P. 1
GEO FOLio-kegiatan ekonomi

GEO FOLio-kegiatan ekonomi

4.5

|Views: 38,775|Likes:
Published by Kevin Nair
bedong...
bedong...

More info:

Published by: Kevin Nair on Jun 08, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/27/2015

pdf

text

original

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BEDONG SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP PEMBANGUNAN PEKAN BEDONG, 08100 BEDONG, KEDAH DARUL

AMAN

NAMA NO. I/C NAMA GURU

:KISHEN KEVIN NAIR A/L ATCHUTHAN :930512 – 02 – 5289 :PN. FADZILAH

SENARAI KANDUNGAN

B IL. 01 02 03 04 05 06 07 08 09

ISI KANDUNGAN Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

HALAMA N

PENGHARGAAN
2

Pertama sekali saya bersyukur kepada tuhan dan saya merakamkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran Geografi saya, Pn.Phang Ern Charn kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan (KGT) ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua S.M.K.BEDONG, En.Chin Cheng Geey yang telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian selepas waktu persekolahan. Yang keduanya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa saya yang menolong saya mencari bahan dan memberi bantuan kewangan tanpa was – was. Seterusnya kepada rakan-rakan saya yang turut sama menolong saya menyiapkan tugasan ini terutamanya pelajar tingkatan empat dan tingkatan tiga. Akhir sekali kepada pihak-pihak luar yang telah memberikan kerjasama yang baik untuk memberikan maklumat yang tepat kepada saya. Tanpa kerjasama daripada semua pihak mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan oleh saya.

PENDAHULUAN
3

Saya memilih tugasan ini kerana kawasan yang saya kaji terdapat ciri-ciri yang dikehendaki dalam kegiatan ekonomi. Kawasan yang saya kaji ialah Pekan Bedong. Negara yang dibandingkan ialah Indonesia yang terletak di tenggara Asia. Perniagaan, pembinaan dan perindustrian juga terdapat di kawasan ini. Ini memudahkan lagi saya untuk membuat kajian yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi.

Selain itu, kemudahan-kemudahan lain seperti pendidikan pertanian dan pelbagai lagi terdapat di sini. Kemudahan yang terdapat sangat berguna kepada penduduk di kawasan ini.

Saya telah menjalankan kajian ini dengan bantuan penduduk Pekan Bedong. Kajian yang dibuat ini memakan masa selama 8 minggu. Saya menggunakan maklumat dan data yang diperolehi untuk menulis laporan dengan lengkap.

OBJEKTIF KAJIAN
4

>Mengenalpasti jenis-jenis kegiatan ekonomi dan faktor yang mempengaruhinya

>Mengenalpasti sumbangan kegiatan ekonomi setempat terhadap pembangunan kawasan kajian

>Mengenalpasti kesan-kesan kegiatan ekonomi setempat terhadap alam sekitar

>Membincangkan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi setempat terhadap alam sekitar.

KAWASAN KAJIAN

5

Saya menjalankan kajian di tempat tinggal saya iaitu di kawasan Pekan Bedong yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Sungai Petani dan 60 kilometer dari Alor Star. Kawasan Kajian ini mempunyai pandang darat fizikal tanah pamah dan tanah beralun. Terdapat kira-kira 3000 hektar tanaman pokok gatah dan 4000 hektar tanaman pokok kelapa sawit yang ditanam di Pekan Bedong. Pekan Bedong adalah sebuah kampung yang terletak di daerah Kuala Muda Yan.

KAEDAH KAJIAN
6

RUJUKAN DI PUSAT SUMBER
Saya bersama-sama rakan saya telah membuat rujukan di Pusat Sumber untuk mendapatkan maklumat tentang jenis kegiatan ekonomi dan faktor-faktor ysng mempengaruhi sumbangan terhadap kawasan kajian.Selain itu, maklumat kesan dan langkah-langkah mengurangkan kesan terhadap alam sekitar juga didapati daripada buku-buku tertentu.

PEMERHATIAN
Saya telah memerhatikan kawasan kajian saya selama beberapa hari untuk mengenalpasti bentuk muka bumi. Bentuk muka bumi Pekan Bedong ialah tanah pamah dan beralun. Ia sesuai untuk tanaman, perkilangan, pertanian, perniagaan. Jenis tanih di kawasan kajian ialah tanih aluvium dan laterit.Saya juga melihat teknologi yang digunakan dalam pertanian dan pengambilan gambar serta menyiapkan dapatan kajian.

TEMUBUAL
Saya juga telah menemubual beberapa orang responden yang juga merupakan penduduk Sungai Ranggam. Antara responden yang ditemubual ialah seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah yang berdekatan iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Aman. Selain itu, saya juga menemubual beberapa orang responden yang bekerja sebagai pesawah.

DAPATAN KAJIAN
7

JENIS –JENIS KEGIATAN EKONOMI
Negara Malaysia mempunyai pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan negara. Jenis-jenis kegiatan ekonomi negara ialah pertanian, perikanan, perlombongan, perindusrtian, perkhidmatan dan pembalakan.

PERTANIAN

8

Bumi Malaysia yang subur serta beriklim panas dan lembap sepanjag tahun amat sesuai untuk kegiatan pertanian.Pertanian merupakan kegiatan utama di negara kita Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar. Pertanian boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tanaman jualan dan tanaman makanan. Tanaman makanan adalah tanaman yang ditanam untuk keperluan dan keluarga, manakala selebihnya dijual. Tanaman utama negara kita ialah padi. Kedah terkenal dengan tanaman padi yang luas dan juga digelar negeri “Jelapang Padi Malaysia”. Terdapat dua jenis padi yang diusahakan di Malaysia iaitu padi sawah (kawasan tanah rendah) dan padi huma (kawasan berbukit). Tanaman jualan utama di negara Malaysia adalah kelapa sawit dan getah. Kelapa sawit diusahakan secara kebun kecil dan ladang. Getah ditanam di tenggara Johor, Pahang dan selatan Kelantan. Tanaman jualan lain adalah seperti koko, tembakau, kelapa, teh, tebu, kopi dan banyak lagi.

PERIKANAN
Kerja menangkap dan memelihara ikan adalah aktiviti ekonomi yang dilakukan penduduk Malaysia. Ikan merupakan sumber protein utama yang sangat penting. Di Malaysia, terdapat empat jenis kegiatan perikanan utama iaitu perikanan air tawar, perikanan pinggir pantai, perikanan laut dalam akuakultur dan penternakan ikan hiasan.

PERLOMBONGAN
Mineral utama yang terdapat di Malaysia ialah petroleum dan gas asli. Mineral lain yang dilombong ialah emas, kuprum, bauksit dan bijih timah Industri perlombongan juga membantu perkembangan ekonomi negara.

PEMBALAKAN
Malaysia dapat menjalankan pembalakan kerana terdapat kawasan hutan terdiri daripada kayu keras. Hasil kayu ini adalah penting dan mendapat pasaran yang baik. Kayu balak diproses menjadi produk yang bernilai tinggi.

PERKHIDMATAN
9

Perkhidmatan terdiri daripada pelancongan, perdagangan, kewangan, pengangkutan dan pendidikan. Di Malaysia, sektor perkhidmatan merupakan sektor ekonomi yang terpenting. Globalisasi ekonomi menggalakkan peningkatan dalam tambahan sektor perkhidmatan.

(KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN) PERNIAGAAN
Perniagaan adalah kegiatan aktiviti ekonomi yang utama dan penting di Pekan Bedong. Kegiatan ini menghasilkan pendapatan kepada penduduk Pekan Bedong. Di Pekan Bedong terdapat juga kawasan ladang getah dan kelapa sawit.

>Tanaman Pokok Getah
Luas kawasan tanaman padi di Pekan Bedong ialah 3000 hektar.

>Tanaman Kelapa Sawit
Luas kawasan penanaman kelapa sawit di Sungai Ranggam ialah seluas 3000 hektar. Hasil daripada tanaman sawit akan dihantar ke tempat pengumpulan sawit. Selepas itu ia akan dihantar ke kilang sawit untuk diproses.

PERKHIDMATAN

10

Antara kegiatan ekonomi berdasarkan perkhimatan ialah pendidikan, kewangan dan perbankan dan lain-lain. Di kawasan Kajian terdapat perkhidmatan pendidikan yang disediakan kepada penduduk Sungai Ranggam. Perkhidmatan pendididkan itu ialah Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan. Perkhidmantan kewangan dan perbankan yang terdapat di Pekan Bedong ialah Bank Simpanan Nasional. Ini menyediakan pekerjaan pendududuk sebagai guru, pengawal dan lain- lain. Selain itu, khidmat perubatan juga terdapat di kawasan kajian. Penduduk mendapat pekerjaan berdasarkan perubatan dengan menjadi doktor dan jururawat.

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP KAWASAN KAJIAN

11

PELUANG PEKERJAAN
Dengan adanya aktiviti pertanian disini, penduduk – penduduk Pekan Bedong mendapat peluang pekerjaan sebagai penoreh getah, pemandu lori yang membawa getah, penanaman sayur – sayuran, pemandu lori yang membawa sayuran dan berbagai – bagai lagi.

PENDAPATAN

12

Dengan adanya peluang pekerjaan ini penduduk Pekan Bedong mendapat upah atau gaji yang boleh meningkatkan taraf hidup mereka. Purata pendapatan mereka lebih kurang RM 300.00.

PENGURANGAN PERGANTUNGAN BARANGAN IMPORT
Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan produktiviti negara. Ini termasuklah pertanian terutama pengeluaran keperluan. Kemajuan dalam bidang pertanian di Pekan Bedong dapat mengurangkan barangan import dari luar negera dalam pengimportan getah dan minyak kelapa sawit.

PENINGKATAN TARAF HIDUP
Taraf hidup penduduk telah meningkat hasil daripada pendapatan yang diperolehi darpiada dalam penglibatan dalam kegiatan ekonomi apabila pendapatan penduduk meningkat. Oleh itu, pendududuk dapat memenuhi keperluan asas seperti membeli makanan dan pakaian. Pendududuk Pekan Bedong dalam kegiatan ekonomi pertanian dan perkhidmatan akan mudah mendapat rawatan apabila terdapatnya klinik Wawasan.

*Dengan semua sumbangan ini, semangat patriotisme seperti cinta akan tanah air dapat dicapai.

KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

13

PERUBAHAN PANDANG DARAT/LANDSKAP
Kegiatan ekonomi juga akan mengubah landskap sesuatu kawasan. Pekan Bedong yang dulunya hanya mempunyai tanah yang luas dan tidak digunakan, kini telah menjadi kawasan perumahan dan pertanian.

14

PENCEMARAN
Pencemaran berlaku apabila bahan-bahan yang kotor dan berbahaya kepada kesihatan dilepaskan ke alam sekitar. Di Pekan Bedong, aktiviti pembinaan, pertanian dan perindustrian telah menyebabkan pencemara udara dan air. Udara tercemar kerana asap dari kilang padi dilepaskan ke udara. Pencemaran air berlaku apabila bahan kimia daripada penggunaan baja kimia digunakan penduduk.

PENIPISAN LAPISAN OZON
Penipisan lapisan ozon berlaku apabila asap yang dihasilkan daripada petroleum dan menghasilkan gas nitrogen. Lapisan ozon berada di ketinggian 10 hingga 50 kilometer. Kegiatan ekonomi di Pekan Bedong seperti pertanian yang menggunakan bahan kimia akan bertindak balas dengan ozon dan menyebabkan penipisan lapisan ozon.

HUJAN ASID
Kejadian hujan asid mempunyai kaitan rapat dengan pelepasan asap dari kilang dan kenderaan.Asap ini mengandungi gas-gas seperti karbon dioksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida. Di Pekan Bedong, kilang padi melepaskan asap dan dapat menyumbang dalam pembentukan hujan asid.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

15

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Kerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar. Undang-undang bertujuan mengawal semua pihak supaya tidak melakukan perkaraperkara yang dapat menyebabkan pencemaran. Antara akta yang penting ialah Akta Kualiti Alam

16

Sekitar 1974 yang merupakan perundangan yang menyeluruh tentang alam sekitar termasuk pertanian di Pekan Bedong.

KEMPEN
Penduduk Pekan Bedong diingatkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui kempen. Mereka digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-kesan amalan mereka terhadap alam sekitar.

PENDIDIKAN
Pendidikan alam sekitar penting bagi mewujudkan kesedaran kepada penduduk Pekan Bedong tentang memelihara alam sekitar, kesedaran ini diwujudkan melalui pendidikan diperingkat sekolah rendah (Kajian Tempatan) dan sekolah menengah (Geografi dan Sains).

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (P&P)
Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) ialah aktiviti menghasilkan teknologi yang baru atau lebih baik. Melalui P&P pelbagai kaedah pengeluaran dicipta yang tidak mencemerkan alam sekitar. Teknik ini dikenali sebagai teknologi mesra alam. Pekan Bedong juga menggunakan teknik untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

JADUAL DATA KAJIAN

17

BILANGAN PEKERJAAN DI SUNGAI RANGGAM

BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 Pemandu lori Guru Peladang Pengurus Kilang Pekedai Buruh Kilang Lain-lain

JENIS PEKERJAAN

JUMLAH 5 18 15 2 20 13 13 17

JUMLAH

106

GRAFIK

18

CARTA PAI

Pekedai Pemandu lori Peladang Pengurus Kilang Guru Buruh Kilang Lain-lain

Bilangan Pekerjaan di Sungai Ranggam 20 5 15 2 18 13 13 17

19

GRAF

Bilangan Pekerja
10 15 20 25 0 5

Pe sa w ah pa di

Pe la Pe da ng ng ur us Ki la ng Pe ke da i

G ur u

Bilangan Pekerjaan di Pekan Bedong

J enis Pekerjaan

Bu ru h Ki la ng La in -la in

20

RUMUSAN
Melalui kajian Geografi yang telah saya buat, rumusan yang dapat dibina ialah apakah jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Kita mestilah mengetahui jenis-jenis kegiatan ekonomi di tempat kita. Ini dapat memupuk sifat menghayati dan merasai kepentingan kegiatan ekonomi yang dijalankan terhadap pembangunan negara.

Kita juga dapat mengetahui apakah sumbangan kegiatan ekonomi di tempat kita terhadap negara kita yang tercinta. Dengan ini, unsur patriotisme seperti cinta akan tanah air dan berbangga dengan sumbangan kegiatan ekonomi setempat terhadap pembangunan negara dapat dicapai.

Pelbagai kesan yang didapati daripada kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Contoh kesannya ialah seperti pencemaran air dan udara. Dengan melihat kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar, sifat bertanggungjawab dapat dilihat apabila penduduk bersama-sama mengurangkan kesan-kesan tersebut. . Akhir sekali, kita akan dapat mengenalpasti apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi tersebut. Apabila penduduk melihat langkah-langkah yang telah diambil, mereka akan turut mengikuti langkah-langkah tersebut. Unsur patriotisme seperti bertindak wajar dan timbul rasa cinta akan tanah air dapat dilihat apabila penduduk mengikuti langkah-langkah tersebut.

Saya berasa bangga dengan kegiatan ekonomi di tempat saya yang semakin berkembang. Ini memberikan saya keyakinan untuk membuat kerja kursus ini di Pekan Bedong. Saya berharap agar kawasan yang saya duduki ini semakin berkembang dengan lebih pesat.

21

RUJUKAN
Antara sumber rujukan kajian saya ialah :

1. Buku teks Geografi tingkatan 3 2. Internet -melayari www.kedah.com -melayari www.thailandtourism.com

3. Orang sumber En Idris En Wan Razali bin Wan Abdullah Che Badrul bin Che Mat

4. Folio Geografi tahun lepas 5. Media elektronik televisyen radio

22

23

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->