MAKTAB RENDAH SAINS MARA KOTA PUTRA BESUT KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 2 2010 TAJUK: BENTUK MUKA

BUMI DAN POTENSINYA DI TAMAN SRI ANDALAS
NAMA: SITI FATIMAH BT NIK MAZLAN TINGKATAN: 2E NAMA GURU: PUAN SHAHIDAH BT. SANUSI

t.tangan murid

t.tangan guru

_________

________

kAnduNgan…
BI L 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. KANDUNGAN PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN RUMUSAN RUJUKAN LAMPIRAN MUKA SURAT

Penghargaan
Assalamualikum w.b.t, Bersyukur ke hadrat ilahi kerana limpah kurniaNya,dapatlah saya menyiapkan Kerja Kursus Geografi TIngkatan 2 ini. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah mrsm kota putra dan pengetua sekolah,Tuan Haji Abdullah B Abdul Rahman serta guru mata pelajaran Geografi saya yang begitu prihatin,Pn Shahidah Bt Sanusi yang banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini. Di samping itu,saya juga turut berterima kasih kepada ibubapa saya yang banyak memberi bantuan dan sokongan kepada saya, iaitu Rohana Ahmad dan Nik Mazlan Wan Abu Bakar. Selain itu,ucapan terima kasih buat sahabat saya, Nuradhiya, Nur Afrina dan Nur Hazirah,kerana banyak memberi sokongan kepada saya. Tak lupa juga kakak dan adik saya,Siti Sarah dan Siti Khadijah.

Akhir sekali,terima kasih diucapkan kepada penduduk – penduduk di kawasan kajian yang banyak membantu melengkapkan kerja kursus ini.

Pendahuluan
Semua pelajar tingkatan 2 perlu menyiapkan tingkatan 2 ini. Kami diberi Kerja Kursus Geografi tiga pilihan,iaitu ‘Bentuk Muka Bumi dan Potensinya’ , ‘Cuaca dan Iklim serta pengaruhnya’ dan ‘Tumbuh –tumbuhan semulajadi dan hidupan liar’. Dengan ini, saya Siti Fatimah Nik Mazlan telah menyediakan Kerja Kursus Geografi yang bertajuk ‘Bentuk Muka Bumi dan Potensinya’

Saya memilih tajuk ini kerana maklumatnya lebih senang diperolehi. Tambahan pula,kawasan kajian yang ingin saya kaji,iaitu Taman Sri Andalas, merupakan kawasan rumah persinggahan saya. Tempoh masa bagi saya menyiapkan kerja kursus ini adalah 3 hari. Sekian terima kasih,

fatimah

Objektif Kajian
Menerusi kajian ini, terdapat beberapa objektif untuk memenuhi hasil kajian yang dipilih seperti: 1. Mengenal pasti jenis bentuk muka bumi di Taman Sri Andalas 2. Mengkaji ciri-ciri bentuk muka bumi di Taman Sri Andalas 3. Mengetahui potensi bentuk muka bumi di Taman Sri Andalas 4. Mengenal pasti masalah di Taman Sri Andalas 5. Mencari langkah-langkah penyelesaian di Taman Sri Andalas

Kawasan KajiAn
Kawasan kajian saya adalah Taman Sri Andalas. Taman Sri Andalas terletak di negeri Selangor di daerah pelabuhan Klang.Taman Sri Andalas terletak kira-kira 3 km dari bandar Klang, Selangor, Keluasan Taman Sri Andalas ialah 1214056.8 meter persegi . kawasan kajian terletak arah selatan barat daya. Taman ini telah lama wujud , sekitar tahun 1982 . Andalas ialah nama lain bagi Sumatera di Indonesia. Nama ini diberi mungkin kerana Pelabuhan Klang berhadapan dengan Selat Melaka dan pulau Sumatera. Yang dulunya hutan-hutan dan pokok-pokok yang menghijau telah ditebang dan dijadikan kawasan perumahan dan kedai-kedai. Taman Sri Andalas secara amnya adalah tanah pamah dan rata.Terdapat juga tanah beralun dengan ketinggian 20 meter. Sedikit sebanyak maklumat telah saya sediakan berdasarkan pemerhatian saya. Pintu masuk ke taman ini berhampiran dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Antara bangunan berdekatan ialah Masjid Jamek Klang, Makam Diraja Klang, Tanah Perkuburan Islam, Sekolah Khas Klang, Bukit Tinggi, Bandar

Botani, Taman Petaling dan Taman Rakyat Klang. . Taman Sri Andalas mempunyai penduduk yang agak padat dan beberapa pusat beli-belah telah dibina bagi menampung bilangan penduduk yang semakin ramai di Klang, Pelabuhan Klang dan Taman Sri Andalas sendiri. Antaranya ialah Pasar raya Tesco Bukit Tinggi, Pasar raya Giant dan Pusat Komersial Bayu Tinggi . Sistem pengangkutan di sini lebih menumpukan kepada penggunaan kereta api(KTM) untuk kegunaan awam merentasi Bandar-bandar besar seperti Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya dan juga Pelabuhan Klang. Tiket ke Kuala Lumpur berharga RM3.40 dengan perjalanan lebih kurang kemudahan kereta api, penduduk juga lebih 40 minit. Selain menggunakan selesa

perkhidmatan bas,teksi dan bas untuk kegunaan dalam bandar seperti untuk ke hospital,pasaraya dan sekolah. Ramai pekerja pelabuhan , kastam, kakitangan kerajaan tinggal di sini kerana berdekatan dengan Pelabuhan Klang, sebuah pelabuhan yang besar dan utama di Malaysia.

Peta Taman Sri Andalas

Peta sekitar kwasan Taman Sri Andalas

Peta

Melalui pemerhatian saya, Taman Sri Andalas secara amnya adalah tanah rata. Pelbagai kemudahan terdapat di sini, antaranya kawasan perumahan sebagai tempat kediaman, taman rekreasi untuk beriadah, kegiatan ekonomi seperti perniagaan dan perkhidmatan .Pelbagai jenis perniagaan terdapat di sini contohnya,perniagaan makanan, perhiasan,perabot,alat tulis dan juga barangan runcit.

KaedAh KajiaN
Pemerhatian
Saya membuat pemerhatian terhadap kegiatan ekonomi dan jenis bentuk muka bumi di kawasan kajian saya. Saya juga turut melawat tempat – tempat tertentu di kawasan kajian untuk mengumpul maklumat di sana.

Temu bual
Saya juga telah menemu bual pegawai di Jabatan Daerah, dan Ketua Kampung yang telah memberi banyak maklumat tentang kawasan kajian ini.Saya juga sempat menemu bual penduduk kampong ini tentang kegiatan ekonomi di sini.

Rujukan
Saya telah membuat rujukan di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Disana,terdapat banyak maklumat tentang kawasan kajian ini. Saya juga telah melayari internet. Terdapat banyak maklumat,sejarah dan peta bagi kawasan kajian saya.

Soal selidik
Saya telah menyediakan 25 helai borang soal selidik tentang kegiatan ekonomi penduduk di sini.

Hasil Kajian
Taman Sri Andalas merupakan kawasan perumahan yang luas dan besar dan agak padat penduduknya.Terdapat banyak pembangunan yang menyebabkan kawasan ini padat. Penduduk di sini berbilang bangsa iaitu,melayu, cina dan India.Jenis kegiatan ekonomi di sini adalah perkhidmatan dan perniagaan. Disini terdapat Keadaan banyak rumah, kedai, pejabat, bentuk muka buminya yang dan kemudahan awam yang lain. rata dan beralun memudahkan

pembinaan kawasan perumahan yang luas.

Dari segi keselamatan pula, Taman Sri Andalas sangat mementingkan keselamatan penduduknya. Hal ini dapat dilihat apabila peronda-peronda keselamatan selalu memastikan tiada kejadian – kejadian jenayah berlaku dengan membuat rondaan di sekitar kawasan kajian pada setiap hari. Dari pemerhatian saya, penduduk di sini mempunyai semangat kejiranan yang sangat tinggi. Setiap kali menjelangnya perayaan-perayaan seperti Hari Raya Korban,Tahun Baru Cina,dan Deepavali mereka kerap mengadakan sambutan bersama-sama dan dikunjungi oleh pelbagai kaum. Contohnya Hari Raya Korban mereka akan menyambut bersama di Surau Taman Sri Andalas dan menyembelih beberapa ekor lembu serta mengagih-agihkan daging kepada yang lebih memerlukan Taman Sri Andalas terdiri drpd 90 buah rumah. Bilangan penduduk yang terdapat di kawasan kajian ialah lebih kurang 340 orang. Kebanyakan daripadanya idup berumah tangga. Hanya terdapat beberapa rumah sahaja yang tidak bekeluarga. Saya telah menemu bual dan menyediakan borang soal selidik. Kesemuanya sudah bekerja dan terdiri daripada sector awam dan swasta. Hasilnya seperti di dalam graf di bawah :

GRAF

Meninjau Masalah yang dihadapi penduduk Taman Sri Andalas
Masalah yang di hadapi dan Puncanya : Anjing yang selalu berkeliaran dan menyalak (membuat bising)atau mungkin membahayakan penduduk. Puncanya adalah dari penduduk –penduduk yang memelihara anjing,kebanyakannya cina yang tidak menghiraukan keselamatan penduduk yg lain.

Kesan dan cara menangani: Anjing – anjing liar tersebut mampu membahayakan keselamatan penduduk kerana mereka boleh menggigit kaki atau badan kanak-kanak,mahupun dewasa,seperti kes-kes yang pernah dialami di dalam berita. Caranya adalah melarang penduduk memelihara anjing yang dilepas keluar(hanya di dalam kawasan rumah sendiri.) menjaga dan memastikan anjing mereka tidak menggangu jiran(memasang rantai atau letak di dalam sangkar)

Rumusan
Berdasarkan kajian yang telah saya kaji di Taman Seri Andalas ternyata banyak faedah yang saya dapat ketika saya menjalankan kajian ini. Antaranya dapat mengetahui jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian,

mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan, menyenaraikan fungsi-fungsi petempatan, menyenaraikan langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan dan juga menerapkan nilai dan unsur patiotisme terhadap kawasan kajian. Dari segi kaum,jumlahnya tidak jauh bezanya,tetapi sudah pasti mejoritinya kaum Melayu. Penduduk Taman Sri Andalas mempunyai semangat kejiranan dan ia menyebabkan kawasan tersebut aman,damai serta harmoni. Kebanyakan jenis rumah disini adalah teres dan kembar dua. Rumah-rumah mewah juga terdapat di sini. Dari segi keselamatan juga sangat terjamin. Pelbagai kemudahan asas terdapat di sini,semuanya sangat lengkap. Kegiatan ekonominya iaitu perniagaan dan perkhidmatan juga tiada masalah. Sebagi kesimpulannya, saya dapat memahami keadaan dan kegiatan penduduk di Taman Sri Andalas ini dalam kajian ini.

Rujukan
♥ Buku teks Geografi tingkatan 2 ♥ http://www.mister-map.com/en/taman-sri-andalas/1/ ♥ http://www.dromoz.com/search/?p=klang&btnD=Dromoz+Search
♥ http://www.pdfqueen.com/pdf/ka/kawasan-kajian-geografi/2/ ♥ http://www.taman Sri Andalas-wikipedia,bahasa melayu

T.TANGAN GURU

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful