You are on page 1of 7

PERANCANGAN 5 TAHUN 2009 - 2013

RANCANGAN PEMBANGUNAN
5 TAHUN (2009 2013)
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUSAT
1. Pengenalan
Pusat sumber sekolah (PSS) merupakan eleman
yang penting dalam memantapkan lagi proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, PSS perlu
merancang program pembangunan pendidikan yang dapat
melahirkan warga pendidik dan murid yang berilmu
pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia
bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pembangunan Pusat Sumber Sekolah akan memberi
tumpuan kepada program pembangunan fizikal,
penggunaan ICT dalam pembelajaran, penerapan budaya
ilmu dan membaca di kalangan pelajar dan guru.
2. Matlamat Pembangunan Pusat Sumber Sekolah
2.1 Visi Sekolah : SK Bandar Pusat Sekolah Cemerlang
menjelang 2013
2.2 Misi Sekolah :
a) Menyediakan perkhidmatan pengurusan pendidikan yang
cemerlang.
b) Menyediakan pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan yang efektif dan menarik
c) Menyediakan perkhidmatan kokurikulum secara sistematik
dan cemerlang.

d) Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan


kondusif serta ceria di semua tempat.
e) Membentuk sahsiah dan akhlak yang terpuji dan bermoral
sebagai budaya hidup seharian.
f) Menjalin hubungan dua hala yang baik dengan ibu bapa,
komuniti dan pihak yang berurusan dengan sekolah demi
menjana kecemerlangan sekolah selaras dengan wawasan
negara.
3. Objektif Pembangunan Pusat Sumber Sekolah
3.1 Melaksanakan penstrukturan semula fizikal PSS
3.2 Mewujudkan PSS di setiap ruang prasarana sekolah
3.3 Menjadikan PSS sebagai pusat teknologi maklumat di
sekolah bagi membolehkan guru dan murid menggunakan
teknologi semasa untuk memperolehi, komunikasi dan
memproses maklumat
3.4 Melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembalajaran melalui penyediaan, pengurusan dan
penggunaan pelbagai bahan sumber
3.5 Menjadi pusat penerbitan bagi membantu guru
menghasilkan bahan pengajaran dan membantu pelajar
menghasilkan karya pembelajaran
3.6 Menggalakkan tabiat suka membaca dan
memperkembangkan minat serta kemahiran membaca dan
membina sikap apriasi sastera, membina suatu masyarakat
yang membaca, setarusnya ke arah budaya ilmu

4. Piagam Pelanggan Pusat Sumber SK Bandar


Pusat

Berusaha mengembleng seluruh tenaga warga


sekolah ini, untuk mewujudkan suatu perkhidmatan Pusat
Sumber Sekolah yang efisen, komited, cekap, cemerlang
dan mantap.
Memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara serta
Wawasan Pendidikan sebagai penghubung menuju ke arah
kecemerlangan sekolah dengan memberi penekanan
terhadap pengisian program pusat sumber yang mantap
dan dapat membantu kecemerlangan kurikulum dan
kokurikulum dengan penuh tanggungjawab.
Rancangan ini hanya dapat dicapai melalui :

Mewujudkan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah


yang cekap sesuai dengan kehendak dan keperluan
pengguna PSS.

Memastikan suasana PSS yang kondusif dan mantap


kepada semua pengguna agar dapat memberi peluang
untuk mereka mengembangkan bakat dan kemahiran
secara kreatif dan inovatif sesuai dengan objektif masingmasing.

Mewujudkan sistem pengawalan pelaksanaan dan


pengurusan perkhidmatan PSS yang berdisiplin dan cekap
menepati kehendak pengguna sejajar dengan arus
perkembangan teknologi dan pengurusan maklumat
terkini.

Menjalinkan hubungan yang erat, berkesan dan


melalui bentuk jalinan yang mesra pengguna secara
kolaboratif dan patisipatif untuk mencapai hasrat dan
wawasan organisasi.

5. Faktor-faktor yang membantu menungkatkan


pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
5.1 Faktor Sumber Manusia
5.1.1 Kepimpinan PSS
AJK INDUK PSS yang diketuai oleh Pengetua berperanan :
Merancang dasar dan polisi PSS
Merancang dan menyelesaikan masalah dan aspek
kewangan dan belanjawan
Merancang dan menyelesaikan masalah peralatan dan
pembangunan fizikal
Menyelaras dan memastikan semua program yang
dirancang bergerak ke arah pencapaian objektif yang
diharapkan
Membuat penilaian berkesan
5.1.2 AJK Kerja PSS
Pengurusan organisasi
Pengurusan persediaan bahan dan media
Oengurusan dan penradbiran PSS
Pengurusan unit kerja
Pengurusan fizikal dan keceriaan
Pengurusan aktiviti PSS
Pengurusan sumber manusia
5.1.3 Peranan Guru PSS
o Membantu memilih dan memperolehi bahan-bahan yang
bersesuaian

o Membantu menyediakan bahan


o Merancang kegiatan-kegiatan dan jadual waktu
perpustakaan
o Menyediakan bibliografi
o Mengajar cara menggunakan perpustakaan
o Memberi perkhidmatan kepada guru-guru dalam memilih
dan memperolehi bahan-bahan yang sesuai
5.1.4 Peranan Pelajar (Pengawas PSS)
Membantu guru perpustakaan menjalankan aktiviti
perpustakaan
Mengurus peminjaman dan pemulangan buku
Membantu guru PSS mengurus bilik-bilik sumber
5.2 Faktor Kewangan
5.2.1 Sumber
Wang kerajaan (Pusat Sumber)
Wang SUWA
Aktiviti PSS
5.2.2 Aktiviti untuk mendapatkan sumber kewangan
Jualan Buletin PSS
Jualan kad perpustakaan
Kutipan denda lewat
Jualan borang pertandingan / kuiz
5.2.3 Sumber ini digunakan untuk membiayai pembangunan
PSS dari aspek :

Penyelenggaraan
Menambah koleksi PSS
Menggerakkan aktiviti PSS
6. Keceriaan

Setiap sudut bangunan sekolah


Papan Maklumat
Labelling semua sumber di sekolah
Petunjuk Arah
Landskap (Taman Sumber)
Langsir
Tikar getah
Penghawa dingin
Hiasan dalaman

7. Penglibatan Pihak Luar


B Pihak Terlibat
il
1 Jabatan Pendidikan
Negeri Pahang
2

Pusat Sumber
Pendidikan Negeri

Pejabat Pendidikan
Daerah
Pusat Kegiatan Guru

4
5

Perpustakaan Negeri /
Daerah / Desa /

Peranan dan Sumbangan


Memberi khidmat nasihat
pembangunan dan
pengurusan
Memberi khidmat nasihat
pembangunan dan
pengurusan PSS
Khidmat nasihat
pelaksanaan PSS
Memberi khidmat bantuan
pengurusan PSS
Program galakkan membaca

6
7

Bergerah
PIBG
Individu

Sumber kewangan
Sumbangan buku

8. Rangkaian PSS
8.1 PSS akan berfungsi menggerakkan warga pendidik
sekolah sebagai penghasil ilmu dan pembekal ilmu.
8.2 PSS SK Bandar Pusat berhasrat mempunyai sistem
automasinya sendiri kelak.
8.3 PSS SK Bandar Pusat berhasrat mempunyai sistem
rangkaian dalamannya dan akan mencapai status PSS
tanpa sempadan menjelang 2010
9. Aktiviti Semasa

Perlantikan Pengawas PSS


Pelancaran program NILAM peringkat sekolah untuk Tahun
1 sahaja
Pengubahsuaian Pusat Sumber Sekolah
Penyertaan dalam pertandingan Bintang PERPUSPA
Mewujudkan sudut NILAM
Menyelenggara peralatan media elektronik untuk P & P
Pelaksanaan program Eduwebtv.com
Menyusun dan mengemaskini semula daftar buku dan
inventori PSS sekolah
Merancang rancangan jangka panjang (5 tahun) dan
meracang serta melaksanakan aktiviti semasa PSS (rujuk
pelan perancangan 5 tahun dan perancangan tahunan PSS)

You might also like