You are on page 1of 6

2.

0 Kesedaran Kepelbagaian Budaya Kepada Guru

1. Penggunaan tutur kata bebas dari berbaur perkauman dan sensitiviti agama

2.Masalah pertuturan dalam kalangan murid Cina dan India mempenga

Kepentingan Kesedaran Kepelbagaian a hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum dalam bilik darjah. Budaya Kepada Guru

4. Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif 3. Menambahkan pengetahuan tentang budaya lain.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) bagi mewujudkan dan memupuk perpaduan yang harmonis dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa pemupukan nilai yang baik dan menghormati budaya kaum lain dalam kalangan masyarakat haruslah bermula daripada peringkat akar umbi lagi. Justeru, guru-guru sekolah rendah amat memainkan peranan yang besar bagi membentuk dan memupuk nilai-nilai sosial yang positif di dalam jiwa setiap muridnya tanpa mengira bangsa dan agama. Pendidikan awal murid-murid mampu mencorakkan dan melahirkan masyarakat yang berupaya bekerjasama dan bertoleransi bagi membangunkan negara sebagai satu masyarakat dan organisasi yang utuh bukan sahaja dari aspek luaran malah dari pelbagai aspek lain.

2.1 Penggunaan tutur kata bebas dari berbaur perkauman dan sensitiviti agama

Guru berperanan mengajar dan mendidik murid-murid di dalam sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga yang banyak mempengaruhi tindakan dan kefahaman murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sekolah rendah terbahagi kepada tiga jenis aliran iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Namun begitu, terdapat juga murid Cina dan India yang belajar di Sekolah Kebangsaan yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa perantara. Oleh itu, guru yang cekap mestilah bijak menyesuaikan diri dengan suasana bilik darjah dan menjaga perlakuan dan tutur kata supaya bebas daripada unsur-unsur yang berbaur perkauman dan sensitiviti agama semasa menyampaikan penjelasan dan penerangan dalam bilik darjah. Hal ini kerana, sekiranya guru tersilap memberi fakta tentang sesuatu kaum, murid-murid lain akan menerima konsep yang negatif tentang kaum tersebut dan sekali gus akan mewujudkan jurang perbezaan sosial yang ketara. Akibatnya, masalah sosial dalam pembelajaran mereka seperti tiada kerjasama dan tolak ansur semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Maka, rancangan pengajaran yang awal dan rapi perlu direka terlebih dahulu sebagai langkah berhati-hati supaya guru dapat meminimumkan kesilapan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Masalah pertuturan dalam kalangan murid Cina dan India mempengaruhi kefahaman konsep.

Kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat penting bagi memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya adalah jelas dan tepat. Masalah dari aspek bahasa dan pertuturan boleh menimbulkan kekeliruan maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Kepekaan guru terhadap murid yang mempunyai masalah berbahasa amat dituntut. Perhatian yang wajar perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah bahasa dan bertutur. Guru perlu menggalakkan murid-murid yang lemah bertutur terutamanya murid Cina dan India supaya kerap berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid Melayu untuk memantapkan lagi pertuturan mereka. Selain itu, kelas pemulihan yang berfungsi membantu murid-murid yang lemah dari aspek akademik juga dapat membantu mengukuhkan lagi pertuturan mereka. Ada juga sebilangan murid Melayu yang lemah berbahasa tetapi mereka dapat bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik kerana dipengaruhi latar belakang keluarga. Dengan itu, guru seharusnya mengintegrasikan mereka iaitu murid Melayu yang mampu bertutur dengan baik dengan murid Cina dan India yang lemah bertutur di dalam kumpulan pemulihan yang sama. Hal ini dapat membantu murid Cina dan India bertutur dengan lebih baik seterusnya mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru dengan berkesan. 2.3 Menambahkan pengetahuan tentang budaya lain.

Selain itu, pengetahuan tentang adat resam, budaya, kepercayaan dan sistem nilai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlulah dikaji dan diteliti bagi menambahkan dan meluaskan ilmu pengetahuan guru berkaitan amalan dan budaya murid-muridnya di dalam bilik darjah. Pengetahuan awal guru terhadap budaya murid-muridnya amat penting dalam menyusun aktiviti pembelajaran

terutamanya di dalam subjek Kajian Tempatan (KT) dan Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK). Kurikulum yang terkandung dalam kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK) umpamanya mengandungi adab-adab dalam setiap budaya di Malaysia. Justeru, guru lebih mudah mengajar dan membimbing murid adab-adab tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan yang melibatkan pelbagai kaum di dalam satu kumpulan. Melalui aktiviti ini, perkongsian dan pertukaran ilmu tentang budaya masing-masing akan berlaku dan secara tidak langsung aktiviti ini membolehkan jurang perkauman antara murid dapat dihapuskan. Penjelasan dan penerangan guru juga amat penting bagi mencari persamaan di dalam perbezaan yang terdapat dalam setiap kaum. Ciri-ciri persamaan dalam setiap budaya mampu membentuk hubungan yang harmonis sesama sendiri setelah murid-murid dewasa kelak.

2.4 Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif

Seterusnya kesedaran guru tentang hubungan yang harmonis antara muridmurid pelbagai kaum akan mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Kelancaran pengajaran dan pembelajaran banyak disumbangkan oleh kerjasama dan perhatian yang diberikan murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sebarang gangguan dari murid akan menjejaskan tumpuan murid-murid lain dan guru. Oleh itu, penyusunan kedudukan meja murid-murid dalam bilik darjah hendaklah melibatkan semua kaum. Dengan itu, mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama di sepanjang sesi persekolahan. Konflik yang timbul sesama murid dalam bilik darjah terutamanya yang melibatkan perkauman perlu diatasi segera bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih besar. Sebagai contoh pergaduhan antara murid yang melibatkan perkauman merupakan kes serius yang dapat merosakkan imej negara. Oleh itu, penerapan nilainilai merentasi kurikulum harus diterapkan di dalam setiap mata pelajaran. Penekanan nilai-nilai positif dan moral pada setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran mampu membentuk dan mencorakkan peribadi murid-murid dalam menghadapi masa akan datang.

2.5 Membina hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum dalam bilik darjah.

Perancangan pengajaran dan pembelajaran guru perlu melibatkan komunikasi dua hala iaitu interaksi guru dan murid serta interaksi murid dengan murid. Komunikasi merupakan medium dan saluran yang baik untuk menghubungkan individu dengan individu lain. Guru mestilah berupaya menyusun dan merangka pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan semua murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan. Hal ini bermaksud setiap kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengambil peranan penting untuk menjayakan tugasan yang diberi. Kejayaan dalam melaksanakan aktiviti tersebut akan membentuk rapo yang positif dalam kumpulan mereka. Dengan adanya aktiviti yang dirangka dengan baik, guru dapat mengelakkan prejudis antara murid yang berbeza budaya. Prejudis berlaku dalam bentuk pandangan negatif yang tersemat dalam hati seseorang yang berbeza kelompok etnik terhadap kelompok etnik lain (Shamsul Amri Baharuddin,2007:12). Prejudis antara murid yang berbeza budaya perlu dikikis dan dihapuskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dan baik sangka antara murid dalam bilik darjah.