You are on page 1of 3

Soalan I KBAT

Bab 5: Gerakan Kenderaan di atas Darat (Inersia)

Baca petikan berikut dengan teliti. Kemudian, jawab soalan di bawah.

KUALA LUMPUR 2 Mei - tiga sekeluarga termasuk seorang bayi tujuh bulan maut setelah
kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero Sport yang dinaiki mereka berlanggar dengan dua
buah Perodua Myvi sebelum terbalik di Kilometer 6.2, Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke), di
sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, mangsa, Fairuz Nizam Husain,35, yang
memandu Pajero Sport disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri
Azhari,27, dan bayinya, Nur Firuza Annisa yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan
meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Berdasarkan maklumat yang menjadi viral di laman sosial, kemalangan dipercayai berpunca
daripada enam kereta Perodua Myvi yang sedang berlumba sebelum dua daripadanya
bergesel dan merempuh sehingga terbalik Pajero Sport yang dinaiki mangsa.
Bagaimanapun dakwaan itu masih dalam siasatan pihak polis.
Sumber: Utusan Malaysia
1. Apakah jenis inersia yang dialami oleh bayi yang tercampak keluar tersebut?

(1 markah)
2. Berdasarkan konsep inersia, terangkan bagaimanakah bayi berkenaan boleh
tercampak keluar dari kenderaan?

(2 markah)
3. Apakah ciri-ciri keselamatan yang
mengurangkan risiko kemalangan?

terdapat

di

dalam

kereta

yang

boleh

(3 markah)

Soalan II KBAT
Bab 5: Gerakan Kenderaan di atas Darat (Momentum)

Lihat rajah berikut dengan teliti. Kemudian, jawab soalan di bawah.

Gambar di atas menunjukkan had laju kebangsaan bagi kenderaan ringan seperti kereta
dan kenderaan berat seperti lori.
1. Mengapakah had laju bagi kenderaan berat berbeza berbanding kenderaan ringan?

(3 markah)
2. Apakah yang mungkin berlaku sekiranya sebuah lori dipanju laju melebihi had
kelajuan yang dibenarkan?

(2 markah)
3. Risiko kemalangan bergantung kepada momentum kenderaan-kenderaan yang
terlibat. Bagaimanakah mengurangkan momentum sesebuah kenderaan?

(2 markah)

Panduan Pemarkahan Soalan I


Soala
n
1
2

Cadangan Jawapan

Markah

Inersia gerakan
Sebelum kemalangan berlaku, bayi berkenaan mempunyai inersia
gerakan.

Oleh itu, bayi berkenaan tercampak keluar daripada kenderaan


kerana inersia gerakan bayi tersebut cuba mengekalkan
pergerakannya semasa kemalangan berlaku.
a) Tali pinggang keledar
Tali pinggang keledar akan menghadkan gerakan
penumpang ke hadapan atau tercampak keluar dari
kereta.

b) Beg udara
Beg udara yang dipasang akan mengembung semasa
perlanggaran untuk melindungi kepala pemandu dan
penumpang daripada terhantuk ke stereng atau papan
pemuka.
c) Alas kepala
Alas kepala melindungi bahagian kepala dan leher
daripada kecederaan semasa perlanggaran berlaku.

Panduan Pemarkahan Soalan II


Soala
n
1

Cadangan Jawapan

Markah

Had laju kenderaan berat kurang daripada kenderaan ringan.


Ini kerana, momentum yang dihasilkan oleh kenderaan berat
adalah lebih tinggi.
Oleh itu, had laju bagi kenderaan berat dikurangkan bagi
meminimakan kesan kemalangan.
Lori yang dipandu laju melebihi had kelajuan mempunyai
momentum yang tinggi.
Sekiranya berlaku kemalangan, risiko kecederaan adalah lebih
dahsyat.
Momentum sesebuah kenderaan dapat dikurangkan dengan
mematuhi had berat dan had kelajuan yang telah ditetapkan bagi
kenderaan terbabit.

1
1
1
1
1