukan bagi peringkat
jabatan atau pejabat. Ianya mengandungi fungsi dan objektif
rasmi pejabat, prosedur-prosedur yang jelas serta pegawai
dan staf yang bertanggungjawab bagi melaksanakan setiap
aktiviti yang dipertanggungjawabkan. Dokumen ini adalah
rujukan utama yang akan membantu jabatan atau pejabat
berfungsi dengan cekap dan berkesan.
Manakala, FM pula adalah dokumen rujukan bagi peringkat
individu atau jawatan. Dokumen ini, antara lain,
mengandungi carta jabatan atau pejabat yang menunjukkan
kedudukan individu dalam jabatan atau pejabat berkenaan,
objektif jabatan dan bahagian.

Semua penjawat awam dapat memahami MPK atau FM melalui
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 8 tahun
1991 (Jabatan Perdana Menteri Malaysia, 1991) yang diterbitkan
oleh Jabatan Pendana Menteri Malaysia pada 1 Julai 1991.
Ianya bertujuan untuk memberi penerangan ataupun garis panduan
mengenai MPK dan FM dalam perkhidmatan awam. Manual
Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) dikenali sebagai alat
pengurusan yang dapat menyumbang kepada peningkatan
kecekapan dan keberkesanan jabatan atau pejabat.
MPK dan FM disemak dan dikemaskini secara berterusan.
Sepertimana keperluan di dalam piawaian ISO 9001:2008,
maklumat pengemaskinian MPK dan FM juga perlu dikemaskini dan
direkodkan. MPK dan FM yang telah usang sebaiknya disimpan
bagi tujuan rujukan apabila diperlukan.

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

12

ranking

QS merupakan sebuah organisasi bebas dalam
industri pendidikan yang beroperasi dari pelbagai
negara. Misi QS adalah untuk membolehkan
individu bermotivasi bagi memenuhi potensi
melalui pencapaian pendidikan, mobiliti dan
pembangunan kerjaya.
Webometrics merujuk kepada aspek kuantitatif
pembinaan dan penggunaan sumber-sumber
maklumat, struktur dan teknologi di Web.

Matlamat Webometrics adalah untuk menggalakkan
kewujudan web akademik yang menyokong inisiatif
Akses Terbuka untuk meningkatkan pemindahan
pengetahuan saintifik dan kebudayaan yang
dihasilkan oleh universiti.
THE adalah rujukan paling utama di UK untuk
pengajian tinggi, khususnya bagi orang-orang
profesional yang bekerja di pusat pendidikan tinggi
dan penyelidikan. Ia juga menilai universiti bertaraf
dunia dalam semua misi teras mereka yang terdiri
daripada pengajaran, penyelidikan, pemindahan
pengetahuan dan prospek antarabangsa.

“The worth of a person’s thought is measured not by the quantity but by the quality of the support that it has got”. [Anuj Somany]

Terdapat empat badan bertaraf dunia utama
yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) iaitu Quacquarelli Symonds
(QS), Times Higher Education (THE), Academic
Ranking of World University (ARWU) dan
Webometrics. UUM di senaraikan dalam QS dan
Webometrics
ranking
dan
menunjukkan
keputusan yang memberangsangkan.

ARWU telah dibangunkan dan disenggarakan oleh
penyelidik di Pusat Bertaraf Dunia, Shanghai Jiao
Tong University (CWCU), China. ARWU memilih
institusi yang mempunyai Nobel Laureates, Fields
Medalists, Highly Cited Researchers and papers
published in Nature or Science.

MAJLIS PERLANTIKAN JAWATANKUASA
UUM'S ROAD TO WORLD RANKINGS (RWR) 2014
Isnin, 10 Mac 2014 - Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah
mengadakan Majlis Perlantikan Jawatankuasa UUM’s Road To
World Rankings (RWR) 2014 bertempat di Bilik Krossandra, EDC
UUM. Semasa majlis tersebut berlangsung, Pengarah IPQ iaitu
Prof. Madya Dr. Haim Hilman Abdullah telah memberi penerangan
tentang pencapaian semasa UUM dalam agenda ranking dan pada
masa yang sama mengupas beberapa strategi yang bakal diambil
untuk memastikan UUM terus memperbaiki kedudukan di
persada ranking asia dan dunia .
Pengarah IPQ turut mengumumkan Prof. Dr. Ku Ruhana Ku
Mahamud sebagai Penasihat Jawatankuasa RWR. Di samping itu, pengurus bagi keempat-empat badan
ranking juga telah dilantik. Pengurus bagi Quacquarelli Symonds (QS)- iaitu Dr. Jastini Binti Mohd
Jamil,
Pengurus Times Higher Education (THE)- iaitu Dr. Nooraini Binti Yusof, manakala
Pengurus Academic Ranking of World University (ARWU)- Dr. Norliza Binti Katuk dan
Pengurus Webometrics- Dr. Muhammad Shahbani Bin Abu Bakar.

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

13

“Quality is never an accident. It is always the result of intelligent effort. There must be the will to produce a superior thing”. [John Ruskin]

ranking
BENGKEL STRATEGIK
“ROAD TO WORLD RANKINGS”

Pada 15 hingga 17 April 2014, Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah menganjurkan Bengkel Pelan
Strategik UUM’s Road to World Rankings (RWR) di Rainbow Paradise Beach Resort, Batu Feringgi,
Pulau Pinang. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Dr. Hassan Ali, Timbalan Naib Canselor
Universiti Utara Malaysia merangkap sebagai Penasihat 1 Jawatankuasa RWR. Turut hadir adalah YBrs.
Prof. Hajah Dr. Ku Ruhana Ku Mahamud yang turut merupakan Penasihat 2 dan 13 ahli Jawatankuasa
RWR.
Prof. Dr. Hassan Ali dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua yang dilantik sebagai Ahli
Jawatankuasa RWR 2014 yang dipengerusikan oleh Pengarah IPQ sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Haim
Hilman Abdullah.
Tujuan utama bengkel diadakan adalah untuk membincangkan pelan strategik dan pelan tindakan yang
boleh melonjakkan kedudukan UUM dalam ranking dunia. Dalam ucapannya Prof. Madya Dr. Haim
menyatakan isu kadar penerbitan pensyarah UUM yang masih rendah dalam jurnal diindeks oleh ISI dan
SCOPUS adalah punca utama kepada kegagalan UUM untuk berada di kedudukan lebih baik dari hari ini
dalam keempat-empat badan ranking utama dunia iaitu QS, THE, ARWU dan Webometrics.
Di samping mengenalpasti strategi terbaik untuk mengatasi isu tersebut, bengkel ini turut berjaya
mengenalpasti strategi-strategi lain yang berkaitan terutamanya untuk isu-isu seperti kadar geran
penyelidikan, pelajar antarabangsa, pensyarah antarabangsa, persepsi ahli akademik dunia dan pemain
industri terhadap UUM.
Ahli Jawatankuasa Kerja RWR turut sedar akan keperluan untuk memberi pendedahan kepada seluruh
warga universiti. Sehubungan dengan itu siri sesi penerangan kepada PTJ dan seluruh warga kerja UUM
akan diadakan dari masa ke masa.

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

14

“The worth of a person’s thought is measured not by the quantity but by the quality of the support that it has got”. [Anuj Somany]

pelan strategik pengajian
tinggi negara (psptn)

Pelaksanaan PSPTN Fasa 1 adalah berpandukan kepada PSPTN 2007-2010 yang telah
menggariskan strategi dan pelan tindakan yang bertujuan untuk meningkatkan dan menambah baik
sistem Pengajian Tinggi Negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9).
Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN akan terus memperkukuh dan memperkasakan sektor Pengajian
Tinggi Negara sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi tempoh 2011-2015.
Sebanyak 23 Projek Agenda Kritikal (CAP) telah diwujudkan sebagai ‘pakej kerja’ bagi
merealisasikan matlamat yang ditetapkan dalam pelaksanaan PSPTN Fasa 2. Sebanyak 16 CAP
perlu dilaksanakan pada peringkat IPTA.
Ini termasuk CAP APEX yang walaupun dilaksanakan di USM sahaja, impaknya perlu merangkumi
dan dirasai oleh institusi pengajian tinggi lain di negara ini. 7 CAPs lagi dilaksanakan pada peringkat
KPT dan JPT.
Objektif PSPTN adalah untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama
dalam konteks menjadikan Malaysia hab kecemerlangan Pengajian Tinggi Antarabangsa.

17 CAPs UUM
















Akademia
Kepimpinan
Pengantarabangsaan
Tadbir Urus
Kebolehpasaran Siswazah
Industri-Akademia
Jaminan Kualiti
Pengajaran & Pembelajaran
Pembelajaran Sepanjang Hayat
MyBrain15
E-Pembelajaran
Top Business School
Pembangunan Holistik Mahasiswa
Keusahawanan
Pusat Kecemerlangan (CoE)
Penyelidikan & Pembangunan
Program Pemindahan Pengetahuan

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

15

pelan strategik pengajian
tinggi negara
(psptn)
BENGKEL CAPS
“Whatever I do, I hope its quality, and I hope it’s something that’s class”. [Garth Brooks]

Khamis, 13 Feb. 2014 - IPMO yang merupakan
anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia telah
diadakan bagi membincangkan sasaran tahunan
setiap CAPs bagi setiap Institusi Pengajian Tinggi
(IPT). UUM telah dihadiri oleh Pengarah IPQ,
Timbalan Pengarah (Akreditasi & Penarafan) IPQ,
Pengurus SETARA atau iPMO dan Pengurus
CAPs Akademia.
Setiap IPT perlu melapor atau mengemaskini data
setiap tiga bulan sekali. Ini kerana pelaporan akan
dijalankan oleh pihak iPMO bagi mesyuarat
Kementerian Pendidikan Malaysia bersama
Menteri Pendidikan II.
Terdapat 15 CAPs yang perlu diberi perhatian
pada tahun 2014 iaitu Akademia, Pengajaran &
Pembelajaran (L&T), E-Pembelajaran (E-L), Top
Business School (TBS), Industri Akademia (IA),
Program Pemindahan Ilmu (KTP), Penyelidikan
dan Pembangunan (R&D), Kebolehpasaran
Siswazah (GE), Pusat Kecemerlangan (CoE),
Pembangunan Holistik Pelajar (HSD), MyBrain15,
Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjan Hayat
(LLL), dan Pengantarabangsaan.

Pihak IPQ akan memantau pencapaian setiap
CAPs secara berkala. Ia bertujuan untuk
memastikan tindakan yang sewajarnya dapat
dilaksanakan bagi meningkatkan pencapaian KPI
CAPs UUM yang berwarna hijau.

16

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

SISTEM PENARAFAN INSTITUSI
PENgaJiAN TINGGI
(SETARA)
“Focus your attention on the quality of your words, and not the quantity”. [Michael Bassey Johnson]

SETARA merupakan satu kaedah pengukuran
kualiti yang dikendalikan Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA) di mana penarafan ini dilakukan
setiap dua tahun bermula 2007, iaitu SETARA’07,
SETARA’09 dan SETARA’11. Bagaimanapun, pada
tahun 2012, pihak MQA telah mengumumkan
kemungkinan penilaian SETARA dilaksanakan
setiap tiga tahun bagi memastikan kesediaan pihak
yang terlibat serta implementasi yang lebih mantap
dan stabil.
SETARA merupakan sistem penarafan yang
menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran
di sesebuah universiti awam atau swasta. Proses
dan mekanisme penilaian SETARA dilaksanakan
oleh jawatankuasa bebas yang masing-masing
dilantik oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan
Kementerian Pengajian Tinggi melalui Jabatan
Pengajian Tinggi.

Sesuai dengan hasrat Kementerian Pengajian
Tinggi untuk mendidik orang awam untuk
membuat pemilihan universiti berdasarkan
kepada bintang yang diperoleh IPT terbabit,
maka keputusan SETARA mempunyai impak
yang amat besar terhadap reputasi sesebuah
universiti. Persepsi umum terhadap kualiti
pengajaran dan pembelajaran bagi sesebuah
IPT banyak bergantung kepada keputusan yang
diperolehi dalam SETARA
SETARA
juga
menjadi
asas
kepada
Kementerian Pengajian Tinggi dan Kerajaan
dalam membuat dasar termasuk penetapan
dasar penting untuk membangunkan usaha
memantapkan IPT di negara ini. Ini bermakna
SETARA bakal mencorakkan dasar serta polisi
pengajian tinggi negara dalam mendepani
cabaran pada masa akan datang.

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

17

SISTEM PENARAFAN INSTITUSI
PENgaJiAN TINGGI
(SETARA)
Isnin, 10 Feb. 2014 - UUM telah menyertai penilaian
semula SETARA’13. Mesyuarat SETARA’13 di
antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan pihak
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ini telah diadakan
di MQA .

“Quality has to be caused, not controlled”. [Phil Crosby]

UUM masih berada pada 5 bintang untuk penilaian
SETARA’13. Pihak IPQ akan terus mengambil
langkah dan mengatur strategi untuk memastikan
pencapaian SETARA yang bakal disertai iaitu,
SETARA’14 mencapai taraf 6 bintang.

IPQ BENTANG PERKEMBANGAN
AGENDA SETARA '14

Khamis, 17 Julai 2014 - Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah mengadakan Mesyuarat Sistem Penarafan
Institusi Pengajian Tinggi Negara (SETARA) di Bilik Mesyuarat Senat. Mesyuarat tersebut telah
dipengerusikan oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Abdul Malek Hj. Abdul Karim, Timbalan Naib
Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Turut hadir ke mesyuarat adalah barisan ketua Dimensi Input,
Proses dan Output, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Dekan Pusat Pengajian. Tujuan utama
mesyuarat ini adalah untuk membentangkan pencapaian UUM untuk setengah tahun iaitu sehingga 30
Jun 2014 dalam persiapan menghadapi penilaian SETARA ’14 yang akan diadakan pada awal tahun
2015.
Timbalan Naib Canselor HEPA dalam ucapannya menegaskan bahawa objektif UUM adalah jelas iaitu
ingin meraih SETARA 6 bintang dalam penilaian SETARA ’14 akan datang. Antara kriteria yang perlu
diambil perhatian adalah Input: Governance, Talent (Quality, experience & diversity), Process : Monitoring
dan Output : Employer’s Satisfaction Survey dan Generic Student Attributes.
FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

18

jaminan kualiti
AKREDITASI
Akreditasi atau pengiktirafan bagi program-program
pengajian di IPT merupakan agenda yang sangat
penting. Ia membolehkan program-program di IPT
disenarai dalam sistem pendaftaran program akademik
yang diterajui oleh MQA.
Sistem
pendaftaran
tersebut
dirujuk
sebagai
Pendaftaran Kelayakan Malaysia (MQR). Namun, untuk
mendapat pengiktirafan, pihak IPT perlu membuktikan
bahawa program yang dijalankan telah mengikut
spesifikasi yang ditetapkan oleh kerangka kelayakan
iaitu Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM).

Praktis ke arah mendapat akreditasi terhadap programprogram pengajian di semua IPT di Malaysia dilaksanakan
melalui The Code of Practice for Programme Accreditation
(COPPA). Umumnya, ia disebut ‘koppa’, yang membawa
maksud akreditasi program pengajian.
COPPA menggabungkan Sembilan area dalam satu
dokumen
(dokumen
COPPA).
Setiap
Pusat
Tanggungjawab (PTJ) seperti Jabatan Pendaftar,
Bendahari, Hal Ehwal Pelajar (HEP), dan Hal Ehwal
Akademik (HEA) perlu memahami bahawa mereka terlibat
secara langsung dalam memastikan kualiti program pengajian. Justeru, setiap staf di pelbagai peringkat
perlu memainkan peranan bersama-sama dalam menyokong pencapaian kualiti yang baik.

taklimat swaAKREDITASI

“It is quality rather than quantity that matters”. [Seneca]

Faedah bagi program-program pengajian yang
tersenarai dalam KKM antaranya ialah dana pengajian (PTPTN) disediakan kepada para pelajar,
maklumat program pengajian dapat dicapai dari seluruh dunia dan program akan diberi keutamaan oleh

Selasa, 15 Julai 2014 - IPQ-UUM telah menganjurkan
taklimat swaakreditasi bertempat di Dewan Seminar B,
Kompleks Konvensyen UUM. Taklimat ini telah dihadiri
oleh 55 orang pegawai universiti yang terdiri daripada
Dekan dan Ketua Pusat Tanggungjawab.
Taklimat selama 1 jam ini telah disampaikan oleh
Pengarah IPQ, Prof. Madya Dr. Haim Hilman Abdullah.
Sepanjang taklimat, para hadirin didedahkan dengan
keperluan yang melayakkan UUM memperoleh status
swaakreditasi, status yang melayakkan sesebuah
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/Pusat Pengajian Tinggi
(PPT) mengakreditasi sendiri program pengajian tanpa
perlu Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (mereka
hanya perlu dimaklumkan sahaja). Perolehan status swaakreditasi akan meningkatkan reputasi UUM
dan membuktikan bahawa sistem jaminan kualiti di UUM memenuhi piawaian MQA dan KPT.

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

19

jaminan kualiti
IPQ BERJAYA BANTU SOIS TERIMA
SIJIL ASEAN– QA

“The quality of your life hinges on your attitudes and offerings”. [Bryant McGill]

Ahad, 12 Jan. 2014 - Satu perjumpaan di antara pihak IPQ, UUM dan pasukan ASEAN-QA yang terdiri
daripada mantan Pengarah IPQ dan mantan Timbalan Pengarah (Akreditasi) IPQ, Dekan dan Timbalan
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa telah diadakan. Ia bertujuan untuk membincangkan status terkini
pensijilan ASEAN-QA bagi program SOIS.
IPQ telah berjaya merealisasikan satu lagi objektif strategi universiti iaitu berkaitan pensijilan program di
peringkat antarabangsa. Secara khususnya, IPQ telah berjaya membantu SOIS untuk memperoleh sijil
AUN-QA. Untuk tahun 2015, IPQ akan membantu lima program lagi iaitu:
 Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS)
Ijazah Sarjana Muda Matematik Perniagaan dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Pemutusan dengan Kepujian
 Pusat Pengajian Ekonomi dan Perbankan (SEFB)
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian
 Pusat Pengajian Pembangunan Sosial (SSD)
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial dengan Kepujian
 Pusat Pengajian Kerajaan (SOG)
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan dengan Kepujian
Pusat pengajian ini dipilih berdasarkan keperluan dan kelayakan staf akademik yang memperolehi PhD.
Syarat lain seperti bilangan pelajar antarabangsa dan staf antarabangsa di pusat pengajian akan turut
dipertimbangkan.

AUDIT BAHASA MELAYU

Isnin, 29 Sept. 2014 - Bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu dimartabatkan di sektor kerajaan
khususnya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan, kerajaan melalui Bahagian Perancangan,
Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar, Sektor Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan dengan
kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melaksanakan Program Audit Bahasa Melayu di enam
buah IPT Awam mulai bulan ini hingga Oktober depan.
Program Audit Bahasa Melayu ini diadakan bertujuan mengaudit pencapaian objektif pelan Tindakan
Memartabatkan Bahasa Melayu khususnya di IPT tempatan.
Objektif-objektif pelan berkenaan ialah mengukuhkan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan
pembelajaran, mengukuhkan Bahasa Melayu dalam penyelidikan dan penerbitan, meningkatkan
pengiktirafan Akademia Bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu serta meningkatkan
pengantarabangsaan Bahasa Melayu.
FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

20

“When you worked for the knowing you gave them quality; when you worked for a fool you simply gave him eyewash”. [Aleksandr Solzhenitsyn]

jalinan kerjasama strategik
LAWATAN SAMBIL BELAJAR IPQ KE
MAMPU, UM DAN UKM

Pada 29 dan 30 April 2014, IPQ-UUM telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Pusat Pengurusan
dan Penambahbaikan Kualiti (QMEC), Universiti Malaya (UM), Pusat Jaminan Kualiti, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU). Lawatan ini melibatkan Pengarah IPQ, Timbalan Pengarah (Bahagian Akreditasi dan
Penarafan) dan 14 staf IPQ-UUM.
Tujuan lawatan selama 2 hari ini adalah untuk mempelajari ilmu berkaitan sistem audit dalaman
bersepadu dan swaakreditasi. Manakala tujuan utama lawatan kerja ke MAMPU adalah untuk
mendalami kriteria penilaian dan pemilihan yang digunakan dalam Anugerah Inovasi Perdana Menteri
(AIPM).
IPQ berharap dengan adanya lawatan ini dapat membantu IPQ memberi perkhidmatan yang lebih
cemerlang dan berkualiti kepada semua warga UUM dan seterusnya membantu universiti menjadi
Universiti Pengurusan Terkemuka.

IPQ UUM TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI DARI
POLITEKNIK SEBERANG PERAI

Rabu, 14 Mei 2014 - Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah menerima kunjungan balas dari delegasi
Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang.
Kunjungan ini merupakan kunjungan balas yang bertujuan untuk mempereratkan lagi hubungan
kerjasama strategik IPQ UUM dan PSP. Pengarah IPQ dalam ucapannya menyatakan bahawa UUM
bersedia menghulurkan tangan dalam melestarikan PSP sebagai wadah transformasi pendidikan Negara.
Lawatan kerjasama ini telah berjaya memberi peluang kepada pihak IPQ UUM dan PSP untuk
meningkatkan dan memanfaatkan kerjasama strategik demi memperkasakan bidang pendidikan negara.
Berasaskan kepada kepentingan ini, maka pihak IPQ UUM dan PSP telah bersetuju untuk membentuk
jalinan yang lebih erat dan formal iaitu menerusi Letter of Intent (LOI) yang akan ditandatangani dalam
tempoh terdekat. Kerjasama ini juga akan menjadi perintis kerjasama strategik UUM dengan semua
politeknik seluruh Malaysia.
FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

21

jalinan kerjasama strategik
IPQ-UUM RINTIS KERJASAMA STRATEGIK DENGAN
MAJLIS GURU BESAR, KEDAH

“Colour does not add a pleasant quality to design – it reinforces it”. [Pierre Bonnard ]

Ahad, 27 April 2014 - UUM telah mengadakan lawatan kerjasama
strategik di Sekolah Kebangsan Pulau Nyior, Tunjang.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menjalin kerjasama
strategik di antara IPQ-UUM dengan Majlis Guru Besar (MGB)
Kedah bagi melestari agenda Varsity Social Responsibility
Initiatives (VSRI) UUM khususnya dalam bidang pendidikan.
Timbalan Pengarah IPQ, Dr Mazni dalam ucapannya menyatakan
bahawa IPQ-UUM khusus dan UUM amnya bersedia untuk
membantu MGB dengan menawarkan perkhidmatan dan produk
pendidikan yang bersesuaian untuk MGM dan sekolah-sekolah di
seluruh Kedah.
Beliau turut menyentuh bahawa IPQ-UUM bersedia untuk menjadi perantara dalam membantu ahli MGB
melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan ijazah lanjutan, kemudahan ICT khususnya berkaitan Open
Educational Resources (OER) yang ditawarkan oleh UTLC, keusahawanan oleh CEDI, pendidikan oleh
SEML dan mengakses bahan rujukan berkualiti di PSB dan lain-lain lagi.

IPQ UUM MELEBARKAN KERJASAMA STRATEGIK DI KONVENSYEN
PENDIDIKAN RENDAH KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI KEDAH

Ahad, 11 Mei 2014 - IPQ-UUM terus melebarkan kerjasama strategik di antara UUM dengan Majlis Guru
Besar (MGB) seluruh negeri Kedah menerusi Konvensyen Pendidikan Rendah Kebangsaan peringkat
negeri Kedah di Institut Aminuddin Baki, Jitra Kedah.
Konvensyen tahunan yang dihadiri kira-kira 237 orang guru besar di seluruh negeri Kedah ini adalah
bertemakan “Guru Besar Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi”. Pengarah IPQ dalam ucapannya
menyatakan bahawa UUM bersedia menghulurkan tangan dalam melestarikan MGB sebagai wadah
transformasi pendidikan Negeri Kedah khususnya & Negara amnya.
Lawatan kerjasama ini telah berjaya memberi peluang kepada pihak UUM dan MGB Kedah untuk
meningkatkan dan memanfaatkan kerjasama strategik demi memperkasakan bidang pendidikan negara.
Kerjasama ini juga telah membuka minda para hadirin tentang perkhidmatan dan produk yang ditawarkan
oleh UUM kepada warga MGB. Selain itu, kerjasama ini juga akan menjadi perintis kerjasama strategik
UUM dengan Majlis Guru Besar Malaysia.
FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

22

“When you worked for the knowing you gave them quality; when you worked for a fool you simply gave him eyewash”. [Aleksandr Solzhenitsyn]

PROJEK KHAS
(e-MANAGEMENT)
PROJEK e-MANAGEMENT KE ARAH MEREALISASIKAN
AGENDA TRANSFORMASI
Khamis, 30 Okt. 2014 - nstitut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah menganjurkan
Taklimat Perjumpaan Pasukan Teknikal dan Konsultan bertempat di The
University Inn. Taklimat tersebut dihadiri oleh 48 orang staf yang terdiri
daripada staf Pusat Komputer dan Pusat Pengajian Pengkomputeran
(SOC). Pengarah IPQ, Prof. Madya Dr. Haim Hilman Bin Abdullah semasa
ucapannya, menyeru agar semua ahli kumpulan sama ada Kumpulan
Teknikal atau Kumpulan Konsultan dapat berganding bahu dalam
merealisasikan hasrat Universiti untuk mewujudkan sistem e-Management.
Beliau sebagai Pengarah Projek menegaskan bahawa pembangunan
sistem e-Management ini merupakan salah satu agenda transformasi
universiti yang bertujuan untuk melancarkan lagi tugas serta memudahkan
pelanggan berurusan dengan universiti. Universiti perlu memanfaatkan

teknologi dan kepakaran yang ada dalam mencapai hasrat untuk menjadi
salah satu universiti terbaik.

BENGKEL e-MANAGEMENT:
PEMBENTUKAN SENIBINA BARU SISTEM e-MANAGEMENT

Selasa, 25 Nov. 2014 - Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Keperluan
Sistem e-Management di Dewan Angsana, EDC, UUM. Bengkel tersebut melibatkan 8 Pusat Tanggungjawab
sebagai Project Owner iaitu Jabatan Bendahari, Jabatan Pendaftar, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Institut
Pengurusan Kualiti (IPQ), Jabatan Canselori, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Jabatan Hal Ehwal Akademik
(HEP) dan Jabatan Pembangunan & Penyenggaraan (JPP).

Dalam bengkel tersebut, setiap kumpulan membentangkan senarai tugas yang dikemaskini dan senibina yang
telah dibentuk mengikut kumpulan masing-masing. Pembentangan ini bertujuan untuk menambahbaik senibina
setiap kumpulan dengan percambahan idea daripada kumpulan lain.

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

23

SEMINAR
“Quality is decided by the depth at which the work incorporates the alternatives within itself, and so masters them”. [Theodor Adorno]

SEMINAR INOVASI, KUALITI, INTEGRITI, KREATIVITI DAN STRATEGI
LAUTAN BIRU SEKTOR AWAM 2014

Pada 11 hingga 12 Jun 2014, Institut Pengurusan Kualiti (IPQ), Universiti Utara Malaysia telah
menganjurkan Seminar Inovasi, Kualiti, Integriti, Kreativiti dan Strategi Lautan Biru Sektor Awam 2014
di Hotel Seaview, Langkawi. Seminar ini mengupas perkara-perkara berkaitan inovasi, kualiti, integriti,
kreativiti dan strategi lautan biru bagi sektor awam.
Seminar ini telah menarik penyertaan daripada pelbagai agensi termasuklah Universiti Malaysia
Terengganu (UMT), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan
Pejabat Kesihatan daerah Lipis di samping jabatan dari UUM.
Pengarah IPQ, Prof. Madya Dr. Haim Hilman Bin Abdullah dalam ucapan aluannya menegaskan akan
keperluan setiap agensi kerajaan memberi penekanan khusus terhadap aspek-aspek berkaitan inovasi,
kualiti, kreativiti dan integriti sebagai asas kepada pembinaan daya saing yang kompetitif. Di samping
itu, beliau turut menekankan akan perlunya agensi awam mempraktikkan strategi lautan biru.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Prof. Dr. Hassan Bin Ali, Timbalan Naib Canselor
(Akademik & Antarabangsa), UUM. Dalam ucapannya, beliau menyatakan “kualiti adalah satu
perjalanan bukannya satu destinasi”. Beliau berharap seminar ini mampu memberi input berguna
kepada semua peserta dalam mentransformasi diri dan organisasi menjadi lebih dinamik dan
cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan masing-masing.

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

24

“Networking is more quality, and less quantity. It’s better to form a solid connection with one new person, than a liquid connection with ten”. [Jarod Kintz]

SEMINAR
Seminar Pengurusan Kualiti Islam (i-QAM) Tekan
Elemen Islamik Dan Kontemporari
Isnin, 8 Dis. 2014 - Menitikberatkan elemen Islamik dan
kontemporari, Seminar Pengurusan Kualiti Islam (i-QAM)
anjuran Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) Universiti Utara
Malaysia (UUM) menyediakan ruang perkongsian pengetahuan
bagi memenuhi keperluan untuk mengamalkan pengurusan
kualiti Islam pada setiap produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri
Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad di
Hotel The Everly. Hadir sama Pengarah IPQ merangkap
Pengerusi i-QAM, Prof. Madya Dr. Haim Hilman Abdullah dan pegawai-pegawai kanan UUM.
Tun Mahathir dalam ucapan beliau menekankan bahawa untuk mencapai pengurusan kualiti Islam harus
berlandaskan ajaran Al-Quran yang lengkap dengan panduan mengenai cara hidup Islam. Menurutnya,
kedudukan orang Islam kini dilihat tidak sempurna dan menghadapi pelbagai masalah seperti bermusuh
sesama sendiri dan saling membunuh sesama Islam. Kata beliau lagi, untuk mendapatkan pengurusan kualiti
Islam dan panduan yang lebih tepat, perlu baca dan hayati Al-Quran dalam bahasa atau terjemahan yang
mudah difahami.
Manakala, upacara penutup dilakukan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Jamil Khir, dan beliau menyatakan
seminar seperti i-QAM menjadi satu platform penting bagi meihat perkembangan pengurusan kualiti Islam di
negara ini pada masa hadapan dalam usaha menyebarluaskan lagi pengurusan kualiti dalam Islam.
Menurutnya lagi, Islam juga turut meletakkan soal kualiti dalam kehidupan harian manusia termasuk dalam
bidang perniagaan mahupun ekonomi.
Di samping itu, beliau turut menyampaikan sijil kepada pemenang lima kategori Anugerah Kertas Kerja Terbaik
dipertandingkan iaitu Anugerah Kertas Kerja Terbaik Kategori Pengurusan Kualiti yang dimenangi oleh Khairol
Anuar Ishak dengan tajuk kertas kerja 'The Effect of Relationship Value On Relationship Quality and Loyalty:
An Emperical Study In Franchise System', Kategori Pengurusan Perniagaan dimenangi oleh Dr. Solahuddin
Abdul Hamid dengan tajuk kertas kerja Transformasi Budaya Kerja Cemerlang Berdasarkan Manhaj Al-Quran
dan Hadith, Kategori Industri dimenangi Idrus Ali dengan tajuk 'Enhancing Organisation Performance Through
Shariah Based Quality Management System (MS 1900:2014), Kategori Pelajar PhD Terbaik dimenangi oleh
Narentheren Kaliappen dengan tajuk 'Improving Hotel Performance by Strategically Matching The Cost
Leadership, Competitor Orientation and Process Innovation'dan Kertas Kerja Terbaik Keseluruhan i-QAM 2014
dimenangi Jalal Hanaysha dengan tajuk kertas kerja 'The Impact of Product Quality On Relationship Quality:
Emperical Evidence from Automotive Industry'.

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

25

“Whatever I do, I hope its quality, and I hope it’s something that’s class“. [Garth Brooks]

ipq klik

Lawatan Delegasi dari Cambodia ke Institut Pengurusan Kualiti
pada 20 Januari 2014

Bengkel Transformasi Organisasi Melalui Pengurusan Lean dan Kumpulan Inovatif dan
Kreatif (KIK) pada 21 - 23 Januari 2014 di Hotel Seri Malaysia Kuantan, Pahang

Senam Aerobik IPQ di Dataran Kompleks Konvensyen pada 20 Mac 2014
FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

26

IPQ KLIK

“Quality begins on the inside...then works its way out”. [Bob Moawad]

Kursus Jangka Pendek 3S pada 25 Mac 2014 di University Inn, UUM

Bengkel Sistem Pengurusan Lean pada 26 Mac 2014 di Hotel Bustani, Jitra

Konvesyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat IPTA pada 11 April 2014 di
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

27

“Whatever I do, I hope its quality, and I hope it’s something that’s class“. [Garth Brooks]

ipq klik

Mini Konvensyen Team Excellence 2014, Wilayah Utara pada 16 April 2014 di Bertam
Kepala Batas, Pulau Pinang

Kursus PDCA untuk Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada 21 April 2014
di University Inn, UUM

Bengkel Servis Kualiti di Seaview Hotel, Langkawi pada 27-29 April 2014

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

28

IPQ KLIK

“Quality begins on the inside...then works its way out”. [Bob Moawad]

Lawatan Penandaarasan Ranking dan Rating di UKM, Bangi pada 30 April 2014

Konvensyen Pendidikan Rendah Kebangsaan kali ke-16 dan Mesyuarat Agung
Perwakilan Majlis Guru Besar pada 11 Mei 2014 di Institut Aminudin Baki,
Jitra, Kedah

Bengkel Semakan Projek Tahun 2014 dan Majlis Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim
Amal Solehah pada 16 Julai 2014 di Hotel EDC, UUM

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

29

“Whatever I do, I hope its quality, and I hope it’s something that’s class“. [Garth Brooks]

ipq klik

Majlis Penyerahan Sijil Ketua Juruaudit pada 2 September 2014 di Hotel EDC, UUM

Bengkel Fasilitator KIK pada 3 dan 4 September 2014 di Hotel EDC, UUM

Pelancaran Kempen Go Green pada 11 September 2014 di Institut Pengurusan
Kualiti, UUM
FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

30

IPQ KLIK

“Quality begins on the inside...then works its way out”. [Bob Moawad]

Kursus Jangka Pendek 2S (Seiketsu, Shitsuke) pada 15 September 2014

Mesyuarat Majlis Kualiti Kali Ke 16 Bil 1/2014 pada 20 Oktober 2014 di Bilik
Mesyuarat Senat

Bengkel Semakan Projek Tahun 2014 dan Majlis Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim
Amal Solehah pada 16 Julai 2014 di Hotel EDC, UUM

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS

31

FOCUS . ACCURATE . SHARP . TIMELY
IPQ DRIVES UUM’S ENDLESS POTENTIALS