P. 1
Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

Folio Geografi Ting.3( lengkap ) 2008

4.85

|Views: 6,009|Likes:
Published by Mr.D-SIM
keGiatan ekOnomi... pleaz cOmment if I did wRong from http://www.myspace.com/d_sim
keGiatan ekOnomi... pleaz cOmment if I did wRong from http://www.myspace.com/d_sim

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Mr.D-SIM on Jun 09, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/16/2015

pdf

text

original

Tajuk

1

Senarai Kandungan
Muka Surat Depan ( Tajuk ) Isi Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan m/s 1 2 3 4 5 6-10 11 12-25 26 27-29 30

2

Penghargaan

Terlebih dahulu saya berasa syukur kehadrat illahi kerana berjaya menyiapkan tugasan yang telah saya terima. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru geografi kelas 3A1 iaitu Pn.Wali A/P Suberananiam kerana sentisa memberi dorongan, galakan, nasihat serta tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan folio geografi ini. Tidak lupa juga jasa ibu bapa saya kerana telah menyumbangkan masa, tenaga serta wang bagi membantu saya menyiapkan folio ini. Begitu juga dengan rakan-rakan saya iaitu Mohd Hazmi dan Mohd Nasir. Mereka telah membantu saya mencari maklumat dengan lebih terperinci agar tidak tersilap fakta atau data mengenai isi-isi folio ini. Selain itu, saya mengucapkan terima kasih kepada responden yang telah saya menemu bual bagi melengkapkan folio ini.

3

Pendahuluan
Saya, Mohd.Qhassimi Bin Mohd Nor Hamizi, pelajar Tingkatan 3A1 di SMK Pengkalan telah menjalankan kajian ini bagi memenuhi keperluaan kerja khursus Geografi PMR. Tema kajian ini adalah kegiatan ekonomi. Tajuk kajian ini kegiatan ekonomi terhadap pembangunan di kawasan tempat kajian. Saya telah membandingkan kegiatan ekonomi di kawasan kajian dengan negara Singapura. Sebab-sebab saya memilih Taman Pinji Mewah sebagai kawasan kajian adalah sekolah saya terletak dalam kawasan kajian iaitu Taman Pinji Mewah. Selain itu, kawasan kajian terletak berhampiran dengan kawasan perumahan saya. Jadi ini memudahkan saya bagi menjalankan kajian selepas waktu persekolahan. Saya telah menjalankan kajian ini bersama dengan dua orang rakan sekolah saya iaitu Mohd Nasir dan Mohd Hazmi. Kami bekerjasama dan saling membantu bagi memperoleh data dan maklumat. Saya menggunakan masa selama sebulan untuk memperoleh maklumat dan menaip laporan lengkap secara individu.

4

Objektif
Saya menjalankan kerja khusus ini untuk memenuhi objektif kerja khusus ini. Antara objektif kajian ini adalah: a) mengenal pasti jenis-jenis kegiatan ekonomi di Taman Pinji Mewah terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Taman Pinji Mewah

b) sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan kajian akan saya terangkan sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan ekonomi dalam dapatan kajian yang saya siapkan c) menerangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar saya juga akan menerangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar d) mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar saya akan memberitahu langkah-langkah untuk mengurangkan kesan negatif di kawsan kajian

Melalui kajian yang saya jalankan, saya bersyukur kerana berpeluang untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kegiatan

ekonomi di kawasan kajian serta dibandingkan dengan Singapura.

5

Kawasan Kajian

Kawasan kajian Taman Pinji Mewah terletak di Bandar Lahat dalam Daerah Kinta. Taman Pinji Mewah terletak kira-kira 10km dari Bandar Ipoh dan mengambil masa lebih kurang 15 minit ke Bandar Ipoh. Taman Pinji Mewah merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang ditebus guna. Kawasan ini mula dibina dalam tahun 90-an. Pandang darat fizikal adalah terdapat sebuah bukit kecil disebelah timur laut dan terdapat sebatang sungai berdekatan dengan Taman Pinji Mewah.

6

Peta Negeri Perak Darul Ridzuan

7

Peta Daerah Kinta

8

Peta Taman Pinji Mewah

9

Peta Singapura

10

Kaedah Kajian
Saya telah menunakan pelaai kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat data Bagi melengkapkan folio ini. Antaranya adalah: a) Kaedah Pemerhatian: memerhatikan ciri-ciri fizikal di kawasan kajian seperti bentuk muka bumi, tumbuh-tumbuhan semula jadi. Saya juga membuat pemerhatian terhadap ciri-ciri budaya di kawasan kajian iaitu Taman Pinji Mewah seperti petempatan, pengangkutan dan perhubungan, kegiatan ekonomi, sumber dan kemudahan berkaitan dengan pelancongan. b) Kaedah Rujukan: - menggunakan pelbagai sumber-sumber buku rujukan bagi memastikan mendapat fakta atau data yang tepat dan terperinci. c) Kaedah Soal Selidik: - menemuramah beberapa penduduk di kawasan kajian dengan menggunakan borang soal selidik

11

Dapatan Kajian
i) Jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian Di kawasan iaitu Taman Pinji Mewah, terdapat dua jenis kegiatan ekonomi di kawasan ini iaitu:

a)

perindustrian

b) perkhidmatan Terdapat beberapa jenis perindustrian di kawasan kajian.

Jenis-jenis Perindustrian Yang Terdapat Di Kawasan Kajian
Pembuatan makanan/minuman

Bil. 3

Barangan bayi 1 Polyware 2 Kilang proses bawang putih dan merah 1 Kilang alat ganti kereta 2 Kilang plastik 1 Kilang elektronik 1 Jadual 1.1: Jadual jenis-jenis perindustrian di kawasan kajian.

12

Kebanyakkan perindustrian di Taman Pinji Mewah mula beroperasi sejak petempatan di sini selain mendapat galakan daripada penduduk sekitar kerana dapat menyumbangkan pertumbuhan ekonomi di sini. Terdapat tiga jenis perindustrian pembuatan makanan dan minuman yang

beroperasi di kawasan kajian. Kilang tersebut adalah Kilang Dutch Lady, Yi Dah Factory(m) Snd.Bhd dan Vegetarian Food. Kilang-kilang tersebut telah lama

beroperasi di kawasan ini. Begitu juga dengan kilang polyware seperti Kilang KMB. Terdapat juga kilang yang membuat barangan bayi di kawasan ini. Bilangan Kilang pembuatan barangan bayi sama dengan kilang proses bawang putih dan merah iaitu satu sahaja. Industri alat-alat ganti kereta pula menerima serta menjual alat-alat ganti kereta, lori atau alat-alat ganti kenderaan berat bagi memenuhi permintaan pasaran dalam dan luar kawasan ini. Kilang yang beroperasi dalam sektor ini adalah Kilang ITK Transport ( Singapore-Johore ) Snd.Bhd serta Kilang Syarikat Roma. Terdapat tunggal sahaja kilang plastik yang membuat barangan yang berasaskan plastik. Kilang elektronik pula menghasilkan barangan elektronik atau alat ganti telefon bimbit. Kilang tersebut adalah Kilang Balda. Graf 1.1 menunjukkan jenis-jenis perindustrian yang di kawasan kajian, Taman Pinji Mewah

13

Jenis-jenis Perindustrian Yang Terdapat Di Kawasan Kajian
3.5 3 2.5 2 1.5 1 0.5 0
be ra t er ah an ba yi ar e in um as tik Po lyw ke nd er aa n ra ng an pl bi m te l (u nt uk ef on m bi t)

ak an an /

da n

m

pu tih

Ba

m

bu at an

ba w

an g

ke re ta

da n

Pe m

pr os es

ga nt i

la ng

al

Ki

Graf 1.1: Graf ini menunjukkan bilangan serta jenis-jenis perindustrian yang beroperasi di kawasan kajian. Terdapat juga jenis kegiatan ekonomi di kawasan ini dalam sektor perkhidmatan seperti pendidikan.

Ki

la ng

14

Ki

la ng

at

el

ek tro

ni k

Ki

la ng

Jenis Pendidikan Yang Terdapat Di Kawasan Kajian Sekolah Menengah Kebangsaan

Bil.

1 Sekolah Kebangsaan Pra-Sekolah Pusat Tusyen Tadika 10 Jadual 1.2: Jenis pendidikan yang terdapat di kawasan kajian 1 1 4

Berdasarkan

jadual

di

atas,

hanya

terdapat

satu

sahaja

sekolah

menengah

kebangsaan di sini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan, Taman Pinji Mewah di mana tempat saya bersekolah. Sekolah Kebangsaan Pengkalan terletak bersebelahan dengan sekolah saya dan juga satu-satunya sekolah kebangsaan di kawasan ini. Pra-sekolah pula terletak dalam kawasan sekolah rendah. Sekolah serta Pra-sekolah merupakan perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan kepada penduduk di kawasan ini serta penduduk di kawasan yang terdekat dengan Taman Pinji Mewah. Pihak swasta juga memainkan peranan dalam menyediakan

perkhidamatan dalam sektor pendidikan di kawasan ini. Antaranya adalah pusat tusyen. Terdapat empat pusat tusyen di kawasan ini. Kebanyakkan pusat tusyen di sini beroperasi pada waktu malam di banggunan perniagaan yang terdapat di Taman Pinji Mewah. Ada juga pusat tusyen yang menawarkan khidmat tusyen peribadi kepada para pelajar sekolah khususnya kepada pelajar yang bakal menduduki perperiksaan penting seperti UPSR, PMR serta SPM. Tadika pula

15

mencatatkan perkhidmatan pendidikan yang paling tinggi di kawasan ini berikutan permintaan ramai ibu dan bapa penduduk kawasan ini. Ini menunjukkan bahawa para penduduk di sini mengutamakan ilmu pengetahuan atau pendidikan kepada generasi muda agar generasi ini dapat memimpin negara ini ke arah kecemerlangan pada suatu hari nanti. Selain pendidikan, perdagangan seperti perniagaan runcit juga perkhidmatan yang terdapat di kawasan ini. Perniagaan ini melibatkan urusan jual-beli barang, fotokopi dan lain-lain lagi. Berdasarkan kajian saya, kegiatan perindustrian dan perkhidamatan di kawasan kajian juga terdapat di Singapura.

Gambar 1.1: Gambar SMK Pengkalan dari pandangan satelit 16

Gmabar 1.2: Gambar di atas adalah gambar daerah Kinta dari pandangan satelit ii) Sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan kajian

17

Sumbangan Kegiatan Ekonomi Di Kawasan Kajian

Peluang Pekerjaan

Peningkatan Taraf Hidup

Kemudahan Infrastruktur

Terdapat banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada penduduk di kawasan ini berikutan bilangan kilang serta kedai-kedai di Taman Pinji Mewah semakin meningkat. Antaranya operator pengeluaran, pembantu kedai, pelayan restauran dan juga kerani di kilang-kilang. Peluang pekerjaan ini telah membuka peluang kepada para penduduk di sini untuk memajukan diri. Ini dapat dibuktikan dengan soal selidik saya ke atas En. S.Doraisamy A/L Sinnasamy. Encik ini juga berpendapat bahawa peluang pekerjaan terbuka luas untuk penduduk di kawasan ini. Dengan ini, bilangan tenaga mahir semakin bertambah dan dapat memenuhi permintaan tenaga kerja mahir dalam negara. Secara tidak langsung, peluang pekerjaan yang

18

banyak ditawarkan di kawasan ini telah mengurangkan

bilangan pengganggur

dalam Taman Pinji Mewah. Malah, masalah sosial di kawasan ini semakin berkurang berikutan peluang pekerjaan yang ditawarkan. Di samping itu,

peningkatan taraf hidup juga salah satu sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan ini. Kuasa beli penduduk telah meningkat membuktikan kenyataan yang diberikan. Ini juga dapat membuktikan bahawa terdapat banyak kedai di kawasan ini. Selain itu, bilangan rumah yang memenuhi kawasan lot tanah juga semakin bertambah. Bilangan penduduk yang bergaji rendah juga semakin berkurang berikutan ramai yang bekerja sebagai pekerja tenaga mahir. Tambahan pula, kemudahan infrastruktur juga sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan ini. Antaranya, pengangkutan, perhubungan, tenaga elektrik, bekalan air serta sebuah masjid yang bakal dibina di kawasan ini. Bilangan bas yang mengambil penumpang ke pusat bandar semakin bertambah menunjukkan terdapat sistem pengangkutan di kawasan ini serta mendapat sambutan daripada para penduduk dan semakin baik. Sistem perhubungan yang baik dapat dibuktikan melalui keadaan jalan yang berkeadaan yang baik dan sempurna. Tenaga elektrik dan bekalan air bersih pula jarang terputus dan secara puratanya terputus sebanyak dau kali setahun berikutan menaiktaraf bekalan air bersih. Masjid yang bakal dibina merupakan permintaan penduduk yang rata-ratanya beragama islam. Pembukaan tanah kawasan masjid pula telah dilakukan secara bergotong-royong menunjukkan sikap penduduk di sini berganding bahu serta tolong-menolong satu sama lain dalam melakukan pekerjaan. Secara tidak langsung telah melahirkan masyarakat yang sedia membantu dalam apa jua keadaan. Setelah

19

membuat kajian, kegiatan ekonomi di kawasan ini sama dengan kegiatan ekonomi di Singapura.

iii) Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar

Berikut adalah antara pencemaran yang dapat saya kenal pasti di kawasan kajian. a) Sungai kotor dan berbau b) Berdebu, kotor ( pelepasan asap dari kilang ) c) Perubahan pandang darat fizikal ( kurang pokok-pokok atau tumbuhtumbuhan berbanding hutan batu). d) Masalah perparitan

Kegiatan ekonomi di kawasan kajian telah banyak memberi sumbangan kepada penduduk di sini selain memantapkan lagi ekonomi di Taman Pinji Mewah.

Namun, kegiatan ekonomi di kawasan ini telah memberi kesan-kesan yang negatif terhadap Taman Pinji Mewah. Sungai kotor dan berbau adalah salah satu kesankesan negatif kegiatan ekonomi. Dahulunya, sungai ini bersih dan jernih serta selamat digunakan. Namun, itu semua berubah selepas pertumbuhan ekonomi di kawasan ini meningkat dengan mendadak. Ini berpunca akibat sesetengah pihak pemaju yang memajukan kawasan ini. Mereka telah membuang bahan lebihan yang tidak digunakan lagi ke dalam sungai seperti kayu-kayu atau simen. Selain itu, pihak daripada kilang juga turut terlibat mengenai kesan-kesan ini. Ada pihak kilang telah membuang sampah sarap ke dalam sungai. Ada juga yang membuang

20

sisa-sisa toksik atau kimia ke dalam sungai. Ini dapat menjejaskan kualiti sungai yang menjadi kediaman bagi ikan-ikan. Terdapat banyak sampah sarap sekitar sungai. Ada yang hanyut dibawa arus, dan ada juga yang tersangkut. Pembuangan sisa-sisa toksik dan bahan kimia pula telah memberikan kesan yang sangat buruk terhadap sungai di kawasan ini. Budak-budak tidak dapat lagi bermandi-manda di sungai ini seperti dahulu akibat masalah ini. Malah, sungai menjadi sedikit berminyak serta ikan-ikan di sungai ini tidak selamat untuk dimakan. Jika menggunakan sumber sungai ini, berkemungkinan akan menghidap pelbagai

penyakit seperti cirit-birit dan penyakit kulit. Sungai juga telah menjadi berbau dan kotor. Selain daripada masalah sungai kotor dan berbau, berdebu atau kotor juga masalah yang telah saya kenal pasti di kawasan ini. Ini pula masalah daripada kilang-kilang yang terdapat di kawasan ini melalui pelepasan asap. Pelepasan asap yang kotor ini mengandungi pelbagai jenis bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan penduduk di sini. Pelepasan asap ini juga telah

memberikan kesan kepada rumah hijau. Kesan yang saya maksudkan adalah penipisan lapisan ozon. Bahan kimia seperti karbon monoksida yang terkandung dalam asap yang dilepaskan daripada kilang juga faktor kepada penipisan lapisan ozon. Dengan penipisan lapisan ozon, sinaran ultraungu yang bahaya daripada sinaran matahari dapat menembus masuk ke permukaan bumi. Semakin nipis lapisan ozon, semakin meningkat kadar sinaran ultraungu yang dapat menembus masuk ke bumi. Sinaran ultraungu ini boleh menyebabkan kanser kulit kepada manusia. Di samping itu, penipisan lapisan ozon juga penyebab kepada

21

peningkatan suhu bumi. Ais di kutub utara dan kutub selatan pula semakin cair akibat suhu yang semakin meningkat dan juga boleh meningkatkan paras air laut. En. S.Doraisamy juga berpendapat bahawa sungai kotor serta berbau dan masalah berdebu atau kotor ( asap dari kilang ) merupakan kesan kegiatan ekonomi di kawasan ini. Selain daripada masalah yang dinyatakan, perubahan pandang darat fizikal ( landskap ) dan masalah perparitan juga kesan-kesan akibat kegiatan ekonomi di Taman Pinji Mewah. Dahulunya kawasan ini adalah kawasan bijih timah dan kemudiannya penduduk di sini berbakti dengan tanah melalui penanaman pokok getah dan pokok kelapa sawit. Namun sekarang, semakin banyak pokok ditebang untuk memajukan kawasan ini. Suhu di kawasan ini semakin meningkat

terutamanya pada waktu tengahari berikutan banyak pokok ditebang oleh pemaju. Masalah perparitan pula sering berlaku. Banjir kilat sering berlaku akibat masalah ini selepas hujan tambahan pula kawasan ini adalah rata. Terdapat juga sampah sarap di dalam parit akibat dibuang oleh pihak atau penduduk yang tidak bertanggungjawab. Ini juga menjadi punca kepada masalah perparitan di kawasan ini. Parit di sini pula berbau dan tidak terurus. Bau ini mendatangkan

ketidakselesaan kepada penduduk di sini. Perparitan yang tidak terurus pula boleh menjadi kawasan pembiakan haiwan berbahaya seperti nyamuk atau ular. Ternyata ini membahayakan nyawa para penduduk di kawasan ini. Jesteru, saya telah mencadangkan beberapa langkah-langkah bagi mengurangkan masalah-masalah

akibat kegiatan ekonomi di kawasan kajian dan kesan-kesan kegitan ekonomi di kawasan kajian juga terdapat di Singapura

22

iv) Cadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar Cadangan saya bagi mengurangkan masalah yang timbul adalah: a) Penguatkuasaan Undang-Undang b) Penyelidikan dan Pembangunan ( R&D ) c) Berbanyakkan tong sampah atau tingkatkan jadual pengutipan sampah oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh di kawasan ini.

Kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar agar alam sekitar semakin terjaga dan terus dapat dinikmati sehingga zaman akan datang. Pihak berkuasa sepatutnya mendenda kilang-kilang yang cuai melakukan pencemaran terhadap alam sekitar seperti membuang bahan kimia, sisa-sisa toksik dan sampah sarap ke dalam sungai dan melepaskan asap kotor dan berbahaya yang tidak bertapis ke udara. Pihak kilang pula tidak sepatutnya menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan. Asap yang dilepaskan pula haruslah ditapis terlebih dahulu agar tidak tercemar udara. Begitu juga kepada pihak pemaju kawasan ini. Seharusnya tidak dijadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisasisa atau bahan lebihan. Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar juga dipengaruhi penyelidikan penyelidikan pengeluaran oleh dan dan yang kaedah , sistem dan alat-alat yang digunakan. Oleh itu,

pembangunan ( R&D ) pembangunan lebih inovatif daripada dan

semakin R&D

diberi

tumpuan.

Usaha kaedah seperti

dapat serta

menghasilkan mesra alam

berkesan

menghasilkan plastik yang mesra alam yang diperbuat dengan menggunakan

23

minyak kelapa sawit dan beberapa bahan semula jadi lain. Justeru, kilang-kilang yang terdapat di kawasan ini seharusnya menjalankan R&D agar dapat

menghasilkan bahan yang mesra alam. Selain itu, pihak kerajaan sepatutnya perbanyakkan lagi tong sampah atau tingkatkan jadual pengutipan sampah oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh di kawasan ini. Ini dapat mengelakkan sistem perparitan atau sungai sebagai tempat pembuangan sampah. Tambahan pula, kawasan ini semakin bersih daripada sampah sekiranya dibanyakkan lagi tong sampah. Dengan pertingkatkan jadual pengutipan sampah di kawasan ini, masalah sampah berbau juga semakin berkurang dan tiada lagi anjing-anjing liar yang menyelongkari sampah. En. S.Doraisamy iaitu salah seorang insan yang telah saya menemu bual telah menyatakan beberapa langkah-langkah untuk mengatasi masalah yang berlaku pada Taman Pinji Mewah. Cadangan tersebut adalah:

a) Mengadakan Mewah

gotong-royong

membersihkan ( mengindahkan )

Taman Pinji

b) Mengadakan kempen kesedaran

Saya bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh salah seorang yang saya menemu bual. Pelbagai pihak termasuk para penduduk serta pihak swasta dan kerajaan turut sama dalam aktiviti gotong-royong bagi mengindahkan Taman Pinji Mewah. Dengan aktiviti gotong-royong ini dapat mengeratkan lagi perkauman yang majmuk di kawasan ini selain memupuk budaya menjaga kebersihan alam sekitar

24

kepada para penduduk terutamanya kepada generasi muda. Para penduduk serta pihak swasta dan kerajaan boleh berganding bahu membersihkan sistem perparitan dan sungai yang tercemar. Sedikit sebanyak usaha ini dapat menyedarkan semua orang bertapa penting yang menjaga alam sekitar serta perpaduan sesama kaum. Cadangan terakhir En. S.Doraisamy adalah mengadakan kempen. Pihak swasta dan kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada penduduk di kawasan ini. Para penduduk pula haruslah menyambut baik serta menyokong kempen yang diadakan oleh pihak swasta dan kerajaan. Kempen juga boleh diadakan di sekolahsekolah yang tedapat di sini. Ini dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar bertapa pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar. Dengan ini, pencemaran alam sekitar di Taman Pinji Mewah semakin berkurang jika menyokong serta melaksanakan cadangan-cadangan yang telah saya berikan. Cadangan say juga boleh dilaksanakan di Singapura untuk mengurangkan masalah kegiatan ekonomi.

25

Rumusan

Melalui kajian Geografi yang telah saya buat, rumusan yang dapat dibina ialah apakah jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Kita mestilah mengetahui jenis-jenis kegiatan ekonomi di tempat kita. Ini dapat memupuk sifat menghayati dan merasai kepentingan kegiatan ekonomi yang dijalankan terhadap pembangunan negara. Kita juga dapat mengetahui apakah sumbangan kegiatan ekonomi di tempat kita terhadap negara kita yang tercinta. Dengan ini, unsur patriotisme seperti cinta akan tanah air dan berbangga dengan sumbangan kegiatan ekonomi setempat terhadap pembangunan negara dapat dicapai.

Kegiatan ekonomi merupakan penjana kawasan kajian iaitu Taman Pinji Mewah. Kegiatan ini telah membuka mata penduduk tempatan untuk mengenali dunia luar yang serba saing dalam bidang ekonomi bagi memajukan diri dari dibelengu pekerjaan yang kurang mendatangkan keuntungan. Dengan ini, bilangan penduduk yang bergaji rendah semakin berkurangan berikutan kegiatan ekonomi di kawasan ini semakin rancak rentaknya. Akhir kata, kegiatan ekonomi di kawasan ini telah banyak memberi faedah kepada perkembangan sosioekonomi para penduduk di sini.

26

Lampiran 1

Surat Kebenaran IbuBapa/Penjaga

Nor Khayati Bt. Abd Kadir, PT116225,Hala Pegoh 37, RPT Pengkalan Pegoh Seberang, 31500,Lahat,Ipoh, Perak. Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan, Taman Pinji Mewah, 31500,Lahat,Ipoh, Perak. 2008 Puan, Menjalankan Kajian Geografi Tempatan(KGT)

019-9852433

5 APRIL

Merujuk perkara di atas,saya Nor Khayati Bt Abd Kadir membenarkan anak saya Mohd Qhassimi Bin Mohd Nor Hamizi pelajar dari Tingkatan 3A1 untuk menjalankan Kajian Geografi Tempatan bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga. 2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jiaka sesuatau yang tidak diingini berlaku Kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah. Sekian,terima kasih. Yang benar,

(……….)
( Nor Khayati Bt. Abd Kadir )

27

Lampiran 2

Borang Soal Selidik
Tandakan ( / ) bagi jawapan yang berkaitan. 1. Nama: 2. Pekerjaan: kerajaan sendiri swasta Nyatakan: .

3. Apakah sumbangan kegiatan ekonomi di Taman Pinji Mewah? Bil. 1 2 3 4 Sumbangan Peluang pekerjaan Menggalakkan pertambahan penduduk Meningkatkan taraf hidup Peningkatan infrastruktur (spt jalan raya,bekalan air) ( / )

4. Apakah kesan-kesan akibat kegiatan ekonomi di Taman Pinji Mewah? Bil 1 2 3 4 5 4. Cadangan anda mengatasi masalah di Taman Pinji Mewah.Sila nyatakan . . . . . Terima kasih. Sumbangan Sungai kotor dan berbau Berdebu atau kotor ( asap dari kilang ) Masalah sosial (gejala mat rempit) Perubahan pandang darat fizikal ( kurang pokok-pokok atau tumbuh-tumbuhan berbanding hutan batu ) (/)

28

Rujukan
a) Laman web:

i) ii)

http://www.googleearth.com.html http://www.perak.gov.my.html

b) Sumber buku: i) Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tah Koh Lim, 2004, buku teks Geografi Tingkatan 3 ii) Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Vincent De Selva a/l Santhanasamy, Lim Jin Fou, 2006, buku teks Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

c) Sumber manusia ( menemu bual ) i) En. S.Doraisamy a/l Sinnasamy, 52 tahun, No.62, Tingkat Zarib 4C, Taman Pinji Mewah

29

30

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->