You are on page 1of 11

PERANTI ELEKTRONIK KUASA E 3042 / UNIT 16 /1

OBJEKTIF

Objektif am :
Mengetahui dan memahami peranti separuh pengalir iaitu
Triak serta aplikasi peranti tersebut.

Objektif khusus :

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

Mengenal struktur dan simbol bagi Triak

Menerangkan struktur binaan serta ciri-ciri Triak.

Membezakan ciri-ciri Triak.

Melakarkan lengkuk ciri bagi peranti Triak.


PERANTI ELEKTRONIK KUASA E 3042 / UNIT 16 /2

INPUT

16.0 Pengenalan

Merupakan peranti dwi arah iaitu ia boleh beroperasi ketika masukan positif
mahupun negatif. Triak adalah peranti tiga terminal dan boleh dianggapkan dua
SCR yang disambung depan belakang.

16.1 Triak

16.1.1 Struktur dan simbol

Triak mempunyai lapisan NPNP selari dengan lapisan PNPN. Susun atur
bahan empat dan get (G). Jika keseluruhan struktur PN triak diteliti, arus dilihat
boleh melalui lapisan PNPN atau NPNP. Oleh kerana triak boleh mengalirkan
arus dalam kedua-dua hala, simbol triak mengandungi dua diod yang bersemuka
dalam arah yang berlawanan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 16.1

N
P

P
N N GATE
GATE

Rajah 16.1 : Struktur dan simbol Triak


PERANTI ELEKTRONIK KUASA E 3042 / UNIT 16 /3

16.1.2 Ciri-ciri Triak

Rajah 16.2 : Graf ciri volt-ampiar untuk triak

Graf dalam rajah 16.2 mewakili pengendalian triak yang lazim tanpa
pembekalan arus get. Apabila voltan mara bertambah, arus kecil
mengalir dalam triak. Arus yang kecil ini ialah arus bocor. Apabila
voltan mara mencapai titk pecah lampau, arus pada triak mula mengalir.
Perhatikan voltan telah jatuh melintangi triak. Voltan ini dibekalkan
kepada beban.

16.1.3 Aplikasi Triak

Triak sesuai digunakan untuk mengawal litar yang menggunakan arus a.u.
SCR adalah merupakan peranti satu arah sahaja oleh itu ia hanya boleh
beroperasi bagi separuh kitar sahaja manakala triak, boleh beroperasi
dalam kedua-dua kitar iaitu pada kitar positif dan kita negatif.
PERANTI ELEKTRONIK KUASA E 3042 / UNIT 16 /4

Rajah 16.3 menunjukkan salah satu contoh sambungan litar penggunaan


Triak

RL
R1

VB(a.u) R2

R3

C1

Rajah 16.3 : Litar penggunaan Triak

Kapasitor C1 akan mengecas dalam arah berbeza sehingga titik pecah


lampau. Triak akan dipicukan bagi setengah kitar pertama. Triak akan
terhenti beroperasi apabila arus ulangalik menghampiri sifar (arus
bekalan). Nilai arus litar akan menurun sehingga kurang daripada arus
pegang (Ih). Kawalan fasa akan naik dengan melaraskan R2.

Apabila R2 ditambah, C1 akan mengecas perlahan-lahan, seterusnya


memicukan Triak yang kedua. Dengan penambahan ini menyebabkan
tenaga yang dibekalkan kepada beban berkurangan. Apabila R2
dikurangkan, C1 akan mengecas dengan cepat, seterusnya memicukan
Triak yang pertama. Dengan pengurangan ini menyebabkan tenaga yang
dibekalkan kepada beban bertambah.
PERANTI ELEKTRONIK KUASA E 3042 / UNIT 16 /5

AKTIVITI 16a

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak


jawapan anda pada maklum balas dihalaman berikutnya.

16.1 Lukiskan simbol triak.

16.2 Lukiskan struktur binaan bagi Triak.

16.3 Terangkan bagaimana Triak boleh dipicukan.

16.4 Lakarkan graf lengkuk ciri bagi Triak.


PERANTI ELEKTRONIK KUASA E 3042 / UNIT 16 /6

INPUT

16.2 GTO ( Gate Turn-Off)

16.2.1 Struktur dan simbol GTO

Rajah 16.4 menunjukkan simbol GTO dan rajah 16.5 pula menunjukkan ciri-
ciri GTO.

A iA

+
VAK
_
G
iG

Rajah 16.4 : Simbol GTO

16.2.2 Ciri-ciri GTO

Rajah 16.5 : Ciri-ciri i-v GTO


PERANTI ELEKTRONIK KUASA E 3042 / UNIT 16 /7

GTO boleh dihidupkan dengan memberikan denyut positif kepada


kaki get. GTO akan terus berfungsi walaupun tanpa denyut positif.
GTO boleh dimatikan dengan memberikan denyut negatif kepada
kaki get dan ini menyebabkan Ig negatif mengalir dalam jumlah yang
banyak. Ig negatif ini akan mengalir dalam beberapa mikrosaat
sahaja. Kedua-dua keadaan ini dikawal oleh arus get ( Ig).

Apabila Ig mencapai nilai maksimun, arus pada anod mula mengalami


kejatuhan manakala voltan, VAK yang melalui peranti ini mula
meningkat. Keadaan ini boleh dilihat pada ciri-ciri i-v dalam
gambarajah 16.5.

Inilah data
yang kita cari

16.2.3 Aplikasi GTO

GTO juga berfungsi seperti SCR yang digunakan dalam pensuisan


kuasa dan dalam sistem pengawal kuasa tinggi. Ia mempunyai
beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan SCR.
PERANTI ELEKTRONIK KUASA E 3042 / UNIT 16 /8

AKTIVITI 16b

Uji kefahaman anda sebelum input selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada
maklum balas di halaman berikutnya.

16.1 Lukiskan simbol bagi GTO serta jelaskan struktur binaannya.

16.2 Lakarkan lengkung ciri i-v bagi GTO.

16.3 Apakah kegunaan GTO.

MAKLUM BALAS

16.1 Rujuk input rajah 16.1.

16.2 Rujuk input rajah 16.1.

16.3 Rujuk input 16.1.2.

16.4 Rujuk input rajah 16.2.


PERANTI ELEKTRONIK KUASA E 3042 / UNIT 16 /9

MAKLUM BALAS

16.1 Rujuk input 16.2.1 dan Rajah 16.4.

16.2 Rujuk input rajah 16.5.

16.3 Rujuk input 16.2.3.

PENILAIAN KENDIRI

SELAMAT MENCUBA

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam


penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang
disediakan.

16.1 Dengan bantuan gambarajah, jelaskan aplikasi triak.

16.2 Nyatakan perbezaan simbol di antara Triak dengan GTO


dengan
melukiskan gambarajah bagi kedua-dua peranti tersebut.

16.3 Terangkan ciri-ciri GTO.


PERANTI ELEKTRONIK KUASA E 3042 / UNIT 16 /10

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

16.1 Rujuk input rajah 16.3

16.2 Rujuk input rajah 16.1 dan rajah 16.4

16.3
 Apabila voltan mara bertambah, arus kecil mengalir dalam
triak. Arus yang kecil ini ialah arus bocor.
 Apabila voltan mara mencapai titk pecah lampau, arus pada
triak mula mengalir.
 Voltan telah jatuh melintangi triak.
 Voltan ini dibekalkan kepada beban.
PERANTI ELEKTRONIK KUASA E 3042 / UNIT 16 /11