1.

0

Pengenalan

Komputer secara umumnya dianggap sebagai satu lambang pemodenan dan pembangunan sesebuah negara. Ini adalah kerana komputer memainkan peranan yang penting dalam pelbagai bidang kehidupan manusia seperti ekonomi, pentadbiran, kemanusiaan, pendidikan dan sebagainya. Atas dasar tersebut, setiap individu sama ada sedar atau tidak sedar pastinya akan berurusaan dengan teknologi komputer setiap hari dan sedikit sebanyak mereka harus sekurang-kurangnya mengenali apakah komputer itu sebenarnya. Komputer secara amnya bolehlah dikatakan sebagai suatu mesin elektronik yang telah diprogramkan oleh manusia bagi melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. Prinsip sifat komputer yang utama ialah bertindakbalas kepada set arahan yang spesifik mengikut kaedah atau turutan yang ditentukan dan ia mampu menjalankan senarai arahan yang pelbagai bentuk dan lebih sistematik. Terdapat banyak kompenen di dalam satu sistem komputer yang boleh kita perolehi sekarang. Diantaranya ialah perkakasan tambahan komputer yang sangat mudah diperolehi dan banyak membantu dalam kerja manusia seharian. Perkakasan komputer yang juga disebut peranti pemprosesan merujuk kepada komponen-komponen yang terlibat bagi memastikan data-data yang dimasukkan (input) ke dalam sesebuah komputer diproses sebelum boleh dikeluarkan semula sebagai maklumat yang bermanfaat kepada pengguna.

2.0

Perkakasan Tambahan Komputer
1

Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap dan merujuk juga kepada pelbagai komponen fizikal bagi sesuatu sistem bagi komputer. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti. Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan fizikal sesebuah komputer, manakala perisian menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Perkakasan tambahan pada komputer digunakan untuk memudahkan lagi kerja pengguna. Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna. Ia merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang selalunya digunakan dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak lagi. Dengan kemudahan teknologi yang semakin pesat, perkakasan yang paling senang untuk dilihat adalah pada komputer peribadi. Boleh dikatakan kebanyakan komputer peribadi pada masa kini dilengkapkan dengan segala perkakasan tambahan komputer. Berikut adalah beberapa perkakasan tambahan komputer yang kerap digunakan oleh pengguna. 2.1 Kad Output TV Kad output TV merupakan komponen yang membenarkan input dari komputer dipaparkan pada skrin televisyen. Peranti ini merupakan alat yang menukarkan isyarat digital yang yang merupakan output dari komputer kepada isyarat gelombang (analog). Di bawah merupakan diagram menunjukkan proses penukaran isyarat dari digital kepada gelombang (analog).

2

2.1.1. Proses penukaran isyarat dari digital ke analog

2.1.2. Contoh kad output TV

2.2

Kad Video/TV Capture

3

Kad Video/TV Capture disebut juga sebagai video card merujuk kepada papan litar yang dipasangkan kepada sesebuah komputer bagi meningkatkan kebolehan paparan sistem sesebuah komputer. Ia memainkan peranan yang penting dalam menghantar signal digital ke monitor komputer. Kad video mempunyai RAM tersendiri dan boleh memproses data mengikut cip yang terbina dalam kad tersebut. Ia membolehkan rancangan televisyen dirakam dan direkod ke dalam cakera keras (hard disk). Dengan teknologi kini, kad video dibina terus di dalam papan induk dan ini lebih menjimatkan kos pengeluar dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna. Peranti ini merupakan alat yang menukarkan isyarat gelombang (analog) yang diterima dari aerial televisyen kepada isyarat digital. Ini kerana komputer hanya boleh menafsir isyarat digital yakni dalam bentuk ‘0’ dan ‘1’. Di bawah merupakan diagram menunjukkan proses penukaran isyarat dari gelombang (analog) kepada digital.

2.2.1. Proses penukaran isyarat gelombang (analog) kepada digital

4

2.2.2. Contoh Kad Video/TV Capture

2.3

Kad Grafik Video Kad grafik video dirujuk sebagai kad pemecutan grafik adapter paparan kad grafik dan bermacam-macam istilah lain, Ia adalah sejenis perkakasan yang digunakan di dalam komputer peribadi yang berfungsi sebagai penjana dan mengeluarkan imej-imej paparan komputer. Kad grafik video mempunyai fungsi yang serupa dengan alat perisian yang lain. Kad grafik video merupakan peranti yang disambungkan kepada peranti output seperti monitor. Kad grafik video adalah komponen yang penting dalam menentukan prestasi dalam sesuatu komputer. Istilah kad grafik video dicipta untuk memisahkan di antara kad yang boleh disambung ke dalam slot dengan grafik bersepadu yang terus digabungkan dengan papan induk. Permainan computer memerlukan kad grafik yang boleh mengeluarkan efek 2D dan 3D.

5

2.3.1. Contoh Kad Grafik Video

2.4

Kad Suara Kad suara ataupun kad bunyi (sound card) merupakan sejenis papan litar sokongan yang membolehkan komputer memanipulasikan audio sebagai sumber outputnya. Ia merupakan perkakasan tambahan komputer yang boleh menerima input dan mengeluarkan output bunyi dengan kawalan perisian. Kad suara yang biasa termasuk cip bunyi biasanya mempunyai ciri penukar digit ke analog yang menukarkan bunyi gelombang digit atau dirakamkan kepada format analog. Isyarat dialirkan kepada penyambung jenis fon telinga dimana kabel penyambung kepada amplifier. Sambungan biasanya akan digunakan terus kepada mikrofon dan boleh dirakamkan kepada cakera keras. Kad suara membolehkan sesebuah komputer mengeluarkan bunyibunyian seperti muzik dan kesan khas dan ia juga membolehkan seseorang pengguna menggunakan suara sebagai salah satu cara
6

memasukkan data dengan bantuan perisian audio dan juga alat pembesar suara.

2.4.1.

Contoh Kad Suara

2.5

Kad Rangkaian NIC Kad rangkaian NIC atau boleh juga dikenali sebagai Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card) merupakan sambungan fizikal antara satu rangkaian dengan komputer stesyen kerja. Kebanyakan kad ini merupakan kad dalaman, dimana ianya dipasang pada slot yang terdapat di dalam sebuah sistem komputer. Kad ini merupakan perhubungan fizikal antara stesyen kerja dan rangkaian. Ia juga merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian. Ia bertindak sebagai penyambung di antara komputer anda dengan kabel rangkaian. Fungsinya adalah untuk menyediakan data dari komputer ke kabel rangkaian, menghantar data ke komputer yang lain dan juga mengawal aliran data di antara aliran komputer dan sistem kabel penyambung.
7

Ada antara muka rangkaian ini yang berbentuk kad dan ada yang berbentuk komponen dalam papan induk komputer. Kad rangkaian juga menerima data input dari kabel dan menterjemahkan kepada byte yang difahami oleh unit pemprosesan pusat komputer. Jenis-jenis Kad Antaramuka Rangkaian • • • Kad Ethernet Penyambung Localtalk Kad Token Ring

2.5.1

Contoh Kad Rangkaian NIC

8

PC1

PC2

Switc h

Mode m

INTERN ET
PC3

2.5.2. Diagram LAN (Local Area Network) bersama modem
9

Diagram 2.5.2 menerangkan mengenai komputer yang mempunyai peranti NIC dirangkaikan dengan menggunakan ’switch’. Dari switch kemudian rangkain tersebut disambungkan kepada modem dan seterusnya membolehkan komputer-komputer yang berada di dalam lingkungan rangkaian ataupun di dalam LAN (Local Area Network) itu memperolehi capaian jalur lebar (Internet).

2.6

Modem

Modem merupakan peranti komputer yang melaksanakan proses yang menukarkan isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer kepada isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan menerusi talian telefon dan juga sebaliknya. Dengan pendek kata, ia berkemampuan untuk mengalihkan isyarat gelombang kepada isyarat digital. Modem merupakan singkatan daripada perkatan modulate/demodulate. Ianya berperanan menukar signal digital kepada analog dan juga sebaliknya. Terdapat tiga jenis modem yang utama iaitu : • • • • Modem dalaman dan sambungan terus (internal modem or Direct Connect Modem) Modem luaran (External Modem) Personal Computer Memory Card International Association (PCMCIA) Modem USB

Modem sambungan terus biasanya berupa sekeping kad litar sokongan seperti juga kad audio yang dipasangkan kepada papan induk.

10

2.6.1. Contoh

modem luaran

2.6.2. Contoh modem PCMCIA

2.6.3. Contoh modem USB
3.0

Kelebihan Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Kad Output TV mampu memaparkan bahan bantu mengajar dalam bentuk media pada skrin televisyen kepada pelajar dimana inputnya datang dari komputer peribadi
11

ataupun komputer riba. Input-inputnya pula boleh datang dari cakera padat (CD), fail yang dimuat turun dari jalur lebar (internet) serta pelbagai perisian yang dibangunkan khas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kerana televisyen dijadikan medium paparan, ia sedikit sebanyak mampu menarik minat murid dan pelajar untuk menumpukan perhatian mereka kepada proses penyampaian ilmu yang sedang dijalankan. Selain itu, skrinnya yang lebih besar dan lebar serta umumnya televisyen sememangnya tidak menjanggalkan para murid dan pelajar dan seterusnya mampu membentuk satu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Kad Video / TV Capture merupakan komponen yang membenarkan signal televisyen untuk diterima oleh komputer. Ini bermaksud ia berkebolehan untuk menayangkan rancangan televisyen yang disiarkan secara langsung (live) kepada para murid dan pelajar. Rancangan televisyen seperti dokumentari, sebarang pertandingan seperti pertandingan debat antara sekolah, TV pendidikan dan lainlain adalah antara yang boleh dipertontonkan. Bukan itu sahaja, kad video / tv capture juga mampu merakam rancangan pilihan dan seterusnya disimpan untuk tujuan arkib. Kad Grafik Video berfungsi untuk menjana dan mengeluarkan imej-imej paparan pada skrin monitor komputer. Ia antara peranti yang mesti ada di dalam komputer. Kad Grafik Video membolehkan pengguna yang mahir dengan perisian seperti Adobe Flash dan 3D Maya membangunkan sesuatu yang mana hasilnya boleh membantu dalam proses P&P dengan lebih lancar. Hasil yang dijanakan lebih interaktif dan selanjutnya mampu menarik minat dan perhatian para murid dan pelajar. Kad Suara merupakan peranti yang boleh menerima input dan mengeluarkan output bunyi dengan kawalan perisian. Dengan adanya peranti ini, bunyi dari media seperti muzik latar belakang, kesan bunyi dan penceritaan dapat dialirkan pada para pendengar dan seterusnya memahamkan mereka akan apa yang mereka tontoni.

12

Kad Rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian. Peranti ini dapat menghubungkan setiap komputer pada satu pangkalan sistem di mana maklumat dapat dikongsi bersama oleh setiap pengguna. Para murid atau pelajar dibawah bimbingan guru boleh mencapai sesuatu informasi dan seterusnya saling berinteraksi antara satu sama lain pada waktu yang sama. Ini bukan sahaja menggalakkan pembabitan mereka di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), malah turut mampu menyuburkan semangat integriti di antara mereka. Modem merupakan peranti komputer yang menukarkan isyarat digital kepada gelombang (analog) supaya ia dapat dihantar melalui talian telefon dan juga sebaliknya. Dengan kata lain modem merupakan peranti yang diperlukan oleh pengguna untuk mencapai talian jalur lebar (internet). Ia mampu menghubungkan dan mendekatkan pelajar dan guru dengan dunia luar, dimana ilmu baru boleh dicapai dengan lebih cepat dan mudah. Ini kerana dengan adanya jalur lebar (internet), istilah batasan geografi tidak lagi boleh diguna pakai. Penemuan baru yang lengkap dengan maklumat mengenainya dan video-video ilmiah, jurnal dan lain-lain bahan yang boleh diguna pakai dalam proses P&P dapat dimuat turun.

4.0

Kebaikan

Perkakasan tambahan komputer sebanyaknya memberi kebaikan serta kelebihan kepada penggunanya. Di dalam dunia multimedia dan Internet yang tiada sempadan ini, sistem komputer yang lengkap dengan peranti tambahan mampu meningkatkan
13

kelebihannya kepada tahap yang maksima dimana pengguna yang mahir mampu menyelesaikan setiap perkara dengan lebih berkesan. Gabungan setiap peranti boleh menjadikan komputer itu satu sistem yang sistematik kerana semuanya terkandung di dalam satu mesin dan selanjutnya mampu melaksanakan setiap kerja yang ingin diselesaikan. Kini pengguna komputer bukan sahaja boleh menaip malah turut boleh menghasilkan animasi, melayari jalur lebar (internet) dan juga menonton video dengan menggunakan televisyen sebagai mediumnya. Perkakasan tambahan komputer juga berupaya memudahkan kerja samada dalam proses penyediaan bahan mengajar malah juga semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sebagai contoh peranti kad grafik yang berkualiti memudahkan pengguna untuk menghasilkan animasi flash atau perisian interaktif dengan lebih cepat dan lebih menarik. Selain itu modem yang digunakan untuk mencapaikan pengguna pada jalur lebar (internet) boleh menjimatkan sejumlah masa yang akan diperuntukkan dalam mencari maklumat dimana kini maklumat boleh diperolehi dihujung jari. Ini seterusnya menjimatkan masa dan kerja menjadi lebih efektif dan efisyen.

5.0

Keburukan

Untuk melengkapkan komputer dengan perkakasan-perkakasan tambahan, kos yang tinggi disediakan. Harga sesebuah peranti yang terkini di pasaran dan diperlukan oleh komputer untuk memenuhi keperluan spesifikasi perisian pembina seperti 3D Maya,
14

dan Adobe Photoshop pada tahap yang maksima adalah mahal. Sebagai contoh kad bunyi yang berkualiti mampu mencecah harga ratusan ringgit. Penelitian serta perancangan kewangan perlu dibuat. Harga yang mahal mencerminkan kualiti sesebuah peranti itu. Satu sistem komputer itu tidak memerlukan peranti yang canggih sekiranya penggunaannya hanyalah untuk perkara-perkara asas. Sebagai contoh, kad grafik video yang berharga ribuan ringgit tidak diperlukan jika penggunaannya hanyalah sekadar untuk menayangkan video yang dimuat turun dari jalur lebar (Internet). Dengan kata lain, kualiti peranti yang dibeli seharusnya selaras dengan cara dan gaya penggunaannya Asas kemahiran ICT amat diperlukan oleh seseorang itu dalam untuk menggunakan perkakasan tambahan ini. Sebagai contoh, pengguna yang tiada asas ini mungkin terkial-kial dan memerlukan bantuan orang lain dalam untuk menggunakan peranti kad TV Output. Ini kerana pengguna harus tahu bagaimana untuk melakukan konfigurasi pada peranti itu supaya ia dapat menayangkan input dari komputer pada skrin televisyen. Penyelenggaraan yang kerap juga turut perlu dilakukan untuk menjaga jangka hayat peranti-peranti tersebut. Selain itu, perkembangan teknologi yang terlalu pantas memungkinkan potensi perisian terbaru yang berada dipasaran tidak dapat digunakan secara maksima oleh komputer yang menggunakan peranti yang terdahulu. Dengan kata lain untuk memenuhi keperluan spesifikasi terkini, pengguna harus pertimbangkan keputusan untuk menggantikannya dengan yang baru. Perancangan perbelanjaan baru yang berkaitan dengan kos yang tinggi terpaksa dilaksanakan kembali. Kebergantungan yang berlebihan juga boleh terjadi sekiranya komputer yang lengkap dengan peranti tersebut dijadikan bahan sandaran untuk melakukan setiap tugasan dan akan buntu kiranya ianya tidak berfungsi.
6.0

Kesimpulan

Perkakasan tambahan komputer fungsinya adalah untuk memudahkan lagi kerja pengguna. Ia bukan sahaja menjimatkan masa malah mampu membantu untuk menghasilkan sesuatu output atau hasil yang multimedia dan memberangsangkan. Ia
15

kini menjadi seakan satu kemestian dalam satu sistem komputer, dimana pengguna sanggup melaburkan lebih wang untuk memastikan mereka memperolehi apa yang mereka citakan. Kelebihan dalam penggunaannya yakni menjimatkan masa, cepat dan efektif memainkan peranan dalam membantu pengguna dalam menyelesaikan pelbagai perkara. Namun kebergantungan yang berlebihan boleh berlaku jika komputer tersebut dijadikan tempat bergantung. Pengguna akan merasakan diri mereka di dalam kesusahan kiranya ada peranti yang rosak atau tidak berfungsi dan mereka tidak mampu mencari jalan penyelesaian yang lain. Selain itu kos membeli serta penyelenggaraannya yang tinggi harus diambil kira. Satu kerugian jika peranti yang mahal hanya digunakan untuk menyelesaikan suatu kerja yang biasa seperti menaip dokumen. Maka dengan ini, perancangan teliti harus dilakukan sebelum urusan pembelian berlaku. Kesimpulannya pengguna harus bijak dalam menentukan perkakasan tambahan yang mereka perlukan sejajar dengan cara penggunaan. Pengguna juga harus mempunyai ilmu pengetahuan dalam mengoperasikan ia. Dan dengan bantuan perantiperanti ini, sesungguhnya ia banyak membantu dalam kontek pengajaran dan pembelajaran (P&P) seterusnya kepada murid atau pelajar itu sendiri.

Rujukan Othman Shariff. Manual Asas Pemasangan Komputer Peribadi dan Internet. Venton Publishing

16

Muhammad Razin Abdullah. Perkakasan Sistem Komputer. New Horizans Publishing Center Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamaluddin Harun, Zaidatun Tasir. Sistem Komputer dan Aplikasinya. Venton Publishing Mohammad Noorman Masvek, Safani Abd Rahman, Kamarul Ariffin Abd Jalil. Analisis dan Rekabentuk Sistem Maklumat. Mc Graw –Hill (Malaysia) Sdn Bhd Jamaluddin Harun,Zaidatun Tasir. Pengenalan Kepada Mutlimedia. Venton Publishing http://ms.wikipedia.org/wiki/Kad_bunyi. Accessed on 11 Julai 2009. http://en.wikipedia.org/wiki/Network_card. Accessed on 14 Julai 2009. http://ms.wikipedia.org/wiki/Modem. Accessed on 11 Julai 2009. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kad_Rangkaian. Accessed on 11 Julai 2009. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kad_Video. Accessed on 11 Julai 2009. http://ms.wikipedia.org/wiki/Unit_Pemprosesan_Grafik. Accessed on 11 Julai 2009.

17

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.