You are on page 1of 18

Hari Raya Aidilfitri

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa,
Nama rasmi
Bahasa Arab: ‫' طرع يد ال ف‬Ayd al-Fiṭr
Hari Raya Fitrah, Eid, Idul Fitri, Lebaran
Juga
(Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh),
dinamakan
Ramazan Bayramı (Turki)
Diraikan Umat Islam seluruh dunia, juga bukan
oleh muslim di negara Muslim
Jenis Perayaan agama
Menandakan berakhirnya bulan
Keutamaan
Ramadhan, bulan puasa
Tarikh 1 Syawal
Tarikh 2009 21 September
Tarikh 2010 10 September
Tarikh 2011 31 Ogos
Menghias, menziarahi keluarga dan
Perayaan sahabat taulan, memasang lampu pelita,
balik kampung
Amalan Solat
Hari Raya Aidiladha, perayaan umat
Berkaitan
Islam lain, yang disambut 70 hari
dengan
kemudian
Sebahagian dari siri berkaitan

Islam
Rukun Iman
Allah · Kitab · Malaikat · Nabi
Hari Akhirat · Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah · Solat · Puasa
Zakat · Haji
Kota Suci
Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri · Aidiladha
Hukum
Quran · Sunnah · Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait · Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik · Haiwan · Seni
Takwim · Kanak-kanak
Demografi · Perayaan
Masjid · Dakwah · Falsafah
Sains · Wanita · Politik
Lihat juga
Kritikan · Islamofobia
Glosari
Portal Islam
p•b•s

Hari Raya Aidilfitri (bahasa Arab: ‫' ;ع يد ال فطر‬Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1
Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya
Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat
Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di
seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana
umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan
terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun
secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan
bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak
bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di
beberapa tempat strategik.

Isi kandungan

[sorok]

 1 Zakat fitrah dan takbir


 2 Simbol
 3 Persiapan
 4 Amalan lazim
 5 Pakaian
 6 Aidilfitri dalam Kalendar Masihi
 7 Perayaan lain
 8 Rujukan
 9 Pautan luar

Zakat fitrah dan takbir

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu
zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak
perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan
mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti
dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri
dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat
Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakar
menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan
pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa
untuk penyembelihan korban. [1]

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil
memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya
matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada
pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

Simbol
Gambar ketupat yang dianyam dari riben.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah
istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam
anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang.
Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.

Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad,
bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah
digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Persiapan

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum


perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat
membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-
besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan
yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan
ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran
warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama
sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

Amalan lazim

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini
adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya
Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri),
umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan
menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung
ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan
kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan,
dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan
kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya
selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya
berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang
memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya
berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul
yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang
bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya
diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan
untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk
mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah.
Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan
memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih
kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin
membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik
seperti hari ini.[2]

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan
membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t.
menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [3], dan juga
riwayat dari Umar (‫ )هنع هللا ىضر‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah
akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " [4]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan
Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan
kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti
tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan
jalan sesak.

Pakaian

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia
pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang.
Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap
tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada
tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil
promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada bekas
Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Aidilfitri dalam Kalendar Masihi

Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun
begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah
mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi
mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun,
dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.

Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut.
Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.

 2008: 1 Oktober
 2009: 21 September
 2010: 10 September
 2011: 31 Ogos
 2012: 19 Ogos
 2013: 8 Ogos
 2014: 29 Julai
 2015: 19 Julai

Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya matahari.

Perayaan lain

Di Malaysia, terdapat populasi Cina dan India. Masing-masing menyambut perayaan Deepavali
dan Tahun Baru Cina. Kadangkala, salah satu perayaan tersebut iaitu Deepavali dan Tahun Baru
Cina sering bertembung dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri mengikut kalendar Masihi. Oleh
sebab itu, terdapat segelintir pihak yang mengadakan sebuah 'rumah terbuka' untuk dua perayaan
sekaligus. Disebabkan situasi itu, wujudlah fenomena "DeepaRaya" dan "KongsiRaya".

Walau bagaimanapun, mufti negeri Perak menyatakan perayaan umat Islam yang dikongsi
dengan perayaan keagamaan orang kafir yang lain seperti "DeepaRaya" dan "KongsiRaya" serta
lain-lain kerana dianggap menjurus ke arah perbuatan syirik dan ditegah sama sekali oleh Islam.
Ini berdasarkan surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang
kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"
Sejarah Hari Raya Aidilfitri

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda

mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah

bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya

yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk

nenek mereka.
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari

raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau

Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini

bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu

ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa
Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama

sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada

melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah

menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat „fitri‟ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang

asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih

daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu

sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka

mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat,

bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan
ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu
hari kiamat.”

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan

solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di

kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau

batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan

pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya

dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru,

kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.”

Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya

tidak ada baju baru."

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju

baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk

bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari

raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang

ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk

membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti
mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana

masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin
tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam

tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita

mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan

diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan

kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai

jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam
menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan
kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang
ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian
yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya
menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri,
kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.
Fri, May 21, 2010 8:33:05 PM
Di Rekemenkan oleh : Panduan Menyambut Hari Raya Aidilfitri Cara Sunnah
From: "drkimba@yahoo.com"
<drkimba@yahoo.com>
Add to Contacts
To: drkimba@yahoo.com

Hello ,
Kawan anda, , telah mencadangkan anda untuk membaca artikel bertajuk 'Panduan Menyambut
Hari Raya Aidilfitri Cara Sunnah' ini.
Ini mesej daripada beliau:
hari raya aidilfitri
Panduan Menyambut Hari Raya Aidilfitri Cara Sunnah
Posted By PakarHowTo On September 18, 2009 (1:09 am) In Panduan
Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman
Allah S.W.T: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah
cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.” – Surah al-
Maaidah: 3.
Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia
secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi,
sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke
tandas dan beristinjak.
Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara
menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini.
PANDUAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI CARA SUNNAH.

Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam
mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan
bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan
Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan
muttaqin(orang yang bertakwa).
Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh
Rasulullah s.a.w sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

1. Bertakbir
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan.
Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah
selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah
(dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu
bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.
Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke
masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:
“Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin
ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun
kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.” – RujukKitab Meneladani
Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms.
32
Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk
jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

2. Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri


Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari
lebaran dengan ucapan „Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin‟. Namun, apa yang
lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah
sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‟Asqalani r.h yang dinukilkan daripada
Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan
kepada yang lain „taqabbalullah minna waminka‟ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan
amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-‟Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut
beliau hadis ini berstatus hasan.

3. Meneruskan qiamullail
Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan
pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga
pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud
mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di
sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan
mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

4. Mandi pada pagi hari raya


Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju
ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi.
Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:
“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari
Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi‟i,
jil. 1, ms. 118-119.

5. Makan sebelum solat Aidilfitri.


Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri.
Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.
Menurut al-Muhallab r.h:
“Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar
seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri
dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.” – Rujuk
Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.
Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari
raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada
pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih
baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh
dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan
beberapa biji kurma.” Murajja‟ bin Raja‟ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa
Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” – Hadis riwayat al-
Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.
Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain
terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali,
memadai dengan hanya meminum air.

6. Memakai pakaian yang indah


Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya.
Imam Syafier.h berkata:
“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya,
iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis
(seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-
wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi‟I, jil. 1, ms. 327.
Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka
hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang
berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula,
Imam Syafie r.h menambah:
“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang
dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas
atau apa sahaja perhiasan.” – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.
Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut
kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum
lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah
s.a.w:
“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka
dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam
Sunannya. no: 5036.
Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam
adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita
untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan
tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh
menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.


Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali
bin Abi Thalib r.a:
“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan
sesuatu sebelum berangkat.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.
Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu
jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal
berbanding menaiki kenderaan.
8. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali
dari mengerjakan solat hari raya.
Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat
hari raya. Jabir bin „Abdullah r.a berkata:
“Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam
Sahihnya, no: 986.
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:
“Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat
pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-
orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah
kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang
memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar
Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih
jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah
kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan
kesalahan-kesalahannya.” – Rujuk Zaadul Ma‟ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

9. Tempat perlaksanaan solat hari raya


Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti
padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang
dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang
kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a
berkata:
“Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu,
perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada
sebarang solat sunat).” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin
Hasan telah berkata:
“Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah
yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh
berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk
negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka
semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat
(tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada
Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan
mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-
benar bermakna bagi mereka.” – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah
Masyhur bin Hasan, ms. 394.

10. Mengerjakan Solat Aidilfitri


Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat
Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari
raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.”
– Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.
Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa‟id
al-Khudri r.a berkata:
“Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara
pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat.
Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di
dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada
mereka (khutbah).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja
selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka
dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa‟ib r.a berkata:
“Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda
bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar
khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.” – Hadis riwayat Abu
Daud di dalam Sunannya, no: 975.

11. Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri


Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi
tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut
kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan
suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah
sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi
kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-
baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan
pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan
untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua
bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam
sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak.
Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:

“Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk
pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang
disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta
kegirangan hati.” – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.
Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira
apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:
“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang
mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda
berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang
menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah
telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan
Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

12. Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan


Syawal
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan
Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no:
1164.
Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk
melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut
(bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan
pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana
hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia
juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang
melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu
merupakan perbuatan bid‟ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang
thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih
dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis
di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

PENUTUP
Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut
bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang
sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari
raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan
selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.
Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT
SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari