P. 1
Lawatan Ke Pusat Ko Pelajaran Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang

Lawatan Ke Pusat Ko Pelajaran Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang

|Views: 690|Likes:
Published by pk_skm

More info:

Published by: pk_skm on Jun 05, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/15/2013

pdf

text

original

LAPORAN KO-AKADEMIK & RIADAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG 2010 TARIKH 24 MAC 2010 [RABU

] DESTINASI LAWATAN PUSAT KO PELAJARAN HUTAN PAYA BAKAU, KUALA SEPETANG

‘MELESTARIKAN KEGEMILANGAN INSAN ISTIMEWA’

KO-AKADEMIK DAN RIADAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK. MATANG, 34750 MATANG, PERAK. Pendahuluan Program Integrasi Pendidikan Khas SK Matang, telah merancang pelbagai aktiviti dan program pada tahun 2010. Antaranya ialah program lawatan, pengajaran dan pembelajaran serta riadah dan mobiliti. Salah satu aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan seperti yang telah dirancang ialah Program Ko-Akademik dan Riadah ke Pusat Ko Pelajaran Hutan Paya Bakau, Kuala Sepetang. Program ini telah dilaksanakan pada 24 Mac 2010 bersamaan hari Rabu dan seramai 53 orang murid, 14 orang guru dan 4 orang PPM yang terlibat.Matlamat yang cuba dicapai oleh program ini ialah untuk mewujudkan proses sosialisasi di antara semua murid dan guru. Program ini juga merupakan pelengkap kepada sukatan kurikulum di sekolah bagi komponen aktiviti luar dan eksplorasi sekaligus menjadikan program ini penuh dengan aktiviti berfaedah. Murid-murid akan mendapat pengalaman yang menarik dan sesuai untuk proses pembelajaran mereka. Program ini juga diharapkan dapat memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mensasarkan perkembangan individu secara menyeluruh baik dari segi rohani dan jasmani. Rasional Program yang dirangka ini dilihat mampu meningkatkan perkembangan murid dari segi emosi, sosial, fizikal dan jasmani serta pengurusan tingkah laku bagi murid-murid berkeperluan khas ini. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran turut dapat diterapkan dalam kehidupan murid-murid terutamanya sewaktu menggunakan kenderaan awam seperti bas dan juga pentingnya menjaga keselamatan diri sepanjang program ini berlansung. Di samping itu, program ini juga dapat mendedahkan murid-murid berkeperluan khas dengan masyarakat sekitar serta dapat berinteraksi dan bersosialisasi antara murid-murid berkeperluan khas dengan semua pihak. Objektif Tujuan program ini dijalankan ialah untuk :• memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas untuk bersama-sama beriadah di tempat-tempat riadah. • Menggalakkan interaksi dan sosialisasi antara murid berkeperluan khas dengan masyarakat sekeliling. • Menambah pengalaman dan pengetahuan tentang tempat-tempat lawatan dan riadah kepada murid-murid berkeperluan khas.

Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan murid dengan guru serta masyarakat sekeliling.

Jawatan Kuasa Pengelola Penasihat 1 Penasihat 2 Pengerusi Program Pengurus Program : Guru Besar SK Matang En. Fezarudin b Mahamudin : Pen. Kanan Pentadbiran SK Matang Tn. Hj. Abd Rahim b Abd Rashid. : Penyelaras Program Pendidikan Khas Pn. Shamsiah bt Hj. Mohd Jais : Pn. Umi Kalsom bt Musa En. Mohd Zulfadhly b Ahmad Tarmizi En. Mohd Zamri b Mohd Napis : En. Zainuddin b Hj. Abdul Rahim : Pn. Wan Haziatul Izlawati bt Wan Zahari : Pn. Norhayati bt Hussain Cik Junita bt Yahaya Cik Subhashni a/p Perabagaran : Pn. Nashally bt Shik Jan Cik Mona Yaniza bt Mohammad : Pn. Hjh. Noraminah bt Mokhtar Cik Rodziyah bt Johan Cik Yeap Seok Lei Pembantu Pengurusan Murid

Bendahari Pengangkutan Keselamatan

Dokumentasi Makanan

Aturcara TARIKH 24.3.2010 MASA 7.30 pagi 8.00 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi 12.30 tengah hari 1.30 petang 3.00 petang 4.00 petang PERKARA Mengambil kedatangan -Sarapan Bertolak - Kilang Arang - Taklimat Pegawai Hutan Rehat -Kudapan -Mencari Harta Karun Rehat -Makan tengah hari -Solat Kem Ria -Memasang Khemah -Kawad Kaki Majlis Penutup Balik ke sekolah

Penutup Secara keseluruhannya program ini telah dapat dilaksanakan sebagaimana yang telah dirancangkan. Kerjasama daripada pihak sekolah, guru-guru dan semua yang terlibat diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua murid dan guru. Disediakan oleh Umi Kalsom Binti Musa Disemak oleh Pn.Shamsiah Binti Mohd Jais P.K.PPKI SK.Matang

Gambar Sepanjanag Program Dilaksanakan

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->