You are on page 1of 9

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0

KESIMPULAN
Kajian ini adalah untuk mengetahui punca yang menyebabkan kegagalan dan

jenis- jenis kegagalan serta pendekatan yang perlu diambil bagi mengawal kegagalan
pada cerun potongan tanah. Selain itu dapat mengenalpasti kaedah terbaik dalam
mengawal kegagalan cerun potongan tanah dari berlaku dan menyumbang sebagai salah
satu sumber rujukan dalam kajian berkaitan cerun dapat direalisasikan.
Dari kajian yang dijalankan didapati lima (5) faktor menjadi penyumbang kepada
runtuhan cerun di Jalan lama Kuala Lumpur – Bentong. Semua faktor-faktor yang
dinyatakan di bawah telah dibincangkan di dalam Bab 4 :
a) Ketinggian cerun
b) Sudut cerun
c) Ketiadaan sistem perparitan
d) Laluan air permukaan
e) Pembuangan tumbuhan di kaki cerun

41

Apabila menganalisa kestabilan sesuatu tembok graviti empat faktor yang patut diawasi ialah : 42 . kehendak kekuatan. Penggunaan struktur penahan ini juga merupakan penyelesaian masalah kestabilan secara tetap atau sementara mengikut jadual dan kehendak kerja-kerja yang dilaksanakan.1 Tembok Graviti Tembok graviti merupakan sejenis tembok tegar di mana berat jisimnya memberikan rintangan berong terhadap tekanan berong aktif.Manakala tiga (3) dari lima (5) faktor tersebut merupakan merupakan penyumbang utama kepada runtuhan cerun di Jalan lama Kuala Lumpur – Bentong : a) Sudut cerun b) Ketiadaan system perparitan c) Pembuangan tumbuhan di kaki cerun 5.1. Jenis serta saiz dan ukuran sesebuah struktur penahan adalah tertakluk dari segi keadadan tapak. ekonomi dan estatik.1 KAEDAH-KAEDAH PENYELESAIAN Pada umumnya fungsi paling utama yang dimainkan oleh struktur penahan tanah adalah untuk menstabilkan keadaan tanah sekelompok dari runtuh dengan cara melindungi dan mengukuhi tebing tebing tanah tersebut. Sebagai contoh terdapat pelbagai jenis struktur penahan seperti : 5.

iv) Kestabila secara menyeluruh iaitu mengenal pasti keadaan tapak tanah seperti sekiranya ada lapisan tanah lembut yang boleh mengakibatkan anjakan berong. Terdapat tiga jenis tembok graviti iaitu : 5.1. (Rubble Pitching) Tembok Konkrit Tetulang Terdapat dua jenis tembok konkrit tetulang yang kerap digunakan : i) Jenis Julur (Cantilever Type) ii) Jenis Penegang (Conterfort Type) Dua faktor yang menguntungkan apabila menggunakan tembok konkrit tetulang dari tembok graviti ialah : i) Kuantiti isipadu konkrit yang perlu adalah kurang ii) Tanah timbus balik di atas penapak memberikan lebih kestabilan Secara keseluruhannya tembok yang lebih tinggi dari 8 atau 10 kaki adalah terdiri dari jenis tembok konkrit tetulang manakala tembok yang rendah 43 .i) Kemungkinan momen terbalik ii) Daya rintangan dari melongsor iii) Keupayaan tanggung yang dibenarkan mestilah mampu ditanggung oleh asas tembok.2 i) Tembok Bata (Brick Wall) ii) Tembok Jisim Konkrit (Mass Concrete Wall) iii) Tembok Serpiahan Batu.

Satu faktor penting yang dikenal pasti ialah jenis tanah asas supaya keupayaan tanggung yang dibenarkan adalah mencukupi. maka lebih baik jika penapis seperti geotextile digunakan bagi mengurangkan larut lesap pasir tersebut. Oleh itu kosnya harus diselidiki terlebih dahulu. 44 .3 Tembok Gabion Kos pembinaa tembok gabion adalah cukup menarik sekiranya dibandingkan dengan tembok-tembok lain terutama sekali apabila terdapat banyak batu sesuai di kawasan berhampiran tapak bagi mengisi sangkar-sangkar gabion tersebut. Untuk meninggikan kestabilan tembok gabion adalah disyorkan supaya tembok gabion disendeng sebanyak 6º. kos mengemaskan tapak serta kos menggali.merupakan jenis tembok graviti. Kos ini mestilah termasuk kos bahan. Sekiranya tanah belakang tembok adalah tanah pasir. Tembok gabion permukaan bertangga adalah lebih sesuai jika tembok tersebut melebihi 10 kaki tinggi.1. Perlu diambil kira bahawa tembok jenis ini mneggunakan lebih acuan serta isipadu konkrit dan tetulang keluli. Penggunaan tembok konkrit tetulang jenis penegang ialah apabila tinggi temboknya di antara 30 hingga 40 kaki. Batu-batu yang keras dicuci dan tahan lama mengikut saiz 4 hingga lapan inci adalah kerap digunakan. 5. Tembok konkrit tetulang jenis ‘T’ adalah bersesuaian dari jenis ‘L’ yang hanya patut digunakan apabila kawasan pembinaan penapak adalah terhad. Apabila mengisi sangkar gabion tersebut hendaklah dipastikan bahawa batu bahagian luar adalah teratur dan kelihatan padat serta berbentuk segiempat. Walau bagaimanapun kos unit individu perlu diambil kira sebelum membuat keputusan.

Sesuai bagi aktiviti yang melibatkan kuantiti tanah peroi yang banyak dimana kebarangkalian berlakunya kegagalan putaran terjadi. Sesuai bagi kuantiti runtuhan yang kecil atau pergerakan kecil. ii) Meratakan Cerun.1.4 Tembok Krib Kebelakangan ini tembok krib merupakan sejenis tembok yang semakin kerap digunakan di kalangan perekabentuk struktur penahan tanah. Pelandaian mestilah mampu menerima larian air permukaan.5. Sesuai bagi aktiviti yang melibatkan kuantiti tanah peroi yang banyak bagi kawasan yang mengalami runtuhan kecil di mana kaki cerun terlalu curam. Perlu dipastikan penambakan tidak menyebabkan pembebanan berlebihan. Ini disebabkan kos dan masa yang diperlukan bagi membina tembok krib tersebut adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan tembok-tembok lain. 5. iv) Membuang bahagian yang mengalami kegagalan. iii) Melandaikan Cerun. Membina tetingkat dimana bagi menjalankan kerjakerja merata adalah sukar dan terjadinya takungan pada permukaan.5 Pengarasan Semula Cerun i) Penggalian pada tingkat atas cerun. Menambak tanah dimana pembebanan bagi menstabilkan pada bahagian yang mengalami pergerakan.1. 45 . Kurang efektif bagi tanah yang mengalami perayapan dan kegagalan cetek. v) Menambak tanah pada kaki cerun.

Limpahan hendaklah disalurkan terus keluar dari kawan runtuhan.5. turapan dan penutup. Berguna dalam pelbagai situasi di mana longkang pada kawasan yang mengalami runtuhan cukup berguna terutamanya semasa kritikal. Sesuai bagi air permukaan yang rendah dimana iar dialirkan dengan kuantiti yang banyak dari permukaan. 46 .1.6 Longkang Permukaan i) Longkang terbuka sepanjang kawasan runtuhan. ii) Rawatan permukaan dengan pembenihan. 5. Dilakukan pada lokasi yang mengalami runtuhan kecil bagi mengawal atau mengalihkan serapan air permukaan dimana mengelakkan kerosakkan lebih besar.7 Pengarasan Semula Larian Air Permukaan i) Membina salur pada cerun. Sesuai bagi kawasan runtuhan yang besar di mana air liang disalurkan melalui salur sebelum ianya sampai kepada bagaian yang gagal.1. Kaedah ini cukup ekonomi di mana kos yang diperlukan adalah rendah. ii) Membina parit bagi mengalirkan air.

2 PENYELESAIAN Setelah dikenal pasti faktor penyumbang utama kepada kegagalan cerun bagi Jalan Kuala Lumpur – Bentong. Namun setiap kaedah penyelesaian ini mempunyai pro dan kontra yang perlu diberi perhatian. 2.5. Tahan . Menarik dan estatik. Keselamatan dan Kontra 1. 2. 1. maka cadangan pembaikkan dan penyelesaian kepada masalah tersebut dapat dicadangkan. 1. 47 . Kos pembaikan tinggi. Jadual 5. dikawal. Setelah penilaian dibuat berdasarkan kepada pro dan kontra. Mudah dibina sepanjang jalan 3.1 Kaedah penyelesaian Cadangan Kaedah Pertama Memotong semula cerun dengan melandaikan sudutnya dan membina longkang di sepanjang Kedua Pro 1. 4. didapati kaedah penyelesaian bilangan dua (2) merupakan alternatif penyelesaian terbaik (sila rujuk lampiran A) terutamanya dari jangka masa panjang. dan jalan kotor. Melibatkan kerja kestabilan cerun tanah yang banyak jalan Membina ‘Rubble dapat dipastikan. Didapati kaedah penyelesaian ini cuma memerlukan kawasan kerja yang kecil iaitu bahu jalan sahaja berbanding dengan kaedah penyelesaian pertama iaitu kawasan kerja yang luas diperlukan bagi lori mengangkut tanah. Mutu konkrit sukar Pitching’ dan longkang di 2. Dengan itu dicadangkan dua (2) kaedah penyelesaian berlandaskan kesesuaian di tapak ( rujuk jadual 5. Sudut cerun selamat dapat diperolehi. Senang diselenggara.1 ).

ii) Membuang bahagian yang mengalami kegagalan runtuhan yang kecil atau pergerakan kecil.5. maka lebih baik jika penapis seperti geotextile digunakan bagi mengurangkan larut lesap pasir tersebut. 48 . Dilakukan bagi mengawal atau mengalihkan serapan air permukaan dimana mengelakkan kerosakkan lebih besar. v) Longkang bertingkat perlu dibina pada bahagian atas dan kaki cerun disepanjang jalan.3 LANGKAH KERJA PENYELESAIAN Berdasarkan dari penyiasatan dan lawatan tapak yang dijalankan dinyatakan di sini langkah kerja yang perlu dilaksanakan bagi memastikan cerun kestabilan cerun : i) Rawatan permukaan dengan penutup plastik dan sebagainya. iv) Tembok Serpihan Batu (Rubble Pitching) dibina bada bahagian kaki cerun bagi mengawal pergerakan dan hakisan. iii) Sekiranya tanah belakang tembok adalah campuran tanah pasir.

4 CADANGAN Setelah kajian ini selesai. Disebabkan tempoh masa yang terhad maka maklumat yang diperolehi mungkin terdapat ralat. kesuntukan masa di mana bagi setiap kajian memerlukan tempoh yang agak panjang bagi menjalankan penelitian. adalah dicadangkan kajian lebih mendalam berkaitan perkara tersebut dapat dijalankan pada masa akan datang. Oleh itu. 49 .5. Ketiadaan peralatan terkini bagi mengkaji dan mengesan kegagalan cerun agak dikesali dan sepatutnya dibekalkan kepada setiap JKR daerah bagi memudahkan pemantauan dijalankan. didapati kajian berhubung jenis dan kekuatan ciri tanah tidak diberi penekanan kerana melibatkan kerja-kerja di makmal. Selain itu.