You are on page 1of 2

Rahsia Doa Kunci Pembuka Khazanah Langit &

Bumi.

Renungan Dari Surah Az-Zumar (39), Ayat 63.

Mafhum Ayat: Dia sahajalah yang menguasai urusan dan


perbendaharaan langit dan bumi; (orang-orang yang
percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang
yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan ALLAH yang
jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang paling
rugi.

Dikhabarkan bahawa Sayidina Uthman Ibnu Affan


r.a. pernah meminta penjelasan lanjut berkenaa
firman ALLAH SWT tentang "Maqalad As-Samawi
Wal-Ardh" (Kunci Langit Dan Bumi) ini dari
Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah SAW telah
bersabda katanya; "Kamu bertanya kepadaku
wahai Uthman, soalan yang belum pernah
ditanyakan kepadaku oleh sesiapa pun sebelum
kamu. Kunci Pembuka Khazanah Langit & Bumi itu
adalah seperi mana Ayat berikut;
Maksud Terjemahan Doa:

"Tiada Tuhan melainkan ALLAH, ALLAH Maha


Besar, Maha Suci ALLAH, segala puji bagi ALLAH,
aku memohon ampun kepada ALLAH yang tiada
Tuhan melainkan Dia, Yang Awal, Yang Akhir, Yang
Zahir, Yang Batin, Yang MengHidupkan dan Yang
MeMatikan, dan Dia Maha Hidup Tanpa Mati,
bagiNya segala KeBaikan dan Dia Maha BerKuasa
atas segala sesuatu."

"Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah


kamu tinggal dari membacanya setiap hari. Kamu
akan termasuk dalam golongan orang-orang yang
berjaya & melampaui orang-orang yang sebelum
kamu & selepas kamu."