Sejarah SMK Simpang Pulai,Ipoh Perak

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai (SMKSP) terletak di Kampung Kepayang, Mukim Sungai Raya, Kinta, Perak. Sekolah ini dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia ke-6 dalam Projek Bank Dunia ke-12 bagi tahun 1995. Bangunan sekolah ini bernilai RM5.1 juta dan didirikan di atas tapak seluas enam hektar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan bekas lombong. Pembinaannya bermula pada 12 September 1994 dan dijangka siap sepenuhnya pada 14 Julai 1996 tetapi ia telah dapat disiapkan dan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak, dua bulan lebih awal iaitu pada bulan Mei 1996. SMK Simpang Pulai mengandungi dua blok empat tingkat untuk bilik darjah, satu blok empat tingkat untuk makmal sains, satu blok dua tingkat untuk bengkel kemahiran manipulatif, bengkel pertanian dan kantin. Keistimewaan bangunan ini ialah terdapat dua koridor di kiri dan kanan bangunan. Ini adalah model bagunan yang pertama dan terakhir didirikan di Negeri Perak. Guru yang mula-mula melaporkan diri di sekolah ini ialah En. Saharudin b. Abd Rahman pada 1 Jun 1996 bersama-sama seorang Pekerja Rendah Awam iaitu En. Ahmad Kamal b. Mohd Arif. Pada peringkat awal sekolah ini dibuka seramai 10 orang guru telah bertugas. Pengetua yang pertama ialah Tn. Hj. Kamarulzaman b. Ahmad. Beliau hanya sempat berkhidmat di sekolah ini selama sebulan, beliau telah ditukarkan ke Unit Penilaian dan Peperiksaan di Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Sehingga kini seramai 7 orang Pengetua telah berkhidmat di sekolah ini. Pelajar ambilan pertama menduduki PMR di sekolah ini ialah pada tahun 1997, dan SPM yang pertama ialah pada tahun 1999. Selaras dengan arus pembangunan pendidikan, sekolah ini turut dibekalkan 21 set komputer pada tahun 1999 di bawah program KDP yang membolehkan sekolah membuka sebuah Makmal Komputer. Pada tahun 2002, sebuah bangunan Makmal Komputer yang menempatkan sejumlah 43 set komputer lagi dibekalkan kepada sekolah ini di bawah program EPU. Pada 2004 sekolah menawarkan mata pelajaran MPV iaitu Katering & Penyajian. Sekolah juga, telah menyediakan sebuah pondok jaga dan sebuah tempat letak basikal. Selain itu,

kemudahan ICT juga disediakan iaitu Makmal Komputer I & II dan Makmal Komputer milik Panitia Rekacipta.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful