You are on page 1of 2

LAPORAN AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH

SEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH ( RENDAH )

Tarikh

: 16hb Mei 2011

Hari

: Isnin

Masa

: 7.30 pagi – 12.30tgh

Tempat

: Dataran Perhimpunan SAIR

Pada hari Isnin 16hb mei 2011, sekolah telah mengadakan sambutan hari guru
peringkat sekolah. Dalam sambutan tersebut, Pusat Sumber telah mengadakan satu
aktiviti penjualan kad hari guru kepada murid hasil kerja tangan guru-guru serta AJK
PSS. Kad-kad yang telah siap dijual di dalam Pusat Sumber pada waktu rehat bermula
seminggu sebelum sambutan Hari Guru diadakan. Kad dijual mengikut kadar yang
berpatutan dan telah mendapat sambutan dikalangan murid mahu pun guru.
Pusat sumber juga telah mengadakan 2 anugerah guru pada tahun ini iaitu
Anugerah Guru Paling Popular dan Anugerah Guru Paling Garang tahun 2011.
Sehubungan itu undian bagi nama-nama pencalonan guru untuk anugerah tersebut
telah dijual di Pusat Sumber. Hasil jualan digunakan untuk membeli piala dan
cenderahati. Murid juga boleh mendapatkan kertas undian dengan meminjam buku di
Pusat Sumber sepanjang bulan Mei.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar.

……………………………… ( JAM MASLINDA BT JAMIRAN ) (EN.RAMZI B. Disemak oleh. …………………………….YAAKOB) GURU PUSAT SUMBER & MULTIMEDIA GURU BESAR .Disediakan oleh.L.