You are on page 1of 5

TEORI – TEORI PEMBELAJARAN DAN IMPLIKASINYA DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

TEORI PELAZIMAN PAVLOV

Mengikut teori ini setiap rangsangan akan menghasilkan gerakbalas. Gerakbalas ialah
tingkahlaku yang timbul kesan daripada rangsangan. Rangsangan pula ialah tenaga yang
menimbulkan gerakbalas. Contohnya apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri,
maka murid dengan cepat akan berdiri. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri ialah
gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku
kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas.

Implikasi Teori Pavlov ke atas pengajaran dan pembelajaran.

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang
boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat
diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu
gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian
( rangsangan ) setiap kali murid mendapat hasil yang baik ( gerakbalas ), maka gerakbalas itu
menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.

Motivasi juga memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran. Contohnya dalam bilik
darjah, guru perlu memotivasikan murid-murid dengan menunjukkan sesuatu yang menarik
sebelum mereka dapat memberikan penumpuan yang teliti. Pembelajaran juga boleh berlaku
melalui latihan, pembiasan atau pengalaman. Oleh itu, guru perlu melibatkan murid-murid dalam
proses pengajarannya seperti mengadakan aktiviti kumpulan, perbincangan dan sebagainya.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna ,
sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin
akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta – merta juga dapat membantu seseorang
guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET.

Teori ini menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu merujuk kepada aktiviti-aktiviti
mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan
sebagainya. Menurut Piaget, perkembangan kognitig seseorang kanak-kanak adalah mengikut
siri urutan yang berperingkat-peringkat. Piaget membahagikan perkembangan itu kepada empat
peringkat iaitu:
Peringkat deria motor ( 0 – 2 tahun )

Peringkat praoperasi ( 2 – 7 tahun )

Perinkat operasi konkrit ( 7 – 11 tahun )

Peringkat operasi formal ( 11 tahun dan keatas )


Implikasi Teori Perkembangan Kognitif Piaget terhadap pengajaran dan
pembelajaran.

Daripa teori ini, guru perlu sedar bahawa pada peringkat awal, kanak-kanak seperti di
kelas tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada
objek-objek besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. Manakal pada peringkat
Tahun Dua dan Tiga, kanak-kanak bersifat egosentrik. Oleh itu, tajuk-tajuk seperti
Rumah Saya, Keluarga Saya adalah sesuai disediakan sebagai bahan bacaan dan
tulisan. Pelbagai jenis alat bantu mengajar diperlukan untuk mengajar kanak-kanak di
peringkat sekolah rendah disebabkan perkembangan kognitif yang terhad.

Murid-murid di peringkat sekolah rendah juga masih belum bersedia menyelesaikan


masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan
analogi diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid sekolah rendah. Isi
pelajaran dan aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan peringkat
perkembangan kognitif murid-murid. Sekiranya tidak, bahan atau aktiviti pelajaran
tersebut mungkin akan membosankan murid-murid atau terlalu sukar bagi mereka.

Setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan diperingkatkan. Ini membolehkan


penyampaian tajuk pelajaran daripada peringkat yang senang kepada peringkat yang
susah. Cara seperti ini akan menjamin murid-murid memperolehi hasil pembelajaran
yang maksimum.

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE


Menurut Gagne pembelajaran adalah sebagai satu cara pemerosesan data dan maklumat. Proses
pembelajaran bergerak daripada peringkat yang paling mudah menuju kepada peringkat yang
rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang
rendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran iaitu:
Pembelajaran isyarat.

Pembelajaran rangsangan gerak balas

Rangkaian.

Pertalian berbahasa.

Pembelajaran diskriminasi.

Pembelajaran konsep

Pembelajaran hukum

Penyelesaian masalah.
Implikasi Teori Pembelajaran Gagne.

Pada peringkat awal, pembelajaran isyarat boleh dijalankan. Contohnya, guru


menunjukkan objek sambil mengimbaskan kad perkataan. Pembelajaran rangsangan
gerak balas membawa implikasi bahawa guru perlu sentiasa memberi pujian dan
galakan apabila murid menunjukkan hasil yang baik

Daripada aspek rangkaian motor, guru perlu menggunakan prinsip ulangan dan
membuat sesuatu mengikut urutan ketika mengajar. Implikasi pertalian berbahasa
kepada guru ialah ketika mengajar, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis dan
mengemukan hujah. Contohnya, ketika mengajar konsep buku, guru bukan sahaja
boleh menunjukkan buku sebenar malahan murid-murid digalakkan untuk menyebut
dan mengeja perkataan itu.

Guru perlu membimbing murid-murid membuat diskriminasi atau membezakan fakta


yang penting daripada yang kurang penting. Kebolehan mendiskriminasi juga boleh
digunakan untuk membezakan ciri-ciri sesuatu kumpulan tumbuhan dengan ciri-ciri
kumpulan tumbuhan yang lain. Guru juga boleh membantu murid-murid mengenal
pasti cir-ciri utama suatu kelas objek agar pembentukan konsep mudah dicapai.
Soalan-soalan yang boleh memandu murid-murid ke arah pembentukan konsep dengan
jelas perlu digunakan.

Guru perlu menggunakan perbandingan, anlogi dan aplikasi ketika mengendalikan


pembelajaran hukum. Seseorang guru perlu:

memberikan maklumat yang mencukupi.

Membimbing murid-murid untuk mengenal pasti perkara-perkara penting dalam hukum


berkenaan.

Membantu murid-murid melihat pertalian antara komponen yang releven.

Mengemukakan soalan-soalan yang memberi peluang kepada murid-murid untuk membuktikan


kefahaman mereka terhadap hukum yang dipelajari.

Menggalakkan murid-murid membuat huraian tentang sesuatu hukum itu.

Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, guru perlu memberikan panduan dan


cadangan tentang konsep dan hukum yang diperlukan. Petunjuk yang berhubung terus
dengan penyelesaian masalah tidak perlu diberi kerana ini menjadikan tugasan itu
terlalu senang dan kurang mencabar.

TEORI PEMBELAJARAN BRUNER.


Kajian Bruner menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak. Ia menekankan cara-cara
manusia berinteraksi dalam alam sekitar dan menggambarkan pengalaman secara dalaman.
Menurut Bruner, perkembangan kognitif juga melalui peringkat-peringkat tertentu. Peringkat-
peringkat tersebut adalah seperti berikut:

Peringkat enaktif ( 0 – 2 tahun )

Peringkat ikonik ( 2 – 4 tahun )

Peringkat simbolik ( 5 – 7 tahun )

Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Beliau mengutamakan


pembelajaran secara induktif dengan menggunakan konsep atau kategori. Beliau juga
mementingkan sistem pengekodan dalam huraiannya tentang pemikiran. Dengan adanya sistem
pengekodan, kita dapat membuat inferens ( kesimpulan ) daripada rangsangan yang diterima.

Implikasi Teori Bruner ke atas pengajaran dan pembelajaran.

Murid-murid belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan peluang untuk
murid-murid menroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini mewujudkan
proses pembelajaran yang bermakna. Bagi murid-murid di Tahap Satu, gambar, carta dan objek
perlu digunakan bagi memudahkan pembentukan konsep.

Bagi murid-murid Tahun Enam ke atas, hukum dan prinsip perlu ditekankan agar murid-murid
berupaya mengaplikasikannya dalam proses penyelesaian masalah. Bruner juga menekankan
pembelajaran yang terhasil daripada interaksi murid dengan guru, interaksi dengan murid-murid
lain dan interaksi dengan bahn pengajaran. Maka kerja berkumpulan dan sesi perbincangan perlu
diadakan dari masa ke semasa.

Penglibatan murid-murid penting agar mereka dapat menikmati pembelajaran bermakna.


Pengetahuan juga perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada
peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit. Ini bermakna guru perlu memeringkatkan
isi pelajaran.

Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Ini bermakna guru perlu
memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlau yang diingini dilakukan. Kesediaan
belajar juga ditekankan oleh Bruner. Dengan itu, guru perlu mengambil kira kesediaan belajar
murid-murid ketika merancang proses pengajarannya. Sementara itu, nilai-nilai murni seperti
bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-menolong akan dapat dipupuk dalam aktiviti
pengumpulan maklumat projek dan perbincangan.

(5)TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME.


Teori ini menekankan pembinaan pengetahuan oleh pelajar. Pelajar dapat membina
pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka. Pelajar akan
mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada.

Prinsip-prinsip asas Teori Konstruktivisme ialah seperti berikut:

Pengetahuan dibina oleh pelajar.

Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas.

Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial.

Komunikasi antara guru dengan murid mungkin menimbulkan perselisihan faham.

Guru dianggap sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pengetahuan pelajar.

Implikasi Teori Konstruktivisme ke atas Pengajaran dan Pembelajaran.

Kanak-kanak ialah pembina teori. Ilmu pengetahuan tidak disampaikan kepadanya.


Sebaliknya, dia bertanggungjawab membina pengetahuan. Oleh itu, guru perlu
menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pembinaan
pengetahuan kanak-kanak.

Guru juga perlu menerima hakikat bahawa kanak-kanak datang ke kelas dengan
berbekalkan pelbagai pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Mereka
akan membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada itu.
Sebenarnya, guru bukan merupakan penyebar pengetahuan, sebaliknya beliau lebih
merupakan seorang pemudah cara atau fasilitator. Beliau akan menyedikan pelbagai
jenis bahan pembelajaran dan menggalakkan uji kaji, percubaan serta penyelesaian
masalah agar pembinaan pengetahuan oleh kanak-kanak dapat berlaku.

Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan murid. Interaksi ini akan dapat
memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pembinaan pengetahuan mereka. Guru
juga perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang
menggalakkan pergerakan murid dan tahap kebisingan yang dibenarkan. Bilik darjah
juga perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang
boleh menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran kanak-kanak. Bahan-bahan
pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan murid-murid
membina pengetahuan.

Kurikulum yang disediakan tidak seharusnya terlalu ketat. Rancangan pengajaran dan
pembelajaran perlu fleksibel kerana pada kebiasannya, proses pembelajaran kanak-
kanak adalah spontan dan sukar diramal. Kurikulum itu juga perlu memenuhi
keperluan, minat dan kebolehan kanak-kanak.

You might also like