TERHAD

1

21/2

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008
SEJARAH KERJA KURSUS
Kertas 2 Februari – Julai

21/2

1. 2. 3.

Kerja kursus ini mengandungi dua tugasan: Tugasan 1 dan Tugasan 2. Tugasan 1 (a) untuk elemen satu, Tugasan 1 (b) untuk elemen dua dan Tugasan 2 untuk elemen tiga. Calon mesti melaksanakan semua tugasan.

Tugasan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak [Lihat sebelah 21/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD ARAHAN KEPADA CALON 1. 2. 3. 4.

2

21/2

Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Sejarah. Calon PMR dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah dari Februari hingga Julai berpandukan senarai semak. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian. Tajuk kajian mestilah berkaitan dengan negara kita Malaysia. Calon mesti melaksanakan ketiga-tiga elemen untuk mendapat Kod 1, Kod 2 atau Kod 3. Sekiranya calon hanya melaksanakan satu atau dua elemen sahaja, calon hanya layak mendapat Kod 4. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta sejarah. Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu. Fakta sejarah yang dikumpul untuk Elemen 1 hendaklah didokumentasikan bersama-sama hasil Elemen 2 dan Elemen 3. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halaman mengikut format yang ditetapkan. Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0. Hasil kerja kursus hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen. Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai.

5. 6. 7. 8. 9. 10.

11. 12. 13. 14. 15.

21/2

© 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 1

3

21/2

Anda ditugaskan untuk membuat kajian tentang satu permainan tradisional masyarakat negara kita. (a) Dokumentasikan fakta sejarah yang dikumpul daripada pelbagai jenis sumber. (b) Tuliskan laporan kajian anda berdasarkan aspek di bawah. ASPEK Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian PERINCIAN Permainan tradisional yang dipilih oleh calon. Senarai aspek kajian serta halaman. Penghargaan kepada individu serta institusi yang telah membantu dalam pelaksanaan kerja kursus. Objektif menjalankan kajian. Kaedah kajian yang digunakan. 1. Nama permainan; - Nama lain sekiranya ada 2. Latar belakang; - Asal-usul - Negeri yang mempopularkan permainan ini - Kaum / etnik yang terlibat 3. Tujuan dimainkan 4. Alat-alat yang digunakan 5. Cara dimainkan Rumusan Lampiran Unsur patriotisme tentang tajuk yang dikaji. Iktibar kepada diri, bangsa dan negara. Gambar, peta, dokumen dan lain-lain. Tulis kapsyen di bawah gambar, peta, dokumen dan lain-lain. Rujukan ditulis dengan format yang betul.

Rujukan TUGASAN 2

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah. Bagaimanakah modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan? TUGASAN TAMAT 21/2
© 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat sebelah TERHAD