P. 1
contoh kerja kursus sejarah pmr 2008(complete task)

contoh kerja kursus sejarah pmr 2008(complete task)

4.82

|Views: 128,948|Likes:
Published by faris_007
khusus untuk pelajat ting. 3 yang akan mengambil pmr....(khusus untuk pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng)
khusus untuk pelajat ting. 3 yang akan mengambil pmr....(khusus untuk pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng)

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: faris_007 on Jun 04, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

INTERNET

1. www.malaysiana.pnm.my

BUKU ILMIAH

1. Permainan Rakyat, Jasiman Ahmad, 2004, Kuala Lumpur, Goodmark Enterprise. 2. Gasing dan Congkak, Jasman Ahmad, Siti Zaiton, 1996, Selangor, Penerbit Setiamas.

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan Folio Sejarah ini. Tanpa izin-Nya mustahil dapat saya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberikan sokongan dan bantuan kewangan kepada saya. Mereka juga banyak memberikan maklumat-maklumat tambahan. Tugasan saya mungkin bertambah sukar lagi tanpa bantuan dan galakan mereka. Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada pihak sekolah, terutama kepada Pengetua, …………………………… dan………………………., guru Geografi saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini sekaligus membimbing saya melaksanakan kajian ini. Ribuan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada saya ketika mencari bahan dan maklumat semasa membuat Kajian Sejarah Tempatan ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:

(A)Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat.

(B)Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.

(C)Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR).

(D)Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut:

(B) Buku Ilmiah 3. Gasing dan Congkak, Jasman Ahmad, Siti Zaiton, 1996, Selangor, Penerbit Setiamas. 4. Gasing dan Congkak, Jasman Ahmad, Siti Zaiton, 1996, Selangor, Penerbit Setiamas. (C)Pemerhatian ~Melawat tempat kejadian. (E)Penyelidikan ~Melayari internet dan mencari maklumat di laman web .

PERMAINAN TRADISIONAL WAU

PENDAHULUAN

Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang. Ini telah menimbulkan idea kepada masyarakat Melayu untuk mencipta permainan gasing yang diperbuat daripada saki baki kayu yang terbuang. Pelbagai faedah boleh didapati daripada permainan gasing ini. Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Kemahiran dan kebolehan ini diaplikasi secara sistematik dalam gelanggang gasing. Kepantasan dan ketepatan amat jelas dalam permainan gasing dan ia juga memupuk semangat kekitaan yang tinggi. Permainan gasing harus terus dimainkan oleh generasi muda sekarang sebagai langkah mengekalkan daya kreatif bangsa Melayu mencipta permainan berasaskan serpihan kayu.

ASAL-USUL PERMAINAN GASING

Terdapat pelbagai cerita yang timbul erkaitan asal-usul gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan satu negeri yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama- kelamaan timbul ilham meniru rupa bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut “gah”, yang bermaksud tegak dan kuat semasa berpusing. Daripada istilah inilah dikatakn bermulanya permainan gasing. Menurut seorang tua di Kulim, gasing berasal daripada permainan “laga telur” yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusing dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan tangan kurang ligat dan pusingannya tidak tahan lama. Gasing seringkali dimainkan oleh masyarakat melayu di negeri Kelantan.

MELILIT TALI

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri. Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain.Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

MELILIT GASING

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing. Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

MEMUSING GASING Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat. Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.

ATURAN PERMAINAN Pasukan : Satu pasukan mempunyai tiga regu Fasa 1 a) Tiap-tiap regu mengandungi empat puluh orang pemain.Pasukan-pasukan boleh mengadakan pemain simpanan. b) Tiap-tiap pemain dibenarkan bermain sekali sahaja untuk pasukannya. c) Penukaran pemain dalam seluruh permainan dibenarkan 3 orang sahaja. Fasa 2 Masa bermain dihadkan dalam masa 40 minit bagi tiap-tiap satu regu. Fasa 3 Cara bermain adalah dengan cara Retek Dara (retek dara ialah ratok atau tergesel gasing pemusing dengan gasing pemusing disebabkan pangkahan gasing pemangkah.Jika berlaku ratok itu pemangkah dikira batal.) Gasing pemangkah terantuk dengan dua atau lebih gasing pemusing,maka dikira ratok pihak pemangkah batal. Fasa 4 Tiap-tiap seorang pemain dibenar menggunakan sebuah gasing sahaja untuk seluruh permainan,kecuali gasingnya rosak dan disahkan oleh pihak pengadil.(Gasing rosak adalah gasing yang tidak boleh digunakan lagi kerana pecah dan sebagainya) Fasa 5 Regu pemusing : Regu pemusing hendaklah memusing gasing empat-empat biji ke dalam bulatan dalam had masa yang ditentukan.

Fasa 6 Jika dua buah gasing yang dipusing tidak termasuk dalam bulatan,dikira faul – satu mata untuk pihak pemangkah. Fasa 7 Jika satu gasing terkeluar bulatan (Borot) pengadil berhak mengambil gasing tersebut diberikan kepada salah seorang pemain regu pemangkah untuk diletakkan kedalam bulatan dan dipangkah oleh pemangkah yang akhir. Fasa 8 Regu pemusing hendaklah memusing keempat-empat gasing tidak lewat daripada 20 saat,setelah diperintah oleh pengadil untuk memulakan pusingan.Jika melengahkan masa lebih 20 saat dikira faul dan satu masa bagi pemangkah. Fasa 9 Regu pemangkah dikehendaki memangkah keepat-empat gasing pemusing dalam tempoh 30 saat setelah diperintah oleh pengadil.Jika melengahkan masa lebih daripada 30 saat dikira batal kepada regu pemangkah (Peraturan ini dikecualikan kepada gasing borot yang mana masanya tidak dihadkan) Fasa 10 Pemangkah hendaklah melilit talu gasing sekurang-kurangnya tiga lilitan.Jika tidak regu pemangkah dikira batal. Fasa 11 Regu pemangkah dibebaskan memangkah mana-mana gasing dalam bulatan. Fasa 12 Jika pemain regu pemangkah memijak garisan semasa mara memangkah atau masuk

kawasan yang dilarang dikira faul dan satu mata diberi kepada regu pemusing.(Selepas memangkah dibenarkan memijak garisan) Fasa 13 Masa memangkah tangan dikehendaki atas paras pinggang.Jika tangan bawah paras pinggang dikira batal regu pemangkah. Fasa 14 Memangkah debus dikira batal kepada egu pemangkah. Fasa 15 Membela uri dibenarkan kepada pemusing dan pemangkah selepas keempat-empat gasing dipangkah.Jika didapati pemangkah membela uri sebelum masanya,dikira batal regu pemangkah.Jika pemusing membela uri sebelum masanya dikira faul dan satu mata untuk regu pemangkah. Fasa 16 Membela uri dibolehkan kepada pemangkah dan pemusing dengan tidak menggunakan cokok atau penyodok tetap. Fasa 17 Dua mata diberikan kepada pasukan pemangkah jika keempat-empat pemangkah dapat memangkah gasing pemusing tanpa ratok dan menang dalam perlawanan uri. Fasa 18 Menentukan kemenangan adalah dikira dari kemenangan regu. Fasa 19 Jika didapati permainan seri,kemenangan diberikan kepada pasukan yang jumlah mata yang lebih.Jika jumlah mata seri juga,maka keputusan muktamad adalah seri.

JENIS GASING

Gasing Toyol

Ciri-ciri Bentuk : Tinggi Berat : 0.6 kg Lilitan : 36 cm Tinggi : 12 cm Gasing Toyol merupakan sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti berembang dengan berat sekitar 6 kg. Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggian sekitar 12 cm. Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing lain. Ketika dalampermainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau.Itulah cerita sebuah gasing bom pemusnah yang bakal memusnahkan sebuah negara kelak.

Gasing Pacitan

Ciri-ciri: Bentuk: tinggi Berat: 0.8 kg Lilitan: 40 cm Tinggi: 10 cm Gasing Pacitan merupakan sejenis gasing yang berunsur Jawa. Di Johor, gasing ini hanya boleh diperoleh di kalangan pemain Jawa dari Pacitan. Di negeri Selangor pula, gasing ini banyak terdapat di kawasan Lembah Kelang, tetapi di sini ia dikenali sebagai gasing bunut. Gasing pacitan agak tinggi berbentuk berembang dengan berat 0.8 kg. Gasing pacitan mempunyai lilitan sekitar 40 cm dengan ketinggian 10 cm. Gasing jenis ini selalu dimainkan oleh tekong kerana bentuknya agak tinggi, mudah mencelah dan melindungi gasing lain. Oleh sebab gasing ini mempunyai binaan yang kukuh dan agak melengkung, ia mampu menahan pangkahan. Di Pahang, gasing jenis ini banyak didapati di Kuala Lipis, terutama di mukim – mukim pedalaman di sepanjang Sungai Jelai.

RUMUSAN

Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian permainan tradisional yang terdapat di negara yang tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang permainan gasing orang melayu. Bak kata pepatah, ‘tak kenal maka tak cinta’. Selepas kajian ini, saya lebih menghormati dan menghayati permainan tradisional orang melayu. Saya akan cuba untuk mengamalkan tradisi dan budaya bangsa yang begitu unik dan indah. Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami permainan tradisional sesuatu kaum dengan mendalam, maka akan timbul semangat bersefahaman dan hormat-hormati natara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat masyarakat antara kaum. Antara langkah-langkahnya ialah kita perlu menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua kaum yang menetap di negara ini. Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud jika tanggungjawab dijalankan dengan penuh rasa hormat dan bekerjasama. Selain itu, kita perlu peka terhadap isu-isu semasa tentang dunia terutamanya yang berkaitan dengan bangsa dan negara. Itu menunjukkan rasa prihatin kita terhadap negara, maka masyarakat akan moncontohi kita dan menunjukkan rasa bersemangat untuk setia kepada negara.

LAMPIRAN

Negeri Kelantan: Negeri yang mempopularkan permainan gasing.

RUJUKAN

INTERNET 1. Cara permainan gasing,www.scribd.com 2. Warisan Budaya Malaysia,www.malaysiana.pnm.my 3. Gambar Gasing dan peta Kelantan,www.google.com

MELAWAT TEMPAT KEJADIAN 1. Kampung Bandar, 16600 Pulai Chondong, Kelantan. 2. Kampung Kerilla, 18400 Temangan, Kelantan.

BUKU ILMIAH 1. Permainan Rakyat, Jasiman Ahmad, 2004, Kuala Lumpur, Goodmark Enterprise.

2. Gasing dan Congkak, Jasman Ahmad, Siti Zaiton, 1996, Selangor, Penerbit Setiamas.

Unsur Patriotisme 1. berbangga sbg rakyat Malaysia -hormati raja dan pemimpin Negara. -hargai jasa dan perjuangan tokoh Negara - horamti lambang2 negara -jaga dan pertahankan maruah bangsa dan Negara -hargai dan amalkan tradisi dan budya bangasa Bangga dgn sej. Malaysia 2. semangat setia Negara -cinta akan bangsa dan Negara -bertanggungjawab kpd bangsa dan Negara -sedia bkorban utk bangsa dan Negara -taat setia pd raja dan pemimipin Berani dan pertahankan kedaultan Negara 3. Semangat kekitaan -bersatu padu dan harmoni -tolak ansur -kerjasama dan tlg-mnolong -hormat-menghormati -bmuafakat 4.berdisplin -bakhlak dan berbudi bhs -patuhi undg2 dan peraturan

-btindak wajar -amanah,jujur -adil dan bertimbang rs 4. berusaha dan produktif -rajin, gigh -bdikari -tabah hadapi cbrn

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->