You are on page 1of 1

Geografi Tingkatan 5

Latihan Cuti Sekolah Penggal Pertama ( 13.3.2010 - 21.3.2010 )

Arahan: Jawab semua soalan essei di bawah dengan merujuk kepada buku teks. Jawab di dalam
kertas jawapan sendiri. Klipkan bersama kertas soalan dengan kertas jawapan setelah siap
menjawab. Tarikh akhir hantar latihan ini ialah hari pertama sekolah dibuka pada 22.2.2010

Latihan Bab 1

1. Negara maju seperti Australia dan Canada mengalami fenomena kurang penduduk.
Dengan merujuk kepada kepada negara yang pernah anda kaji, huraikan implikasi
fenomena kurang penduduk. (8 markah)
2. Jelaskan faktor-faktor mengapakah berlakunya migrasi dalaman. (10 markah)
3. Dengan merujuk kepada mana-mana negara yang telah anda kaji selain Malaysia,
nyatakan kesan imigrasi kepada negara berkenaan. (12 markah)
4. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kawasan padat penduduk. (10 markah)

Latihan Bab 2
1. Apakah ciri-ciri Bandar satelit dan pembinaannya ? [8 markah]
2. Terangkan faktor yang mempengaruhi perletakkan desa di Malaysia[12 markah]
3. Terangkan fungsi-fungsi Bandar kepada kawasan sekitarnya [8 markah]
4. Huraikan sumbangan bandar kepada luar bandar. [8 markah]
5. Huraikan sumbangan luar bandar kepada bandar [8 markah]
6. Jelaskan kesan dari interaksi Bandar dengan desa [12 markah]