Jenis-jenis main dengan perkembangan kanak-kanak Jenny Kong Yug Ying Katie Wong Ai Chin Chan

Geok Ying Liew Miaw Huei

Main Sosial
• Mengikut kajian Mildred Parten(1932), main sosial kanak-kanak di antara umur 2 tahun dan 5 tahun, boleh diklasifikasikan kepada 4 kategori, iaitu: 1. Main diri-sendiri(solitary play) 2. Main selari(parallel play) 3. Main asosiatif(associative play) 4. Main koperatif(cooperative play) Main asosiatif • sejenis pola main yang mana dua atau kumpulan kanak-kanak yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti main dengan secara berasingan,

tetapi, • • berlainan dengan main selari, ada kerjasama dan komunikasi di antara satu sama lain. Permainan ini dimainkan secara beramai-ramai tetapi tidak memerlukan kerjasama yang kuat di kalangan pemain.

Contohnya, permain kejar-kejar, apabila seorang kanak-kanak dicuit oleh pihak lawan maka kanak-kanak tersebut terkeluar dari permainan tetapi kanak-kanak yang lain masih meneruskan permainan. • Di bawah situasi main asosiatif ini, kebanyakan masa adalah ditumpukan kepada perkongsian dan pinjam-meminjam alatan main, bergilirgilir, menjalankan aktiviti main, berkomunikasi serta membantu di antara mereka. Misalnya dua orang kanak-kanak main membina rumah dengan blok-blok pelbagai bentuk masing-masing mungkin ada perbincangan mengenai kerja membina, perkongsian alatan membina, ataupun bantu-membantu dalam proses pembinaan rumah. Mengikut kajian Parten(1932), pola main asosiatif ini adalah banyak di antara 3 dan 4 tahun.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful