You are on page 1of 6

6.

0 Dapatan Kajian
6.1 Konsep migrasi penduduk
Secara umumnya migrasi bermaksud penghijrahan atau perpindahan penduduk dari suatu
kawasan ke kawasan yang lain. Biasanya migrasi ini berlaku disebabkan oleh penduduk
yang inginkan perubahan hidup ke arah yang lebih baik. Misalnya penduduk di Kampung
Payamas berhijrah ke Johor bahru dan Singapura untuk bekerja di sektor perindustrian.
Tujuannya ialah untuk meningkatkan taraf hidup dengan gaji yang lebih baik.
6.2 Pola migrasi penduduk di kawasan kajian
Pola migrasi penduduk di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:
a) Migrasi luar bandar ke bandar
Migrasi ini merujuk kepada penduduk di kampung yang berhijrah ke bandar-bandar
seperti Melaka, Kuala Lumpur dan sebagainya sama ada untuk mencari pekerjaan yang
selesa dalam perindustrian, mahupun menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi
sama ada awam mahupun swasta.
b) Migrasi bandar ke luar bandar
Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung pelajaran di
institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta ataupun yang telah bersara
pulang ke tempat asal. Misalnya ada penduduk Kampung Payamas yang bekerja sebagai
tentera di Kem Sungai Udang Melaka pulang semula ke Kampung Payamas selepas
tamat perkhidmatan. Dan ada juga segelintir yang menyambung belajar di Universiti
Utara Malaysia, pulang ke Kampung halaman setelah tamat belajar.

6.3 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian


Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian
antaranya ialah:
a) Melanjutkan pelajaran
Segelintir anak-anak penduduk kampung yang memperolehi keputusan peperiksaan SPM
dan STPM yang cemerlang akan menymabung pelajaran ke institusi pengajian tinggi
seperti Universiti teknologi Mara Johor Bahru, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim dan sebagainya. Oleh kerana di kawasan tidak terdapat pusat pengajian
tinggi maka mereka terpaksa berhijrah untuk melanjutkan pelajaran.
b) Peluang Pekerjaan
Terdapat anak

penduduk tempatan yang behijrah ke bandar-bandar seperti Melaka,

Seremban dan sebagainya untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih selesa dan gaji
yang lebih tinggi di dalam sektor perindustrian, pembinaan dan perkhidmatan. Ini kerana
di kawasan ini peluang pekerjaan yang ada amat terhad iaitu bidang pertanian sahaja.
c) Bersara
Selain daripada faktor di atas terdapat juga faktor seperti bersara mempengaruhi migrasi
dalaman di kawasan kajian ini. Misalnya terdapat penduduk di kawasan kajian ini yang
pernah berkhidmat sebagai polis, tentera dan guru akhirnya pulang semua ke kampung
halaman setelah tamat perkhidmatan .

6.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian


Secara umumnya terdapat dua kesan utama migrasi dalaman penduduk di kawasan
kajian:
a) Kesan positif
i. Penduduk bertambah
Migrasi dalaman dari luar bandar ke bandar atau bandar ke luar bandar
menyebabkan penduduk bertambah. Hal ini secara tidak langsung menyumbang kepada
tenaga buruh yang lebih ramai. Pertambahan penduduk di bandar pula merancakkan lagi
kegiatan ekonomi.
ii. Taraf hidup meningkat
Penduduk yang berhijrah ke bandar untuk melanjutkan pelajaran akhirnya pulang
semula ke tempat asal dan memperolehi pekerjaan yang lebih selesa sebagai guru,
jururawat dan sebagainya yang mana mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan selesa
serta mempu memiliki rumah yang lebih selesa.
iii. Pasaran bertambah
Dengan pertambahan penduduk di kawasan yang dituju, secara tidak langsung
menyumbang kepada ekonomi iaitu pasaran bagi barangan siap semakin bertambah.
b) Kesan negatif
i. Masalah pengangguran
Migrasi dalaman memberi kesan negatif kepada kawasan yang dituju. Misalnya
penghijrahan tenaga buruh tempatan dan warga asing seperti Nepal dan Bangladesh ke
pekan Tangkak

telah menyebabkan lambakkan tenaga buruh secara tidak langsung

menyebabkan wujud persaingan pekerjaan dengan penduduk tempatan yang sengit dalam
mendapatkan peluang pekerjaan. Dengan ini maka masalah pengangguran di kawasan
kajian ini.

ii. Masalah sosial


Ekoran daripada wujud masalah pengangguran di kawasan kampung ini, maka
wujud masalah sosial seperti pecah rumah dan masalah penagihan dadah di kalangan
penduduk tempatan di kawasan kajian. Hal ini kerana desakan hidup dan kos sara hidup
yang sentiasa meningkat adalah tinggi di samping tiada pekerjaan.
iii. Komposisi penduduk berubah
Kebanyakan mereka yang melakukan migrasi adalah terdiri daripada kaum lelaki
dan belia yang berusia diantara 18 40 tahun. Dengan ini komposisi lelaki di kawasan
kajian agak tidak stabil kerana penduduk perempuan dan orang tua lebih ramai manakala
golongan belia yang aktif adalah sedikit keadaan ini secara tidak langsung menyebaban
kadar kelahiran berkurang dan dalam jangka masa yang panjang.
d. Nilai dan patriotisme
Saya berasa bersyukur kerana kawasan kajian di kampung Payamas mempunyai
peluang pekerjaan yang mencukupi serta taraf hidup penduduk yang selesa..

6.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di


kawasan kajian
a) Mewujudkan peluang pekerjaan
Bagi mengatasi masalah pengangguran di kawasan kampung Payamas pihak berwajib
boleh mewujudkan peluang pekerjaan di dalam perindustrian atau pun industri hiliran.
Hal ini bertujuan mengelakkan golongan belia menganggur dan membazir masa. Antara
peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan adalah seperti membuat kraftangan dan
industri makanan ringan seperti kerepek dan sebagainya.

b) Rukun tetangga dan penguatkuasaan undang-undang


Dalam membanteras masalah sosial pihak pengurusan dengan kerjasama penduduk
kamung Payamas boleh mewujudkan Rukun Tetangga. Tujuan rukun tetangga ini
diwujudkan bagi mengatasi masalah pecah rumah dan penagihan dadah di kalangan belia
di kawasan kajian. Pada masa yang sama penduduk tempatan boleh bekerjasama dengan
pihak berkuasa tempatan seperti polis dalam menguatkuasakan undang-undang dalam
membanteras jenayah yang berlaku.
c) Saya bangga sebagai rakyat Malaysia kerana dapat tinggal di negara yang aman dan
harmoni disamping pemimpin yang peka dengan masalah rakyat.

7.0 Rumusan
Rumusan yang dapat saya katakan di sini ialah terdapat dua jenis migrasi dalaman yang
ada di kampung Payamas iaitu migrasi dalaman luar bandar ke bandar dan migrasi bandar
ke luar bandar. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman yang
wujud di kawasan kajian antaranya ialah melanjutkan pelajarandi IPT di bandar-bandar,
mencari peluang pekerjaan di sektor industri, bersara selepas berkhidmat dalam sektor
kerajaan dan swasta dan mendapatkan kemudahan asas yang selesa seperti rumah teres
dan pengangkutan yang cekap. Selain daripada faktor terdapat juga kesan positif dan
kesan negatif juga turut wujud antaranya ialah wujud pertambahan penduduk, taraf hidup
penduduk meningkat, pasaran bertambah, komposisi penduduk berubah, masalah sosial
dan juga masalah pengangguran.
Seterusnya di dalam kajian ini juga saya mencadangkan langkah mengurangkan
masalah migrasi dalaman seperti mewujudkan peluang pekerjaan, wujudkan rukun
tetangga dan kuatkuasa undang-undang dan meningkatkan kemudahan kesihatan. Setelah
melihat kajian ini dengan rasional saya berbangga kerana dapat tinggal di Malaysia yang
stabil dari segi politik, pembangunan yang pesat dan mempunyai kepelbagaian ekonomi
yang subur sekaligus menjadikan malaysia sebuah negara yang terkenal di mata dunia.

You might also like