3.

0

Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada Sistem Pendidikan di Malaysia

3.1 Guru Sebagai seorang guru, kita tidak seharusnya membuat penilaian secara berat sebelah terhadap murid-murid yang mempunyai perbezaan dari aspek latar belakang keluarga, status ekonomi, agama dan budaya. Guru mestilah bersikap profesional dalam kerjayanya dan bertanggungjawab untuk melahirkan generasi yang mampu bersaing dan berupaya berhadapan dengan pelbagai dugaan. Guru perlu membentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan membuat penilaian terhadap kejayaan dan kegagalan aktiviti tersebut. Sekiranya terdapat kelemahan dengan aktiviti yang dirancangkan itu, guru perlu membuat penambahbaikkan. Hal ini dapat memastikan hasil pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan kepada semua murid. Suasana pembelajaran yang

interaktif antara murid pelbagai budaya perlu diambil kira oleh guru bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh itu, murid-murid akan sentiasa berasa gembira semasa hendak memulakan pembelajaran. Guru juga haruslah peka kepada suasana bilik darjah. Guru perlu bersedia dengan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan pelbagai kemungkinan seperti pergaduhan murid terutamanya antara kaum. Guru dikehendaki mencari dan menyelesaikan konflik yang menjadi faktor tercetusnya sesuatu pertelingkahan tersebut. Penyelesaian dari peringkat akar umbi amat penting untuk mengelakkan masalah tersebut daripada berulang.

3.2 Murid Bagi memudahkan interaksi antara murid pelbagai budaya dalam bilik darjah, penggunaan satu bahasa pengantar yang standard harus menjadi keutamaan setiap guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan satu bahasa pengantar membolehkan pemindahan maklumat dapat berlaku dengan lancar. Selain itu, bahasa memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan hubungan yang harmonis antara murid pelbagai budaya. Kawalan murid merupakan satu tugas yang sukar bagi guru. Bilangan murid yang ramai dalam bilik darjah boleh menganggu tumpuan mereka dalam pembelajaran. Justeru itu, penggunaan peraturan bilik darjah merupakan cara yang efektif bagi mengawal murid-murid yang nakal. Peraturan tersebut haruslah dipamerkan di

hadapan bilik darjah dan murid haruslah tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa mereka berada dalam bilik darjah. Peraturan tersebut haruslah adil tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit. Murid harus diberi galakkan dan motivasi untuk mengekalkan minat mereka dalam pembelajaran. Murid yang sentiasa mendapat dorongan guru dan rakan sebayanya mampu meningkatkan dan memperkembangkan potensi diri dan selalu ingin melakukan yang terbaik dalam pembelajaran.

3.3 Sekolah Kepelbagaian budaya dalam sistem pendidikan di Malaysia menyebabkan wujudnya pelbagai aliran sekolah. Sekolah rendah mempunyai tiga aliran sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Manakala aliran-aliran sekolah menengah seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Sekolahsekolah pelbagai aliran ini wujud disebabkan kerajaan Malaysia ingin mengekalkan identiti tiga kaum terbesar supaya tidak pupus ditelan zaman di samping untuk mewujudkan satu budaya kebangsaan. Di peringkat sekolah rendah, Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan, Bahasa Mandarin digunakan di Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina dan Bahasa Tamil pula digunakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Mengikut pandangan saya, murid-murid pelbagai kaum dan budaya ini masih lagi tidak dapat diintegrasikan sekiranya pendidikan awal mereka hanya tertumpu dalam kolompok budaya mereka sahaja. Walaubagaimanapun interaksi masih lagi boleh berlaku di peringkat sekolah menengah yang kurang menekankan perbezaan budaya.

3.4 Kurikulum Tersirat Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu. (Saedah Siraj, 2001; Wiles and Bondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert, 1986). Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan lainya bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut

semasa belajar. (Margolis, 2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994). Ini lah yang dikatakan Kurikulum Tersirat.

Idea kurikulum tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson (1968) dalam bukunya Life in Classrooms yang dijadikan fokus kajian oleh Snyder (1973), Apple (1980), Bergenhenegouwen (1987), Portelli (1993) dan lain-lain lagi. Melalui kurikulum tersirat, kementerian pelajaran berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Kurikulum tersirat boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti unit kokurikulum. Guru digalakan menyelit nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, harus menyelitkan dan mengalakkan interaksi dalam kelas sosial. Oleh itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah guru harus menstruktur semula pengalaman pembelajaran murid supaya lebih menekankan kepada aspek-aspek nilai agar murid dapat menentukan baik buruk sesuatu tindakan yang mereka ambil.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful