You are on page 1of 12

ANTOLOGI SEJADAH RINDU

TINGKATAN 5

PROSA SASTERA

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA


A. SINOPSIS:
- Negara Siam mendengar Melaka sebuah negara yang kuat dan tidak pernah
dikalahkan oleh sesiapa. Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa
Sultan Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah (membayar ufti)
kepada raja Siam. Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah dan
menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka.
- Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang
lelaki di Melaka. Tun Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang
dengan keluarga mereka dengan tujuan supaya mereka berperang dengan
bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam
dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan
diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.
- Ada seorang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan memfitnahnya kepada Sultan
bahawa Tun Perak mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap
untuk ditanya. Tun Perak berkata dia

bertugas untuk negara. Dia meminta

sultan memecatnya jika percaya fitnah orang Kelang itu. Sultan sangat gembira
dengan percakapan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan
gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai
iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan.
- Orang Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak Paduka Raja dan sebahagian
berpihak Seri Nara Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak
bermaufakat hingga boleh membinasakan negara. Sultan sedih dan bercadang
mendamaikan mereka berdua.
- Baginda telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak
Raja iaitu saudara Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara
Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan sultan.
Sejak dikahwinkan, hubungan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat.
Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.
- Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana di wilayah ini iaitu
Paduka Raja dan Seri Nara Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Madja di Majapahit
dan Orang Kaya Kanayan di Pasai.
- Siam di bawah Awi Dicu menyerang Melaka lagi. Paduka Raja mengetuai
pertahanan Melaka untuk menentang Siam, Seri Bija Diraja telah mengetuai
tentera Melaka untuk menyerang Siam yang sudah sampai dekat Batu Pahat.
Tun Umar pula telah menaiki perahu dan melanggar banyak perahu Siam hingga
mereka kalah. Tentera Siam sangat hairan.
- Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya pokok kayu bakau,
nyirih dan tumpu api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu

ANTOLOGI SEJADAH RINDU

TINGKATAN 5

PROSA SASTERA

ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan
melihat banyaknya askar Melaka lalu mereka balik ke Siam dan tidak jadi
menyerang Melaka.
- Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah
persalinan baru. Di Siam, Paduka Babunnya sangat marah. Dia mengarahkan
anaknya Cau Pandan untuk menyerang Melaka dengan pelbagai kelengkapan
dan perahu yang sangat banyak bilangannya.
- Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang
warak (kuat ugama)

iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia

menggunakan panahnya mengarahkan ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan


akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu
mati. Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah.
- Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan digantikan oleh
anakanda baginda iaitu Sultan Mansur Syah yang berusia 27 tahun. Baginda
berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam iaitu anak Seri Nara Diraja.
B. TEMA:
- Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi.
- Contoh: Tun Perak menyuruh orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan
anak-anak mereka supaya mereka berperang dengan bermati-matian untuk
mengalahkan Siam.
C. PERSOALAN:
1. Kebijaksanaan menggunakan akal dan strategi - Contohnya, Sultan Muzaffar
menggunakan strategi mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu untuk
mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.
2. Perpecahan dalam kalangan pemimpin akan membinasakan negara Contohnya,

perbalahan

antara

Paduka

Raja

dengan

Seri

Nara

Diraja

menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan Melaka dalam keadaan bahaya.
3. Bersiap siaga dengan ancaman musuh - Contohnya, Paduka Raja sentiasa
bersiap sedia dengan strategi awal yang bijak untuk mengalahkan askar Siam.
4. Kepentingan ilmu dalam kehidupan - Contohnya, Tun Sidi Arab memiliki ilmu
yang tinggi hingga boleh membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan
menggunakan panahnya dari Melaka.
5. Keberanian menghadapi cabaran - Contohnya, Tun Perak tidak takut apabila
dipanggil

sultan

setelah

orang

Kelang

menuduhnya

menganiaya

sultan

sebaliknya beliau berani memberi jawapan yang baik hingga sultan melantiknya
sebagai perdana menteri.

ANTOLOGI SEJADAH RINDU

TINGKATAN 5

PROSA SASTERA

6. Taat setia kepada pemimpin - Contohnya, rakyat Melaka setia dan


memberikan daulat kepada sultan Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah
negeri yang kuat dan maju.
D. WATAK DAN PERWATAKAN:
1. Tun Perak:
- pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang.
- bijaksana - mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang
Siam.
- baik hati - menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu
berkahwin semula.
- berani - memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak
menyerang Melaka.
- berpengaruh - beliau mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika
bersengkita dengan Seri Nara diraja.
2. Sultan Muzaffar Syah:
- mementingkan keharmonian Melaka - berusaha mendamaikan Paduka Raja
dengan Seri Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka.
- perihatin - meraikan askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian
persalinan.
- bijaksana - mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara
Diraja dengan Tun Kudu.
- Tidak terburu-buru - tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah
sebaliknya memanggil Tun Perak menceritakan keadaan yang sebenarnya.
- menghargai rakyatnya - memberi anugarah dan pujian kepada Tun Sidi Arab
yang telah membunuh Cau Pandan.
E. LATAR:
1. Latar tempat:
- Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan
Muzaffar Syah.
- Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas
menyerang Melaka.
- Batu Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di
bawah Awi Dicu.
- Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.
- Siam - tempat tinggal Paduka Babunnya.
2. Latar masa:
- Zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju
dan kuat.

ANTOLOGI SEJADAH RINDU

TINGKATAN 5

PROSA SASTERA

- Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah


Melaka selama 42 tahun dan Melaka menjadi negeri yang makmur.
- Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi
bendahara dengan gelaran Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.
F. NILAI:
1. kebijaksanaan - Tun Perak bijaksana apabila membakar bokok bakau pada
waktu malam hingga cahaya api itu disangka askar Melaka yang ramai dan
menakutkan askar Siam.
2. baik hati - Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan
dengan sepasang persalinan.
3. bersatu padu - Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk
mengalahkan askar Siam.
4. Keikhlasan - Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas
untuk menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.
5. keberanian - Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya
hingga dua kali percubaan Siam menyerang Melaka menemui kegagalan.
6. Pengorbanan - Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu demi
mendamaikan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.
G. PENGAJARAN:
1.

Kita

mestilah

berani

menghadapi

ancaman

musuh

demi

negara.

Contohnya ............
2. Kita mestilah bijak menggunakan strategi untuk mendapat kemenangan.
Contohnya...........
3.

Kita

mestilah

ikhlas

apabila

melakukan

sesuatu

perbuatan.

Contohnya ..............
4. Kita mestilah sanggup bekeorab demi mendapatkan kebaikan. Contohnya,
Sultan Muzaffar...........
5. Kita mestilah bersatu padu supaya negara menjadi kuat dan maju. Contohnya,
...............
6. Kita mestilah menghargai jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain
kepada kita.

ANTOLOGI SEJADAH RINDU

TINGKATAN 5

PROSA SASTERA

PROSA KLASIK : BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA


1.0 Sinopsis
Cerita memaparkan percubaan raja Siam, Bubunnya hendak menyerang
kerajaan Melaka yang tidak kesampaian kerana kebijaksanaan pemerintah dan
kesaktian hulubalang Melaka.
Ceritanya bermula pada zaman dahulu kala negeri Siam yang dikenali
sebagai Syahrunnuwi begitu kuat sehingga semua kerajaan bawah angin telah
ditakluki oleh Siam kecuali kerajaan Melaka. Apabila Melaka yang diperintah oleh
Sultan Muzaffir Syah enggan memberi surat sebagai tanda tunduk kepada Siam,
raja Siam telah menyuruh panglimanya Awi Cakri membawa hulubalang dan
rakyatnya yang sangat ramai untuk menyerang Melaka melalui hulu Pahang.
Apabila Sultan Muzaffir Syah mendengar berita tentang rancangan serangan
Siam itu, baginda pun menghimpunkan rakyat Melaka dari segenap pelusuk
negeri. Tun Perak dari Kelang telah datang membawa bersama-sama dengan

ANTOLOGI SEJADAH RINDU

TINGKATAN 5

PROSA SASTERA

anak isteri masing-masing. Pada masa itu, Seri Amerta dilantik oleh sultan
sebagai bentara kerana kecerdikan dan kepetahannya berkata-kata.
Seri Amerta telah diminta oleh sultan untuk menyiasat tindakan Tun Perak
tersebut. Tindakan Tun Perak itu dipersoalkan sebanyak tiga kali oleh Seri
Amerta. Tun Perak meminta Seri Amerta jangan mencampuri urusan orang lain.
Baginda menjelaskan sekiranya orang Kelang yang datang dari jauh itu ditemani
anak isteri masing-masing, mereka akan berperang dengan lebih bersemangat.
Apabila hal ini disampaikan kepada Duli Yang diPertuan, baginda amat bersetuju
dengan tindakan Tun Perak itu lalu menitahkan Tun Perak terus bermastautin di
Melaka. Apabila serangan Siam itu telah dapat dipatahkan, Tun Perak telah
dijadikan sebagai bentara di Melaka.
Tidak lama kemudian Seri Amerta menyuruh Tun Perak menghadap
kerana ada seorang orang Kelang mengadu bahawa dirinya dianiayai oleh Tun
Perak. Setelah disoal siasat, Tun Perak menyatakan bahawa Seri Amerta tidak
memahami

tugas

dan

tanggungjawab

diamanahkan

oleh

Sultan.

Sultan

bersetuju dengan penjelasan Tun Perak lalu melantiknya sebagai Perdana


Menteri dengan gelaran Paduka Raja yang setaraf dengan Seri Nara Diraja.
Seri Nara Diraja sudah tua dan tidak mempunyai anak lelaki,hanya ada
seorang anak perempuan yang bernama Tun Putih hasil perkahwinan dengan
anak bendahara. Setelah isterinya

itu mangkat barulah Seri Nara Diraja

mengakui bahawa baginda mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Tun
Nina Madi hasil perhubungan dengan gundik istana.
Pada masa itu masyarakat Melayu telah berpecah kepada dua puak iaitu
puak Paduka Raja dan puak Seri Nara Diraja kerana kedua-duanya mempunyai
taraf yang sama. Kedua-dua orang besar ini tidak dapat bekerjasama kerana
berbeza pendapat. Apabila hal ini diketahui oleh Sultan Muzaffir Syah, baginda
amat kecewa kerana bimbang negara akan lemah jika pembesarnya saling tidak
bermuafakat. Baginda telah memikirkan jalan penyelesaian dengan mencai
jodoh baru kepada Seri Nara Diraja, tetapi semuanya telah ditolak oleh Seri Nara
Diraja sehinggalah dia dijodohkan dengan Tun Kudu anak perempuan Bendahara
Seri Wak Raja, saudara kepada Paduka Raja. Justeru, hubungan Seri Nara Diraja
dengan Paduka Raja kembali baik apabila baginda bersetuju supaya Paduka Raja
dilantik sebagai bendahara manakala Seri Nara Diraja menjadi penghulu
bendahari.
Tidak lama kemudian orang Siam di bawah pimpinan Awi Dicu menyerang
Melaka. Sultan mengetahui hal tersebut lalu menitahkan Paduka Raja dengan
diiringi Seri Bija Diraja dan segala hulubalang untuk mempertahankan Melaka.
Anak Seri Bija Diraja bernama Tun Umar yang berkelakuan aneh telah disuruh
melanggar perahu pihak Siam, tiga buah perahu Siam telah dikalahkan dengan

ANTOLOGI SEJADAH RINDU

TINGKATAN 5

PROSA SASTERA

hanya sebuah perahunya. Pihak Siam menjadi takut dan membatalkan hasrat
menyerang

Melaka.

Bendahara

Paduka

Raja

menggunakan

strategi

memasangkan puntung api pada pokok-pokok di sepanjang pantai seolah-olah


banyak perahu perang Melaka yang dibawa untuk mempertahankan Melaka.
Angkatan perang Siam telah berundur. Setelah pihak Siam berundur, Bendahara
Paduka Raja dan orang-orangnya telah dianugerahkan persalinan yang mulia.
Walau bagaimanapun, berita kegagalan serangan Siam itu sampai ke
pengetahuan Paduka Bubunnya, raja Siam itu amat marah dan diri sendiri
membuat keputusan untuk menyerang Melaka tetapi anaknya Cau Pandan
menawarkan

diri

untuk

menyerang

Melaka.

Raja

Siam

bersetuju

lalu

menggunakan lapan ratus buah kapal perang besar dan banyak kapal perang
kecil di bawah pimpinan Pra Kelong untuk membantu Cau Pandan menyerang
Melaka. Apabila berita rancangan Siam untuk menyerang Melaka itu diketahui
oleh sultan Melaka, Sidi Arab yang mempunyai kesaktian ilmu memanahnya
telah memanah Cau Pandan yang berada di Siam. Akhirnya Cau Pandan yang
belum sempat menyerang Melaka itu telah terkena panahan tersebut di dada,
telah muntah darah lalu mati. Kesaktian Sidi Arab itu amat dihargai sultan dan
diberi ganjaran yang setimpalnya.
Setelah empat puluh dua tahun Sultan Muzaffir Syah memerintah Melaka,
akhirnya baginda mangkat dan digantikan oleh anaknya Raja Abdullah gelaran
Sultan Mansur Syah. Ketika menaiki takhta, Sultan Mansur Syah berusia 27
tahun. Baginda beristerikan anak Seri Nara Diraja iaitu Tun Putih Nur Pualam.
Baginda seorang raja yang kacak, adil, dan murah hati yang tiada tolok
bandingnya pada masa itu.
2.0

Tema

Keghairahan Siam menyerang Melaka tanpa menilai kelemahan diri sendiri dan
menyiasat kekuatan pihak lawan terlebih dahulu sebelum mengatur serangan.
3.0

Persoalan

1.

Kebijaksanaan Tun Perak dalam mengatur strategi menghalang serangan

dari Siam
Contoh: Tun Perak membawa rakyat dari Kelang bersama-sama anak isteri untuk
menaikkan semangat berperang
Tun Perak mengikat puntung api pada pokok bakau, pokok nyirih dan pokok apiapi di sepanjang pantai bagi menakutkan pihak musuh.
2.

Semangat tidak mudah berputus asa.

Siam mengatur serangan ke atas Melaka sebanyak tiga kali walaupun kesemua
percubaan tersebut menemui kegagalan.
3.

Kepentingan permuafakatan antara pemimpin memperkukuh ketahanan

negara.

ANTOLOGI SEJADAH RINDU

Konflik

antara

Tun

TINGKATAN 5

Perak

dengan

Seri

PROSA SASTERA

Nara

Diraja

telah

menyebabkan

masyarakat berpecah yang boleh melemahkan kekuatan negara.


4.

Perkahwinan dapat mengeratkan perhubungan persaudaraan.

Contohnya, Sultan telah menjodohkan Tun Kudu anak saudara Tun Perak dengan
Sri Nara Diraja.
5.

Tanggungjawab melaksanakan tugas masing-masing tanpa mencampuri

urusan orang lain


Tun

Perak

meminta

Seri

Amarta

tidak

mencampuri

urusannya

dan

mempersoalkan sesuatu tindakan yang diambil.


6.

Merahsiakan sesuatu perkara bagi mengelakkan konflik dalam keluarga.

Seri Nara Diraja merahsiakan anak hasil hubungannya dengan gundik bagi
mengelakkan berkonflik dengan isteri
7.

Unsur kesaktian dalam peperangan

Sidi Arab mempunyai kesaktian dalam ilmu memanah. Beliau telah memanah
dari Melaka sehingga dapat membunuh Cau Pandan yang berada di benua Siam.
KEFAHAMAN PROSA TRADISIONAL
Aktiviti:
i. Bincangkan jawapan bersama ahli kumpulan anda.
ii. Bentangkan jawapan kumpulan anda di hadapan kelas.
Soalan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu
berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka
Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah
perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu,
maka dilanggarnya sekali dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke
sebelah, maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itupun dua tiga buah
perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu
hairan melihat kelakuan Tun Umar itu.

Telah hari malam maka Awi Dicu pun

datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja, segala pohon kayu bakau dan
nyarih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambah puntung api. Telah
dipandang oleh orang Siam itu api tiada terbilang lagi banyaknya. Maka kata
hulubalang Siam, "Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang
lagi. Jikalau ia datang, apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada
terlawan oleh kita."
Maka kata Awi Dicu, "Benarlah seperti kata kamu itu, marilah kita kembali
sebelum hari siang ini." Maka segala orang Siam pun kembalilah.

ANTOLOGI SEJADAH RINDU

TINGKATAN 5

PROSA SASTERA

1. Apakah yang dimaksudkan dengan "kelakuannya gila-gila bahasa"?


[2 markah]
2. Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Bendahara Paduka Raja dalam
petikan di atas untuk menakutkan askar Siam itu?
[3 markah]
3. Pada pendapat anda, bagaimanakah peperangan di antara dua buah negara
boleh dielakkan?
[4
markah]
4. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh rakyat di negara kita
supaya negara kita tidak dijajah oleh kuasa asing?
[4 markah]
5. Huraikah satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi nilai
yang terdapat dalam cerita tersebut.
[4 markah]
Soalan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Dan telah sudah lepas edah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun
Kudu.

Maka jadi maufakatlah Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, menjadi

berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi.

Maka sembah Seri Nara Diraja

kepada Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara,
kerana ia sedia anak bendahara."
Maka titah baginda, "Baiklah."
Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.
Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana,
kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya,

pertama

Majapahit, kedua Pasak, ketiga Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu ada tiga
orang yang bijaksana, di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada, dan di Pasak, Orang
Kaya Kayanan, dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja, dan Seri Nara Diraja
menjadi penghulu bendahari.
1. Beri maksud rangkai kata di bawah:

[2

markah]
i. berkasih-kasihan ii. sejalan sejadi 2. Siapakah orang yang dianggap bijaksana oleh penulis dalam ketiga-tiga
negeri tersebut?

ANTOLOGI SEJADAH RINDU

TINGKATAN 5

PROSA SASTERA

[4
markah]
3. Dalam petikan di atas, Paduka Raja yang dilantik sebagai bendahara
merupakan seorang yang berkualiti tinggi. Pada pendapat anda mengapakah
rakyat yang berkualiti tinggi amat diperlukan oleh sesebuah negara?
[4 markah]
4. Pada pendapat anda, apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadi rakyat
yang berkualiti tinggi seperti bendahara Paduka Raja?
[4 markah]
5. Berdasarkan petikan di atas, huraikan dua latar masyarakat yang terdapat
dalam petikan tersebut.
[4 markah]
6. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi
pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerita tersebut.
[4 markah]
SKEMA JAWAPAN:
SOALAN 1
1. Apakah yang dimaksudkan dengan "kelakuannya gila-gila bahasa"? [2
markah]
2. Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Bendahara Paduka Raja dalam
petikan di atas untuk menakutkan askar Siam itu? [3 markah]
3. Pada pendapat anda, bagaimanakah peperangan di antara dua buah negara
boleh dielakkan?
[4 markah]
4. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh rakyat di negara kita
supaya negara kita tidak dijajah oleh kuasa asing? [4 markah]
5. Huraikah satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi nilai
yang terdapat dalam cerita tersebut. [4 markah]
SOALAN 2
1. Beri maksud rangkai kata di bawah:
[2 markah]
i. berkasih-kasihan - berkasih-sayang/ berbaik-baik
ii. sejalan sejadi - sehati sejiwa/ bersefahaman
2. Siapakah orang yang dianggap bijaksana oleh penulis dalam ketigatiga negeri tersebut?

ANTOLOGI SEJADAH RINDU

TINGKATAN 5

PROSA SASTERA

[4
markah]
Orang yang dianggap bijaksana di ketiga-tiga negeri tersebut ialah Patih Aria
Gajah Madja di Majapahit dan Orang Kaya Kayanan di Pasak. Di Melaka pula,
mereka yang dianggap bijaksana ialah Bendahara Paduka Raja dan Seri Nara
Diraja.
3. Dalam petikan di atas, Paduka Raja yang dilantik sebagai bendahara
merupakan
mengapakah

seorang

yang

berkualiti

tinggi.

rakyat

yang

berkualiti

tinggi

Pada
amat

pendapat

anda

diperlukan

oleh

sesebuah negara?

[4

markah]
Rakyat yang berkualiti tinggi seperti Paduka Raja amat diperlukan oleh sesebuah
negara kerana mereka dapat memimpin sesebuah negara sehingga negara
menjadi kuat. Rakyat yang berkualiti juga diperlukan bagi menjaga keselamatan
negara daripada dijajah oleh kuasa luar. Selain itu, rakyat yang berkualiti tinggi
akan dapat membentuk rakyat supaya bersatu-padu dan keamanan negara akan
terjamin. Akhir sekali, Rakyat yang berkualiti tinggi amat diperlukan bagi
membangunkan ekonomi dan bidang sosial di negara tersebut.
4. Pada pendapat anda, apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadi
rakyat yang berkualiti tinggi seperti bendahara Paduka Raja?
[4 markah]
Untuk melahirkan rakyat yang berkualiti tinggi, kita perlu memastikan orang
ramai

mendapatkan

pendidikan

yang

berkualiti

supaya

rakyat

berilmu

pengetahuan tinggi. Kita juga perlu menyediakan latihan kepada rakyat agar
mereka dapat menjadi tenaga kerja mahir yang boleh memajukan ekonomi
negara. Selain itu, kita juga perlu menanamkan semangat patriotisme kepada
mereka supaya mereka berani mempertahankan negara daripada serangan
musuh. Akhir sekali, kita perlu memastikan perpaduan sentiasa terjaga supaya
dapat melahirkan rakyat yang berkualiti tinggi.
5. Berdasarkan petikan di atas, huraikan dua latar masyarakat yang
terdapat dalam petikan tersebut.
[4 markah]
Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas ialah masyarakat
bangsawan. Mereka adalah terdiri daripada pemerintah negara seperti Paduka
Raja yang memegang jawatan sebagai bendahara. Latar masyarakat yang lain
ialah askar Siam. Mereka telah diperintahkan oleh Paduka Bubunya untuk

ANTOLOGI SEJADAH RINDU

TINGKATAN 5

PROSA SASTERA

menyerang Melaka kerana ingin menakluki Melaka yang pada masa itu sangat
maju.
6. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan
satu lagi pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerita tersebut.
[4 markah]
Pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita perlu bijak
menggunakan strategi untuk mendapatkan kemenangan dalam sesuatu yang
kita lakukan. Contohnya, Paduka Raja meletakkan unggun api pada pokok bakau
untuk menakutkan askar Siam pada waktu malam. Pengajaran lain yang
terdapat dalam keseluruhan cerita ini ialah kita mesti menghargai pengorbanan
dan jasa yang telah disumbangkan oleh orang lain. Contohnya, Sultan Muzaffar
menghargai jasa askarnya yang telah mengalahkan askar Siam dengan memberi
persalinan baru.

You might also like