KERJA KURSUS GEOGRAFI

NAMA CALON : NUR ‘AMIRAH MOHD NOOR TINGKATAN : 3 KRK 5

NOMBOR KAD PENGENALAN : 920509-03-5380 ANGKA GILIRAN : NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUL SULTAN IBRAHIM(1) TAJUK KERJA KURSUS : KAJIAN TENTANG MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI KAMPUNG PENGKALAN PASIR, PASIR MAS, KELANTAN NAM GURU NAMA : CIKGU MAMAT B. ABDULLAH

1

ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK
1 2 3 4 5 6 7 8 9 PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

HALAMAN
2 3-4 4 5 6 6–1 13 13-14 15-18 19

PENGHARGAAN
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya laporan kajian mengenai migrasi dalaman penduduk di Kampung Pengkalan Pasir, Pasir Mas, Kelantan. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada pihak sekolah yang memberi pelbagai bantuan dan kebenaran menjalankan kajian.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Marzaidin Yaacob, guru mata pelajaran Geografi Tingkatan Tiga Rancangan Khas Lima(3KRK5) yang telah memberi ) panduan, nasihat serta bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang masa kajian ini dijalankan dan juga kepada Tuan Pengetua SMKSIS yang banyak memberi dorongan. Dan yang
2

paling utama ucapan ribuan terima kasih ini juga ditujukan khas kepada ibu bapa kan tersayang iaitu Encik Mohd Noor bin Abdul Rahman dan Puan Nor Majidah binti Lajib kerana telah memberi banyak perhatian dan semangat kepada saya bagi menyempurnakan kajian ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi kerjasama serta sumbangan yang ikhlas yang dihulurkan semasa kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada semua penduduk di Kampung Pengkalan Pasir yang telah memberikan kerjasama yang baik semasa temu bual dijalankan.

Wassalam…

PENDAHULUAN
Saya Nur ‘Amirah binti M Mohd Noor, pelajar tingkata 3KRK5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu. Saya telah menjalankan kajian di kawasan kediaman saya. Saya menjalankan kajian tentang migrasi dalaman njalankan penduduk di

sebahagian kawasan perumahan Kampung Pengkalan Pasir. Saya juga telah menjalankan temu bual tentang jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian. Kajian ini men mengambil masa kira-kira selama lima minggu untuk saya menulis laporan.

Melalui kajian yang dijalankan, saya dapat mempelajari kaedah merekod data dan rekod mempersembahkan data dalam bentuk graf dan jadual. Saya juga dapat mengenal pasti uga migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian,dinamik penduduk dinamik pekerjaan penduduk.
3

dan juga jenis

Saya memilih kawasan Kampung Pengkalan Pasir sebagai kawasan kajian saya kerana kawasan ini adalah kawasan yang maju dan kawasan ini juga terdapat banyak kemudahan asas antaranya stesen minyak, kedai runcit, kedai makan dan di samping itu sekolah saya juga cuma 1 kilometer dari kawasan Kampung Pengkalan Pasir. Rumah saya juga terletak di Kampung Pengkalan Pasir.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian saya ialah : Mengetahui konsep migrasi penduduk di kawasan kajian.

a.

b.

Mengenal pasti pola migrasi penduduk di kawasan engenal kajian.

c.

Mengenal pasti faktor-faktor mempengaruhi migrasi penduduk di kawasan kajian.

d.

Mengenal pasti kesan migrasi dalaman penduduk.

e.

Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi kesan migrasi encadangkan

f.

Menyatakan penerapan nlai atau unsur patriotisme.

4

KAWASAN KAJIAN
Kawas n kajian saya merupakan sebahagian daripada kawasan Kampung Kawasan Pengkalan Pasir. Kampung Pengkalan Pasir terletak kira-kira 2 kilometer daripada pusat bandar Pasir Mas. Keluasan Kampung Pengkalan Pasir pula ialah kira-kira 4 kilometer persegi dan jumlah penduduk pula dianggarkan kira-kira 500 orang yang terdiri daripada kaum Melayu dan Cina. Kampung Pengkalan Pasir juga dihubungi oleh jalan raya yan yang berturap dan digunakan oleh kere van dan motosikal. reta,

Penghulu di kawasan kajian, Kampung Pengkalan Pasir pula bernama Haji Roji bin Daud. Tok imam Kampung Pengkalan Pasir pula bernama Haji Musa bin Abdullah. Manakala bilal Kampung Pengkalan Pasir pula bernama Muhammad bin Bakar.

Kemudahan fizikal yang ada di Kampung Pengkalan Pasir ialah sungai. Sungai ini menghubungkan Jalan Pasir Mas dengan jalan ke Kota Bharu dan di Kampung Pengkalan Pasir juga terdapat sawah padi di mana ianya menjadi rutin harian petani untuk mencari rezeki.

*lampirkan satu peta jajahan Pasir Mas – rujuk google map *lampirkan satu peta kg. Pengkalan Pasir – rujuk goggle map

5

KAEDAH KAJIAN
a.

Rujukan dari penghulu kampung

Saya mendapat maklumat tentang ke kedudukan secara khusus dan efektif.

b. Pemerhatian di kawasan kajian

Melalui pemerhatian ini saya dapat mengenal pasti keadaan ya kawasan kajian saya.

c.

Temubual dan soal selidik bersama penduduk kampung

Tujuannya adalah untuk mengumpul maklumat dan data penting umpul tentang jenis pekerjaan mereka.

DAPATAN KAJIAN
Konsep Migrasi Penduduk Migrasi ialah proses pergerakan atau penghijrahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat lain sama ada secara kekal atau sementara. Terdapat 2 jenis migrasi: i

1. Migrasi

dalaman iaitu perpindahan penduduk dalam negara contohnya yang

berpindah dari tempat asalnya contohnya di Jerantut ke daerah Pekan di Pahang atau perpindahan dari negeri Sarawak ke Selangor.

6

2. Migrasi

antarabangsa melibatkan pe perpindahan penduduk dari sebuah negara ke

negara yang lain. Contohnya k egara kedatangan pekerja Indonesia ke negara Malaysia. egara

Pola Migrasi di Kawasan Kajian

Terdapat 4 jenis pola migrasi penduduk:
1. 2. 3. 4.

Luar bandar ke bandar andar Luar bandar ke luar bandar andar Bandar ke luar andar Bandar ke bandar andar

Di kawasan kajian terdapat 2 jeni pola migrasi iaitu dari luar bandar ke luar bandar jenis dan dari luar bandar ke luar bandar. Migrasi luar bandar ke bandar adalah pola migrasi andar yang paling ketara kerana orang muda yang ingin memperoleh pendapatan yang lumayan dan menikmati hidup yang lebih selesa. Contohnya ramai golongan muda berhijrah ke Lembah Klang dan Bayan Lepas Pulau Pinang untuk mencari pekerjaan.

Migrasi dalaman juga berlaku dari luar bandar ke luar bandar yang lain kerana membuka tanah rancangan. Contohnya berpindah ke kawasan FELDA dan FELCRA di Gua Musang dan Jeli.

Faktor yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

7

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian. Antaranya pertambahan penduduk di luar bandar menyebabkan kekurangan tanah pertanian. Tanah pertanian semakin kecil akibat pewaris yang banyak dan juga penggunaan jentera moden mengurangkan penggunaan tenaga buruh.

Faktor peluang pekerjaan yang banyak di sektor perkhidmatan, perindustrian dan perniagaan di Lembah Klang, Bayan Lepas, Shah Alam dan Johor Bharu menjanjikan pendapatan yang lumayan.

Pelbagai kemudahan sosial disediakan di bandar seperti kawasan perumahan, a institusi pengajian tinggi, tempat hiburan, pusat mmbeli belah dan kemudahan infrastruktur menarik penduduk berhijrah secara besar-besaran dari luar bandar ke h bandar.

Terdapatnya rancangan pembangunan wilayah yang dikendalikan oleh agensiagensi seperti KESEDAR, KETENGAH, DARA, KEJORA dan sebagainya yang bertanggungjawab memajukan kawasan luar bandar dengan menyediakan rumah dan kemudahan awam seperti jalan raya, sekolah, pusat perubatan, bekalan air dan elektrik.

Penerapan Unsur Patriotisme Ini dapat menerapkan nilai kesyukuran yakni berterima kasih, mengenang budi l i dan penghargaan rakyat kepada kerajaan.

8

Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian A ( KESAN POSITIF ) 1) Penduduk Bertambah - Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor governan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun penduduk di kampung saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni oleh penduduk. 2) Hasil Pertanian Bertambah - migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian telah bertambah disebabkan oleh pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan pertanian. Keadaan ini telah menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran terutamanya hasil kelapa sawit. B ( KESAN NEGATIF ) 3) Masalah Sosial - Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang di bawa oleh penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor pertanian. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan kampung saya. Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah rumah dan mengganggu anak gadis di kampung saya.

9

4) Persaingan Mendapatkan Peluang Pekerjaan / Penggangguran - kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warga asing telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk kampung saya. Apabila berlakunya persaingan ini akan menyebabkan berlakunya masalah pengangguran. 5) Struktur Penduduk Berubah - migrasi luar bandar ke bandar yan berlaku di kawasan kampung saya telah menyebabkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang berhijrah ialah golongan belia atau muda terutamanya lelaki. Keadaan ini telah menyebabkan golongan muda semakin berkurangan dan golongan kanak-kanak serta tua terus bertambah. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk mengadakan aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat. Penerapan Unsur Patriotisme Saya berharap walau pun penduduk kampung berusaha untuk meningkatkan taraf hidup, kemakmuran kampung juga perlu dipelihara. Penduduk kampung perlulah saling bekerjasama untuk memastikan keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung daripada sebarang masalah sosial daripada terus berlaku. Walau bagaimana pun saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi aman dan selamat untuk dihuni. Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

10

Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah beberapa tindakana boleh diambil. Antaranya ialah :1) Wujudkan Rukun Tetangga - rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan kampung sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk kampung bagi memastikan keadaan kampung sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam. 2) Wujudkan Peluang Pekerjaan - bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial yang diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan. 3) meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan - pihak kerajaan atau AJK kampung perlulah memastikan kemudahan kesihatan dan pendidikan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat penting bagi memastikan golongan muda atau belia tidak berpindah atau meninggalkan kampung dan berhijrah ke kawasan bandar. Penerapan Unsur Patriotisme Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan , masalah dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa

11

kampung ini merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir. Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga kampung ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk kampung saya ini.

JENIS PEKERJAAN PENDUDUK KAMPUNG PENGKALAN PASIR
JENIS BILANGAN PEKERJAAN PEKERJA Pengurus bank 3 Buruh 10 Guru 15 Polis 17 Peniaga 32 Petani 34 Kakitangan swasta 35 Lain-lain 40 Jumlah 186 Sumber : Soal selidik

DI

12

Jadual dan graf menunjukkan jenis pekerjaan penduduk di Kampung Pengkalan Pasir. Seramai 9 orang daripada jumlah responden yang di temubual adalah ahli-ahli professional, seperti guru, polis dan pengurus bank.

Tiga orang daripada jumlah responden yang di temubual bekerja sebagai peniaga. Semuanya merupakan peniaga Melayu. Dua daripada jumlah responden Melayu di kawasan kajian bekerja sebagai buruh. Responden yang lain bekerja sebagai petani dan kakitangan swasta.

RUMUSAN
Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk kampung. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk kampung. Di samping
13

itu, golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang amat berharga untuk membangunkan kawasan kampung saya.

Kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa Kampung Pengkalan Pasir mempunyai migrasi dalaman yang unik dan komposisi penduduk yang berbilang kaum. Komposisi penduduk yang berbilang kaum tersebut adalah kaum Melayu dan kaum Cina. Secara am, kaum Melayu mengatasi kaum Cina. Kedudukan kawasan kajian membolehkan mereka pergi ke tempat karja dengan mudah. Namun begitu, ada juga yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas untuk ke tempat kerja.

Saya merasa amat bertuah kerana penduduk di kampung ini hidup dalam aman dan damai tanpa konflik. Mereka mempunyai interaksi yang baik antara satu sama lain. Mereka sering kali mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti perpaduan yang dijalankan. Mereka juga saling bekerjasama antara satu sama lain. Malahan, mereka juga saling mengambil berat antara satu sama lain.

14

LAMPIRAN
SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA
Pengetua, Sekolah Menengah Sultan Ibrahim(1) 17000 Pasir Mas, Kelantan. Tuan, Menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT) Merujuk perkara di atas saya ........................................................ ........... membenrkan anak jagaan saya ......................................................... pelajar . . .. dari tingkatan ............ untuk menjalankan Kajian Geografi Tempatan bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga. 2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika berlaku sesuatu yang tidak diingina kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah. Sekian,terima kasih Yang benar, ........................... .......................................... ( )

Tel : 09-7909922

15

SURAT PENGENALAN DIRI PELAJAR
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1) ekolah 17000 Pasir Mas, Kelantan. .

Tel : 09-7909922 Rujukan kami : Tarikh :

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN Tuan / puan Kajian Geografi Tempatan (KGT) Pembawa surat ini ................................................................. adalah seorang ............................ pelajar tingkatan ................ dari Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1) ............... 17000 Pasir Mas. Pelajar ini sedang membuat kajian luar untuk memenuhi syarat kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Geografi KBSM. 2. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah ..................................................... ( PN MUHANIZAH BT. MUSTAPHA) ) Pengetua, SMK Sultan Ibrahim(1) 17000 Pasir Mas, Kelantan.

16

SURAT KEBENARAN UNTUK MELAWAT / MENEMURAMAH DAN MENDAPAT BAHAN SUMBER
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1) 17000 Pasir Mas, Kelantan. .

Tel : 09-7909922 Rujukan kami : Tarikh :

Tuan, Kajian Geografi Tempatan(KGT) Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar sekolah ini sedang menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan. 3. Kajian ini merupakan sebahagia daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi KBSM. Kajian melibatkan pelajar sekolah mengumpul meklumat dan mendapatkan maklumat tentang beberapa aspek geografi tempatan. 4. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi kerjasama kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. 5. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah ........................................................ .................................................. (PN. MUHANIZAH BT. MUSTAPHA) ) Pengetua, SMK Sultan Ibrahim(1) 17000 Pasir Mas, Kelantan.
17

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1) Jalan Meranti, 17000 Pasir Mas, Kelantan. BORANG SOAL SELIDIK KERJA KURSUS GEOGRAFI 2010 Nama : _____________________ Umur : ___________________

Alamat : _________________________________________________ Arahan : Bulatkan pada jawapan yang sesuai 1. Jenis pekerjaan penduduk A. Pengurus Bank F. Petani B. Buruh G.Swasta C. Guru H.Lain-lain D. Polis E.Peniaga

2. Amalan migrasi yang dilakukan oleh ahli keluarga A. Gua Musang D. Luar Kelantan B. Jeli C. Kota Bharu

E. Luar Negara

3. Kesan migrasi kepada keluarga A. Tanah terbiar B. Menambah pendapatan C. Kemudahan asas lebih baik E. Memupuk kesedaran pentingnya pekerjaan G. Menggalakkan daya kreativiti dan inovasi

D. Mengurangkan pengangguran F. Memupuk sikap berjimat cermat

18

RUJUKAN
1.

Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon Ratnam Karuppiah Servai . , Choon, 2004 Buku teks Geografi Tingkatan 2 Cetakan Rina Sdn,Bhd .Petaling Jaya 2004. 2. Selangor.

2. Khaw Ah Seng , Habibah Binti Haji Lateh, Tan Koh Lim . 2004. Geografi Tingkatan 3. - PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd . Petaling Jaya Selangor.

3.

Sabaruddin Abdul Rahman , Normala Ahmad 2005. i-STUDI TERBAIK Ahmad. GEOGRAFI TINGKATAN 1.2.3 SNP Panpac (M) Sdn.Bhd, Kuala Lumpur. 1.2.3. ,

19

20