P. 1
Kst 2010 smk tebobon...by -RECAH-

Kst 2010 smk tebobon...by -RECAH-

|Views: 508|Likes:
tiru jangan tak tiru.......haha
tiru jangan tak tiru.......haha

More info:

Published by: Muhammad AFiq Abd Rashid on May 18, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as ODT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/15/2012

pdf

text

original

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan Folio Sejarah ini. Tanpa izin-Nya mustahil dapat saya menyempurnakan tugasan ini.Terima kasih juga saya ucapkan kepada Puan Pengetua Dr Shirley tay. Begitu juga kepada guru Geografi saya Puan Sukriah, yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini sekaligus membimbing saya melaksanakan kajian ini. Tidak lupa juga kedua ibu bapa saya Nuridah Binti Yukon dan Sabile Bin Ahmad yang telah banyak memberikan sokongan dan bantuan kewangan kepada saya. Mereka juga banyak memberikan maklumat-maklumat tambahan. Tugasan saya mungkin bertambah sukar lagi tanpa bantuan dan galakan mereka. Ribuan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada saya ketika mencari bahan dan maklumat semasa membuat Kajian Sejarah Tempatan ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN

KAEDAH KAJIAN
Daripada kaedeah kajian yang saya telah gunakan ialah pemerhatian.saya telah memerhatikan semua upacata perayaan telaha dilangsungkan mengikut jadual tertentu yang telah ditetapkan. Kaedah kajian saya yang kedua ialah analisis dokumen.Saya telah menanilisis pelbagai doukumen untuk mendapatkan hasil kajian saya ini.Contohnya saya telah menganalisis pelbagai buku ilmiah untuk mencari bahan dan dimuatkan kedalam kajian saya ini. Selain itu,saya telah menggunakan kaedah layari laman web.Saya telah menggunakan kaedah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perayaan ini dan saya telah medapatkannya unutk di masukkan kedalam kajian ini.

PERAYAAN TRADISI
Menurut kajian yang telah saya kaji tentang Pesta Kaamatan.Selain, Pesta kaamatan juga dikenali sebagai “Tadau Ka'amatan” oleh kaum kadazandusun. Antara kaum etnik yang terlibat dalam mengadakan Pesta Kaamatan ini kebanyakannya kaum kadazandusun.Pesta Kaamatan akan disambut pada setiap bulan Mei. Tujuan mereka merayakan Pesta Kaamatan ini adalah utuk mengiktiraf signifikan sejarah dan untuk meraikan hasil perolehan hasil daripada tuaian pada.

LATAR BELAKANG
Menurut cerita lisan, kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon". Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran. Selain itu,saya juga diberitahu bahawa inidividu yang mengetuai dalam upacara khusus ialah Babahiza”ketua pendita”.Tempat khusus sambutan ini biasanya dujalankan dimana-mana dewan khas.

PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN
Masyarakat yang menyambut Pesta ini akan mengadakan acara sukaneka,pameran,pertunjukan tarian seperti tarian sumazau,mogunatip,paina,titikas.Pertandingan “sugandai Kaamtan” dan paluan gong yang tidak terhingga merianya.Acara kemuncaknya pula ialah Pertandingan Ratu Unduk Ngadau, dimana gadis-gadis ayu dan jelita Kadazandusun dari semua daerah diketengahkan unutuk diadili dari segi keayuan,kesopanan,kecerdasan, dan kesergahan pakaian tradisi yang dipakai.ratu “Unduk Ngadau Kaamatan” yang mendapat inispirasi dari lagenda”Huminodun(bermaksud “yang berkorban”) akan seterusnya menjadi icon kebanggaan Negeri Sabah secara keseluruhannya.Jika tradisi budaya Kadazandusun diteliti,gadis Kadazandusun yang bergelar “unduk Ngadau” ini merupakan “kombura tolundu”atau gadis terpilih di kalangan ribuan gadis atau wanita Kadazan Dusun. Peraturan atau pantang larang mereka bagi masyarakat Kadazandusun ialah adat mengatur corak kehidupan dari beranak hingga kepada kematian.Dari sejak dalam kandungan seorang ibu sudah menghadapi pelbagai pantang larang agar dia sentiasa baik dan selamat.Ketika itu juga bidan “menniniku” telah ditentukan yang akan menguruskan kelahiran anak. Setelah kelahiran,lebih banyak lagi pantang yang dikenakan untuk kesalamatan ibu.Anak juga dijaga supaya tidak dirasuk oleh roh jahat.Pada hari ke *, anak akan dicukur dan akan diberi nama dengan segala jampi serapahnya.Perkhahwinan di kalangan masyarakat Kadazandusun berlaku menurut hukum adat dan bermula dari merisik.Adat “mintaram” melarang sumbang antara anggota keluarga yang rapat.Selepas risikan dan tidak ada bermmimpi buruk maka pertunangan dirasmikan dengan pemberian cincin.

KESAN PERAYAAN
PENDIDIKAN Suku kaum lain yang menduduki negeri Sabah adalah seperti kaum murut,bajau,bisaya,irranun,suluk,orang sungai,kadayan,brunei,dan sebagainya.Walaupun Sabah kaya dengan pelbagai warisan dan budaya serta kesenian,namun perbezaan diantara satu sama lain amat ketara.Ini boleh dilihat terutama sekali dari segi pakaian tradisi,tarian tradisi,muzik tradisi,kraftangan dan sebagainya.Selain itu,perbezaan diantara berbagaibagai suku kaum di sabah juga dapat dilihat dari segi bahasa,adat,istiadat, corak dan pegangan hidup dan sebagainya. Kewujudan melalui bahasa Kadazandusun ini amat penting kerana melalui bahasa,maka sesuatu pretasi atau pencapaian budaya sesuatu suku kaum itu dapat ditunjukkan. Bahasa Kadazandusun ini terdapat dalam dua bentuk iaitu secara lisan dan bukan lisan.Namun, pada zaman dahulu, kebanyakan penduduk suku kaum Kadazandusun ini menggunakan bahasa Kadazandusun secara lisan disebabkan oleh tahap pendidikan yang kurang dititikberatkan pada ketika itu.Kebanyakan suku kaum Kadazandusun masi lemah dalam mengeja huruh,menulis serta membaca tulisan.Disebabkan itulah tulisan serta catatan dalam bahasa Kadazandusun akan berhubung atau menyampaikan sesuatu lisan sahaja pada zaman itu.

PELANCONGAN Pemilahan kudat sebagai pusat pelancaran Perayaan Pesta Kaamatan pada tahun-tahun yang lalu adalah kena pada tempatnya.Kudat mempunyai latar belakang sejarah dan juga komposisi masyarakay berbilang kaum serta potensi ekonomi dan perlancongan untuk membawa Negeri sabah kepada Kemakmuran yang lebih gemilang. Setiap tahun Pesta Kaamatan diraikan dengan berbagai-bagai acara yang melambangkan betapa kayanya tradisi dan budaya tempatan,khususnya suku kaum Kadazandusun.Kebudayaan dan kesenian tradisi ini adalah unik bagi negeri Sabah. Negeri Sabah yang begitu kaya dengan tarian tradisi,muzik,pakaian dan juga kraftangan tradisi seperti yang ada pada hari ini telah menarik pelancong asing untuk berkunjung ke negeri ini untuk menghayati secara lebih dekat sesuatu yang dianggap unuik dan mempunyai daya yang tersendiri. PERPADUAN Dengan sokongan dan dorongan kerajaan bagi memastikan setiap masyarakat di Sabah mengekalkan budaya dan adat resam supaya dapat diwarisi oleh anak cucu mereka pada masa hadapan. Perayaan Pesta kaamatan ini akan menjadi medan pertemuan antara pelbagai suku kaum demi mengeratkan lagi hubungan sesama mereka. Kepelbagaian budaya masyarakat di Sabah adalah tunjang kepada asas perpaduan kaum yang menjadi landasan kepada pembangunan Negara.

KEKELUARGAAN Negeri Sabah khususnya di malaysia sudah terkenal dengan penduduk yang berbilang bangsa yang hidup dalam suasana aman, bersatu padu dan saling menghormati antara satu dengan yang lain walaupun mempunyai perbezaan dari segi suku kaum,bangsa,kepercayaan dan adat resam. Selain itu,kita juga bernasib baik kerana dapat hidup dalam suasana aman damai dan makmur disebabkan kesediaan masyarakat dengan perbezaan yang ada di kalangan penduduk yang berbilang kaum. Selain menyumbang kepada perpaduan dan pencorakan budaya berwarna-warni,tradisi dan kebudayaan suku kaum melalui perayaan seperti Pesta Kaamatan pada hari ini sebenarnya telah menjana satu lagi sumber pendapatan Negara dan negeri Sabah khususnya melalui industri pelancongan.

RUMUSAN
Saya telah bersyukur kerana di tugaskan unutk menyiapkan kajian ini untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai parayaan-perayaan di malaysia,sebagai contoh saya telah memilih pesta kaamatan yang telah saya kaji. Selain itu,saya telah menghargai kerjasama yang mereka berikan unutk menyiapkan kajian saya ini.Dalam perayaan tersebut,masyarakat sekitarnya telah di jemput sama-sama unutk memeriahkan lagi suasana perayaan tersebut.Ini telah menggambarkan semangat kekitaan telah wujud dalam perayaan tersebut,contohnya mereka telah bekerjasama unutk membuat persiapan perayaan tersebut.

LAMPIRAN

-Pertandingan “Unduk Ngadau”

ELEMEN 3
Sebagai warganegara Malaysia yang amat kaya dengan semangat patriotism, perpaduan kaum dapat diperkukuhkan lagi dengan pelbagai sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini. Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum seperti hari raya Aidilfitri, Deepavalli, Tahun Baru Cina dan Krismas. Melalui sambutan perayaan pelbagai kaum ini kita dapat memahami dan menghargai amalan budaya setiap kaum di Malaysia. Di samping itu juga turut mengukuhkan lagi persefahaman dan semangat permuafakatan dalam kalangan kaum di Malaysia. Sikap saling menghormati budaya tradisi masing-masing dapat ditanam dalam diri mereka. Melalui sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum jelas mempamerkan sikap bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana kita dapat menyambutnya tanpa perasaan ragu-ragu akan keselamatan diri kerana Negara berada dalam suasana aman dan harmoni.Ekoran itu juga , ianya turut menyemai rasa cinta akan bangsa dan Negara kerana rasa bangga kita lahir lahir sebagai rakyat di bumi bertuah ini. Walau masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai budaya dan perayaan tradisi masing-masing, namun rasa komitmen dan sikap bertolak-ansur dan bertoleransi yang wujud dalam diri setiap warga Malaysia untuk memperkukuh dan mengekalkan perpaduan yang sedia ada. Sikap saling hormat-menghormati semasa merayakan perayaan tradisi ini ketara dalam setiap sambutan pelbagai kaum di Negara kita. Malah wujudnya suasana muhibbah atau semangat bermasyarakat apabila masing-masing tanpa mengira kaum menyambut dan meraikan suasana perayaan tradisi ini. Sikap berakhlak dan bepekerti mulia juga dapat kita lihat kerana masingmasing tanpa rasa kekok mengunjungi rumah rakan taulan yang berlainan bangsa semasa perayaan menunjukkan rakyat Malaysia kaya dengan nilai patriotisme demi mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara supaya Negara dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai bangsa ini terus kukuh dan kekal. Perayaan tradisi pelbagai kaum ini juga turut menyemai sikap rajin dan gigih. Ini jelas kelihatan apabila masing-masing tanpa mengira bangsa dan perayaan mengambil peluang suasana perayaan untuk membuka perniagaan bermusim ini. Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini akan dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana melalui upacara semasa sambutan perayaan tradisi ini pelbagai nilai dan aspek patriotisme akan dapat dipupuk dan disemai.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->