You are on page 1of 6

PENGURUSAN PANITIA

PENDIDIKAN ISLAM
1. Pendahuluan :
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam merupakan
teras dalam pengurusan kurikulum sekolah
khususnya dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan Pendidikan Islam. Peranannya amat
penting dalam usaha menjadikan pengurusan
kurikulum Pendidikan Islam di sekolah-sekolah lebih
terancang dan sistematik. Pengurusan Panitia
Pendidikan
Islam
yang
cemerlang
akan
memantapkan prestasi akademik dan sahsiah murid.
Justeru itu, diharapkan maklumat ini dapat membantu
merealisasikan harapan dan wawasan yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
serta
Falsafah
Pendidikan
Islam.
2. Definisi :
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah
bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia
Pendidikan Islam merancang, mengurus dan
melaksanakan matlamat, objektif strategik dan
program panitia secara berterusan dan berkesan.
3. Punca Kuasa :

Panitia Pendidikan Islam di sekolah ditubuhkan atas


arahan
Surat
Pekeliling
Ikhtisas
Bil.4/1986.
4. Objektif :
4.1 Mempertingkat pemahaman mengenai struktur
organisasi, fungsi dan tugas panitia Pendidikan Islam
disekolah.
4.2 Mempertingkat kerjasama dan muafakat guru
Pendidikan Islam untuk merancang, melaksana,
menyelia dan memantau keberkesanan semua
program
dan
aktiviti
yang
berkaitan.
4.3 Berusaha secara muafakat untuk mencari
penyelesaian masalah dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap
dan
tabiat
belajar
murid.
4.4 Memantapkan sistem dokumentasi maklumat
yang berkaitan dengan panitia Pendidikan Islam.
4.5 Mempertingkat kualiti pengurusan Panitia
Pendidikan Islam di sekolah

1.

Penambahbaikan Pengurusan Panitia :

5.1 Sistem Fail


5.1.1 Mengadakan sejumlah 14 buah fail yang mengandungi :
i.

Fail 01:Minit Mesyuarat


Fail 02:Maklumat Guru
Fail 03:Surat Menyurat / Pekeliling
Fail 04:Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
Fail 05:Pencerapan / Penyemakan Buku Latihan
Fail 06:Perancangan Peningkatan Panitia
Fail 07:Analisis Ujian dan Peperiksaan
Fail 08:Laporan Program / Aktiviti
Fail 09:Persatuan Agama Islam
Fail 10:Perkembangan Staf
Fail 11:Kewangan
Fail 12:Bank Soalan
Fail 13:PAFA
Fail 13.1
Fail 13.2

Fail 13.3
Fail 14:j-QAF
Fail 15:KSSR
5.2 Perancangan Peningkatan Panitia
5.2.1 Menyediakan Rancangan Jangka Panjang yang meliputi
Kurikulum, Ko-Kurikulum dan Sahsiah. Rancangan ini
adalah merupakan perancangan dalam tempoh tiga
hingga lima tahun.
5.2.2 Menyediakan Rancangan Tahunan Semasa iaitu dalam
tempoh setahun, merangkumi semua program dan aktiviti
panitia.
5.2.3 Menyediakan Rancangan Operasional iaitu kertas kerja
bagi setiap aktiviti yang hendak dijalankan.

5.3 Perkembangan Staf


5.3.1 Merancang dan mengadakan Perkembangan Staf
sekurang-kurangnya dua kali setahun.
5.3.2 Pengisian di dalam kursus tersebut merangkumi
antaranya, kaedah pengajaran dan pembelajaran

berkesan, pengurusan masa, pengurusan panitia,


penggunaan ICT dalam pengajaran dan perkembangan
kurikulum terkini.

5.4 Pengurusan Kewangan


5.4.1 Merancang dan membeli bahan bantu mengajar yang
bersesuaian.
5.4.2 Menggunakan peruntukan kewangan (Perkapita Geran PCG) untuk meningkatkan keberkesanan P&P seperti
mencetak dan membeli buku kerja.
5.4.3 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan panitia.
5.5 Laporan Program / Aktiviti
5.5.1 Menyediakan laporan program / aktiviti yang telah
dijalankan.
5.5.2 Semua laporan hendaklah dikemaskini dan dibukukan
dalam bentuk yang menarik.

5.6 Penyemakan Buku Latihan


5.6.1 Menentukan jumlah latihan dalam tempoh setahun
mengikut kelas.
5.6.2 Menghantar buku latihan kepada Guru Besar / Guru
Penolong Kanan mengikut jadual yang ditetapkan untuk
disemak.
5.6.3 Menyimpan Borang Semakan di dalam fail panitia.
5.7 Pengurusan Surau
5.7.1 Memastikan surau berada dalam keadaan bersih dan
ceria.
5.7.2 Menggunakan kemudahan surau untuk amali solat, P&P
dan kegiatan persatuan.
5.7.3 Merekodkan penggunaan surau dan mengemaskini stok
peralatan surau.
5.7.4 Menggunakan senarai semak pengurusan surau yang
dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri masingmasing.