You are on page 1of 25

LAPORAN

DEBAT
MODUL SIDANG B
PENGURUSA DPA 1/2010
N ICT
4 Jun 2010
Dokumen mengandungi laporan debat bagi 7 kumpulan dari Sidang B
yang merupakan salah satu program di bawah Modul Pengurusan Bilik Mutiara 4& 5,
ICT INTAN Bukit Kiara
2
ISI KANDUNGAN

LAPORAN KUMPULAN 1........................................................................................................................2


LAPORAN KUMPULAN 2........................................................................................................................6
LAPORAN KUMPULAN 3......................................................................................................................10
LAPORAN KUMPULAN 4......................................................................................................................11
LAPORAN KUMPULAN 5......................................................................................................................13
LAPORAN KUMPULAN 6......................................................................................................................16
LAPORAN KUMPULAN 7......................................................................................................................19
LAPORAN KUMPULAN 1

Kumpulan Debat : KUMPULAN 7

Tajuk Debat : Penggunaan ICT dapat meningkatkan sistem penyampaian


perkhidmatan kerajaan

Pelapor : KUMPULAN 1

1. Puan Nursiah Binti Abas (R1) – Kumpulan Pencadang


2. Encik Abdul Aziz Halimi Bin Abdullah (R2) – Kumpulan
Pembangkang

KETUA PENCADANG

1. Masyarakat mendambakan perkhidmatan yang bukan sahaja efisien dan


efektif malah mudah dan pintar. Ini bagi memastikan rusan harian dapat
dilaksanakan melalui hujung jari tanpa pembaziran masa dan tenaga.

2. Penggunaan ICT dapat meningkatkan system penyampaian perkhidmatan


awam.

3. Memberi definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) adalah proses


pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.

4. Menyatakan hujah-hujah yang akan dikupas oleh pihak pencadang iaitu:

4.1 Keberkesanan dan kecekapan penggunaan ICT;

4.2 Komunikasi berkesan melalui penggunaan ICT; dan

4.3 Penambahbaikan reputasi dan peningkatan prestasi melalui


penggunaan ICT.

PENCADANG 1:

1. Membidas hujah Ketua Pembangkang dengan menyatakan bahawa


Facebook adalah efektif kerana dapat merapatkan jurang di kalangan
pengguna Internet dan menjimatkan masa.

2. Menyatakan bahawa melalui penggunaan ICT dapat meningkatkan sistem


penyampaian perkhidmatan kerajaan kerana ia dapat memendekkan tempoh
masa. Contohnya tempoh pelaksanaan memproses sesuatu urusan dapat
dijimatkan di Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Negara.

2
PENCADANG 2

1. Mengupas mengenai Komunikasi Berkesan ; kebolehcapaian yang mudah


kepada kerajaan.
2. Memberikan contoh seperti berikut:

2.1 Talian Kerajaan (e-Government) boleh menyemak senarai nama calon


PLKN, semakan keputusan peperiksaan USM; dan
2.2 Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan laman Facebook yang
khusus untuk masyarakat memberikan komen dan cadangan serta
aduan terus kepada beliau.

PENCADANG 3

1. Menyentuh berkenaan Teras Misi Nasional RMK 9 di bawah Teras Kedua ;


Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk
minda kelas pertama.

2. Penggunaan ICT dapat meningkatkan sistem, penyampaian perkhidmatan


kerajaan.

PENCADANG 4

1. Mengulas mengenai matlamat organisasi dalam memberikan perkhidmatan


cemerlang dan memenuhi ekspetasi pelanggan.

2. Mengubah persepsi rakyat atau pengguna mengenai perbezaan


penyampaian dahulu dan kini.

SESI PENGGULUNGAN OLEH KETUA PENCADANG

1. Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991 hanya akan terlaksana
melalui pembinaan Negara maju yang menjadikan teknologi maklumat
sebagai salah satu nadi pembangunan.

2. Kerajaan elektronik mampu mentransformasikan cara kerajaan distrukturkan


dengan menghapuskan hierarki tertentu dalam agensi kerajaan.

3. Kerajaan elektronik berpotensi membentuk semula sektor awam dan


mengubah perhubungan antara rakyat, sektor pernigaan dan pemerintahan

3
melalui komunikasi terbuka, penglibatan dan dialog terbuka dalam
penggubalan polisi Negara.

KETUA PEMBANGKANG

Beliau menjelaskan usul yang akan di bawa oleh barisan pembangkang akan
menjurus kepada lima (5) aspek iaitu :

(i) Rakyat
(ii) Sistem
(iii) Teknologi
(iv) Profesional
(v) Infrastruktur

Beliau hanya sempat menjelaskan berkaitan aspek Rakyat yang merangkumi


penjawat awam dan masyarakat. Penjawat awam yang mendapat kebaikan hanya
tertumpu kepada mereka yang berada di Bandar sahaja. Sesuatu penyampaian
perkhidmatan sebenarnya boleh dilaksanakan walaupun tanpa penggunaan ICT.

PEMBANGKANG 1

Beliau tidak menyokong usul yang di bawa kerana pada hemat beliau, kos bagi
penyediaan infrastruktur ICT pada permulaannya amat tinggi. Sehubungan dengan
itu, beliau menekankan kepada Kajian Analisis Manfaat Kos perlu dilakukan supaya
keuntungan yang akan dijana daripada sesuatu projek ICT akan melebihi kos
perbelanjaan yang dilaburkan.

Selain itu, liputan kawasan yang terhad juga akan membataskan penyampaian
perkhidmatan. Beliau mengutarkan contoh HRMIS yang hanya boleh dilakukan di
pejabat sahaja.

PEMBANGKANG 2

Beliau menjurus kepada isu kekangan proses dan prosedur yang berkaitan dengan
penggunaan sistem yang tidak mesra kepada pengguna yang antara lain
memberikan maklumat yang tidak tepat dan tidak sampai kepada pengguna. Isi
kandungannya juga kadang kala sukar difahami dan kompleks untuk difahami oleh
setiap lapisan masyarakat.

Selain itu, pertindihan sistem juga berlaku. Beliau memberikan contoh SPP II yang
diguna pakai oleh sesetengah agensi, sedangkan JKR menggunakan SKALA.

4
PEMBANGKANG 3

Kerajaan pada masakini lebih menekankan kepada penggunaan komponen


teknologi seperti computer dan server. Pada hemat beliau, ini adalah tidak memadai
jika aspek sumber,prasarana,kakitangan terlatih, latihan efektif dan sokongan
pengurusan tidak dioptimumkan dan digunakan sepenuhnya.

PEMBANGKANG 4

Beliau menjelaskan bahawa wujudnya jaringan maklumat yang tidak selamat


daripada ancaman virus dan penggodam. Selain itu, kekurangan aktiviti
pengemaskinian maklumat seperti informasi yang tidak terkini dan semasa serta
maklumat yang tidak sahih telah menyukarkan lagi pengguna. Kejadian kerosakan
laman web yang seringkali terjadi juga memburukkan keadaan dan menjejaskan
sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

SESI PENGGULUNGAN KETUA PEMBANGKANG

Beliau mengusulkan dua (2) perkara iaitu :

(i) Pembangkang menegaskan bahawa mereka menolak seratus peratus (100%)


usul berkaitan daripada aspek pelaksanaan

(ii) Pembangkang juga berjaya menghubungkaitkan hubungan bahawa ICT tidak


menjamin sistem penyampaian kerajaan yang berkesan.

5
LAPORAN KUMPULAN 2

Kumpulan Debat : KUMPULAN 5

Tajuk Debat : Jaringan sosial sebagai media ilmu

Pelapor : KUMPULAN 2

1. Noor Hafizah bt Abu Bakar (R1) – Kumpulan Pencadang


2. Khairun Nahri bt Mohd Radzi (R2) – Kumpulan
Pembangkang

KUMPULAN PENCADANG

1) Ketua Pencadang : Cik Erma Elliza binti Mohd Ramly

 Latarbelakang penggunaan saluran sosial seperti Facebook amat meluas


digunakan di kalangan rakyat Malaysia untuk menukar pandangan dan berkongsi
maklumat.
 Saluran sosial ini digunakan denga pelbagai tujuan seperti mendapatkan ilmu,
menjalankan perniagaan, bertukar pandangan dan politik (menerima pandangan
rakyat).

2) Pencadang 2 : Cik Syarah Zalieka binti Eallie

 Saluran sosial digunakan untuk perkongsian ilmu pengetahuan, pembelajaran


dan dakwah.
 Pelajar-pelajar universiti dapat memuaturunkan nota-nota kuliah melalui jaringan
sosial walaupun di luar waktu pembelajaran. Maklumat terkini juga mudah
diakses.
 Umar Al-Khattab mengatakan supaya mengajar anak menggunakan saluran ilmu
yang baru kerana mereka tidak akan hidup sezaman dengan kita.

6
3) Pencadang 3 : En. Khairul Shahril bin Amin

 Menyanggah Pembangkang 2 kerana hakikat saluran sosial digunakan dengan


begitu meluas di Malaysia.
 Saluran sosial boleh digunakan bagi tujuan perniagaan sebagai saluran promosi
perniagaan yang murah dan cepat.
 Pengusaha tempatan dan SME dapat mempromosikan barangan mereka pada
kos yang rendah.
 Dapat menarik pembeli-pembeli dari luar dan dalam negara selain dapat
mempelajari ilmu dan teknologi terkini dari luar negara.

4) Pencadang 4 : Nur Amirah binti Mohamed Yatim

 Membangkang bahawa saluran sosial digunakan untuk tujuan hiburan semata-


mata dan pihak pembangkang turut mempunyai akaun saluran sosial.
 Saluran sosial mendapat sambutan yang meluas berbanding pembacaaan buku
tahunan yang kurang di kalangan rakyat Malaysia.
 Dapat mempertingkatkan penggunaan Bahasa Inggeris. Penyumbang informasi,
seperti kertas-kertas kajian dan laporan, banyak daripada pihak Barat dan
bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris.

5) Pencadang 5 : Tengku Muhd Fariza bin Engku Muhd Din

 Konsep dan definisi ilmu boleh dilihat melalui perspektif yang berbeza.
 Jangan sempitkan pemikiran kerana ilmu boleh didapati melalui perkongsian
maklumat, pengalaman dan kepakaran dalam saluran sosial.

7
 Pengguna juga dapat manfaat harga yang rendah dan berkualiti dalam
pembelian barangan kerana dapat membuat perbandingan harga dan kualiti
melalui saluran sosial.

6) Penggulungan : Cik Erma Elliza binti Mohd Ramly

 Saluran sosial dapat dijadikan medium untuk berkongsi ilmu dan kenalan.
 Pihak pembangkang tidak sepatutnya berada dalam pemikiran yang sempit.
 Terdapat ramai jutawan yang lahir dari penggunaan internet dan saluran sosial
akan dapat meningkatkan lagi perkongsian maklumat di kalangan usahawan
tempatan dan antarabangsa.

KUMPULAN PEMBANGKANG

1) Ketua Pembangkang : En. Amien Arief bin Jamaludin

 Jaringan sosial sediada tidak digunakan untuk tujuan yang baik hanya
digunakan untuk berseronok, blackmail, menyebarkan fitnah dan lain-lain.
 Jaringan sosial bukan platform yang baik untuk menyebarkan maklumat dan
berkongsi ilmu. Cara yang terbaik ialah dengan perbincangan secara
bersemuka.

2) Pembangkang 2 :Cik Mary Tiong Tze Mei

 Jaringan sosial ialah penyumbang utama kepada penyampaian maklumat


yang salah, maklumat palsu atau menyebelahi satu pihak sahaja.
 Kajian Universiti Malaysia Pahang menyatakan mahasiswa lebih cenderung
untuk menyebarkan maklumat palsu, fitnah dan lain-lain.

3) Pembangkang 3 :Pn. Nor Ashikin bt. Mohd Azam

 Jaringan sosial bukan media ilmu tetapi hanyalah sebagai jaringan untuk
berseronok, ini kerana maklumat yang disebarkan tidak berbentuk akademik.

8
 Jaringan social hanyalah sebagai satu outlet untuk melepaskan emosi sahaja
 Terdapat maklumat yang disebarkan dalam jaringan sosial berbentuk
akademik tetapi bilangannya amat sedikit.

4) Pembangkang 4 : En. Mohd Nazriq bin Lamien

 Objektif utama pembangunan jaringan sosial hanyalah untuk tujuan sosial


sahaja, bukan untuk penyebaran ilmu atau maklumat berbentuk akademik.

5) Pembangkang 5 : Cik Saszren Hazrina bin Saary

 Cara terbaik penyebaran maklumat dan perkongsian ilmu ialah secara


bersemuka.
 Impak negatif; jaringan sosial menghakis nilai-nilai perhubungan, komunikasi
yang sebenar.

6) Hujah Penggulungan : En. Amien Arif bin. Jamaludin

 Persoalan yang dikemukakan; Berapa ramaikah yang menggunakan jaringan


sosial ini untuk tujuan berdakwah?
 Apakah kaitan jaringan sosial dengan industri kecil dan sederhana Negara?
 Adakah perkongsian maklumat yang kononya dilaksanakan di dalam jaringan
sosial ini adalah perkongsian maklumat yang berkesan?

9
LAPORAN KUMPULAN 3

Kumpulan Debat : KUMPULAN 6

Tajuk Debat : Pembangunan sistem secara dalaman adalah lebih baik dari
outsourcing

Pelapor : KUMPULAN 3

1. Mohd Fauzi b Aziz (R1) – Kumpulan Pencadang


2. Noorzaliza bt Roslan (R2) – Kumpulan Pembangkang

SENARAI HUJAH PENCADANG

1. Selaras dengan tahun 2010 sebagai tahun inovasi malaysia


2. Kitaran proses perolehan yang rumit jika outsourcing
3. Memudahkan kawalan terhadap kualiti perkhidmatan
4. Tidak wujud risiko kebergantungan
5. Memupuk keberkesan komunikasi
6. Memenuhi keperluan sesebuah jabatan
7. Outsourcing mencalar kredibiliti penjawat awam
8. Menjamin aspek keselamatan data

SENARAI HUJAH PEMBANGKANG

1. Outsourcing dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi dari aspek


pembangunan ict
2. Outsourcing mewujudkan pilihan teknologi yang lebih fleksibel
3. Kekurangan kepakaran sektor awam maka perlu outsourcing
4. Tidak wujud risiko outsourcing kerana disokong oleh dasar keselamatan ict
negara

10
LAPORAN KUMPULAN 4

Kumpulan Debat : KUMPULAN 3

Tajuk Debat : Pembelian komputer adalah lebih menjimatkan dari penyewaan

Pelapor : KUMPULAN 4

1. Mohd Naizul Hasri b Naina Mohd (R1) – Kumpulan


Pencadang
2. Marrianee Ak Jemlin (R2) – Kumpulan Pembangkang

Hujah-hujah pencadang:

1) Risiko kebergantungan
2) Mengoptimum sumber sedia ada
3) Hak milik kekal kerajaan
4) Mengurangkan risiko keselamatan
5) Mengurangkan risiko kos tersembunyi

Hujah-hujah pembangkang:

1) Penjimatan sumber tenaga manusia


- Sektor awam kekurangan tenaga juruteknik.
- Sekiranya berlaku masalah komputer, ini akan melambatkan dari segi
memperbaiki komputer.
- Dengan ini juga menyebabkan penyampaian perkhidmatan menjadi tidak
efektif dan lambat dan mencerminkan sistem perkhidmatan kerajaan yang
negatif.
- Dengan penyewaan, ini akan memudahkan kerana akan diserahkan pada
syarikat untuk membaikinya.
- Dengan penyewaan komputer juga, aspek pelanggan selalu diutamakan
dan sumber tenaga manusia dapat dijimatkan.

2) Kos
- Faktor kos diambil kira di mana melalui penyelenggaraan komputer.

11
- Melalui fakta kes di mana penyelenggaraan komputer dan server di SUK
Pahang telah mencecah sebanyak RM60,000 . Di mana satu jumlah nilai
duit yang cukup besar berbanding kos penyewaan komputer .

3) Masa
- Dengan kekurangan tenaga juruteknik, ini akan mengambil masa untuk
memperbaiki dan penyelenggara komputer sekiranya berlakunya
pembelian komputer.

4) Akal fikiran
- Dengan penyewaan, seseorang pegawai ICT lebih memfokuskan kepada
sesuatu kerja dan peranan beliau dan mengelakkan daripada kerencatan
idea dalam bidang ICT.

12
LAPORAN KUMPULAN 5

Kumpulan Debat : KUMPULAN 4

Tajuk Debat : Pengurusan bukan ICT tidak memerlukan pengetahuan teknikal ICT

Pelapor : KUMPULAN 5

1. Nur Amirah bt Mohamed Yatim (R1) – Kumpulan Pencadang


2. Mary Tiong Tze Mei (R2) – Kumpulan Pembangkang

KUMPULAN PENCADANG

DAYANA BT MD ALI ( HUJAH PEMBUKAAN )

Seseorang yang berjawatan pengurus mampu menjadi pengurus ICT


walaupun tidak mempunyai kelayakan akademik dan pengetahuan dalam
bidang ICT.
Merujuk kepada Wikipedia, pengurus ialah mereka yang bertindak mengurus
sesebuah organisasi. Terdapat 4 tugas utama yang penting iaitu merancang,
mengurus, malaksana dan mengawal.
Tambahan kemahiran yang turut penting merupakan kemahiran dalam bidang
kewangan, sumber manusia dan pentadbiran.

MOHD NAIZUL HASRI BIN NAINA MOHD ( PENCADANG 1 )

Sistem perkhidmatan awam di Malaysia telah mewujudkan skim F sebagai


skim yang menjalankan pengurusan ICT. Maka, kekangan tidak wajar
diwujudkan lantaran kewujudan skim ini.
Pengurusan ICT boleh dijalankan oleh mana-mana pihak. Ini kerana
pengetahuan teknologi merupakan pengetahuan asas bagi semua pihak,
malah pengetahuan umum teknologi seperti LAN, WiFi juga telah menjadi
pengetahuan pihak pengurusan.

AHMAD SHUKRI BIN JAMALUDDIN ( PENCADANG 2 )

Semua jabatan dan agensi kerajaan telah memiliki Fail Meja dan Manual
Prosedur Kerja sebagai panduan kepada pengurus ICT dalam melaksanakan
tugasnya.
Surat Pekeliling Am Bil 1 Tahun 2009 iaitu Garis Panduan Mengenai
Tatacara Pengurusan Teknologi telah dikeluarkan sebagai panduan dalam
menjalankan tugasan.

13
Selain itu, Jawatankuasa Teknikal bertanggungjawab memberi nasihat
kepada pengurus dalam bidang ICT dalam sebarang tindakan dan keputusan
yang ingin diambil

ROZAIDATUL RAHIZAH BT AZMAN ( PENCADANG 3 )

Dalam era globalisasi, persaingan semakin pesat. Namun terdapat jalan


alternatif yang boleh diambil iaitu melalui ‘outsourcing’ dalam usaha
mengurangkan tenaga manusia seminima yang boleh serta meningkatkan
efektiviti tenaga manusia
Dengan cara ini sesebuah organisasi perlu meningkatkan usaha pengelolaan
sesebuah organisasi secara efektif dengan menggunakan kemudahan dan
sumber yang ada.

NOR AINNA BT MOHD ABDULLAH ( PENCADANG 4 )

Seorang pengurus perlu memfokuskan sasaran kepada objektif organisasi


yang perlu dicapai. Pengetahuan ICT hanyalah merupakan ‘sub area’ yang
boleh diserahkan kepada pihak teknikal lain seperti ‘outsourcing’ dan
‘hosting’.
Contoh yang diberikan, di Pejabat Daerah. Objektif utama Pejabat Daerah
adalah untuk membangunkan daerah tersebut dan bukannya membangunkan
teknologi.

DAYANA BT MD ALI ( UCAPAN PENGGULUNGAN )

Seorang pengurus perlulah memiliki kemahiran lain yang lebih penting seperti
kemahiran mentadbir dan mengurus berbanding kemahiran teknikal seperti
‘programming’ dan lain-lain. Seseorang masih boleh mengurus walaupun
tiada latar belakang teknikal ICT.

KUMPULAN PEMBANGKANG

SORAYA MOKHTAR [20] ( HUJAH PEMBUKAAN )

 Seseorang pengurus perlu mempunyai kemahiran ICT, perisian dan


perkakasan aplikasi untuk mentadbir organisasinya.

MARRIANEE JEMLIN [16] ( PEMBANGKANG 1 )

 Penjawat awam seperti skim PTD tergolong dalam pengurusan bukan ICT.
Namun, mereka seringkali terlibat dalam kajian perolehan. Setiap pegawai
yang menguruskan perolehan membuat kajian pasaran bagi memastikan harga

14
bekalan atau perkhidmatan yang hendak diperolehi adalah berpatutan dan
menguntungkan kerajaan.
 Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2009 mengenai
garis panduan keselamatan sistem ICT. Seiring dengan Surat Pekeliling
tersebut yang berkaitan dengan Garis Panduan Penilaian Tahap Keselamatan
Rangkaian dan Sistem ICT Sektor Awam, aspek keselamatan ICT harus
diutamakan.

KHAIRUL AZAM MOHAMED ( PEMBANGKANG 2 )

 Setiap pengurus tidak dapat elak daripada membuat keputusan, merancang,


menganalisis, memimpin dan mentadbir. Mereka perlu mempunyai ilmu yang
cukup dalam ICT untuk membolehkan mereka bertindak cekap dalam urusan
pentadbiran.
 Urusan penyelenggaraan ICT seringkali melibatkan kos yang tinggi. Kerajaan
Malaysia telah membelanjakan 58 billion dollar dalam perkhidmatan dan
penyelenggaraan ICT. Dalam hal ini, sekiranya seseorang pengurus
mempunyai ilmu yang mendalam mengenai ICT, kos perbelanjaan dapat
dijimatkan.

Nur Aidawati Aziz ( PEMBANGKANG 3 )

 Berdasarkan Birney E. Lai dalam seminar ICT Wilayah 2008, Jabatan


Perkhidmatan Komputer Negeri, kemahiran teknikal ICT melibatkan
pengetahuan asas mengenai pemasangan, perisian aplikasi, rangkaian
komunikasi dan elemen teknologi digital.
 Adalah tidak logik bagi seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi tidak
mempunyai teknikal ICT sedangkan dalam konteks kini, kebanyakan sistem
kerajaan menggunakan sepenuhnya kemudahan ICT terutamanya untuk
meningkatkan sistem penyampaian yang berkesan seperti e-kerajaan, e-
perolehan, e-servis dan sebagainya.

NUR IZWAN ZAINAL ARIFFIN ( PEMBANGKANG 4 )

 Pengurusan bukan ICT juga memerlukan pengetahuan ICT. Ini boleh


dibuktikan dengan Modul Pengurusan ICT merupakan salah satu modul dalam
Kursus Diploma Pengurusan Awam untuk melatih bakal-bakal pemimpin
negara.
 Pada zaman teknologi ini, kebanyakan pengurus yang membangunkan
organisasi terdiri daripada pengurusan bukan ICT. Jadi tidak logiklah sekiranya
mereka mentadbir tanpa pengetahuan ICT.

SORAYA MOKHTAR ( UCAPAN PENGGULUNGAN )

 Kerajaan selalu menitikberatkan Attitude, Skill, Knowledge (ASK) untuk


membangunkan modal insan dalam bidang ICT. Tanpa skill/kemahiran,
seseorang pengurus itu tidak dapat buat keputusan yang terbaik.

15
 Data center sesebuah organisasi perlu diwujudkan dan tidak wajar untuk hanya
bergantung kepada outsource demi keselamatan ICT.

16
LAPORAN KUMPULAN 6

Kumpulan Debat : KUMPULAN 1

Tajuk Debat : Perundangan dapat mengekang jenayah siber

Pelapor : KUMPULAN 6

1. Nor Hasliza bt Ahmad (R1) – Kumpulan Pencadang


2. Faizatul Aznah bt Md Norman (R2) – Kumpulan
Pembangkang

HUJAH-HUJAH PIHAK PENCADANG

1. Definisi jenayah siber dan klasifikasi

Jenayah siber merupakan jenayah komputer merujuk kepada jenayah yang


dilakukan dengan menggunakan internet sebagai medium untuk melakukan
jenayah dimana melibatkan hubungan yang terus antara komputer dengan
penjenayah berkenaan.

Klasifikasi Jenayah Siber


(i) Jenayah Harta Benda
(ii) Jenayah Manusia/ Individu
(iii) Keganasan Siber

2. Perkembangan jenayah siber di Malaysia

Nisbah kebarangkalian jenayah siber kini adalah 1:5 berbanding jenayah


pecah rumah iaitu sebanyak 1:30. Pada tahun 2007 sebanyak 1038 aduan
diterima diikuti dengan 2123 aduan pada tahun 2008 dan jumlah meningkat
kepada 3564 aduan pada tahun 2009. Peningkatan angka ini bukan
menggambarkan kegagalan perundangan sebaliknya menyebabkan
peningkatan kesedaran terhadap keselamatan siber. Oleh itu, pemantauan
secara berterusan perlu bagi memastikan jenayah berkenaan tidak meningkat
di luar kawalan.

17
3. Inisiatif kerajaan bagi mengekang jenayah siber di Malaysia

Globalisasi, dunia tanpa sempadan telah menyebabkan akses kepada


internet sukar dikawal. Antara akta/perundangan yang terlibat adalah:
(i) Akta Tandatangan Digital 1997
(ii) Akta Hakcipta (Pindaan) 1997
(iii) Akta Jenayah Komputer 1997
(iv) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
(v) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998

4. Keberkesanan pelaksanaan undang-undang di Malaysia

Perundangan dapat mengekang jenayah siber berdasarkan fakta bahawa


pada tahun 2004, sebanyak 355 kes dengan denda RM1.7 juta sudahpun
melalui pendakwaan.

5. Kesan/Implikasi sekiranya jenayah siber tidak dibendung

Kewujudan undang-undang siber menjadikan setiap rakyat Malaysia


berwaspada daripada terjebak dalam pelbagai jenayah siber seperti penipuan
wang secara “online” dan ancaman penggodam.

HUJAH-HUJAH PIHAK PEMBANGKANG

1. Dunia tanpa sempadan telah memungkinkan jenayah siber semakin berleluasa


disebabkan:
 Peluang dan ruang yang luas (tanpa pengawasan/sekatan)
 Penapisan internet tidak berjaya mengekang penularan jenayah siber
ekoran kepakaran individu dalam menafikan sistem penapisan tersebut

Contoh : Tiada penapisan internet diwajibkan di MSC Malaysia

2. Urusan pendakwaan bagi kes-kes jenayah siber sukar direalisasikan kerana


bukti yang sukar diperolehi. Selain itu, sesebuah Kerajaan tidak boleh
mengambil tindakan terhadap jenayah siber yang dilakukan dari luar Negara.

18
3. Tiada pengkhususan undang-undang yang jelas yang boleh diambil terhadap
penjenayah siber. Kesangsian rakyat terhadap pandangan sedia ada berkaitan
jenayah siber yang sukar dibendung akibat kelemahan sistem perundangan
dan penguatkuasaan sedia ada.

4. Dari aspek global dan hubungan antara Negara, telah terbukti bahawa telah
berlaku ketidakseragaman undang-undang antarabangsa berkaitan jenayah
siber ini antara satu Negara dengan Negara yang lain (Cross-border
jurisdiction). Contohnya, pendirian sesebuah Negara yang menetapkan
pencerobohan secara sah tidak boleh dilakukan ke atas individu kerana ia
dianggap sebagai mencabuli hak-hak asasi manusia.

5. Sikap individu yang sukar dikawal dan diubah menyumbang kepada


peningkatan kes-kes jenayah siber di Malaysia. Penguatkuasaan undang-
undang berkaitan tidak dapat mengekang masalah ini dari terus berleluasa.

19
LAPORAN KUMPULAN 7

Kumpulan Debat : KUMPULAN 2

Tajuk Debat : Penggunaan Open Office Organisation perlu dilaksanakan bagi


menggantikan Microsoft Office di semua agensi kerajaan

Pelapor : KUMPULAN 7

1. Mohd Zamri b Ishak (R1) – Kumpulan Pencadang


2. Farhana by Shabbdin (R2) – Kumpulan Pembangkang

Hujah Barisan Pencadang:

11) -Perkhidmatan Open Office menawarkan perkhidmatan yang lebih pantas


-Selain itu ia juga mudah digunakan dalam erti kata lain “user friendly”

12) -Negara maju seperti Sepanyol dan juga Sweeden telah lama menggunakan
Open Office dan Malaysia seharusnya mencontohi langkah yang
dilaksanakan
-Penggunaan Open Office juga dilihat dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan
sebanyak RM32 juta dan penjimatan ini dapat digunakan bagi sektor-sektor lain
yang lebih memerlukan

13) -Pelaburan dibuat sekali sahaja sekiranya menggunakan Open Office dan lebih
menjimatkan berbanding Microsoft Office. Open Office juga lebih mesra
pengguna dan boleh digunakan bersama Linux dan Unix.

14) -Kerajan perlu sedia untuk menghadapi perubahan di mana “Business is not as
usual”.

-Kelebihan Open Office adalah ianya lebih bernilai banding berbanding


Microsoft Office. Sebagai contoh di dalam perkhidmatan kerajaan terutamanya
di Bahagian Perolehan penggunaan Autocad memerlukan kepada aplikasi
Open Office dan ianya tidak dapat dilakukan oleh Microsoft Office.

20
15) -Open Office adalah software yang berkualiti di mana ianya mempunyai
kelebihan berbanding Microsoft Office.

-Penggunaan Open Office melibatkan Source Code di mana agensi kerajaan


tidak perlu bergantung kepada satu syarikat sahaja. Manakala Microsoft Office
dilihat memonopoli pasaran dan akan wujud masalah sekiranya syarikat gulung
tikar.

Hujah Penggulungan Barisan Pencadang:

-Penggunaan Open Office lebih banyak kelebihan berbanding penggunaan


Microsoft Office.

-Ianya lebih menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan fungsi-fungsi yang


ditawarkan juga mesra pengguna

Hujah Barisan Pembangkang:

16) Kos latihan akan meningkat

- Microsoft Office lebih praktikal dari Power Point, Excel dan lain-lain

-Kebanyakan orang sudah kenal dan biasa dengan Microsoft Office

-Kenapa perlu membuang masa untuk mempelajari sesuatu yang baru

17) Aspek keperluan

- Open Office bukan sesuatu isu yang besar kerana sektor kerajaan telah
lama menggunakan microsoft Office dan tidak menggunakan
aplikasi lain yang lebih rumit seperti Linux, Java yang tidak digunakan secara
menyeluruh
-Tidak diperlukan sangat pada masa kini
Paparan fungsi dan penggunaan

- Open Office lebih kurang sama dengan Microsoft Office

- Microsoft Office membangun dengan Microsoft Office 2003, 2007 dan yang
terbaru Windows XP
- Adakah perlu untuk bertukar jika hampir sama
- Adakah dengan bertukar situasi akan bertambah baik

21
18) -Kajian perlu dijalankan sebelum menggunakan sesuatu produk

-Microsoft Office telah lama digunakan dan kenapa perlu bertukar

-Kesan pertukaran akan menyebabkan kurang kecekapan bekerja, kekok,


urusan akan tergendala

- Bagaimana dengan nasib kumpulan sokongan

- Kos latihan akan meningkat

-Perisian Microsoft Office tidak sama dengan Open Office, banyak yang perlu
di ”convert dan repair”

-Open Office RAM tinggi-komputer yang sedia ada adalah versi lama. Jadi
bagi tujuan ini komputer baru perlu dibeli dan ini menambahkan lagi kos
kepada kerajaan

19) Di mana letaknya nilai negara jika perisian yang digunakan boleh didapati di
merata-rata di internet

-tiada “sense of copyright dan belonginess”

-memandangkan ia percuma, jadi tiada keperluan untuk membeli lesen dan


sistem keselamatan

20) Sila tunjukkan satu ujian indikator yang membuktikan bahawa jika dengan
penjimatan RM30j adakah perlu menggantikan segala sistem yang telah
sedia ada

- Jika menggunakan sistem operasi yang boleh digunakan oleh sesiapa


sahaja dan di mana sahaja -keselamatan adalah tidak terjamin

Hujah Penggulungan Barisan Pembangkang:

Microsoft Office lebih relevan dari Open Office kerana :-

-Open Office meningkatkan kos latihan

-Lebih baik menggunakan aplikasi sedia ada

-Microsoft Office menyediakan latihan selepas perkhidmatan

-Open office tidak digunakan secara meluas

22
-Kos membeli komputer baru lebih mahal

23

You might also like