You are on page 1of 2
LAPORAN PERTANDINGAN ACAPPELLA 1.0 NAMA PROGRAM Aktiviti tambahan dalam kelas Bahasa Inggeris 2.0 AKTIVITI Pertandingan Acappella 3.0 PENDAHULUAN Aktiviti Pertandingan Acappella bermaksud pertandingan mencipta muzik sendiri tanpa menggunakan alat muzik dan dinyanyikan secara berkumpulan. Acappella merupakan satu aktiviti tambahan yang diadakan di dalam kelas Bahasa Inggeris. Aktiviti ini dipertandingkan di antara 2 kelas . 4.0 RASIONAL 4.1 mencungkil bakat dalam kalangan pelajar menerusi aktiviti acappella 4.2 memupuk minat pelajar dalam Bahasa Inggeris 4.3 melatih pelajar membina keyakinan diri melalui aktiviti persembahan dan pengucapan. 5.0 MATLAMAT Membina kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis pada tahap tinggi dalam kalangan pelajar 6.0 OBJEKTIF. 6.1 Mementingkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan cara yang menyeronokkan. 6.2 Meningkatkan kemahiran berkomunikasi, penyampaian secara kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar. 6.3 Memberi peluang kepada pelajar menggunakan Bahasa Inggeris dengan cara yang teratur, sistematik dan bermakna. 6.4 Membina semangat berpasukan yang positif dalam kalangan pelajar. 7.0 TEMPOH LATIHAN Dua bulan iaitu dari bulan Februari dan sehingga bulan Mac 8.0 GURU YANG TERLIBAT Pn.Susithra Baskaran dan Pn Hebe Kuppusamy 9.0 SASARAN Pelajar-pelajar kelas 2KAA seramai 32 pelajar dan 2 KRK1 seramai 28 pelajar. Pelajar-pelajar ini kemudian dibahagikan membentuk 6 kumpulan kecil. 10.0 REFLEKSI Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan dilaksanakan dengan jayanya. Daripada pemerhatian, pelajar-pelajar didapati sangat bersemangat dalam mencipta alat muzik sendiri dan juga menjadi satu aktiviti yang sesuai serta menarik minat pelajar menggunakan Bahasa Inggeris dalam bentuk nyanyian. 11.0LAMPIRAN (lampiran video disertakan dalam cd)