SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 1

OBJEKTIF

Objektif Am : - Mengetahui dan memahami kaedah splicing dan kehilangan dalam gentian optik - Mengaplikasikan prinsip jarak, kehilangan dan kuasa yang diterima dalam gentian optik

Objektif Khusus : • Menyatakan jenis-jenis splicing : Fusion Splicing dan Mechanical Splicing. • Menerangkan kaedah-kaedah splicing Fusion Splicing dan Mechanical Splicing. • Menerangkan jenis-jenis kehilangan dalam gentian optik : kabel, penyambung, pengganding, splicing dan bahan. • Mengira jarak, kehilangan dan kuasa yang diterima dalam gentian optik

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 2

Aduh!!! Panasnya arka elektrik ini…

6.0

Pengenalan
Seperti yang telah anda ketahui, gentian optik merupakan talian berdiameter kecil dan mudah lentur. Sekiranya, talian tersebut putus atau ingin disambungkan supaya ia menjadi lebih panjang maka satu proses yang dikenali sebagai splicing diperlukan. Adakah anda ingin tahu, apa yang dikatakan dengan splicing dan jenisjenisnya ? Sila teruskan pembacaan anda bagi unit ini.

6.1 Proses Splicing
Kita mengetahui bahawa, setiap talian yang panjang memerlukan proses penyambungan di antara kedua-dua penghujung talian. Oleh yang demikian, dalam gentian optik proses splicing digunakan untuk menyambung kedua-dua penghujung gentian optik. Kaedah splicing ini dapat mengurangkan kadar kehilangan maklumat dalam talian serta dapat memperbaiki kecekapan sistem gentian tersebut, dan ia hanya sesuai dilakukan di tempat-tempat yang tidak perlu pengubahsuaian talian. Untuk makluman anda, kaedah splicing ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Fusion Splicing dan Mechanical Splicing. Tujuan kedua-dua kaedah ini adalah untuk mengoptimumkan proses splicing dari segi penyambungan kedua-dua

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 3

penghujungan gentian (contoh; mengurangkan kadar kehilangan “insertion”). Lazimnya, kadar kehilangan splicing insertion bagi gentian Mod-Pelbagai adalah 0.1 dB hingga 0.2 dB dan julat kehilangan ini amat minimum berbanding dengan penyambungan menggunakan penyambung (connectors).

6.1.1 Kaedah Fusion Splicing

Aduiiiiii, panasnya arka elektrik ini, kena kat badan saya.

Kaedah ini dicapai melalui proses peleburan di permukaan gentian optik dengan menggunakan haba yang tinggi, contohnya; penggunaan percikkan elektrik, di mana kedua-dua permukaan dileburkan agar ia menjadi lembut dan seterusnya, disambungkan secara sejajar. Oleh kerana, bahagian teras dalam gentian optik sahaja yang perlu disambungkan maka permukaan luar seperti penebat, pelapis atau pelindung boleh dibuang. Ini bertujuan untuk memperolehi pelarasan serta kedudukkan yang betul bagi kedua-dua penghujung gentian. Rajah 6.1 (a) menunjukan kedudukan gentian optik dalam lurah pembolehubah dan etap. Kedua-dua penghujung gentian ditetapkan kedudukan yang sejajar melalui pembolehubah-mikro. Setelah dirapatkan dan dibetulkan kedudukan maka berlakulah proses pencatuman melalui arka elektrik. Manakala, Rajah 6.1 (b) memaparkan proses pengarkaan berperingkat seperti: 1. Peringkat permulaan Gentian diletakkan secara lurus dan selari. 2. Peringkat penyusunan permukaan gentian Elektrod yang berada bertentangan dengan gentian akan mengeluarkan arka bertenaga rendah. Ini bertujuan untuk menyediakan satu permukaan yang sama rata pada kedua-

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 4

dua penghujung dan meleburkan bahagian cladding dan penebat. 3. Peringkat pencantuman Dengan hanya adanya bahagian teras gentian sahaja maka proses pencantuman akan dilakukan di mana, suatu arka bertenaga tinggi akan dibekalkan disekeliling gentian. Ini bertujuan untuk meleburkan permukaan teras gentian dan seterusnya, dicantumkan. 4. Peringkat akhir Setelah dicantum maka ia dibiarkan sejuk untuk seketika. Pada ketika ini, elektrod tidak akan mengeluarkan sebarang arka. Kini dapat dilihat proses pencantuman yang sejajar selesai.

Blok Tetap

Elektrod

Blok bergerak Gentian

Lurah pembolehubah gentian Lengan henti

Lengan Penolak

Pembolehubah mikro (a) 1) Permulaan
gentian Elektrod

Spring 3) Pencantuman Pecikan Elektrik Elektrod
gentian

2) Penyusunan permukaan gentian
gentian

4) Lengkap Proses Splicing

Elektrod gentian

Pecikan Elektrik

(b)

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 5

Rajah 6.1 Fusion splicing menggunakan arka elektrik (a) Peralatan fusion splicing, (b) ilustrasi skematik bagi teknik splicing.

6.1.2 Kaedah Mechanical Splicing

Pada pandangan anda, apakah yang terlintas dalam pemikiran jika disebutkan mengenai Mechanical Splicing? Untuk penerangan yang lebih lanjut mari kita lihat sama-sama 厖�

Jika anda telitikan dengan jelas, kita akan mendapati kaedah ini lebih mudah daripada fusion splicing dan merupakan satu teknik penyambungan kedua-dua hujung gentian optik yang akan disusun dalam satu garis lurus dan, celah di antara gentian optik tersebut akan diisi dengan epoksi atau lebih dikenali dengan‘epoxy resin’. Kaedahnya adalah dengan menggunakan tuib kapilari di mana, hujung gentian optik akan dimasukkan ke dalam tiub kapilari dan sedikit epoksi akan diletakkan ke salah satu hujung gentian optik sebelum ia dimasukkan ke dalam tuib. Kaedah ini juga boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu : i. Splicing tiub kapilari yang diketatkan Rajah 6.2 (a) menunjukan penggunaan tiub kapilari jenis bulat dan mempunyai saiz diameter dalaman tiub tersebut yang sedikit lebih besar daripada saiz diameter gentian optik. Ini bertujuan untuk memudahkan penyuntikkan epoksi jenis lutsinar iaitu epoxy resin, di antara gentian optik dan tiub kapilari. Epoksi ini akan mengukuhkan pelekatan di antara gentian tersebut secara mekanikal. Teknik ini mempunyai kadar kehilangan sisipan yang rendah sehingga 0.1 dB bagi gentian optik multimod gred indeks dan juga mod tunggal. ii. Splicing tiub kapilari longgar Kaedah ini menggunakan tiub kapilari jenis segiempat serta saiz diameter kapilari yang lebih besar, untuk memudahkan proses cantuman gentian optik. Pada peringkat permulaan epoksi akan dimasukan dalam kapilari dan seterusnya, diikuti dengan gentian optik. Manakala, penghujung gentian yang satu lagi akan diletakkan ke dalam kapilari tersebut dan ditolak ke dalam sehingga ia bertemu dengan penghujung gentian yang

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 6

sediada. Pada ketika ini, kedua-dua penghujung gentian tersebut akan berada di penjuru kapilari, ini dapat dilihat dalam Rajah 6.2 (b).

Kapilari kaca atau seramik

Kertan rentas kapilari

Gentian optik Gentian optik (a) (b) Keratan rentas

Rajah 6.2 Teknik splicing bertiub, (a) Splicing tiub diketatkan, (b) Splicing tiub longgar dengan menggunakan kapilari segiempat

Selain daripada, kaedah splicing tiub diketatkan dan splicing tiub longgar, juga terdapat teknik penggunaan splicing lurah-V di mana, kedua-dua penghujung gentian dimampatkan. Rajah 6.3 (a) menunujukan penggunaan lurah-V dalam proses pencantuman gentian optik secara mekanikal. Teknik ini dibuat agar ia dapat dicantumkan untuk selama-lama dengan menggunakan epoksi resin. Dalam teknik splicing ini (Rajah 6.3), kedua-dua penghujung gentian akan diletakkan dibawah lurah-V dan seterusnya, dimampatkan dengan menggunakan plat kaca yang mempunyai permukaan yang rata. Setelah proses pemampatan selesai, maka wujudlah satu gentian yang panjang. Selain daripada teknik lurah-V, juga terdapat pelbagi teknik splicing mechanical seperti elastomeric splicing, springroove splicing, splicing menggunakan kapilari kaca bagi mod perlbagai., splicing berputar untuk mod tunggal dan lain-lain.

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 7

Epoksi

Plat kaca rata Penghujung gentian (a)

Lurah substrak

Sambungan penghujung gentian (b)

Substrak kaca lurah-V

Rajah 6.3 Splicing menggunakan lurah-V

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 8

AKTIVITI 6.A

Untuk memantapkan pemahaman anda sila jawap soalan berikut.

Apakah yang dimaksudkan dengan proses splicing? Nyatakan kelebihan menggunakan teknik splicing. Berapakah kadar kehilangan sisipan gentian bagi teknik penyambungan menggunakan splicing tiub kapilari ketat? Dalam prosos pencantuman kedua-dua penghujung gentian dengan menggunakan kaedah splicing mekanikal, anda memerlukan sejenis pelekat yang dikenali ………………………..

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 19).

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 9

6.2

Kehilangan Dalam Gentian Optik
Seperti yang kita sedia maklum, semasa penghantaran maklumat melalui sebarang talian penghantaran akan berlaku kehilangan isyarat. Kehilangan isyarat ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Keadaan ini juga berlaku kepada talian gentian optik tetapi kadar kehilangan isyarat bagi gentian optik adalah rendah. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis kehilangan dalam gentian optik antaranya ialah kehilangan dalam kabel, penyambung, penganding, splicing dan bahan yang digunakan. Anda ingin mengetahui setiap satunya, sila tumpukan perhatian anda dalam input yang seterusnya.

6.2.1 Kehilangan Dalam Kabel
Kehilangan dalam gentian dikenali sebagai kehilangan instrinsik Kehilangan instrinsik ini disebabkan oleh faktor dalaman kabel itu sendiri. Antara kehilangan di dalam kabel adalah disebabkan oleh ialah : (a) Kesilapan penumpuan bagi teras  Dengan merujuk kepada Rajah 6.4 (a), apabila paksi teras dan gentian tidak sejajar, ia menyebabkan berlaku kehilangan isyarat.  Ini kerana teras tidak berada di tengah gentian.  Masalah ini ialah masalah untuk gentian mod pelbagai dan mod tunggal Bentuk teras kelihatan elips  Walaupun gentian yang dihasilkan adalah selalunya tetap, namun begitu, sering terjadi ‘ellipticity’ iaitu penghasilan teras yang berbentuk elips.  Apabila gentian dipotong dan disambung kembali kepada orientasi teras, selalunya teras tetap tidak akan sepadan. Sedikit sinaran atau cahaya akan hilang  Sila rujuk Rajah 6.4 (b)

(b)

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 10

(a) Kesilapan penumpuan bagi teras

(b) Bentuk teras kelihatan elips

(c) Diameter teras yang tidak sama

(d) Diameter pelindung (cladding) yang tidak sama

Rajah 6.4 Jenis-jenis kehilangan dalam kabel gentian

(c)

Diameter teras yang tidak sama  Merujuk kepada Rajah 6.4 (c), kita dapat melihat diameter teras yang berbeza, ini akan menyebabkan kehilangan sinaran  Tetapi jika berlaku keadaan di mana, sinaran bergerak dari teras berdiameter kecil ke teras berdiameter besar maka tiada kehilangan yang akan berlaku.  Teras yang berbeza diameter selalu digunakan unutk menghantar sinaran sahaja. Contohnya, teras gentian 62.5µ m disambungkan kepada teras gentian 50µ m, kerana kebanyakan

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 11

peralatan komunikasi data menggunakan gentian MM 62.5 micron. (d) Diameter pelindung yang tidak sama  Rajah 6.4 (d) menunjukan penurapan pelindung (cladding) tidak seimbang. Ini akan menyebabkan saiz diameter pelindung yang berbeza di antara satu lapisan dengan lapisan yang lain. Akibatnya, berlakulah ketidak sejajaran pada teras.

6.2.2 Kehilangan Dalam Splicing
Kehilangan ini disebabkan oleh proses penyambungan di antara dua gentian. Ianya boleh dibahagikan kepada lima jenis kehilangan iaitu (Rajah 6.5): a) Ketidaksejajaran longitud (Longitudinal misallignment) Kehilangan ini juga dikenali sebagai pemisahan hujung permukaan dan, mempunyai dua kesan kehilangan iaitu: i. Kehilangan kuasa isyarat yang disebabkan oleh sinaran dari permukaan yang terkeluar dan tersebar ke luar (bergantung kepada jumlah penyebaran) ii. Penyebaran hujung permukaan ini akan menjadikan keadaan Fabry-Perot interferometer yang bergantung kepada panjang gelombang dan jarak sebenar untuk hujung permukaan. b) Ketidaksejajaran mendatar (Lateral misallignment) Kehilangan ini adalah disebabkan oleh dua penghujug gentian yang tidak disambungkan dengan betul atau sejajar semasa proses splicing dilakukan. Hujung gentian yang tidak dipotong secara lurus (Fiber end not cut square) Apabila salah satu hujung gentian tidak dipotong secara lurus, ini menyebabkan kedua-dua gentian tidak dapat disambung walaupun berada pada jarak yang paling dekat. d) Ketidaksejajaran sudut (angular misallignment) Apabila kedua-dua penghujung gentian optik tidak disambungkan secara tepat atau mendatar maka akan wujudlah satu sudut bukaan di antara kedua-dua gentian optik tersebut. Ini akan menyebabkan kehilangan sinaran cahaya dari satu gentian ke gentian yang lain.

c)

d

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 12

e) Hujung gentian yang tidak rata (Fibre end irregular or rough) Apabila, hujung gentian tidak rata, maka ia akan menyebabkan kedua-dua hujung gentian tidak dapat didekatkan dan seterusnya, menyebabkan kehilangan sinaran cahaya.

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 13

Rajah 6.5 Kehilangan dalam splicing

6.2.3 Kehilangan Disebabkan oleh Penyambung
Penggunaan penyambung bagi satu gentian optik selalunya menyebabkan lebihan kehilangan yang dikenali sebagai kehilangan sisipan (insertion loss). Punca utama berlakunya kehilangan ini adalah disebabkan oleh kesilapan dalam penjajarannnya, permukaan gentian optik yang tidak elok atau kesilapan dalam memilih alat penyambungan.

6.2.3.1

Kehilangan Disebabkan Oleh Crimping
Punca kehilangan ini adalah disebabkan oleh pencacatan dalam geometri teras itu sendiri. Renyukkan pada gentian akan menyebabkan sinaran terlepas dari pelindung (cladding) . Kewujudan kehilangan ini pada amnya mempunyai hubungan dengan penggunaan peralatan ‘crimping’ yang tidak sesuai.

Pelindung

Pemegang Penyambung Pelindung optik

Teras

Bahagian yang tidak rata disebabkan oleh kesan himpitan dari penyambung

Rajah 6.6 Kesan penyambungan pada gentian optik

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 14

6.2.3.2

Kehilangan Disebabkan Oleh Jarak
Sinaran dari pemancar gentian akan terpancar dalam bentuk kon yang mana separuh sudut dari puncak adalah bersamaan dengan θ max. Oleh kerana itu penerimaan sinaran yang lebih baik di penerima akan diperolehi apabila jarak perpisahan di antara dua gentian, d, adalah kecil. Dengan menganggap bahawa terdapat penyebaran kuasa yang sekata di dalam gentian, kehilangan kuasa tersebut boleh ditentukan dengan membandingkan di antara bahagian penerimaan masukan di bahagian penerima gentian, bahagian teras dan kawasan yang menerima cahaya dari pemancar gentian. Kehilangan di tentukan dalam unit dB berdasarkan formula yang berikut:[6.1]

η

ja rak

= - 10 log 10

1 +

2d D

tan θ

m ax

²

Di mana D adalah diameter teras fiber dan d pula adalah jarak. Kehilangan adalah berkadaran dengan jarak sekiranya jarak adalah kecil (d < D/6). Bagi keadaan dimana diameter teras gentian optik adalah 1mm dan Numerical Appreture adalah 0.5, keputusan berikut akan diperolehi :Untuk d = 100µ Untuk d = 10µ m η η = - 0.94 dB dist = - 0.09 dB
dist

θ Teras optik yang memancar d

m ax

Sinaran yang terlepas D Teras optik yang memerima D + d tan θ 2
m ax

Sinaran terjodoh

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 15

Rajah 6.7 Pemisahan secara mendatar

6.2.4 Kehilangan Disebabkan Bahan
Kewujudan bahan asing dipermukaan teras gentian optik akan menyebabkan kehilangan yang disebabakan oleh penyerapan dan penyerakan cahaya. Oleh itu adalah perlu untuk memastikan permukaan ini bersih. Faktor yang menyebabkan rosotan kuasa optik dalam gentian optik ialah: a) Serapan Intrinsik Serapan yang disebabkan oleh bahan yang digunakan umtuk membuat gentian seperti silikon oksida (SiO2) Penyerapan sebahagian daripada tenaga cahaya oleh molekul-molekul kaca. b) Serapan Ekstrinsik Serapan yang disebabkan oleh bahan–bahan asing yang tidak diperlukan semasa membuat bahan gentian optik. Tetapi wujud dalam gentian optik di mana bahan-bahan ini adalah susah untuk dikeluarkan

6.2.5 Kehilangan Isyarat
Salah satu perkara yang penting dalam sisitem perhubungan data adalah mengesan ralat bagi isyarat yang telah dihantar. Dalam gentian optik juga terdapat ralat atau lebih dikenali sebagai kehilangan. Walaubagaimanapun gentian optik mempunyai keupayaan yang tinggi bagi penghantaran maklumat jarak jauh dengan kadar ralat yang kecil.

Contoh 6.1 Diberi kabel gentian optik jenis mod tunggal, di mana kehilangan pada gentian optik sahaja adalah 1.5dB/km. Manakala, kehilangan pada penyambungan pula bernilai 0.5dB dan pada peranti penyambung (patch cord) pula mempunyai nilai kehilangan yang normal sebanyak 0.5 dB. Dapatkan jumlah kehilangan sekirannya panjang gentian optik sepanjang 10km dan menggunakan dua patch cord?

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 16

Penyelesaian Kehilangan pada gentian : 10 km x 1.5 dB 2unit x 0.5 dB = = 15 dB 1 dB 1 dB 17 dB

Kehilangan pada patch cord : Kehilangan pada splicing Maka jumlah keseluruhan : :

2 unit splicing x 0.5 dB= 15 dB + 1dB + 1 dB =

Contoh 6.2 Penyambungan kabel gentian optik pada jarak 15km mempunyai kehilangan sebanyak 0.5dB/km. Setelah diperiksa dengan menggunakan meter kuasa, didapati jumlah keluaran adalah 20W manakala, kuasa masukan adalah separuh daripada kuasa keluaran. Kirakan jumlah kuasa yang hilang dalam gentian?

Penyelesaian Kehilangan kabel Kuasa keluaran Kuasa masukan Maka : dB dB dB dB = = = = 10 log Po/Pi 10 log 20W/10W 10 log 2 3.01 dB : : : 15km x 0.5 db Po Pi = = = 20W ½ x Po = 7.5 dB 10W

SISTEM KOMUNIKASI Jumlah kehilangan Contoh 6.3 = =

GENTIAN

E5122/U6/ 17

(3.01 + 7.5) dB 10.6 dB

Satu gentian optik telah di pasang dengan menggunakan kaedah hujung ke hujung (end to end). Gentian tersebut mempunyai kehilangan sebanyak 8.1 dB dan dan patch cord berkehilangan sebanyak 0.5dB maka dapatkan jumlah kehilangan talian tersebut?

Penyelesaian Dengan kaedah pengiraan “hujung ke hujung”, Kehilangan = Kehilangan dalam gentian - Kehilangan patch = 8.1 dB + 0.5 dB = 8.6 dB

AKTIVITI 6.B

Untuk memantapkan pemahaman anda sila jawap soalan berikut.

Kehilangan dalam gentian optik yang disebabkan oleh faktor talian tersendiri dikenali sebagai ……………………….. Suatu talian gentian optik dipasang dengan kaedah suapbalik sepanjang 10km dan diketahui bahawa kehilangan pada patch cord adalah sebanyak 0.5dB manakala, kehilangan suapbalik bernilai separuh daripada kehilanagn patch cord. Kirakan nilai kehilangan yang disebabkan oleh peranti perantaraan dalam sistem tersebut jika gentian tersebut mempunyai kehilangan 1.5 dB/km.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 19).

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 18

PENILAIAN KENDIRI

Penilaian untuk tujuan pemahaman unit ini.

Berikan dua jenis splicing yang terdapat dalam sistem gentian optik? Terangkan kaedah mekanikal splicing yang menggunakan tiub kapilari ketat. Apakah yang di maksudkan dengan kehilangan sisipan?

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di mukasurat 20 unit ini.

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 19

RESPON 6.A

Sila semak jawapan anda dengan jawapan dibawah.

untuk menyambung kedua-dua penghujung gentian optik dapat mengurangkan kadar kehilangan dan memperbaiki kecekapan gentian. 0.1 dB epoksi resin

RESPON 6.B

Sila semak jawapan anda dengan jawapan dibawah.

Instrinsik Kehilangan kabel

=

10km x 1.5dB/km = 15dB = = 0.5 dB 0.5/2 dB

Kehilangan patch back Kehilangan suapbaliak

Kehilangan disebabkan oleh peranti perantaraan = 15dB – 0.5 dB – 0.5 dB /2 = 14.25 dB.

SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN

E5122/U6/ 20

RESPON KENDIRI

Semak jawapan anda.

Fusion spicing dan Mechanical splicing Rujuk Rajah 6.2 (a), ia menunjukan penggunaan tiub kapilari jenis bulat dan mempunyai saiz diameter dalaman tiub tersebut yang sedikit lebih besar daripada saiz diameter gentian optik. Ini bertujuan untuk memudahkan penyuntikkan epoksi jenis lutsinar iaitu epoxy resin, di antara gentian optik dan tiub kapilari. Epoksi ini akan mengukuhkan pelekatan di antara gentian tersebut secara mekanikal. Penggunaan penyambung bagi satu gentian optik yang akan menyebabkan lebihan kehilanganya

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.