You are on page 1of 5

TUGASAN

TUGASAN ARAHAN KESELAMATAN


SOALAN 1
Ancaman kepada keselamatan Negara boleh
diklasifikasikan kepada ancaman dalaman dan luaran.
Huraikan bentuk-bentuk ancaman dalaman yang boleh
menggugat Keselamatan Negara.
TUGASAN ARAHAN KESELAMATAN

SOALAN 1

Ancaman kepada keselamatan Negara boleh diklasifikasikan kepada ancaman dalaman dan

luaran. Huraikan bentuk-bentuk ancaman dalaman yang boleh menggugat Keselamatan Negara.

JAWAPAN

Bentuk-bentuk ancaman dalaman yang boleh menggugat Keselamatan Negara ialah:

1. Subversif

Kegiatan yang dijalankan oleh pertubuhan atau orang perseorangan di dalam Malaysia

yang tidak sampai kepada perbuatan peperangan yang bermaksud menghancur dan

membinasakan ketenteraman yang ada dengan cara yang salah di sisi undang-undang

atau yang bertentangan dengan perlembagaan.

2. Espionaj

Kegiatan untuk memperolehi perkara terperingkat dengan cara tersembunyi atau salah di

sisi undang-undang bagi tujuan yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan-

kepentingan malaysia.

3. Sabotaj

Satu perbuatan atau omitan bertujuan menyebabkan kerosakan fizikal untuk kepentingan

sesebuah kuasa asing atau sesuatu tujuan politik yang subversif.

4. Kelemahan Manusia

Keinginan menunjuk-nunjuk. Kecuaian mematuhi arahan-arahan keselamatan.

Tidak cermat ketika bercakap melalui telefon atau di tempat awam, dan kecuaian kerana

ketagihan minuman keras atau dadah.


SOALAN 3

Bincangkan bagaimana sesuatu dokumen terperingkat ditafsir menurut peringkat sesuatu

dokumen yang hendak ditetapkan peringkat dokumennya.

JAWAPAN

Peringkat dokumen dibahagikan seperti berikut:

1. RAHSIA BESAR

Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi. Jika didedah tanpa kebenaran

akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia.

Contoh :

- Kertas Jemaah Menteri berkaitan dasar utama kerajaan.

- Perancangan gerakan / Penempatan Barisan Tentera

jika berlaku peperangan.

2. RAHSIA

Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa

kebenaran akan membahayakan keselamatan negara, menyebabkan kerosakan besar

kepada kepentingan dan martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada

sesebuah kuasa asing.

Contoh :

- Arahan-arahan penting perwakilan Malaysia yang membuat

perundingan dengan negara asing.


- Maklumat penting mengenai pertubuhan subversif dan

kegiatannya.

3. SULIT

Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, jika didedahkan tanpa kebenaran

walaupun tidak membahayakan keselamatan tetapi memudaratkan kegiatan Kerajaan

atau individu atau menyebabkan keadaan malu, kesusahan kepada pentadbiran atau

akan memberikan keuntungan kepada kuasa asing.

Contoh :

- Laporan-laporan perisikan biasa.

- Dokumen dan panduan teknik kegunaan latihan tentera atau

polis.

4. TERHAD

Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang

diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi perlu juga diberi perlindungan

keselamatan hendaklah diperingkatkan sebagai Terhad.

Contoh :

- Buku-buku Jabatan bagi maksud arahan.

- Perintah-perintah dan arahan-arahan biasa Jabatan.

Peraturan bagi melindungi keselamatan maklumat adalah ditetapkan mengikut tafsiran

semua perkara terperingkat. Peraturan memperingkatkan dokumen adalah:-

 Peringkat dokumen bergantung kepada kandungan dan tidak kepada peringkat

fail.
 Peringkat bagi dokumen tidak bergantung kepada perkara utama.

 Maklumat terkumpul dari pelbagai dokumen memerlukan peringkat yang lebih

tinggi daripada semua dokumen.

 Peringkat dokumen yang mempunyai lampiran mestilah diperingkatkan dengan

peringkat lampiran yang tertinggi.

 Pemulaan dokumen hendaklah menentukan kesan sekiranya dokumen

dikompromi sebelum diberi peringkat dokumen.

 Penggunaan peringkat dokumen penting agar prosedur lainnya tidak

membebankan orang lain.

 Peringkat fail tidak boleh rendah dari peringkat dokumen.

You might also like