You are on page 1of 14

Pantun Empat Kerat

(Agama)
Pantun Empat Kerat
(Agama)
Kemumu di dalam semak,
Jatuh melayang selaranya,
Meski ilmu setinggi tegak,
Tidak sembahyang apa gunanya.

Asam kandis asam gelugur,


Ketiga asam riang-riang,
Menangis di pintu kubur,
Teringat badan tidak sembahyang.
Kemumu di tengah pekan,
Dihembus angin jatuh ke bawah,
Ilmu yang tidak diamalkan,
Bagai pohon tidak berbuah.

Banyaklah bulan antara bulan,


Tidak semulia bulan puasa,
Banyaklah tuan serupa tuan,
Tidak semulia Tuhan Yang Esa.
Bendahara Datuk Seri Paduka,
Memerintah kota dan negeri,
Sengsara masuk dalam neraka,
Hendaklah kita ingatkan diri.

Pohon di kebun habis berbuah,


Disambut masuk buah rembega,
Mohonkan ampun dosa yang sudah,
Hendak masuk dalam syurga.
Maksud Pantun

1
Sia-sia sahaja ilmu yang dimiliki oleh seseorang

sekiranya dia tidak melaksanakan suruhan Tuhan,


iaitu sembahyang.

2 Orang yang tidak menunaikan sembahyang


pasti menyesal di hari kemudian.

3 Sia-sia sahaja ilmu yang dimiliki oleh seseorang


jika dia tidak mahu mempraktikkannya.


4 Tuhanlah yang paling mulia dan

Maha Berkuasa.

5 Janganlah berbuat jahat kerana


balasan Tuhan sangat dahsyat.

6 Manusia perlu bertaubat supaya mendapat


balasan yang baik pada hari akhirat.


Tema
• Ingatan tentang kepentingan
ibadat dan balasannya serta
tanggungjawab manusia kepada
Tuhan.
Persoalan
1. Ibadat sembahyang merupakan asas
yang paling penting bagi umat Islam.
2. Ilmu yang tidak diamalkan tidak
mendatangkan kebaikan.
3. Balasan bagi orang baik ialah syurga
manakala balasan bagi orang jahat
ialah neraka.
4. Pintu taubat sentiasa terbuka kepada
orang yang telah insaf.
Bentuk
• Bilangan rangkap - 6 rangkap
• Bilangan baris - 4 baris serangkap.
• Rima akhir - abab
Gaya Bahasa

1. Penggunaan imej alam


– kemumu
– asam kandis
– bulan
– pohon
– angin
2. Simile
• Bagai pohon tidak berbuah

3. Aliterasi
• Kemumu di dalam semak
(Pengulangan konsonan m)
4. Asonansi
• Banyaklah bulan antara bulan
(Pengulangan vokal a)
Nilai

1. Kepatuhan akan ajaran agama.


2. Keinsafan
3. Bertanggungjawab
4. Kebijaksanaan
5. Rasional
Pengajaran
1. Kita hendaklah menuntut ilmu supaya
faham tentang dosa dan pahala.
2. Umat Islam hendaklah menunaikan
solat.
3. Kita hendaklah mempraktikkan ilmu
yang telah dipelajari supaya hidup tidak
sia-sia.
4. Kita hendaklah melaksanakan suruhan
Tuhan semasa hidup.

You might also like