P. 1
Elemen 3

Elemen 3

|Views: 167|Likes:
Published by Muizz Rosli

More info:

Published by: Muizz Rosli on May 27, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/23/2010

pdf

text

original

Elemen 3

SOALAN: Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat malaysia?

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh kaumkaum yang ada di Malysia ini. Seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum Melayu.Tahun Baru Cina oleh kaum Cina,Depavalli oleh kaum India, Krismas oleh kaum India atau Cina yang menganut ajaran Kristian. Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kaum-kaum yang ada di Malaysia ini sama-sama menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa masing-masing. Rumah terbuka antara kaum mengalakkan mereka saling kunjung mengunjungi di antara satu sama lain. Bersama-sama berkongsi kemeriahan dan kegembiraan semasa menyambut hari perayaan. Melalui Majlis rumah terbuka ini sifat muhibah dan semangat bermasyarakat dapat lahir dengan sendirinya. Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum yang menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun berlainan bangsa dan agama.Ini juga mencerminkan mereka adalah insan atau masyarakat yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Melalui perayaan ini akan lahir nilai hormat menghormati terhadap kaum-kaum lain.Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyokong Konsep Satu Malaysia yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malysia yang disanjungi.

Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu bersefahaman dan bermuafakat di antara satu sama lain. Masyarakat perlu bertolak ansur , bekerjasama dan tolong menolong sama ada semasa di jalan raya untuk pulang ke kampung menyambut perayaan atau menolong ketika membuat persiapan untuk menyambut perayaan kerana semasa musim perayaan semua rakyat Malysia akan bercuti walaupun kaum yang tidak menyambut perayaan ketika itu. Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada, sifat bertanggungjawab kepada bangsa dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masing-masing. Justeru itu, semasa perayaan tradisi kita perlu lebih bersatu padu dan berharmoni. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Semua kaum diminta menyayangi negara dan bangga kepada negara Malaysia kerana dengan cara ini dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->