P. 1
Abon... (Mek Suhara)

Abon... (Mek Suhara)

|Views: 18|Likes:
Published by power5293
VANITA A/P SUPRAMANIAM
VANITA A/P SUPRAMANIAM

More info:

Published by: power5293 on May 25, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/25/2010

pdf

text

original

NAMA

:VANITA A/P SUPRAMANIAM

KUMPULAN :BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Abon…(Mek Suhara)
Hari ini tibalah masa yang ku tertunggu-tunggu hendak melaksanakan tugasku sebagai guru pelatih apabila cikgu Suzi meminta kumasuk ke kelas Tahun Satu Teratai untuk menggantikan masanya.Tapi ku rasa macam tidak selesa kerana aku tidak pernah mengajar di sekolah.Jadi hari ini saya menganggap sebagai hari ini dalam sejarahku .Dalam perjalanan ke kelas Tahun Satu teratai ku tidak dapat

membayangkan bagaimana kelakuan murid-murid disana. Dimaklumkan bahawa muridmurid disana adalah Orang Asli.Apabila masuk ke kelas itu dengan penuh harapan dan hatiku berasa gembira apabila berjumpa dengan murid-murid orang asli yang tidak pernah kujumpa sebelum ini dalam hidupku.Tapi ku tidak sangka apabila masuk dalam kelas Tahun Satu Teratai semua murid-murid lari lintang-pukang lalu menyembunyikan diri mereka belakang pintu almari dalam kelas itu.Akhirnya kudapat tahu bahawa muridmurid di situ berasa malu apabila seorang yang tidak kenal masuk ke kelas mereka. Hmm!!!!Kenapa kanak-kanak itu terpinggir? Hatiku bertanya-tanya apabila masuk ke kelas tahun SatuTeratai. Namun ku dapat memujuk murid-murid disitu sambil memegang tangan masingmasing dan membawa ke hadapan kelas.Akhirnya semua murid dapat tampilkan diri mereka dihadapan kelas kecuali seorang murid yang bernama Mek Suhara nama samarannya Abon.Abon adalah seorang murid yang degil tapi nampaknya istimewa

bagi ku.Apabila meminta kawan-kawannya memanggil abon ke hadapan kelas, tapi Abon masih disana..Jadi ku membiarkan Abon disitu lalu melayan murid-murid yang tampilkan diri mereka dihadapan kelas. Ku meminta murid-murid supaya

memperkenalkan diri mereka. Masing-masing berucap bahasa temiar iatu bahasa ibunda masing-masing iaitu ‘ha’.Yang bermaksud kamu yang teruja kepada ketua kelas Tahun 1Teratai.Ini bermakna murid-murid itu menyuruh ketua kelas untuk

memperkenalkan dirinya dulu.Selepas mengetahui nama mereka ku memberi manisan kepada 11 orang murid daripada 12 orang murid kecuali Abon.Tetapi hatiku rasa sedih kerana tidak dapat mengubah Abon yang masih di belakang almari.Namun ku menyuruh ketua kelas untuk memberikan manisan kepada Abon.Ketua kelas memberi manisan itu kepada Abon lalu menyuruhnya duduk di tempatnya.Akhirnya ku Berjaya juga menukar sifat Abon dengan pemberian sebiji manisan.Akhirnya ditempatnya dengan senyuman yang lebar. Pada masa itu,kawan-kawanku yang lain masuk ke kelas yang ku berada.Ku telah meminta tolong dari kawanku iaitu Noni untuk mengajar sebarang mata pelajaran.Tetapi apabila melihat keadaan kelas itu, dia telah menolak permintaan ku.Jadi terpaksalah ku meneruskan mengambilalih kelas itu.Pada ketika itu, otakku tidak ada sebarang idea untuk menjalankan sebarang aktiviti.Tiba-tiba ku teringat ujaran pensyarah saya yang memberitahu bahawa murid-murid asli suka pada muzik.Jadi ku menyuruh mereka menyanyi lagu yang menjadi buah mulut mereka apabila masuk ke kelas.Tiada seoang pun memberi respon kepadaku.Apa diberitahu oleh mereka ialah perkataan yang mudah iaitu ‘tak tahu’.Alamak… ku marah dalam hati tapi tidak dapat dilepaskan kepada murid-murid itu kerana masih bersifat kanak-kanak Abon duduk

yang baru lahir. Jadi ku mengambil pen marker yang berdakwat biru lalu menulis sebuah lagu yang terlintas dalam fikiran saya pada masa itu.Iaitu lagu , ”saya ayam kok.. kok.. kok.. kok.. kok” Apabila menyuruh murid-murid menyanyi lagu tersebut masing-masing ketawa lalu menyebut perkataan ha.Masing-masing menuding jari lalu menyebut ” ha..ha..ha..” Setelah menulis lagu itu, ku telah meminta tolong Ping ping dan Jasmin dari kumpulan muzik untuk mengendalikan lagu itu.Ping ping dan Jasmin begitu gembira dan rela menyanyi lagu tersebut sambil membuat pergerakan badan. Mula-mula murid-murid berasa malu lalu duduk ditempat masing-masing.Apabila Jasmin beritahu kepada mereka iaitu siapa yang menyanyi cikgu akan beri gula-gula.’Jadi bangunlah semua murid.Kecuali Abon.Tapi Jasmin pandai memujuk Abon yang berbadan kecil itu.Ruparupanya Jasmin adalah cikgu yang paling disukai oleh Abon.Jadi nyanyian lagu, ”saya ayam kok.. kok.. kok.. kok.. kok..” yang pertama kali tidaklah begitu mantap.Kali kedua semua pelatih menyanyi bersama murid-murid barulah berputik semangat daripada murid-murid.Selepas itu, ku memilih seorang demi seorang murid yang menyanyi dengan gaya yang bagus dan suara yang latar dalam kumpulan mereka.Mereka yang keluar dari kumpulan diberi sebiji manisan. Akhirnya tinggallah seorang murid.Dah tahu pun siapa dia tu. Siapa lagi selain dari Abon.Degilnya Abon yang tidak menyanyi lagu lalu berdiri seperti patung.Ku dengan kawan-kawanku telah menyuruh Abon menyanyi sambil buat pergerakan badan. Akhirnya Abon dengan hati yang sedih dan kecewa lari ketempatnya dan

menangis.Sedihnya hatiku apabila melihat muka Abon yang dipenuhi dengan titisan air mata. Ku dan kawan-kawanku telah memujuk dan memberi beberapa biji manisan kepadanya. Pada masa itu tersentuhlah hatiku. Saya telah mengambil keputusan tidak akan membuat anak murid saya menangis. Selepas itu, Jasmin dan Ping ping telah menyuruhku untuk mengendalikan kelas itu.Kekeliruanku sambung lagi.Iaitu apa benda yang nak kita bagi kepada pelajar ini? Mataku memandang dinding-dinding yang dihiasi dengan ABM yang berwarnawarni.Jadi dapatlah idea untuk mengendalikan kelas itu.Aku meminta murid-murid untuk mengeja perkataan kv,kvk dan kvkk.Barulah kusedar dimanakah murid-murid asli ini yang tidak tahu mengeja.membaca dan mengira.Bagaimana dengan masa depan mereka ini? Hatiku terguris apabila mengingatkan kehidupan mereka seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang ini sambung ke generasi yang akan datang atau tidak. Aku meminta setiap murid untuk mengeja perkataan yang ku sebut.Masingmasing cuba untuk mengeja.Tapi tidak sangka Abon mengambil inisiatif yang begitu mendalam sehingga dapat mengeja perkataan yang saya tanya.Wah...gembiranya ku pada masa itu.Akhirnya saya telah memberi manisan-manisan yang dibawa oleh kawan-kawanku yang lain kepada Abon.Abon,siapalah budak ini?Mula-mula tak nak kawan denganku.Tapi selepas itu dah pun jadi anak muridku dan memberi respon kepada pengajaranku yang tidak teratur. Pada masa itu hatiku tertanya kenapa Abon ini nampak lain daripada kawankawannya yang lain.Dari segi luaran dan dalaman nampaknya lain.Abon yang berbadan kecil dan mempunyai sifat yang degil. Rupa-rupanya Abon mempunyai masalah

kesihatan. Ini pun saya diberitahu oleh Cikgu Suzi apabila bertanya dengannya tentang Abon.Abon adalah pelajar yang kurang pertumbuhan dari segi mental. ”Bagaimana keadaan ini boleh berlaku sedangkan ibu bapanya sihat?” Ku tanya lagi.Sebenarnya ini adalah kerana masalah makanan.Biasalah orang asli ini suka makan makanan yang terdapat di hutan yang mereka tinggal Ujarnya Cikgu Suzi.Kenapa tuhan menjadikan hidup Abon ini tidak seperti budak-budak yang lain hatiku tertanya sambil merenung senyuman Abon yang lebar. Pada ketika itu,Ku rasa agak sukar untuk berada pada tahap pemikiran murid, ku cuba untuk memahami apa yang murid rasa dan ingin sampaikan. Murid-murid orang asli agak sukar untuk meluahkan perasaannya, jadi ku harus membelajari teknik-teknik yang sesuai untuk aplikasikan dalam pengajaran. Baruku sedar bahawa bukan mudah untuk menjadi guru.Ku dapat melihat bagaimana kurangnya pengetahuan masyarakat orang asli terhadap pendidikan. Disinilah bermulanya cabaran sebagai seorang guru untuk mendidik murid-murid kawasan pedalaman tanpa mengira masa dan tenaga.Usaha ini bukan mudah tetapi harus diteruskan juga.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->