P. 1
3582305 Pemimpin Dan Leadership

3582305 Pemimpin Dan Leadership

|Views: 98|Likes:
Published by shahzrulhaikal

More info:

Published by: shahzrulhaikal on May 29, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/24/2012

pdf

text

original

PEMIMPIN dan LEADERSHIP

Di sini kita sama-sama berkongsi pandangan bagaimana untuk menjadi pemimpin, tidak kira lah peringkat mana pun kita mempimpin, kita tetap seorang pemimpin. Bak sabda Rasulullah, "Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinannya" Tips Pertama: Jiwa pemimpin mesti kuat. Boleh ke kita nak jiwa kuat? Sebagai manusia, kita tetap ada emosi, kita tetap ada waktu semangat kita lemah. Kita mahu mengadu nasib, mengadu masalah. Pemimpin mesti jiwa kuat. Sebab orang akan mengadu nasib kepadanya. Tapi bagaimana pemimpin sendiri mahu mengadu nasib? Pemimpin yang kuat akan mengadu nasib kepada Yang Maha Kuat. Jiwa pemimpin mesti kental. Nak jiwa yang kenal kena lalui banyak dugaan hidup. Ada sedih, ada sakit, barulah jiwa kental. Walau bagaimanapun, Islam ada cara melatih jiwa menjadi bersedia untuk kuat. Nanti kita bagi Tips untuk jiwa kental dan kuat dalam ruangan2 akan datang pula... ia perlukan satu perbincangan yang khusus. Rasulullah pemimpin agung berjiwa kuat. Sahabat akan rasa selamat bersama baginda. Meluahkan masalah terasa sudah selesai masalah itu walaupun masih terkurung dengan masalah. Bahkan melihat wajahnya saja sudah terurai satu masalah dalam jiwa. Kadang-kadang bertemu dan berbincang dengan pemimpin berjiwa kental baru dapat idea untuk selesaikan masalah. TIPS KEDUA: Jiwa Mesti Berani Berani ialah maksudnya bersedia menghadapi risiko. Dalam Islam, kita berani bukan berani untuk mendapatkan risiko, tapi berani untuk berada di sekeliling risiko. Tidak siapa nak menaggung risiko, tapi sering berlaku, suatu kejayaan berada dalam celah-celah risiko. Kadang-kala risiko itu besar dan kadang kala risiko itu kecil. Beza antara orang yang boleh menjadi pemimpin besar dengan orang yang hanya boleh memimpin kelompok kecil ialah tahap keberanian untuk berdepan dengan risiko yang ada. Keberanian mesti di tanam dalam diri. Keberanian mesti dilatih. hanya orang yang berani boleh jadi pemimpin sejati. tanpa keberanian, bagaimana orang mahu berlindung di bawah panji panji pimpinan kita? Berani menghadapi dosa? Dalam kehidupan ini. Kita akan bertemu dengan ramai orang. Ada orang yang memang penakut. Dia memang tidak buat dosa, tetapi bukan kerana dia tidak mahu buat dosa, tapi jiwa dia memang penakut. Orang ini nilai taqwanya adalah sederhana. Ada orang yang berani. Orang ini memang keberanian yang tinggi.

Tapi dia amat takut dengan dosa. Dia memang berani untuk mencuba perkaraperkara baru, tapi dia tetap takut dengan dosa. Orang ini memang benar-benar hatinya bertaqwa. Kerana dia berjaya mengawal keberaniannya dalam aspek dosa. Berani biar bertempat. Bukan berani tanpa ilmu dan berani tanpa akhlak. Pantang seorang pendekar menunjukkan keberanian semata-mata untuk dipuji. Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis. "Bukanlah seorang yang benar-benar berani dengan menunjukkan kekuatan. Tetapi orang yang benarbenar berani ialah berjaya mengawal diri sewaktu kemarahan!" Anda ada pendapat yang mahu diutarakan. Jangan takut untuk bersuara jika tiada risiko yang anda tanggung. Ada persoalan nak dilontarkan dalam seminarseminar, jangan takut untuk berdiri dan bertanya. Ada pendapat yang anda rasa menarik untuk dikongsi, jangan takut untuk berdiri di hadapan bersuara. Jika untuk berada di khalayak pun anda gagal, jangan haraplah untuk berani menentang musuh. Beranikan diri untuk melihat anda mendapat suntikan. Beranikan dengan jarumjarum dengan menderma darah. Kecuali jika ada risiko-risiko yang anda rasa tidak berbaloi dengan keberanian anda. Contohnya jika anda bekerja dengan kerajaan dan anda menyara keluarga, jangan nak berlagak berani dengan menentang dasar-dasar kerajaan yang meranapkan periuk nasi untuk keluarga anda. Anda masih ada banyak cara untuk menunjukkan keberanian. Dan masih banyak cara untuk menyatakan tidak bersetuju anda itu selain daripada kemarahan yang meluap-luap. Rasulullah ialah orang yang berani berjuang. Mendepani libasan pedang-pedang serta panahan musuh yang tajan. Berani berjuang bertarung nyawa memimpin angkatan perang orang-orang Islam. Berani mengangkat pedang dan tombak untuk memerangi musuh di medan perang fizikal. Kita? Kita tanam keberanian kita untuk melawan nafsu. Kalahnya seorang pejuang bukan kerana ditikam dengan pedang, tetapi kerana ditikam oleh nafsunya sendiri. TIPS KETIGA: MENGUASAI EGOISME Pemimpin yang berwibawa ada egonya. EGOISME bukan bermaksud ego, angkuh, atau sombong. Egoisme bermaksud memiliki efikasi diri yang tinggi. Nak tahu anda punyai ego yang kuat ata tidak? Anda terasa kurang enak bila dikritik. Itu satu. Keduanya, anda bila berbicara, kalau boleh nak tonjolkan anda ada suatu kehebatan. Itu tandanya anda ada ego. Namun ego mesti dikawal jika mahu menjadi pemimpin yang baik. EGOISME membuahkan keberanian dan kekuatan. Tanpa ego, anda tidak berani

berdepan dengan musuh yang hebat-hebat. Anda tidak berani mengepalai sesuatu organisasi dengan baik. Anda mungkin akan tewas dengan anak-anak buah anda dalam organisasi anda. Rasa berkeyakinan dengan kemampuan diri untuk melaksanakan kerja itu satu ego. Rasa hemah dalam diri, rasa diri berkebolehan itu ego. Ia membantu kerja-kerja anda untuk memimpin orang lain. Orang lain memerlukan anda. Tidak semua orang ada keyakinan diri yang kuat. Tapi awaslah dengan rasa-rasa tersebut. Syaitan sentiasa mempergunakan rasa-rasa itu untuk menjadikan anda lupa kepada PEMBERI ANUGERAH kepada anda. EGOISME menjadikan anda hanya mahu mempamerkan kehebatan anda bila bercakap. Hal ini menyebabkan orang lain boring dengan anda. Malah mungkin ada yang meluat... terutama rakan-rakan anda. Kawallah ia dengan sikap merendah diri. Tidak jatuh kepimpinan anda bila merendah diri sesama manusia. Rasulullah sangat tinggi egoismenya bila berdepan dengan musuh, tetapi sangat merendah diri dengan semua orang. Ingatlah merendah diri sesama insan, merendah hati dengan ALlah.. Allah akan naikkan anda pada mata orang. Egoisme hanya bertujuan untuk meningkatkan daya kepimpinan anda. Di hadapan Allah, rasakan anda sangat hina diri dan sentiasa bergantung kepada-Nya. Bila hati merendah dengan Allah. ALlah akan angkat pandangan manusia kepada kita. Itu sudah menjadi sunnatullah dalam kehidupan. TIPS YANG KEEMPAT: BERTANGGUNGJAWAB. Kalau diikutkan, dalam Islam, kepimpinan adalah tanggungjawab. Maka tidak kiralah anda berada di peringkat mana, anda bertanggungjawab terhadap apa yang anda pimpinan. Serendah-rendah tahap pemimpin pula hanya mampu memimpin diri sendiri. Perlu ingat, tak mampu pimpin diri, jangan harap nak pimpin orang lain. Arah tangan itu, arah kaki itu. Biar akal yang mengarahkan, bukan nafsu. Kalau nafsu yang memimpin maksudnya kita semua tak layak jadi pemimpin. Awal-awal Rasulullah menyatakan, "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya." Sikap bertanggungjawab merupakan sikap utama bagi pemimpin. Dalam cerita SpiderMan, ada ungkapan: "Great power comes with great responsibilities!!" Tak gitu? Birmbaum, seorang sarjana pengurusan pernah menyatakan bahawa sikap bertanggungjawab tanpa kuasa akan menjejaskan tindakan, manakala orang yang punyai kuasa yang tidak bertanggungjawab adalah sia-sia!" Justeru, bagi mereka yang ingin menjadi pemimpin yang baik laksana Umar bin al-Khattab, perlu ada sikap bertanggungjawab. Jangan ada sikap lepas tangan terutama ketika dilanda masalah.

Ada orang, bila berlaku sesuatu yang baik, segera diutarakan bahawa dia bertanggung jawab. Tapi bila berlaku sesuatu yang buruk, cepat-cepat dia cuci tangan dan menunjukkan tangannya yang tidak pernah sentuh isu itu. Dia tak bertanggungjawab. Itu bukan pemimpin yang sebenar. Isu bertanggungjawab tidak timbul kalau berlaku sesuatu kejayaan, kerana semua orang nak mengaku kejayaan miliknya, usahanya. Tapi isu timbul bila berlaku kesilapan. Ramai yang cuba lari dari tanggungjawab. Anda nak jadi pemimpin? Bertanggungjawablah selagi ia di bawah pimpinan anda. Sebab itu, bagi pemimpin yang baik, dia sentiasa mengawasi orang bawahannya agar orang bawahannya tidak melakukan kesilapan. Bagi yang dipimpin, sekalipun anda dikerah tenaga dan usaha yang tinggi untuk melakukan sesuatu, janganlah kutuk boss anda kerana yang bertanggungjawab bukan anda tapi boss anda. Suami bertanggungjawab pada isteri. Kalau boleh ambil tahu perkara-perkara yang patut. Isteri bertanggungjawab pada suami. Jangan dedahkan aib suami. Bertanggungjawablah... nescaya anda akan menjadi pemimpin yang hebat! TIPS KELIMA: MESTI BOLEH CONTROL ORANG, BUKAN KONGKONG ORANG Asas utama pemimpin yang bagus ialah boleh dan mampu control orang. Mampu satukan ahli-ahli dalam organisasi untuk bersama-sama mencapai objektif organisasi. Bak kata mat saleh Donald Trumph.. kalau tak boleh control ahli, tandanya kurang leadership! Bagaimana nak control orang? Itu cerita lain pula.. kena baca tips2 yang diberikan secara berkaitan antara satu sama lain baru dapat tahu bagaimana nak control orang. Dalam organisasi, kalau semakin banyak orang yang pintar dan hebat, semakin banyak lah songeh yang kena hadapi dan semakin tinggi tahap konflik boleh berlaku. Dalam organisasi besar, part2 bawahan akan berlaku konflik berupa hubungan sosial dan emosi saja, tapi part2 atas organisasi berlaku konflik idea, dan konflik ego. Konflik2 inilah yang mesti di kawal oleh pemimpin. Bukan senang mengawal konflik. Pemimpin yang gagal akan gagal dengan konflik dalam organisasi. Bahkan salah satu cara menjatuhkan sesebuah organisasi bukanlah dengan membuat persaingan tetapi dengan mencipta konflik dari dalaman... mahu tak mahu pemimpin mesti boleh kawal anggota organisasi dengan baik dan berkesan. Cara mengawalnya ialah banyak cara. Undang-undang dan kod2 atau peraturan hanyalah salah satu untuk mengawal orang-orang bawahan. Undang2 tanpa penguatkuasaan akan gagal. Penguatkuasaan tanpa penyeliaan

pun tak menjadi. Dalam islam kawalan boleh dilakukan dengan cara audit semasa. Atau dengan kaedah-kaedah seperti muhasabah atau namanya audit jugalah. Muhasabah ertinya check kembali segala apa yang berlaku, carilah kesilapan-kesilapan dan kekurangan. Apa yang penting kena amalkan ketelusan dan segala apa masalah jangan takut untuk berbicara secara slow talk. Jangan cakap-cakap belakang kerana ia boleh menimbulkan sistem umpatan (grapewine communication, kata org kelate) yang tidak elok pada agama dan tidak juga elok pada organisasi. Selain itu, dalam Islam, untuk mengawal konflik Islam amalkan prinsip kasih sayang sebagai shared value.. yang ni lah orng cakap senang cakap daripada amal ni.. susah nak berkasih sayang sesama insan ni kalau kita rasa kita lebih dari orang... setiap orang ada egonya, kalau dikritik jatuhlah egonya.. untuk itu kena didik organisasi biar bermatlamatkan akhirat.. didikan ini penting.. supaya setiap apa yang lahir adalah berupa warna2 warni keikhlasan... dari itu lahir kasih sayang.. ..sahabatHijjaz.. sayele: Firman Allah SWT (yang bermaksud) : “..Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil..” (Surah An-Nisa’, ayat 58) kita ni siapa?

KURSUS PEMBANGUNAN KENDIRI DAN KERJA BERPASUKAN

FUNGSI KEPIMPINAN PENGURUSAN
Pengenalan Objektif Strategi Pengorganisasian Penstafan Komunikasi Fungsi Kepimpinan Perancangan Latihan

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapajan sesuatu objektif tertentu. Yang membezakan kepimpinan dengan fungsi pengurusan amnya ialah tugas-tugas mendorong, memujuk dan mempengaruhi yang bercorak peribadi. Umpamanya, di dalaxn tugas-tugas inerancang atau membaca laporan, mereka tidak melibatkan interaksi peribadi. Kepimpinan pula terdiri daripada interaksi-interaksi kelakuan dengan

rakan-rakan sekerja, pekerja-pekerja b awahan, ketua, para pelanggan dan pihak-pihak lain. Boleh dikatakan bahawa di mana wujudnya seorang pengurus yang berkesan di dalam suatu sistem pengurusan yang cekap, di situ juga akan terdapat seorang pemimpin yang berkesan. DEFINISI KEPIMPINAN Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian gal organisasi. Sebaik-baiknya, manusia patut digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan dan belakang; sebaliknya mereka meletakkan din di hadapan knitpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai go1 organisasi. Misalnya, seorang pemimpin sebuah pancaragam (orkestra) yang bertugas untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang diselaraskan dan irama lagu yang betul, melami usaha-usaha bersatu abli-abli inuzik di dalam orkestranya itu. Terdapat tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan. Pertama, kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekenja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan rnembantu mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melalni kesanggupan mereka untuk menenima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan. Kedua, para pemimpin rnempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan setengab danipada kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-anggota pula tidak boich mengarab aktiviti-aktiviti pemimpin mereka. Ketiga, selain daripada berkuasa untuk mernbeni arahan tentang apa yang penlu dilakukan, pemimpin boich juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleb pekerjapekerjanya. Misalnya, seorang pengurus mungkin dapat mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan sampai ada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan. KELAKUAN DAN GAYA KEPIMPINAN Penerangan awal tentang gaya kepimpinan membahagikan gaya tersebut berasaskan kepada bagaimana pemimpin menggunakan autoritinya. Tiga gaya asas dapat dikenal pastid? Pemimpin yang autokratik merupakan sebrang yang dogmatik dan positif, memerlukan stafnya untuk menurut perintah yang diarahkannya, dan memimpin mengikut kebolehannya untuk meinberi atau rnenarik balik ganjaran keija serta hukuman Pemimpin yang demokratik pula menggalakkan penglibatan dan penyertaan dan staf mereka tentang tindakan dan pembuatan keputusanya Gaya kepimpinan yang ketiga bercorak laissez-faire yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya dan meinberi staf penuh kebebasan untuk mengendalikan kenja inereka. Pemimpin sedeinikian biasanya membeni kebebasan pekenja untuk menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya. Ia juga melihat peranannya sebagai memberi panduan kepada terlaksananya operasi-operasi stafnya dengan memberi makiumat berhubung dengan persekitaran luaran kumpulan pekeijanya.

Kebanyakan daripada kajian tentang gaya kepimpinan mengikut sistem pengurusan kiasik menunjukkan anggapan bahawa pekerja pada dasamya diihat oleh pemimpin sebagai salah satu faktor pengeluaran. Dengan mi, gaya pengurusan untuk mencapai output biasanya berat sebelab sama ada mereka menekankan daya pengeluaran atatipun mereka menekankan kepuasan atau hal-ehwal pe kerja semata-mata. Pakar-pakar penyelidik di Pusat Penyelidikan Universiti Michigan, Amerika Syarikat, telah membentuk suatu model kelakuan kepimpinan berasaskan dua dimensi Mereka menggunakan konsep berorientasikan pengeluaran (kerja) dan berorientasikan pekerja untuk menerangkan model tersebuL Pemimprn yang berorientasikan kerja mementingkan kerja yang dilaikukan, manakala pemimpin yang berorientasikan pekerja lebih mengutamakan penubuhan kerja dan terjalinnya perhubungan penbadi di kalangan pekerja. KONSEP-KONSEP DI DALAM MODEL KEPIMPINAN DUA Dengan meneliti fungsi yang dilakukan oleh para pemimpin di dalam kumpulan mereka, didapati bahawa untuk sesuatu kumpulan itu beroperasi dengan berkesan, suatu pihak mesti mengendalikan dua fungsi utama, iaitu fungsi yang bersabit dengan penyelesaian masalah (berorientasikan tugas) dan fungsi penyelenggaraan kumpulan (fungsi-fungsi sosial). Di antara usaha yang cuba menyclidik mana satu di antara gaya-gaya kepimpinan tersebut menghasilkan prestasi kumpulan yang paling berkesan, termasuklah kajiankajian yang dilakukan di Universiti Ohio. Di sini, para penyclidik mengkaji keberkesanan kelakuan kepimpinan dua dimensi, iaitu mengikut struktur kerja dan mengutamakan hal ehwal pekerja. Dalam dimensi yang pertama, kelakuan pemimpin menekankan kegiatan penyusunan kerja, penjadualan penubuhan matlamat. pengelolaan dan segala hal struktur kerja. Para pernimpin lebih mengutamakan prestasi dan pengeluaran daripada hal-hal kerja yang lain dan bergiat mencapai peringkat-peringkat output yang tinggi. Mengikut dimensi kedua pula, para pemimpin menunjukkan kelakuan sosial dengan menitikberat dan menghormati idea-idea perasaan dan hal-ehwal pekerja dengan cara niendengar masalah peribadi pekerja dan membantu menyelesaikannya. Salah satu teknik terkenal yang menerangkan gaya-gaya kepimpinan secara dramatik ialah petak kepengurusan yang dicipta oleh Robert Blake dan Jane Mouton. petak ini digunakan di merata dunia sebagai suatu teknik melatih pengurusan dan mengenal pasti berbagai-bagai kombinasi gaya kepimpinan. Teknik inii berasaskan kepada penyelidikan penyelidikan awal yang menunjukkan betapa pentingnya seorang pengurus menitikberatkan kedua-dua aspek, iaitu mementingkan pengeluaran dan mementingkan pekerja. Mementingkan pengeluaran (di paksi mendatar) terdiri daripada sikap penyclia terhadap berbagai-bagai perkara, seperti mutu keputusan polisi yang diambil, prosedur kerja, mutu perkhidmatan staf, kecekapan kerja, daya kreativiti penyclidikan dan jumlah output. Mementingkan pekerja (di paksi inenegak) juga diberi pengertian yang luas. mi merangkumi perkara seperti darjah komitmen peribadi yang ditanamkan ke arah pencapaian sesuatu go1, mengekalkan kehormatan din para pekenja, pembenian tanggungjawab b erdasarkan kep erc ayaan dan bukan kesetiaan

belaka, pemberian keadaan kerja yang baik dan menjaga agar perhubungan peribadi memuaskan. Blake dan Mouton mengenal pasti empat gaya asas yang keterlaluan (tiap-tiap satu dinyatakan mengikut suatu kontinum berdasarkan skala dan 1 hingga 9). Mengikutgaya 1,1, (juga disebut pengurusan laissez-faire) pengurus-pengurus kurang menitikberatkan hal-hal pekerja ataupun pengeluaran dan memegang peranan yang minimum sebagai pemimpin dan pengurus. Yang paling bententangan dengan mi terletaknyagaya9, 9, (pengurusanberpasukan atau yang demokratik) yang menunjukkan melalui kegiatan pengurus, terdapat peningkat dedikasi yang tertinggi terhadap kedua-duanya, iaitu pekerja dan pengeluaran. Blake dan Mouton menegaskan bahawa gaya mi merupakan kelakuan kepimpinan yang paling berkesan yang dapat mempertingkatkan prestasi, merendahkan ketidakhadiran dan pusing ganti pekerja, serta memupuk kepuasan yang tmggi. Suatu lagi ialah gaya pengurusan 1, 9, disebut juga pengurusan country club, di mana pengurus-pengurus tidak ataupun paling kurang mementingkan pengeluaran, tetapi amat mementingkan pekerja sahaja. Apa yang diwujudkan ialah persekitaran di mana semua pekerja merasa gembira dan senang hati tanpa apa-apa komitmen terhadap pengeluaran usaha bersatu untuk mencapai matlamat organisasi. mi berbanding pula dengan gaya 9, 1, (kadangkala disebut penguins autokratik) yang hanya menitikberatkan penubuhan operasi cekap tanpa inengambil kira hal-eliwal pekerja. Dengan menggunakan keempat-empat titik yang keterlaluan mi, setiap teknik atan gaya kepengurusan boich ditempatkan di dalam petak ini. Dengan jelasnya, pengurus mengikut gaya 5, 5 secara sederhana mementingkan kedua-duanya, iaitu pengeluaran dan kepuasan staf. Pengurus-pengurus ini rnencapai tahap moral dan pengeluaran yang mencukupi dan memuaskan tetapi pada tahap yang tidak begitu tinggi, di mana penubuhan gol dan jangkaan tidak begitu tinggi. Meskipun petak kepengurusan ini merupakan hal yang berfaedah untuk mengenal pasti dan mengelaskan gaya kepengurusan, tetapi penggunaannya adalab terhad. ini disebabkan petak ini tidak dapat rnemberi sebab mengapa seseorang pengurus itu terletak di sesuatu bahagian tertentu di petak tersebut. Perlu diselidiki faktor-faktor seperti corak peribadi pemimpin tersebut atan pengikut-pengikutnya, kebolehan dan latihan pengurus dan lain-lain faktor situasi di sebaliknya, yang tuna mempengaruhi tingkah laku kedua-dua peniimpin dan pengikut itu. EMPAT SISTEM PENGURUSAN Dengan menggabungkan juga kelas-kelas asas tentang gaya kepimpinan yang berorientasikan tugas dan pekerja, Rensis Liken hersama rakan-rakannya di Universiti Michigan telab membentuk suatu model keberkesanan pengurusan yang mempunyai empat peringkat: Pengurusan bercorak sistem 1, mengikut Likert, dikatakan berkuasa melalui eksploitasi, iaitu pengurus-pengurusnya membuat sendiri semna keputusan tentang hal-hal kerja dan mengarahkan stafnya untuk menurut perintah. Ugutan atau hukuman diberi jika pekeria gagal untuk memenuhi matlamat dan standard yang dibentuknya dengan tegas. Pengunis kurang menaruh kepercayaan terhadap para pekerja di bawah arahannya dan pekerja pula merasa takut dan terasing daripada pengurus.

Pengurusan gaya sistem 2 masih juga mengeluarkan arahan-arahan, tetapi pekerja diberi kebebasan untuk memberi komen tentang perintah-perintah tersebut. Mereka juga diberi fleksibiliti untuk mengambil beberapa tindakan tertentu, m engikut kawalan polisi yang ketat dan prosedur-prosedur yang digariskan. Pengurusan sistem 3 pula menubuhkan gol-gol dan arahan-arahan am setelah berunding dan berbincang terdahulu dengan para pekerja bawahan. Pihak staf juga boleh mengambil keputusan sendiri tentang cara mengendalikan tugas-tugas mereka, oleh sebab hanya keputusan am dan yang menyeluruh sahaja diambil oleh para pengurus di peringkat- peringkat pengurusan atasan. Lebih banyak ganjaran digunakan daripada hukuman untuk mendorong staf, dan pekerja diberi kebebasan untuk membincangkan hal-hal kerja dengan pengurus-pengurus mereka yang lebih menaruh kepercayaan tentang kebolehan mereka untuk melakukan tugas masing-masing. Likert melihat pengurusan sistem 4 sebagai yang paling melibatkan penyertaan semua ahli dalam kumpulan pekerja di dalam perbentukan matlamat dan penilajan tentang matlamat, iaitu, penglibatan di da~am pengambilan keputusan di semua peringkat, dan pengendalian operasi mereka sendiri dan di dalam kumpulan masing-masing. Penguruspengurus sistem ini menanam keyakinan dan kepercayaan yang penub kepada staf mereka dalam segala hal, serta sering mendapat dan menggunakan idea-idea dan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh mereka. Para pengurus juga selalu memberi ganjaran ekonomi sebagai dorongan kerja, berasaskan kepada penyertaan berkumpulan. Pada amnya, Likert mendapati bahawa pengurus-pengurus yang menggunakan pendekatan sistem 4 di dalam kendalian operasi mereka terdiri daripada mereka yang paling berjaya sebagai pemimpin. Bagi organisasi dan firma yang mengamalkan pengurusan sistem 4,juga didapati paling berkesan di dalam penubuhan dan pencapaian gol-gol mereka, di samping menjadi lebih produktif. Kejayaan ini disebabkan pada dasarnya oleb darjah penglibatan pekerja di dalam pengurusan dan sokongan yang diberi kepada pekerja berkekalan. KEPIMPINAN SEBAGAI SUATU KONTINUM Melalui R. Tannenbaum dan W.H. Schmidt mengikut konsep kontinum kepimpinan, mereka merakamkan bahawa kepimnpinan melibatkan pelbagai jenis gaya, yang berkisar di antara gaya yang tertumpu kepada ketua sehinggalah kepada yang amat tertumpu kepada pekerja. Maka tidaklah semestinya wujud di antara yang bercorak autokratik, demokratik dan laissez-faire sahaja. Tannenbaum dan Schmidt rnenegaskan bahawa pengurus-pengurus perlu menimbangkan beberapa perkara yang praktik sebelum memutuskan bagaimana mereka akan melaksanakan tugas-tugas pengurusan mereka. Mereka mencadangkan bahawa elemen-elemen terpenting yang mempengaruhi gaya kepimpinan pengurus di sepanjang kontinum ini adalah seperti yang berikut. 1. Kuasa-kuasa yang menentukan personaliti pengurus. Ini termasuklah sistem nilai dan latar belakang serta pengalaman. Misalnya, seorang pengurus yang mempercayai bahawa keperluan-keperluan organisasilah yang perlu diutamakan daripada keperluan-

keperluan individu (pekerja), mungkin Iebih gemar memberi arahan dan kurang rnenggalakkan penglibatan pekerja dalam penentuan kegiatan-kegiatan pekerja sendiri 2. Sifat pekerja yang dipertanggungjawabkan kepada penguins. Ia juga inempengaruhi kelakuan pengurus. Mengikut Tannenbaum 1. Pengurus membuat keputusan dan mengumumkannya 2. Pengurus ‘menjual’ keputusannya 3. Pengurus menyampaikan masalah dan menggalakkan komen-komen 4. Pengurus membiarkan kumpulan membuat keputusan sendiri 5. Pengurus meletakkan had-had dan meminta pekerja membuat keputusan Pengurus selaku pemimpin, boleh memberi kebebasan dan penglibatan yang lebih kepada staf di bawah arahannya apabila terdapat para pekerja tersebut mempanyai sifat berikut: a) Mahukan tanggungjawab membuat keputusan; b) Inginkan kebebasan bertindak dan berdikari; c) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi untuk mengendalikan dan menyelesaikan masalah dengan cekap; d) Menanamkan komitmen dan menghayati matlamat organisasi. Tanpa sifat-sifat tersebut, para pengurus akan lebih mengamalkan gaya yang bermirip kepada corak autoritarian. Namun demikian, mereka boleh mengubahsuaikan gaya mereka apabila para pekerja mereka dapat memperoleh keyakinan diri setelah biasa bekerja bersama mereka. Gaya kepimpinan yang dipilih oleh pengurus perlu juga mengambil kira kuasa-kuasa yang wujud di dalam situasi. Ini termasuk nilai dan tradisi organisasi, kecekapan bekerjasama sebagai satu unit, keadaan tugas-tugas kerja kumpulan, sama ada pengendalian sesuatu masalah dapat didelegasikan atau tidak .Seperti juga manusia, organisasi rnempunyai nilai tertentu yang lama-kelamaan diterapkan ke dalam amalan bekerja. Kebanyakan pengurus baru cepat mempercayai bahawa terdapat beberapa tingkah laku yang diterima dan ada yang lain pula yang tidak diterima di dalam organisasi. Setengah-setengah organisasi, misalnya mempunyai struktur dan rangkaian komunikasi yang lebib formal dan sukar diubah-ubah, dengan adanya pembahagian dan perbezaan tugas yang jelas. Dalam keadaan demikian, gaya kepimpinan tentu sekali lagi berorientasikan tugas dan berasaskan pemberian arahan, danipada bergantung kepada penglibatan pekeija. MODEL KEPIMPINAN

Mengikut Vroom dan Vetton, terdapatlima bentuk perbezaan di dalam corak kepimpinan demokratik. Gaya atau bentuk kepimpinan yang tertentu bergantung kepada keadaan tertentu. Gaya kepimpinan mi adalah seperti berikut. 1. 2. Pemimpin sendiri yang membuat keputusan dengan menggunakan maklumat yang ada pada waktu tersebut. Pemimpin mendapatkan maklumat yang diperlukan dan staf di bawah arahannya, kemudian membuat keputusan sendiri. Peranan staf hanya setakat pemberian maklumat yang diperlukan sahaja dan mereka tidak terlibat di dalam persoalan menyelesaikan masalah. Pemimpin menyampaikan masalah kepada mana-mana staf bawahannya yang relevan, secara individu, untuk mengambil sesuatu keputusan. Sesuatu masalah disampaikan oleh pemimpin kepada staf bawahannya, untuk mendapatkan idea-idea dan cadangan-cadangan. Keputusan kemudiannya diambil tidak semestinya hasil daripada pengaruh staf. Pemimpin membincangkan sesuatu masalah bersaina staf bawahan untuk mencapai persetujuan tentang penyelesaian masalab tersebut. Pemimpin tidak cuba mempengaruhi apa juga keputusan yang perlu diambil, rnalah sanggup inenermia dan melaksanakan keputusan yang mendapat sokongan sekalian ahli kumpulan.

3.

4.

5.

PENDEKATAN KONTINGENSI TERHADAP KEPIMPINAN PENDEKATAN LALUAN MATLAMAT Salah seorang tokoh yang turut menyumbangkan kepada teon kepiinpinan dan sudut situasi ialah Profesor Robert House. Beliau menyatakan bahawa fungsi utama seorang pemimpin ialah inembentuk matlamat penting bagi para pengikut atau para pekerjanya serta menggariskan laluan-laluan ke arah pencapaian matlainat tersebut. Dengan inii teorinya dinamakan teori laluan matlamat. Secara lojik, teori ini adalah mudah difahami dan diamalkan. Dalam situasi-situasi di mana struktur kenja adalah kompleksdan mengelirukan, tugas pernimpin ialah membentuk kerja-kerja agar para pekeija dapat mengikuti suatu laluan yang jelas. Sebaliknya pula, jika tugas-tugas pekerja memang sudah jelas (umpamanya, di barisan pemasangan) seorang pemimpin autokratik dan yang herorientasikan tugas yang cuba menambahkan lagi struktur kerja, tentu sekali tidak akan menerima sambutan yang baik dan para pekerja bawahannya. Seorang pemimpin yang autokratik dan berorientasikan tugas biasanya disambut baik sebaliknya di dalam situasi-situasi di mana terdapatnya ketegangan individu, tekanan dan ketidakpuasan di kalangan pekerja. Jika kerja berkenaan dilakukan berulang-ulang dan berstruktur, laluan-laluan ke arah pencapaian matlamat adalah jelas. ini bermakna bahawa jika pemimpin cuba menambahkan lagi struktur kerja, ini tidak akan menambahkan lagi kepuasan atau mempertingkatkan lagi prestasi kerja. Namun, jika tugas itu tidakjelas, pemimpin memanglah perlu bertindak dan menyelesaikan mana mana kekeliruan yang timbul.

Dengan ini, pemimpin-pemimpin yang berkesan menggunakan dua dimensi kepimpinan sama ada untuk menjelaskan laluan ataupun memudahkannya untuk dijalankan. KEPIMPINAN YANG BERKESAN Ketiga-tiga komponen kepimpinan (sifat-sifat, gaya dan kelakuan serta kepimpinan mengikut situasi) memberi implikasi yang penting di dalam pengambilan dan latihan ke arah mewujudkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber. Umpamanya, pemimpinpemimpin berkesan yang diketahui biasanya mempunyai sifatsifat kebijaksanaan dan keyakinan diri. Maka calon-calon bolehlah diuji untuk mencari sifatsifat tersebut serta sifat-sifat lain yang dikaitkan dengan prestasi kerja. Apa yang diketahui tentang gaya-gaya kepimpinanjuga menunjukkan bahawa latihan-latihan boleh diadakan dengan jayanya untuk menjadikan pemimpin lebih bertimbang rasa dan beroriensekali, gaya pemimpin mestilali bersesuaian dengan tugas yang terlibat serta bersesuaian juga dengan staf bawahannya. Pernah dinyatakan oleh Fiedler bahawa biasanya lebih mudah untuk menyusun semula sesuatu tugas (kerja) daripada melatih semula pemimpin atau mengambil pemimpin baru. Berdasarkan keterangan yang dibincangkan di dalam bab ini, garis-garis panduan berikut boleh digunakan untuk menjadi pemimpin yang berkesan. 1. Mengetahui dan melatih diri anda. Kebanyakan pemimpin terdiri daripada mereka yang berpengaruh, pintar, agresif, herinisiatif dan mempunyai keyakinan diri dan kebolehan menyelia. Maka, bagi bakalbakal pemimpin dan juga pemimpin kini, Latihan latihan dalam membuat keputusan, penilaian diri dan peningkatan keyakinan diri adalah berfaedah. Mengetahui dan mengawal gaya anda. Gaya yang terbaik sekali bergantung kepada banyak faktor (selain daripada berorientasikan tugas dan berperikemanusiaan). Maka perlu bagi mereka menganalisis dan memahami gaya tersendiri untuk mengekalkan suatu keadaan fleksibel supaya dapat dipadankan kepada situasi berkenaan. Mempercayai perkara-perkara terbaik tentang orang lain. Bakal-bakal pemimpin harus mengikuti andaian-andaian Teori Y, McGregor. Dengan mempercayai bahawa manusia adalah pandai, kreatif, sanggup bekerja, bertanggungjawab dan ingin menyelesai kan masalah, dapat meningkatkan lagi pertumbuhan sifat pemimpin yang berkesan. Memenuhi keperluan-keperluan staf ini merupakan secara mudah kenyataan pemikiran Maslow dan McGregor. Tetapi di dalam amalannya, beraneka masalah dihadapi. Umpamanya, bagaimanakah dia mendorong pekerja yang keperluan mereka tidak dapat dipenuhi melalui kerja mereka? Bagaimanakah dia dapat meyakinkan staf supaya mempersetujui matlamat organisasi? McGregor telah mencadangkan suatu teknik seperti penyertaan staf dan sesi-sesi dialog yang membincangkan perkara-perkara seperti matlamatmatlamat organisasi.

2.

3.

4.

5.

6.

Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Kajian-kajian Fiedler mencadangkan bahawa bagi tugas-tugas kreatif. dan yang berbentuk keusahawan (seperti mencipta keluaran baru atau membuka syarikat baru) adalah lebih wajar bagi anda untuk menubuhkan matlamat yang menyeluruh untuk dijadikan panduan oleh staf, dan kemudiannya ber~antung kepada budi bicara mereka untuk menjalankan kerja. Bagi kerja yang dilakukan secara berulang-ulang pula, pemimpin biasanya menguatkuasakan suatu set peraturan yang terancang dan rapi, untuk melaksanakan kerja. Bertindak sebagai pemimpin. Dalam semua hal, anda perlu bertindak sebagaimana yang dijangka dan diingini oleh pengikut atau staf, agar mendapat sanjungan yang setimpal dengan taraf pemimpin.

7.

KEPIMPINAN
Pendahuluan Penerimaan Islam secara meluas di Nusantara pada abad ke 13 masihi telah mengubah banyak nilai dalam masyarakat tempatan, termasuk yang berkait dengan "kepimpinan". Bermula daripada waktu itu Islam telah mengambil peranan kepimpinan yang meluas dan merangkumi hampir semua kegiatan hidup termasuk keagamaan, Ibadat, keilmuan, sosial, politik dan sebagainya. Asas utama kepada kepimpinan yang meluas ini 1alah sifat Islam sendiri yang menyeluruh. Misalnya, akidah atau pegangan hidup yang dibawa oleh Islam bukan sekadar menyentuh soal ketuhanan dan alam metafizika sahaja, tetapi juga merangkumi alam dan manusia. Dalam konsep yang luas ini, syirik iaitu pelanggaran terhadap prinsip tauhid yang menjadi asas aqidah berkenaan, bukan sahaja boleh berlaku disebabkan oleh penyembahan berhala atau memuja kuasa-kuasa ghaib semata-mata tetapi juga meliputi pemujaan terhadap sesama manusia dan kuasa-kuasa material dalam kehidupan biasa. Berasaskan akidah ini Islam menegaskan bahawa alam dan manusia bukan suatu mistri, tetapi boleh difahami. Manusia adalah hamba Tuhan yang diberi peranan sebagai khalifah dibumi ini. Sedangkan alam dicipta untuk faedah dan kepentingan manusia. Dalam hubungannya dengan hidup dan kebudayaan, akidah merupakan asas pemikiran bagi sistem keilmuan dan kemasyarakatan, termasuk sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Bagi melaksanakan kepimipinan tersebut, dari segi akidah dan kepercayaan, Islam mengubah pandangan orang Melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti di zaman Hindu kepada mempercayai tuhan yang Maha Esa. Disamping itu mereka dibimbing mempercayai Nabi-Nabi, Rasul, Malaikat, Kitab-Kitab Suci, Hari Kiamat dan Qadha dan Qadar. Kemudian diikuti oleh kepimpinan kearah menunaikan amal Ibadat seperti yang terkandung dalam rukun Islam yang lima dan yang selain daripada itu.

Di bidang adat dan istiadat pula, bagi mengubah tradisi animisme dan Hinduisme, agama Islam telah memimpin orang-orang Melayu kearah mengenali dan mengamalkan adat istiadat Islam sebagai ganti. Adat istiadat itu dilakukan sejak daripada individu itu lahir ke dunia hinggalah ke hari kematiannya. Dalam aspek keilmuan, Islam telah memimpin masyarakat Melayu kearah menenali pengetahuan yang bercorak falsafah.4 Dengan itu Islam telah memperkenalkan pemikiran yang bercorak rasional dan intelektual dalam masyarakat Melayu. Tamadun Islam telah mengubah penekanan daripada unsur-unsur estetika dalam kebudayaan Melayu seperti yang biasa berlaku pada zaman Hindu kepada pemikiran yang bercorak akliah.5 Dengan itu Islam mengubah tasawwur orang Melayu daripada yang bercorak metologi fantasi kepada pemikiran yang bercorak intelektual yang berdasarkan falsafah Islam dan mistik yang rasional dan ilmiah. Dengan itu Islam menekankan kedua-kedua aspek jasmani dan rohani untuk membangunkan masyarakat Melayu. Dari segi sosial pula Islam menekankan unsur-unsur persamaan, keadilan dan sebagainya. Dengan itu Islam telah membawa satu perubahan yang radikal sebagai ganti kepada sistem Kasta Hindu yang membahagikan penduduk alam Melayu kepada beberapa susun lapis seperti di India. Islam juga menghapuskan semangat kedaerahan dan membentuk perpaduan dikalangan penduduk alam Melayu melaui konsep ummah atau masyarakat Islam. Dari segi politik pula, Islam telah membawa banyak perubahan. Misalnya, sistem feudalisme Hindu digantikan dengan sistem feudalisme yang diperkenalkan pada zaman kerajaan Abbasiah. Islam telah memberi corak keislaman dalam sistem kesultanan Melayu. Misalnya konsep Diraja telah diubah sifatnya daripada penjelmaan dewa kepada seorang pemerintah atau pemimpin rakyat sahaja. Sultan dalam pengertian Islam seharusnya menjalankan pemerintahan dengan adil dan bertimbang rasa kepada rakyat serta bertindak mengikut perintah Allah, membuat kebaikan dan mencegah kejahatan. Dalam bidang kesenian Islam telah mempengaruhi semua bidang kesenian Melayu, baik dalam seni lagu, seni tari, seni ukir, seni bina, seni hiasan, maupun seni drama. Begitulah juga dalam hal kesusasteraan.

Kepimpinan Yang Menyeluruh
Kepimpinan biasa dihuraikan sebagai peranan sosial yang dimainkan oleh pemimpin dan diterima secara sepontan oleh pihak yang dipimpin berasaskan proses interaksi antara kedua belah pihak.9 Dalam konteks kertas kerja ini Islam dilihat sebagai suatu institusi kepimpinan yang memainkan peranannya berasaskan penerimaan masyarakat umum secara sepontan melaui proses interaksi yang tertentu. Ternyata daripada apa yang dihuraikan di atas bahawa Islam, sejak mula kedatangannya lagi ke Nusantara telah memainkan peranan kepimpinan yang meluas, bukan sekadar sebagai agama dalam konsepnya yang sempit tetapi juga sebagai cara hidup dalam konsepnya yang luas dan menyeluruh. Berdasarkan kepimpinan yang luas dan menyeluruh seperti itulah Islam berjaya menubuhkan masyarakat dan negara Islam di rantau ini. Di Malaysia, masyarakat dan negara Islam seperti itu mula ditubuhkan di Melaka pada awal abad ke Lima belas.10 Kemudian ia berkembang ke merata tempat diseluruh semenanjung, begitu juga ke Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, tempoh kepimpinan Islam yang menyeluruh ini tidak kekal lama. Bermula daripada kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511 M. Kepimpinan Islam di

rantau ini mula tersingkir, bukan sahaja dalam aspek politik dan pemerintahan, tetapi juga dalam aspek-aspek yang lain termasuk pendidikan dan tamadun. Terutama di bawah penjajahan Inggeris, Islam tidak lagi memainkan peranan pemimpin di Malaysia kecuali dalam hal-hal Ibadat ritual dan pendidikan agama dalam konsepnya yang sempit. Malah, apabila Malaysia mencapai kemerdekaan dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, kepimpinan Islam di rantau ini gagal dibangkitkan kembali. Sebelum pemergian mereka, penjajah telah selesai menyiapkan pelapis dari kalangan penduduk Malaysia sendiri yang bakal mengambil alih kepimpinan berasaskan Sekularisme/Libralisme barat. Dengan itu kepimpinan Islam kekal di takok lama iaitu berfungsi hanya dalam aspek Ibadat ritual dan keagamaan dalam konsepnya yang sempit sahaja. Malah ia begitu terpingir dan tidak termasuk dalam "arus perdana". Penerimaan masyarkat Islam di Malaysia terhadap sekularisme barat telah meletakkan Islam sebagai satu "agama" pada suatu pihak disamping urusan kenegaraan di pihak yang satu lagi. Dualisme ini telah mempengaruhi corak umum kehidupan bermasyarakat dan bernegara dan menyukarkan kepimpinan Islam yang sebenarnya untuk berfungsi sepertimana sepatutnya. Fenomena ini bukan sahaja lahir akibat daripada pengaruh barat, tetapi diperkukuhkan lagi oleh masyarakat Islam sendiri, termasuk mereka yang komited dengan pengajaran Islam. Bagi menghadapi kekuasaan penjajahan di negara ini para pemimpin Islam sendiri telah membina benteng pemisah antara Islam dan kehidupan harian dalam negara dengan alasan bahawa apa yang diamalkan di bawah kuasa penjajahan itu bertentangan dengan ajaran Islam dan perlu dijauhi.

Usaha Kebangkitan Semula Kepimpinan Islam
Dengan lain perkataan, secara umumnya, sejak kekuasaan penjajah sampai sesudah merdeka, Islam di Malaysia telah diletakkan oleh para penganutnya pada kedudukan difensif. Kedudukan yang negatif ini telah menjadikan kepimpinan Islam seolah-olah kehilangan fungsi dan tidak berdaya lagi untuk kembali berperanan terutama kerana masyarakat telah jauh lebih maju daripada cita-cita kepimpinan Islam sendiri yang ada. Malah, apabila umat Islam sedar dan berhasrat untuk mengembalikan kepimpinan Islam ke tampuknya yang asal mereka berpecah kepada berbagai aliran pemikiran yang menjadi asas kepada corak kepimpinan yang mahu dipulihkan itu. Secara umumnya aliran-aliran tersebut biasa dikenali sebagai aliran tradisional, aliran moden dan aliran reformasi. Aliran tradisional bersikap konservatif dan mempertahankan yang lama. Bagi aliran ini sejarah adalah sumber aspirasi dan perlu dipertahankan. Kerana itu mereka bersikap negatif terhadap pembaharuan dan perubahan. Pada pandangan mereka ini kepimpinan Islam perlu berkait rapat dengan tradisi dan tidak boleh menyerap nilai-nilai baru yang dikatakan banyak dipengaruhi oleh Barat. Aliran moden banyak dipengaruhi oleh kebudayaan dan pemikiran Barat moden. Antara nilai yang menjadi asas kepada kepimpinan corak ini ialah penolakan terhadap soal-soal emosi, kekudusan dan tindakan yang tidak rasional. Sementara aliran reformasi pula menekankan perkembalian kepada ajaran Islam yang murni bagi membersihkan kepimpinan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan. Dari segi ini ia

mempunyai banyak persamaan dengan aliran tradisional. Bagaimanapun, aliran ini berkait erat dengan ijtihad baru. Dalam konteks ini ia berbeza daripada aliran tradisional. Sehingga abad ke 19 kepimpinan Islam di Malaysia lebih bercorak tradisi. Aliran ini terus memainkan peranannya sehingga ke abad 20 melalui para ulama yang gigih menyambung tradisi sebelumnya. la berasaskan kepada pemikiran tradisional yang disebarkan di pusat-pusat pengajian agama (pondok) yang berserakan di seluruh Malaysia.16 Kepimpinan corak ini menekankan nilai-nilai tradisi yang tersimpul dalam konsep fardhu ain, iaitu pembinaan peribadi muslim berasaskan akidah, fiqh, akhlak dan tasawuf. Dalam melalui proses perkembangan seterusnya aliran kepimpinan tradisional ini pernah mengalami pembaharuan. la terutama sekali dihasilkan oleh gerakan-gerakan dakwah, seperti Gerakan Jamaah Tabligh dan Pertubuhan al-Arqam. 8erbeza dengan kepimpinan tradisional konservatif sebelumnya, gerakan tradisional baru ini memberi tumpuan yang agak serius kepada soal-soal pembinaan masyarakat Islam. Mereka memberi tumpuan yang banyak kepada soalsoal pendidikan, sosial, ekonomi dan malah politik. Corak kepimpinan modermis pula lahir pada akhir abad ke Sembilan belas apabila pertubuhanpertubuhan Islam lahir di Tanah Melayu. Secara umumnya kepimpinan corak ini merupakan reaksi terhadap proses modernisasi yang dilaksanakan oleh penjajah barat di Tanah Melayu pada waktu itu. Kepimpinan corak ini lahir dalam bentuk pertubuhan-pertubuhan seperti pertubuhan-pertubuhan sosial dan pertubuhan-pertubuhan politik. Antara pertubuhan-pertubuhan sosial yang berpengaruh ialah gerakan sosial moden yang didokong atau dilindungi oleh kerajaan Inggeris. Selain daripada itu ialah pertubuhan bahasa dan sastera, persatuan guru dan persatuan pelajar. Dalam politik, kepimpinan bercorak modernis ini berkait rapat dengan faham kebangsaan atau nasionalisme.19 Di Malaysia, nasionalisme dapat dibahagikan kepada dua iaitu konservatif dan radikal. Di antara organisasi politik awal yang bercorak nasionalisme konservatif ialah pertubuhan Melayu Bersatu (UMNO) 1946. Sifat konservatif UMNO bukan hanya sekadar mempertahankan tradisi kebangsaan Melayu, tetapi juga mempertahankan tradisi kerjasama dengan pihak penjajah. Kerana corak kepimpinan yang konservatif inilah penjajah Inggeris bersetuju mengadakan perbincangan dengan UMNO yang kemudiannya menghasilkan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.20 Berasaskan corak kepimpinan seperti itulah juga UMNO menang mutlak dalam pilihanraya umum 1955. Sementara yang bercorak nasionalisme radikal pula ialah seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) (1937).21 Kerana coraknya yang radikal ini ia telah dihapuskan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1941 dengan menangkap para pemimpinnya. Nasib yang sama dialami oleh pertubuhanpertubuhan radikal yang lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Melayu (PKMM) (1945), Angkatan Pemuda Insaf (API) (1946) dan Parti Rakyat Malaya (PRM) (1955). Kepimpinan bercorak reformasi atau Islah pula tumbuh dan berkembang melalui tokoh-tokoh agama yang menerima perkembangan baru dalam pemikiran Islam. Antara mereka ialah Syekh Muhamad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syed Syekh al-Hadi, Tok Khurasan (1875-1944), Haji Wan Musa bin Abdul Samad (1895-1957) dan ramai lagi.22 Kepimpinan bercorak ini dikembangkan melalui penulisan, seperti Majalah al-Imam23 (1906-1908), al-Ikhwan (1926), Saudara (1928) dan Pengurusan (1918-sekarang).24 la juga dikembangkan melalui madrasahmadrasah atau sekolah-sekolah agama yang mengajar ilmu-ilmu agama dan menawarkan juga ilmu-ilmu semasa.

Kepimpinan bercorak ini kemudiannya berkembang melalui parti- parti politik Islam yang ditubuhkan. Paling awal ialah Hizbul Muslimin (HAMIM) yang ditubuhkan pada 1948 oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Bagaimanapun parti ini dibubarkan apabila tokoh-tokoh utamanya ditangkap di bawah perintah darurat 1948. Pada tahun 1951 sayap agama dalam UMNO menubuhkan Persatuan Ulama Malaya yang kemudiannya berubah menjadi Persatuan Islam se Tanah Melayu (PAS) yang benar-benar terpisah daripada UMNO.27 Antara tokoh-tokoh utama yang pernah memimpin parti ini ialah Dr Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Zulkifli Muhammad dan Dato' Muhammad Asri Haji Muda. Bagaimanapun, berbanding dengan UMNO parti ini kurang berjaya dalam perjuangan politiknya. Selain politik, kepimpinan bercorak reformasi ini juga terbentuk dalam gerakan dakwah dan pertubuhan-pertubuhan pelajar. Antaranya ialah gerakan al-Imam yang ditubuhkan pada 1928.28 Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang ditubuhkan pada 1956, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) (1965), Pertubuhan al-Rahmaniyah (1963) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1971).

Penutup
Nyatalah daripada huraian di atas bahawa kepimpinan Islam di Malaysia telah mengalami sejarah perkembangan yang tersendiri. Perkembangan ini tentu sekali didorong oleh berbagaibagai faktor samada yang bersifat tempatan atau antara bangsa. Apa yang penting disebut disini ialah kepimpinan yang berbagai corak ini di Malaysia sekarang secara umumnya bertelingkah antara satu sama lain. Adalah suatu kenyataan yang tepat apabila dikatakan bahawa krisis yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia sekarang bukan berpunca daripada penerimaan atau penolakan terhadap Islam sebagai dasar hidup, tetapi lebih kepada krisis kepimpinan. Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam yang insaf di Malaysia sekarang untuk mencari jalan kearah persefahaman diantara corak-corak kepimpinan yang ada ini.

MILIKI KUALITI DIRI

Bergerak menuju ke alam kerjaya bukanlah sesenang ‘menelan liur yang sudah ada di kerongkong’, tetapi setiap pekerja perlu mempersiapkan diri secukupnya untuk mengelakkan sebarang pengaruh negatif mempengaruhi cara bertindak para pekerja. Memang tidak dinafikan, sebagai seorang pekerja sudah tentunya nilai kebebasan adalah satu-satunya nilai yang paling dikehendaki. Namun para pekerja perlu ingat bahawa kebebasan bukanlah bererti mendapat peluang untuk berbuat apa sahaja. Sebaliknya kebebasan itu adalah suatu tahap yang sepatutnya digunakan oleh para pekerja untuk merangka dan menyusun pertimbangan-pertimbangan dan tindakan, terutamanya pekerjaan yang sepatutnya dilakukan dalam usia yang masih muda. Kebebasan itu sudah semestinya bukan bermaksud pekerja boleh ‘melepak’. Kebebasan itu sebenarnya adalah masa yang diperuntukkan kepada pekerja berfikir secara rasional dan bertindak dengan matang untuk memperolehi kecemerlangan awal yang mungkin mengatasi pencapaian orang yang sudah lama bekerja. Adalah satu kerugian besar jika para pekerja tidak dapat membina diri, yakni syahsiah dan jasmani yang sempurna pada masa awal kerjaya ini. Sebagai bantuan kepada para pekerja dalam meneroka jalan ke arah mencapai kejayaan dalam hidup, maka setiap para pekerja perlu memiliki nilai kualiti diri. Mental dan jasmani iaitu, kualiti ilmu, kualiti susila, kualiti fikir, kualiti kerja dan kualiti kepimpinan. A: Kualiti Ilmu Setiap pekerja perlu memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan luas. Para pekerja mestilah sentiasa cuba untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman tentang apa sahaja perkara sebagai persediaan kerjaya. Pekerja perlulah menanamkan cita-cita menjadi pemimpin yang berguna dan cemerlang. Untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan ini sudah tentulah penilaian-penilaian yang bersifat pemilikan kualiti ilmu menjadi pertimbangan yang besar.

Gabungan ilmu pengetahuan-pengalaman akan menjadikan pekerja sebagai satu kelompok masyarakat yang memiliki kualiti kemahiran yang tinggi. Dengan pemilikan kemahiran yang tinggi inilah pekerja akan merasakan dirinya amat berguna kepada masyarakat dan negara. Cara memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas, diantaranya:

• • • •

Pertama, para pekerja perlu meyakini dengan berada di tempat kerja, dan jangan ponteng atau ? tuang kerja? sesuka hati. Kedua, sentiasa mepertingkatkan kemahiran kerja Ketiga, menanamkan sikap kritis dan aktif dalam suasana kerja. Keempat, menghidupkan sikap bersaing untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya.

Setiap apa yang dilihat, yang didengar, yang dibaca, yang ditonton dan seumpamanya, dipertimbangkan secara kritis dan rasional seterusnya menerima yang baik dan membuang yang buruk. Sentiasa berkerja membina kemahiran dan kecekapan. Dengan memiliki semua ini pekerja akan meletakkan dirinya sebagai insan berkualiti ilmu yang terbaik.

B: Kualiti Susila

Setiap pekerja perlu memiliki akhlak yang sempurna, budi yang mulia dan sikap yang toleran. Para pekerja perlu melatih diri dan berusaha membentuk diri yang dinamis dalam erti sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik dan cuba mengelakkan dari berbuat sesuatu yang bersalahan dengan hukum agama, bertentangan dengan peraturan dan undang-undang negara, serta tidak bersesuaian dengan adat dan etika hidup, khususnya di negara kita.

Para pekerja mestilah meletakkan diri sebagai insan yang mampu meneruskan cita-cita dan kehendak keluarga dan masyarakat. Sikap seperti sayangkan diri sendiri, menghormati ibu bapa dan keluarga, menyayangi masyarakat dan cintakan negara serta menyanjung kemuliaan agama perlulah ditanam dan disuburkan berterusan. Dengan memiliki kualiti susila - berbudi bahasa dan berakhlak mulia - sajalah kedudukan pekerja di sudut pandangan masyarakat akan lebih terhormat. Bukannya susah untuk pekerja memiliki kualiti susila yang tinggi dan mulia.

• • •

Pertama, sentiasa cuba memperbaiki diri untuk berada di satu tahap keinsanan yang terbaik iaitu sabar, yakin, bertakwa dan patuh kepada ajaran agama. Kedua, sentiasa membuat pertimbangan di antara perangai dan kelakuan yang buruk dengan yang baik. Ketiga, meletakkan masa depan itu adalah lebih penting daripada keseronokan hari ini.

C: Kualiti Fikir

Setiap pekerja perlu menyuburkan kemampuan berfikir pada setiap masa. Dengan memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas, kualiti susila yang terpelihara, sudah tentunya para pekerja dapat menghidupkan suasana berfikir secara rasional, matang dan berpandangan jauh. Sesuatu kerja yang hendak dilakukan dibuat pertimbangan. Setiap perbuatan yang hendak dikerjakan dipertimbangkan kesan baik dan buruknya.

Sebelum memulakan langkah untuk bergerak, difikirkan cara-cara terbaik untuknya dan difikirkan apakah manfaat yang diperolehi daripadanya.

Dengan kata lain, kualiti fikir ialah satu proses di mana para pekerja membiasakan diri dengan mengesan kelemahan dan kebaikan, kelebihan dan keburukan, keuntungan dan kerugian.

Caranya amat mudah, sebelum bertindak maka fikirkanlah? Apakah yang akan aku perolehi daripadanya? d: Kualiti Kerja Setiap pekerja perlu aktif, dinamik dan progresif. Sikap berusaha dan bekerja keras dalam memperolehi kejayaan adalah amat penting. Para pekerja perlulah meletakkan dirinya sebagai suatu kelompok masyarakat yang memiliki daya saing yang tinggi, daya tahan yang tinggi, serta kekuatan mental dan fizikal yang lebih baik berbanding orang yang telah meningkat usia.

Untuk itu para pekerja mestilah mempercayai diri sendiri dengan meyakini bahawa berbuat kerja yang lebih bermanfaat itu adalah lebih banyak untungnya daripada melepaskan tenaga ke dinding-dinding pasar raya atau ke butang-butang mesin permainan video. Adalah lebih baik belajar berniaga dan membantu ahli keluarga. Suatu kerja yang dilakukan dengan minat, keinginan dan cita-cita akan membawa keuntungan bermanafaat. e: Kualiti kePimpinan Setiap pekerja perlu meletakkan dirinya sebagai manusia. Manusia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Dengan ertinya sebagai Pemimpin dan Pengurus yang

bertanggungjawab mentadbir, mengendali dan memajukan bumi Allah ini dengan sebaiknya. Untuk itu, para pekerja perlu melatih diri menjadi pemimpin seawal berada di dalam dunia. Di tempat kerja para pekerja boleh melatihkan diri menjadi pemimpin dengan menawarkan diri menjadi ketua pada setiap aktiviti yang diadakan. Dengan latihan menjadi pemimpin inilah para pekerja akan dapat membina keyakinan dan ketelusan diri sebagai persiapan menyahut cabaran masa depan. Untuk itu, para pekerja perlu sedar bahawa dunia pekerja itu bukanlah satu pentas untuk bebas seperti seekor katak yang baru keluar dari tempurungnya. Tetapi satu era untuk pekerja membina diri dan kualiti diri agar dapat membina semangat waja yang sejati dengan gemilang dan terhormat.
Sila rujuk artikel ini bersama: http://shuhmy.multiply.com/journal/item/256/KEPIMPINAN_ISLAM

SOALAN TUGASAN SECARA BERKUMPULAN :
• •

• •

• •

Huraikan tiga peringkat tahap pengurusan dalam sesebuah organisasi dan tunjukkan perbezaan yang terdapat di antara tahap-tahap pengurusan tersebut? Pengurusan bukanlah tanggungjawab seseorang Pengurus Besar atau Pengarah semata-mata tetapi juga tanggungjawab pentadbir bahagian. Dalam konteks ini, huraikan empat fungsi pengurusan yang perlu dilaksanakan. Terangkan maksud organisasi? Pada pandangan anda apakah kebaikan Carta Organisasi di sesebuah Jabatan? Gaya Kepimpinan adalah merujuk kepada cara seseorang pemimpin mempengaruhi pekerjanya. Huraikan tiga bentuk gaya kepimpinan yang biasa digunakan? Kuasa sering dikaitkan dengan pemimpin. Huraikan 5 jenis kuasa yang perlu ada pada seorang pemimpin bagi memimpin kakitangan bawahannya? Henry Mintzberg dalam bukunya, The Manager’s job, menjelaskan peranan Pengurus dibahagikan kepada tiga bahagian. Huraikan ketiga-tiga peranan itu?

Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Khalifah Umar bin Abdul Aziz dilantik sebagai Khalifah menggantikan Sulaiman bin Abdul Malik dalam keadaan yang beliau sendiri tidak suka akan pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w. kemudian beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda”. Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: “Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan”. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, jangan terlalu mencintai kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya lebih mencintai akhirat. Kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar. Dalam satu peristiwa Khalifah Umar bin Abdul Aziz, sewaktu sedang bekerja di rumahnya dia didatangi puteranya untuk membincangkan sesuatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Khalifah Umar lantas memadamkan lampu yang terletak di meja yang menerangi bilik kerjanya itu. Puteranya hairan melihat sikap ayahnya itu lalu bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?". Jawab Umar: “Lampu yang digunakan adalah untuk bekerja dan ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang

digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga." Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri." Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkaliber yang berjiwa besar. Satu lagi peristiwa lain pula, Khalifah Umar pulang ke rumah kemudian beliau masuk ke tempat tidurnya. Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa dengan beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17, kemudian anak beliau berkata: "Apakah yang kamu ingin lakukan wahai Amirul Mukminin?" Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa terlalu letih." Selepas itu Abdul Malik berkata: "Kamu ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya, wahai Amirul Mukminin?" Lantas Umar menjawab: "Anakku! Kelmarin aku telah berjaga malam untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bapa saudara kamu, Sulaiman, nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan mendirikan sembahyang bersama-sama dengan orang ramai dan Insya Allah aku akan mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya." Seterusnya Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang dapat menjamin bahawa kamu akan terus hidup sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?" Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah itu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai dengan berkata: "Sesiapa yang barang-barang mereka pernah diambil secara zalim, sila laporkan." Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya"

Pemimpin Yang Adil
Artist: Hijjaz Album: Damai Pemimpin yang adil sangat dikehendaki Memakmurkan umat dunia dan akhirat Tiada keadilan negara huru-hara Pemimpin membela nasib rakyatnya Pemimpin yang adil sifatnya amanah Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa Kepentingan rakyat lebih utama Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya Kasih sayang terserlah di wajahnya Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya Rakyat hormat bukan takut padanya Pemimpin yang adil mengutamakan amanah Wang rakyat dan negara tidak disalah guna Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya Rakyat diseru mentaati Allah Terdapat pemimpin di dunia kini Seringkali mencetus huru-hara Demi melindungi kepentingan dirinya Rela membiar rakyatnya derita Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya Melepaskan mereka dari sengsara Akhlak yang mulia pakaian dirinya Rakyat taat dan sayang padanya Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini Ya Allah, kurniakan kami pemimpin yang melaksanakan seluruh perintahMu. Pemimpin yang menegakkan syariatMu. Pemimpin yang mengamal Sunnah RasulMu. Pemimpin yang amanah dalam tanggungjawab yang diberikan oleh rakyatnya. Pemimpin yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama. Ya Allah. Bantulah kami dalam perjuangan ini. Permudahkan urusan kami. Amin..

http://shuhmy.multiply.com/tag/ptk

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->