You are on page 1of 4

PANTANG LARANG KAUM INDIA

Malaysia kaya dengan pelbagai kaum. Setiap kaum


mempunyai pantang larang yang tersendiri. Antara pantang
larang yang selalu dititik beratkan adalah pantang larang
perkahwinan dan pantang larang perayaan. Bagi setiap
kaum sememangnya mempunyai pantang larang yang telah
lama wujud pada zaman datuk nenek moyang. Pantang
larang ini diamalkan sehingga sekarang bagi menerusi adat
resam kaum agar tidak dilupakan oleh generasi baru.
PANTANG LARANG PERKAHWINAN

Perkahwinan kaum India di Malaysia diklasifikasikan


kepada beberapa jenis iaitu Tamil Tirumanam, Eliyat
Tirumanam dan Vaitiikat Tirumanam.
Merisik:

Setiap pasangan yang belum berkahwin akan dirisik oleh


pihak lelaki. Pasangan ini akan saling membalas
kunjungan. Ketika
rombongan
oleh
bakal
pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang
ikut
serta
kerana
dianggap
tidak
sopan.
Pertunangan:
Selesai majlis pertunangan, bakal pengantin perempuan dan
bakalpengantin lelaki dilarang keluar pada waktu malam
kerana takut terkena panahan mata orang lain atau berlaku
kemalangan yang tidak sepatutnya.
Pantang larang sebelum majlis perkahwinan:

Kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan


almanak hindu tanpa sebarang kesilapan. Jika terdapat

kesilapan bermakna perkahwinan tersebut tidak dapat


berjalan dengan lancar.
Pantang larang jamuan:

Hidangan seperti daging lembu tidak boleh dihidangkan,


kerana agama hindu melarang makan daging lembu
jika jamuan tersebut dilakukan di kuil. Hanya sayursayuran yang boleh dihidangkan kepada para tetamu.
PANTANG LARANG PERAYAAN

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh


semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan

Deepavali merupakan gabungan perkataan Dipa yang


bererti cahaya dan perkataan Gavali yang bererti barisan.
Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam
kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November).
Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya
bermaksud harapan, kemenangan dan kebahagian.
Amalan berkabung
Amalan ini dilakukan bertujuan untuk menghormati sanak
saudara yang telah meninggal dunia. Semua ahli terdekat
bagi individu yang telah meninggal dunia dilarang
menyambut perayaan Deepavali selama setahun. Namun
begitu mereka masih dibenarkan untuk melawat ke rumah
rakan-rakan seagama. Keadaan ini bertujuan untuk
memberi penghormatan kepada ahli keluarga yang telah
tiada dan untuk mendapatkan kesejahteraan bagi diri dan
keluarga.
Hidangan manisan
Manisan ini berkait rapat dengan kepercayaan penganut
Hindu. Manisan Palkova, halwa, Laddu dan atherasam
dianggap juadah wajib bagi menjadikan sambutan
Deepavali lebih bermakna dalam kehidupan penganutnya.
Manisan ini merupakan acara pembuka bagi hari Deepavali
kerana membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif
dan kesejahteraan yang berpanjangan dalam diri seseorang.
Mengikut kepercayaan penganut Hindu, manisan yang
dibuat tidak boleh dimakan selagi manisan itu belum

mendapa restu daripada Tuhan. Pada pagi sambutan


Deepavali, masakan dan beberapa jenis manisan
dipersembahkan semasa bersembahyang di rumah tujuan
untuk mendapat restu daripada Tuhan. Selepas
sembahyang, barulah hidangan manisan dan juga makanan
istimewa lain yang disediakn boleh dinikmati.

Pakaian
Warna pakaian yang dipakai semasa menyambut Deepavali
mestilah warna yang garang seperi merah, biru dan oren.
Mereka dilarang memakai pakaian yang berwarna hitam
atau putih kerana ia bermaksud kesedihan.