You are on page 1of 4

PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih
mengenai penyelenggaraan pencegahan bagi peralatan elektronik.
PENERANGAN/INFORMATION:
Penyelenggaraan pencegahan adalah satu aktiviti berkala yang dilaksanakan mengikut satu tempoh
tertentu bagi memastikan setiap peralatan yang dibekalkan berada dalam kedaaan baik dan optimum.
Aktiviti ini merangkumi aspek fizikal dan maya di mana peralatan diselengarakan secara menyeluruh dan
hasilnya peralatan tersebut akan beroperasi dengan lebih baik dan mempunyai jangka hayat lebih lama
berbanding peralatan yang tiada aktivi penyelenggaraan.
1.

KESELAMATAN

i.

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ataupun lebih dikenali dengan nama OSHA
(Occupational Safety and Health Adminstration) merupakan badan yang bertanggungjawab memantau
kesihatan dan keselamatan pekerja.

ii.

Visi: Budaya Kerja Selamat & Sihat

iii.

Objektif penubuhan OSHA:


a.
b.
c.
d.

Memenuhi keperluan Akta 514: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.


Melaksanakan arahan Universiti menerusi mesyuarat EXCO Naib Canselor ke 68/97.
Melaksanakan Pelan Tindakan Mencegah Kemalangan di Makmal/Bengkel
Menjalankan dan mengkoordinasi aktiviti-aktiviti proaktif bagi memastikan persekitaran kerja selamat dan
sihat.

2.

DEFINISI PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

2.1

Penyelenggaraan pencegahan merupakan penyelenggaraan bersifat mencegah dan dilakukan mengikut


sela masa yang telah ditetapkan mengikut jenis kerja. Ini bertujuan untuk mengawal kemungkinan
berlakunya kegagalan dan kemerosotan prestasi sesuatu mesin dan peralatan.
Ciri-Ciri Penyelenggaraan Pencegahan

a.
b.
c.
d.
e.
3.

Berikut merupakan ciri-ciri dalam penyelenggarran pencegahan iaitu:


Ia dilakukan secara rutin dan berulang dalam sela masa yang telah ditetapkan.
Ia melibatkan aktiviti penyenggaraan yang mudah sehingga komplek.
Pada kebiasaannya ianya melibatkan komponen yang komplek dan sensitif.
Ia juga melibatkan komponen yang sentiasa bergerak.
Ia memerlukan peralatan penyelenggaraan yang cukup dan lengkap.
JENIS-JENIS PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

Terdapat empat (4) jenis Penyenggaraan Pencegahan yang perlu diketahui:


a. Penyenggaraan berkala/berjadual
Penyenggaraan yang dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan walaupun mesin masih boleh
beroperasi dengan baik. Penyenggaraan ini mempunyai tempoh atau sela masa yang merujuk kepada
keperluan mesin.
b. Penyelenggaraan ramalan/jangkaan
Penyenggaraan yang dilakukan mengikut ramalan yang dibuat oleh pakar mesin. Ianya dilakukan
merujuk kepada status mesin yang beroperasi pada keadaaan yang kurang baik.
c. Penyelenggaraan secara peluang
Penyenggaraan yang dilakukan apabila mesin mempunyai masa untuk membuat penyenggaraan tanpa
mengganggu kualiti dan kuantiti pengeluaran.
d. Penyenggaraan rekabentuk semula
Penyenggaraan yang dilakukan merujuk rekabentuk semula untuk mesin yang sedia ada.
4.

SEBAB-SEBAB KERJA PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN DILAKUKAN

4.1 Pada dasarnya kerja-kerja penyenggaraan dibuat atas dua (2) sebab, iaitu:
a. Kerja-kerja tersebut telah dirancang awal dan perlu dilaksanakan pada tarikh, tempoh yang telah
ditetapkan.
b. Apabila bahagian pengguna mesin membuat permintaan membaiki mesin yang diluar dari kerja-kerja
yang telah dicadangkan.
4.2 Untuk kerja-kerja penyenggaraan pencegahan, penyelia atau kakitangan tertentu mestilah melaksanakan
kerja-kerja tersebut mengikut jadual dan dilakukan secara tersusun. Walau bagaimanapun untuk kerjakerja yang dibuat melalui panggilan kecemasan atau arahan daripada pihak atasan, maka perlaksanaan
kerja-kerja tersebut agak sukar untuk mendapatkan hasil yang optimum.
4.3

Hal ini berlaku kerana ia dibuat diluar dari yang dirancang dan diluar dari belanjawan yang ditetapkan.
Oleh itu, sekiranya pengurusan penyenggaraan menerima aduan kecemasan dari bahagian pengguna
mesin, langkah-langkah segera perlu dibuat, begitu juga dengan permintaan dari pihak pengurusan atas.

5.

KEBAIKAN PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN


Diantara kelebihan ataupun kebaikan yang dapat diperolehi daripada penyenggaraan pencegahan adalah
seperti berikut :
Kurang masa pengeluaran yang tidak produktif kerana kerosakkan dapat dikurangkan.
Mengurangkan kerosakkan besar dari berlaku dengan sendirinya serta mengurangkan pembayaran gaji
kerja lebih masa.
Kurang menggunakan tenaga pekerja dan kemudahan senggaraan disebabkan jarang berlaku
kerosakkan yang berulang-ulang.
Kos baik pulih yang rendah
Mutu hasil kerja yang lebih tinggi kerana alatan sentiasa berada dalam keadaan baik.
Kurang pelaburan modal dalam membeli alat-alat ganti yang berlebihan.
Mengurangkan kos senggaraan (kos buruh & bahan) dalam jangka masa panjang.
Keselamatan kerja yang lebih terjamin.
Penggunaan peralatan yang lebih lama dari jangkaan had umurnya.

a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.

j.
k.
l.

6.

Kawalan kerja yang lebih sistematik dengan adanya jadual-jadual senggaraan.


Meningkatkan pengeluaran kerana tiada gangguan dari kerosakkan peralatan.
Mengurangkan kos seunit untuk setiap hasil yang dikeluarkan.

KESAN-KESAN JIKA PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN TIDAK DILAKUKAN


Terdapat beberapa kesan (effect) akan berlaku ke atas peralatan jika tidak dijalankan senggaraan
cegahan seperti :
a. Bertambah kerosakkan pada peralatan yang disebabkan oleh kekuatan (degradation) pada peralatan
tersebut yang semakin lama bertambah.
b. Mengurangkan produktiviti
c. Merendahkan kualiti dan mutu kerja
d.

Hasil =

Masukan Keluaran
Masukan

x 100%

Mengurangkan hasil pengeluaran di mana


e. Lambat kerja-kerja penghantaran barang
f.
Tahap pengeluaran barangan tidak menentu
g. Susutan dari segi sistem keselamatan pada loji berkenaan
h. Melemahkan moral pekerja
i.
Menyebabkan kerugian besar

7.
KEJAYAAN DAN PERLAKSANAAN PROSES PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN
8.1 Kunci kejayaan program penyenggaraan pencegahan adalah bergantung kepada perlaksanaan
penjadualan penyenggaraan yang telah ditentukan. Penyenggaraan ini perlu dilakukan mengikut jadual
dan haruslah dilakukan kepada semua komponen yang telah ditetapkan dan mengikut keperluan mesin.
Perlu dipastikan bahawa penyenggaraan pencegahan perlu dilakukan dalam masa yang telah ditetapkan
oleh pihak organisasi.
8.2 Perlaksanaan penyenggaraan konversional menggunakan konsep daripada lengkukBathub. Penjagaan ini
mempunyai konsep dimana komponen mesin ditukar yang baru sebelum komponen yang lama itu tamat
jangka hayatnya.
8.3 Perlaksanaan penyenggaraan ini akan berjaya sekiranya kenyataan atau perkara yang perlu dilakukan
kepada mesin dan komponen mesin adalah jelas. Penyenggaraan pencegahan adalah lebih fokus
kepada proses pembersihan komponen, proses pelinciran, proses pembetulan. Kekurangan berlaku
kepada komponen mesin yang diperolehi daripada pengujian dan pemeriksaan ke atas komponen
tersebut.
8.4 Apabila komponen mesin perlu dilaraskan atau ditukar, ia perlulah dilakukan oleh orang yang mempunyai
kemahiran yang tinggi dan bermotivasikan pakar. Bilangan penukaran komponen atau bahagian mesin

perlulah rendah dan ianya dilakukan hanya dimana bukti perangkaan menunjukkan ciri-ciri komponen
tidak boleh digunakan.

SOALAN
1. Berikan maksud Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)?
2. Senaraikan empat (4) jenis penyenggaraan dalam Penyelenggaraan Pencegahan?
3. Nyatakan kepentingan Penyelenggaraan Pencegahan?